Peribahasa
        dihimpun dari 'ayuhak bapander'
 
 
  • Akal mamilanduk – Memberi pelbagai alasan untuk mengelak pekerjaan.
  • Baguna tahi larut – Orang yang tidak mahu mendengar nasihat, lebih mementingkan diri sendiri.
  • Baik mambuang hintalu sabuku, dari rusak sakataraan – Kalau ada satu anggota keluarga yang jahat lebih baik disingkirkan daripada merosak atau memalukan keseluruhannya.
  • Banganga dahulu hanyar baucap – Fikirkan dahulu buruk baiknya sebelum mengucapkan sesuatu.
  • Banyak muntung haran nasi – Orang yang terlalu banyak bercakap hanya akan membuang waktu sahaja sedangkan pekerjaan tidak menjadi.
  • Banyu saimbir malamasi – Hal-hal yang kecil boleh m,embahayakan sekiranya tidak berwaspada.
  • Baupang di batang tinggalam – Berlindung pada orang yang susah atau tidak mampu berbuat apa-apa.
  • Biar batihang haur asal rumah saurang, tihang ulin mun rumah urang -  Barang kepunyaan sendiri biar bagaimanapun keadaannya lebih berguna daripada barang baik tapi milik orang lain.
  • Bila wani menimbai lunta, wani tu manajuni – Apabila berani melakukan sesuatu perbuatan maka harus berani menanggung resiko.
  • Bukah man cina – Orang yang lari terlalu laju kerana ketakutan.
  • Buta kakap – Tidak tahu sama sekali hal sesuatu.
  • Cirat kada mati, ular kada kanyang – suatu penyelesaian yang sangat baik.
  • Ditinggal manawaki, dibawa malinggang jukung – Serba salah atau seseorang yang suka menyusahkan orang lain.
  • Ganal batu maka ganal katamnya – Orang yang bersusah payah melakukan sesuatu tentulah besar juga ganjarannya.
  • Ganal suap pada muntung – Besar belanjar dari pendapatan.
  • Ganyir muntung – Orang yang bercakap kotor atau lucah.
  • Guntur maanduh-anduh hujannya ma am kada jadi – Orang ayang bercakap besar tetapi buktinya tidak ada.
  • Gunung gin amun ditumbai bisa runtuh – Sebanyak manapun harta yang ada kalau dibelanjakan akan habis juga akhirnya.
  • Hidup sapangukut sapangikih – Penghasilan sehari hanya cukup untuk sehari sahaja.
  • Hilung mahilung habis buah dimakan burung – Selepas penat mengerjakan sesuatu tetapi hasilnya diambil orang.
  • Hinip sabanuaan kaya dikubui banyu – Keadaan yang amat sunyi.
  • Hunuk kaya ular kakanyangan – Orang yang pemalas, tidak suka bekerja.
  • Jangan manggarak tadung guring – Jangan mengganggu orang lain, mungkin akan melibatkan perkara yang tak baik.
  • Kada diam parang, kada diam pisau – Kalau tuanya selalu bekerja, anaknya pun pasti juga bekerja.
  • Kapal manyuruk buntut mahambat – Seseorang yang nampaknya diam tetapi di belakang memukul secara  sembunyi.
  • Kaya apa urang, kaya apa saurang – Apa yang dirasakan oleh orang lain hendaknya dapat pula dirasakan oleh diri sendiri.
  • Kaya kalimbuai, naik kawa turun kada kawa – Seseorang yang memulakan pekerjaan dengan baik tetapi gagal menyelesaikannya.
  • Kaya kangkung kada baruas – Sesuatu yang sangat tidak lazim.
  • Kaya lukah kada bahandut – Orang yang pemboros atau orang yang tidak mahu mendengar nasihat.
  • Kuyang-kuyang, hantu hantu, urang urang, aku aku – Orang yang hanya mementingkan diri sendiri.
  • Liur baungan – Mata keranjang.
  • Maambil piring nasi dihadapan kawan – Mengambil rezeki orang laian atau mengkhianati kawan sendiri.
  • Malihat inggan mata, mandangar inggan talinga – Jangan suka mencampuri urusan orang lain.
  • Maling bakuciak maling – Ia yang jahat tetapi menuding pada orang lain.
  • Mambantat mangadalun, dijamur kada karing, dirandam kada bangai, dibanam kada hangit – Seseorang yang tidak berguna atau tidak diperlukan untuk kebaikan.
  • Mana umpat bahinggap mana umpat bataduh – menggantungkan segalanya kepada orang lain.
  • Mangaih punggur ka hadapan – Mencampuri urusan orang lain yang sebenarnya tidak ada hubungan dengan diri sendiri.
  • Mangguyang tawing buruk – Mengerjakan sesuatunyang merugikan diri sendiri.
  • Manusia kada mamak dijarang – Orang yang hanya mempeartahankan pendapat sendiri tanpa mahu mendengar pendapat orang lain.
  • Muntung kada babasuh – Kalau bercakap hendaklah menggunakan bahasa yang baik dan sopan.
  • Naik di pinang turun di rukam – Sesautu pekerjaan yang dilakukan, berat dipermulaan dan berat juga diakhirnya.
  • Ngalih mambuang batu dipalatar – Sukar menghilangkan tabiat yang telah menjadi kebiasaan.
  • Parak-parak dipingkut, jauh-jauh bakisut – Bersedia menerima sesuatu tugas yang diberikan.
  • Piring mangkuk bisa tagapuk – Suasana yang baik boleh secara tiba-tiba menjadi pertikaian.
  • Rasuk jua kumpangnya – Segala perbuatan hendaklah selaras dengan apa yang dikehendaki masyarakat.
  • Rumput mangalahakan banua – Pendatang yang berkuasa mengalakan penduduk tempatan.
  • Sawa mamburuki talanan – Orang yang malas hanya suka baring tidur.
  • Sudah babiuhan muntung managur – Orang yang tidak mahu mendengar nasihat yang baik, lebih mementingkan kehendak sendiri sahaja.
  • Tabulik ka luang satu – Tidak ada apa-apa hasil ataupun tidak mendapat untung.
  • Taguyang sarang wanyi - mengganggu orang yang lebih kuat.
  • Tahu makan ha, kaya ular pampaut – Orang ayang selalu mengharap bantuan orang lain tanpa mahu berusaha sendiri.
  • Tanggiling mangguyang paring, disambat ngaran malabuk gugur – Setiap orang ada mempunyai kelemahannya sendiri.
  • Tinggi gunung tinggi lagi halalang – Sesuatu yang tinggi pasti ada lagi yang lebih tinggi.
  • Tuha binjai pada batu – Orang yang lebih tua haruslah dihormati dalam masyarakat.
  • Turun hayan naik hayam – Bekerja dengan gigih sepanjang hari untuk mencari rezeki.
  • Upung mamadahi mayang – Orang kecil yang lemah menasihati orang yang lebih tinggi kedudukannya.
  • Ya surak, ya maling – Orang yang diamanahkan menjaga sesuatu tetapi dialah yang mengkhianatinya.