23 November 2000 : 0941 am
morningz,
baru balik keje, bosan satu malam takde hapa nak buat, aku duk print alpine punya novel, fav aktiviti dari kat kolej dulu lagi, since aku stumble upon his creativity. u guys (if anyone reading this haha) dipersilakan baca novel satu diwebsite encik alpine kita, student msia kat jepun yang giler snowboarding, thats why nick dia alpine kot? but gotta to know him thru his novel satu nie, and now we are thinking of advancing with his creativite works, tuh aku semangat duk print kat keje, habiskan kertas kat kerja not mine hahaha. dulu kat kolej habiskan kertas kat kolej, sampai lecturer nak charge aku, now kat kerja lak isk isk isk.
pernah tak korang terfikir about past misdeeds, about how much you regret? aku slalu fikir. aku slalu sedih kenapa aku lakukan apa yang aku lakukan. adakala aku sengaja letak masalah tuh semua dekat belakang otak aku, biar aku boleh lupakan. but one way or another, it makes its occassional appearance. aku stress. aku rasa otak aku sarat. dan slalu sesiapa yang kenal aku nampak aku gelak gelak gelak gelak, sampaikan exec aku yang keje ngan aku request minta keje ngan aku, no matter in what shift. tapi aku takmo keje ngan dia!!!!!! aku tak suka keje ngan execs!!!! dorang lepak sesuka hati aku pulak kene buat keje kuli batak! hampeh! but reason dia adalah, aku giler tapi masih mampu buat keje. ada ke patut?
dr kata aku stress dan harus slow down pace hidup aku, even suggest aku berenti keje haha. im not kidding, maybe members aku gelakkan bila baca this letter today, but im not kidding. dah sebulan aku dinasihatkan untuk makan ubat ikut masa dan jangan fk banyak sangat. but i do think a lot. im a thinker. but no one thinks so, orang cuma tengok aku sebagai orang giler yang adakala membebel sorang, yang adakala demand for something which is very hard to achieve. in other words, aku benci diri aku sendiri. aku menyesal dengan segala tindakan aku sebelum ini, but at the same time aku bersyukur juga kerana kalau tak aku lalui hidup sebelum ini takkan aku pelajari apa yang aku ketahui kini. DIA banyak menguji aku lewat ini, terima kasih. Tiada apa yang boleh aku katakan cuma aku penat dengan pengujian ini. For once, let someone understand me. Itulah yang ingin aku sampaikan pada DIA. stupid, yes i know i am, for im questioning God. im even questioning if he cares for me? aku fk family aku sendiri tak kisah hal ehwal aku kecuali mak aku. sampai bila harus aku begini?? till i die???
theres something i want to tell my mother, but i never could. aku dah puas dengar orang kata aku berubah since aku balik dari oz. dan aku benci orang mengata aku tapi dorang tak check diri sendiri. dorang kata aku sombong, but for what aku sombong? isnt that stupid? bukan aku ada degree pun! aku degil hahaah aku rasa sejak azali lagi aku degil. sejak aku dipukul setengah maut sebab takmo continue studies bahasa arab, dan sejak aku buang semua buku sekolah aku untuk menunjukkan bantahan aku, sejak itulah aku degil dan tunjukkan rebellious side. sejak itu juga aku kenal erti independence. abah takde. its only me me me. abah takkan biarkan aku macam nie. abah takkan kasi aku senang wenang drop all my studies, for the fun of it. dan itulah sebab kenapa aku scrap bahasa arab dari kepala otak aku nie. untuk menunjukkan aku benci bahsa dan bangsanya. but bukan bermakna aku benci agama islam nie. aaarrghhh aku cuma benci arabs! thats all!
aku menyesal waktu hari hari akhir abah aku masih ada, aku takmo tengokpun muka dia. bagi aku, abah tak macam dulu lagi, dia tak sihat macam dulu, so he dont fit to be with me. i was just 13 then. but theres one night, aku duduk dengan abah, dia suruh aku palingkan tv yang tgh berkumandang azan isyaq pada dia. aku tanya dia kenapa, dia cuma signal untuk terus palingkan tv tuh. abah aku kene stroke, dia tak boleh cakap. kalau dulu dia tegap sihat, waktu sakit, dia terlantar, kurus kering. dan malam tuh, aku minta ampun, minta maaf, sebab apa yang aku lakukan selama nie pada dia. aku cium tangan dia, dan dia cuma boleh menganggukkan kepala dan aku nampak airmata dia mengalir. sampai hari nie aku tak pernah lupa saat tuh. dramatic, to you maybe, to me the thought of it kills me. aku tido depan bilik dia malam tuh dan paginya abang aku kejut dengan slambernya dia kasi tau aku, "itah, abah dah tak ada" aku bangun dan tengok tubuh dia yang terletak kaku diatas katil dia. aku ingin pastikan betul ke abah dah tak ada. abang aku tarik aku keluar, dia tak kasi pegang lagi.
orang sibuk siapkan jenazah apa semua, aku duduk dalam bilik ngan sepupu aku semua. aku tak rasa sedih waktu tuh, aku tak tau kenapa. maybe aku heartless. aku ingat Oyah tanya aku "itah dah besar nak jadi apa?" "penulis" aku mmg minat menulis waktu tuh. ntah hapa hapa aku tulis, but aku tak pernah kasi dorang baca. cuma kawan aku zakiah yang baca. dia kawan sekelas aku. but bila aku quit skewl. thats the end of it. aku ingat, makcik aku masuk ke bilik, marah aku, sbb aku tak sedih, sbb muka aku slamber. aku diam. am i suppose to cry? i wish i had asked. dorang suruh aku duduk kat bilik abah aku diletakkan. aku tak bleh baca yassin all that coz aku cuti. orang semua tengok aku semacam. just coz aku nampak slamber? thanx to all who have visited that day, you makes me feel damn weird! but bila dorang finally angkat jenazah untuk ke kubur, baru aku rasa kehilangan dia. baru aku rasa, dia takkan balik. bukan macam hari hari lalu, dia keluar, jumpa kawan and comes back. bukan macam dia pegi belayar berbulan bulan then pulang cuti after so many months away. he wont come back, thats it. and i cried. for the once and last time in front of my family.
rasa sesal ini yang aku bawak sampai hari nie, lepas abah aku meninggal, memacam dah terjadi dalam hidup aku. but aku tak pernah sangka one day aku akan jadi camnie. aku tak pernah sangka aku akan jadi keras kepala, independent terlampau sangat or even sarcastic to death. aku tak salahkan abah atau ummi atas apa yang aku buat selama ini. tapi aku nak ummi tau, dari baba meninggal, cha, abah dan abang aziz, hidup aku tak macam dulu lagi. sebab mereka yang pergi dulu semua nie, yang paling aku sayang, yang paling aku rapat. yang faham siapa aku, yang gelak sama dengan aku, yang nangis dengan aku. tapi dorang dah takde, and God i wanna ask you again, why did you take them away when i need em most? why did u leave me here in between of all this?
bukan nak kata ummi tak faham siapa diri ini, ummi faham, ummi kenal setiap satu perangai anak anak ummi kan? tapi orang pun tak tau apa yang ummi fikir. orang tak suka tengok ummi nangis sama macam bila orang nangis ummi marah. ummi marah orang gembing. ummi tau, orang tak berani nangis lagi depan orang sbb ummi kata jangan. orang nak jadi tabah macam ummi jugak. orang takmo susahkan hidup ummi. slalu orang fk sesal dengan abah tak sudah, sesal ummi jangan sekali. mmg orang marah kadang kadang ummi takmo kisah langsung, tapi orang tau ummi sayang walau cammanapun. kalau orang duk tengok langit saja, ummi ingatkan bumi ini masih dipijak. bila ummi cakap pagi nie, ummi nak tinggalkan orang, nak kasi orang senang, orang takleh kata apa. mungkin ummi fk ummi senang macamtuh, tinggalkan kita semua. ummi kata jangan cari. ummi tunggu masa. kenapa mesti ummi buat camnie? ummi fikir orang suka ke camnie? pernahke ummi fk orang bantah sbb orang dah bosan dengan apa jer yang ada kat dunia nie. dah takde sape lagi orang percaya kat dunia nie walaupun seorang kawan. sedangkan kawan boleh makan kawan. orang ingat lagi ummi kata orang takleh simpan kawan. selalu hilang.
susah nak cakap ummi, mungkin ummi tengok orang senang jer marah orang tapi ada juga perkara yang orang takmo cakap. orang sayang abang abang semua. tak kisah kalau dorang takmo amik tau hal orang. kalau dorang sayang, takkan ada yang halau. satu hari ummi, satu hari orang akan keluar juga, mungkin hidup dorang akan lebih senang. bukan untuk ummi keluar dari rumah nie tapi diri ini. terima kasih sebab lahirkan ke dunia nie dan mengenalkan setiap satu yang wujud disekeliling. kalau ummi pergi, orang akan pergi juga, mungkin lebih jauh. mungkin untuk keabadian semua.
orang minta ampun, minta maaf, minta halal segalanya. untuk yang ini satu, biar semua tahu, orang mmg degil, keras kepala, bantah cakap keluarga. tapi orang nak semua juga tahu, hidup yang penuh gelak tawa dan kegilaan bahsa penuh dengan kekesalan dan duka. its just an upfront cover damn it!
terima kasih ummi & abah.
for when walk and just look up there, you will stumble down one day, look down to the earth, be humble coz thats where you belong, where you rightfully are.