http://www.oocities.org/tutorpmr
 

 

Tutor Pelangi PMR Matematik merupakan sebuah buku yang ditulis khas untuk para pelajar dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3.

Buku ini adalah hasil daripada guru - guru yang berpengalaman lebih daripada 10 tahun dalam pengajaran matematik. Format buku ini direka bentuk berdasarkan pengalaman guru-guru semasa memberi kelas tuisyen.

Setiap topik dalam buku ini bermula dengan konsep yang perlu dikuasai kemudian diikuti dengan ujian kehaman tentang konsep. Disamping itu, fakta atau rumus penting juga didedahkan kepada para pelajar.

Kemahiran-kemahiran penting dalam setiap topik telah dikenal pasti dan disusunkan mengikut tertib kenaikan kesukarannya. Setiap kemahiran penting akan diberikan contoh penyelesaian yang mudah difahami dan tip- tip penting untuk menguasai setiap kemahiran itu. Setiap contoh akan diikuti dengan "Cuba Soalan" yang bertujuan memperkukuhkan kemahiran yang baru dibelajar. Latihan Tutorial yang merangkumi semua kemahiran penting juga disediakan sebagi latihan tambahan.

Latihan Berbentuk PMR juga disediakn pada akhir topik supaya pelajar-pelajar dapat didedahkan kepada format soalan peperiksaan PMR yang sebenar.

Satu set kertas percubaan PMR dan Bank Soalan yang mengandungi 150 soalan juga disediakan untuk mebantu pelajar Tingkatan 3 yang akan menghadapi peperiksaan PMR.

Mr. Ooi dan Puan Chua
Mei 2001

 
 
© Hakmilik OOI YONG SEANG 2000