Pada
zaman dahulu, manusia tidak mempunyai sistem pernomboran
seperti sekarang tetapi mereka masih mampu membilang biri-biri
ternakan mereka. Bagaimanakah mereka melakukannya ?
Setiap
pagi semasa biri-biri dilepaskan dari kandangnya, mereka
akan akan membuat satu takik pada sebatang pokok untuk mewakili
seekor biri-biri. Sepuluh ekor biri-biri akan diwakili oleh
sepuluh takik. Pada waktu petang, apabila biri-biri dibawa
masuk semula ke kandangnya, mereka memadankan bilangan takik
pada pokok dengan bilangan biri-biri. Dengan cara ini, mereka
dapat tahu jika bilangan biri-biri itu berubah.
|
Mereka
juga menggunakan objek-objek yang biasa dijumpai dalam kehidupan
mereka untuk mewakili nombor. Misalnya, satu jari untuk
mewakili seekor biri-biri, dua jari untuk mewakili dua ekor
biri-biri dan seterusnya.
Mungkin
juga terdapat masyarakat yang bersetuju menggunakan gambar
kepala singa untuk mewakili satu, gambar helang untuk mewakili
dua, daun untuk mewakili tiga dan sebagainya.
|
 |
 |
Ad
juga masyarakat yang menunjuk ke arah bahagian badan manusia
tertentu untuk mewakili nombor. |
Cara
menggunakan jari atau objek-objek untuk membilang bukan kaedah
yang baik kerana mereka perlu merekodkan nombor itu. Salah
satu kaedah yang paling awal digunakan untuk merekod nombor
ialah sistem "simpul " pada tali. |
 |
 |
Sistem
pernomboran yang berbagai telah digunakan di negara-negara
yang berlainan. Sistem nombor 1, 2, 3, 4 ..... adalah berasal
dari India dan dikembangkan di Arab. Sistem nombor ini dikenali
sebagai Sistem Pernomboran Arab
(Arabic numerals) |
Nombor
sifar juga berasal dari India. |
 |