RANTAUAN BUDI

udikaŽ

perthvie.jpg (25839 bytes)

atas: pandangan dari atas kings park, swan river dan south perth.

bawah: pandangan bandar perth. Alexander College terletak diantara bangunan˛ itu semua.

___________________________________________________________________________

 

Perth, Western Australia

April 98

"Welcome to Australia. Where are you from?"

"Malaysia."

"On vacation?"

"Nope. I'm going to Alexander College down here."

"Good for ya. Where are you going to stay down here?"

"With a foster family."

"You can learn the Australian way ay? Do you have anything to declare?"

"No, sir"

"Well, here's your passport, hope you'll have a good stay here. Goodday Mate!"

"Thank you."

____________________________________________________________________________________

 

 

Hmmm..... macam macam soalan pegawai kastam tuh. Dahlah aku lambat keluar dari 'plane', kene bersoal jawab pulak. Nasib baik takde barang makanan yang aku bawak, nak kene periksa beg semua menyusahkan. Awal awal lagi aku dah pesan dengan mak, jangan letak barang makanan, Australia banyak pantang larangnya tentang makanan yang dibawa masuk. Entah apa apa saja!

"This way sir..."

Pegawai kastam dipintu keluar menunjukkan aku kearah laluan dimana beg beg diperiksa. Pulak? Kan aku dah kata tadi 'nothing to declare?' Apa jugaklah Australian ni semua! Nasib baik tak ramai orang. Macam nie tak perlulah aku isi borang declaration tadi kalau nak kene periksa juga. Buang masa betul!

Selesai periksa beg aku, pegawai pemeriksaan sempat komen kalau takde apa nak declare, patutnya declare dalam form tadi. Aku dah declare lah pakcik... dorang yang tak caya.. camner? Aku tolak keluar troli dari situ. Bila aku keluar dari daerah kastam, aku disambut oleh ramai orang orang asing. 'Inilah Australia Budi!' jerit hatiku keriangan. Lupa sebentar akan kampung yang baru aku tinggalkan, lupa sebentar akan keluarga yang baru menghantar aku pergi siang tadi. Aku menolak terus troli kebelakangan. Mataku melilau mencari siapa saja yang ada memegang notis bertulis nama ku. Kata kolej itu mereka akan menghantar wakil mengjemput aku... hmmm....

"Hello, Can I speak to Lynda Ford please?"

" May I know who's that online please?"

"Budi Azuri."

"Please hold on while I connect the line"

"Thank you."

"You're welcome"

Ah! Mana juga wakil mereka ni? Nasib baik ada nombor telefon kaunselor kolej yang aku catatkan dalam organiserku. Kalau tidak? Memandailah aku kene bawak diri nanti! Sambil menunggu talian aku disambungkan pada kaunselor itu, mata aku masih melilau mencari sekiranya ada wakilnya disitu.

"Budi! Where are you right now?"

"Er.. at the airport?"

"I couldn't pick you up but I had arrange for my dad to be there. But he couldn't find ya!"

"Sorry Lynda, I was held up with the customs a while ago."

"He should be somewhere around there. I told him to wait for you still and finally you called."

Bukan main peramah lagi kaunselor aku ni macam dah lama kenal pulak! Padahal belum pernah berjumpa pun. Kali nie aku menolak troli aku balik kedepan. Mungkin ayahnya ada didepan sana. Harap harap dia masih disitu seperti kata Lynda tadi. Akhirnya aku nampak seorang lelaki tua yang mungkin dalam usia lewat 50'an memegang sekeping notis yang tertera namaku dengan besar sekali.

"BUDI AZURI. ALEXANDER COLLEGE"

"Hi, I'm Budi Azuri."

"Thank goodness! I've just called Lynda wondering if you're coming or not."

"I'm so sorry."

"Come on, let's go to the car and we could get out from here yah?"

Namanya Uncle Alex. Sama peramah seperti anaknya juga. Dia membantu aku menolak troli ke tempat meletak kereta. Dari luar lapangan terbang itu, aku lihat satu pandangan yang luas. Tempat meletak keretanya begitu luas sekali. Dan dari luar itu juga baru aku perasan, lapangan terbangnya tidak sebesar lapangan terbang Subang. Tidak secanggih Changi Airport seperti yang aku lihat tadi waktu transit. Lapangan terbang Perth hanya dua tingkat saja. Dan ia tidak sesak seperti lapangan terbang di Asia atau London atau US.

Matahari yang cerah memancar tidak terasa kehangatannya. Waktu Perth dan Malaysia sama saja. Aku lihat jam sudah menunjukkan 4 petang. Aduh.... terlepas sudah zuhurku? Uncle Alex meletakkan beg beg aku dibelakang mini vannya itu. Dia tersenyum senyum memandang aku bila aku membuka jaket yang aku sarung sejak tadi.

"I thought you would never take it off"

"It's not that cold...and it's quite warm wearing the jacket."

"Well it's not winter yet. It's coming to winter in few weeks time but don't worry bout it. It doesn't snow here. Only rain! We'll go straight to the hostel first. You'll stay for the night and tomorrow we shall move you the foster family home. I'm sorry bout this though but Lynda will explain bout it to you ok?"

"Sure, that would be fine."

Sepanjang perjalanan Uncle Alex menceritakan sedikit sebanyak tentang Perth. Ada ada masanya aku mendengar, ada ada masanya aku hilang dalam dunia pemikiran aku sendiri. Aku seperti terpukau melihat alam sekeliling ku kini. Jauh bezanya dengan tanah air ku. Kiri kananku penuh dengan pokok pokok yang seperti sudah kering tapi sebenarnya ia memang sebegitu bukan kering. Tanah tanahnya merah kemerahan dibawah sinaran matahari. Takde kangaroo pun? Kata orang kangaroo melompat lompat dijalan rayanya. Tak nampak pun?

"That's Burswood Casino back there. My advice would be to avoid the casinos..."

"It's against my religion to gamble"

"Well, hopefully you hold on to it. I've seen lots of asian students spending their money on gambling. There's one case where Lynda had to deal with a student whom had gamble away his college fees on gambling! I'm sure you are here to achieve your dreams, don't let something like that sway you away from it."

Aku terangguk angguk mendengar nasihat Uncle Alex. Ada benar juga kata katanya tuh. Aku disini bukan untuk joli katak, duit untuk study disini pun hasil duit simpanan aku dan ayah. Nasib baik ada ayah untuk membantu, kalau tidak mana mungkin aku sampai kesini? Kami pun bukan dari keluarga yang berada tapi alhamdullilah masih mampu lagi untuk kedua orang tua ku menghantar aku belajar keluar negeri. Takkan aku hampakan harapan mereka. Harapan adik adik. Harapan Along...

'Ingat Budi... jangan lupa untuk apa kau kesana. Along tak dapat nak bantu banyak, tapi sekiranya ada apa apa yang kau perlukan janganlah segan bertanya.'

'Alah Along... Budi ada duit sendiri. Dah lama Budi simpan untuk sambung belajar ni.. Along guna duit tuh untuk kawin nanti he he he....'

'Takpe Budi, kejayaan kau tuh, kejayaan kami juga. Mungkin adik adik dapat ikut jejak langkah kau nanti. Jangan jadi despatch macam Along ni...'

Along! Tiba tiba aku ingin Along berada disini. Sama sama melalui hidup baru ini sama dengan aku. Walaupun Along tak begitu cerdik, tapi dia pandai mengemudi haluan hidupnya. Sibuk dengan kerja despatchnya pun, dia masih sempat amik kelas malam. Aku kagum dengan semangat kentalnya itu. Semalam malam kami sama sama duduk didepan rumah berbual bual hingga lewat pagi. Tak terasa ngantuk tika itu, mengimbas kenangan waktu masih kecil lagi, hinggalah dewasa kini. Diksu yang sememangnya rapat dengan aku lena tidur diribaanku langsung tak terkejut dengan gelak tawa kami yang mendendangi malam yang sepi.

Bila lagi kita dapat sembang sebegitu Along?

"That's Swan river. And on the other side there is South Perth, where the cost of living is quite high. See that jetty there? You could get to Swan river from there."

Indah sungguh pandangan Swan river saat itu. Airnya memancar seolah olah didalamnya ada kristal. Aku diam mengamati pandangan itu, sayang sekali kameraku didalam begku dibelakang. Nanti aku akan kembali kesini untuk mengambil gambar pandangan indah ini. Tapi serupakah dengan pandangan ini nanti?

"The college is just further up from here. It's not really far. You could just walk for about 10 mins. And here we are, Swan Lodge, where you will be staying for the night."

Kami disambut oleh seorang lelaki muda. Bilik ku sudah tersedia dan Uncle Alex mengangkat naik beg ku ketingkat dua sebelum aku sempat menahannya agar biar aku saja yang mengangkatnya. Bilik aku terletak dihujung sekali dan tidak ramai penghuninya disini. Mungkin ramai yang masih keluar. Lagipun hari masih siang.

"That's it then. Please drop by to see Lynda when you could ok? Here's the envelope she wants me to pass to you. Take care boy."

"Thanx Uncle."

Didalam bilik kecil itu yang hanya memuatkan sebuah katil, sebuah meja cermin dan almari baju yang kecil, segala galanya datang kembali padaku. Saat aku meninggalkan Malaysia. Saat ibu memelukku erat, tidak tertahan airmata ini untuk menitis. Ayah hanya memerhatikan saja, tapi aku lihat airmatanya juga bagaikan dibendung dari terus menitis. Along...Diknah, Diksu satu persatu aku peluk. Bagaikan menonton filem, mataku terbayangkan mereka yang kini jauh dari aku.

Budi..... disinilah segalanya bermula.....

                                                                                ************

Budi Azuri.... what a funny name! Macam Indon tapi kata Mama dia dari Malaysia. Well, maybe dia mixblooded. Segala persiapan untuk biliknya sudah disediakan. Tahun ini buat pertama kalinya Mama membuat keputusan untuk mengambil seorang anak angkat yang study disini. Entah apa sebabnya, (memandangkan Mama sendiri busy menjaga kedua dua Lucy dan Lily yang baru 3 tahun) aku dan Papa tidak pernah menyoalkan motifnya. Malah Papa sendiri menyokong cadangan Mama itu. Dengar dengar Budi Azuri sudah sampai semalam petang, tapi malang sekali, kami sekeluarga 'stranded' di Sydney.

Uncle Davis, rakan karib Papa, mati dalam satu kemalangan jalan raya di Sydney beberapa hari yang lalu. Untuk itu kami sekeluarga terbang kesana untuk menghadiri upacara pengkebumiannya. Uncle Davis belum berkahwin lagi, dan tidak punya ramai ahli keluarga, hanya seorang adik lelaki. Jadi kami seolah olah menjadi keluarga angkat mereka juga. Kemalangan ini menyedarkan aku, dimana mana saja kita boleh mati...

"Kris... what are you thinking of? Have you got the room ready?"

"Yeah Ma, everything's ready. Papa should be home soon isn't he?"

"Yeps, let's go to the back. Bring the twins along will ya. I'll fix up lunch so we could all have it outside later."

"Sure... no worries"

Sedang aku sibuk melayan adik adik dibelakang rumah, kedengaran bunyi kereta memasuki perkarangan rumah kami. Pasti Papa sudah balik dari kolej dengan Budi. Aku mengajak kedua dua adikku masuk kerumah menyambut tetamu dan bakal penduduk rumah ini. Terkedek kedek mereka berdua mengatur jalan, maklumlah baru saja mula berjalan brapa minggu yang lalu. Agak lucu aku memerhatikan gelagat mereka berdua.

"Kristina! They're back!"

"Yes Ma! I'm coming..."

Kami berjabat tangan. Dia nampak agak 'hilang', Budi adakah kau runsing melihat keadaan keluargaku ini? Mungkin tiada siapa yang memberitahumu tentang kami? Mungkin. Akan aku ceritakan nanti Budi. Agar kau senang terus tinggal disini tanpa sebarang keraguan.

"Satu luggage saja? Cukup ke barang awak semua atau ada lagi didalam kereta?"

"Er.. tak.. satu nieh saja.. errms.."

"Kenapa? Ada yang tertinggal?"

"Awak fasih berbahasa melayu..."

"Saya memang anak melayu Budi. Sama macam awak!"

"Why don't you show him his room Kristina?"

"Ok Ma.. this way Budi, I've got your room ready and hopefully you would like it..."

"Thanx Kristina.."

"Just call me Kris."

"Ok"

                    **************

Pelik. Silap ke mereka bila menempatkan aku untuk penginapan ini? Bukankah aku telah mohon diletakkan bersama keluarga Islam? Kenapa pula aku diletakkan keluarga ni? Nak kata Islam? Tak nampak macam tuh pun? Nak kata bukan... anak nya kata dia anak melayu? Hmm... macam mana nieh? Nasib kau lah Budi...

Cuma, aku agak senang dengan keluarga mereka. Walaupun agak kekok pada permulaannya, aku cuba untuk menyesuaikan diri dirumah ini. Bilik yang mereka sediakan agak besar juga. Ada sejadah juga yang telah siap terletak diatas katil. Makin aku konfius!

"Budi... ini sejadah, pemberian dari Tok saya..."

"Tok???"

"Iya..Tok adalah nenek saya, ibu pada Mama. Dia duduk tidak jauh dari sini. Petang nanti kita pergi melawat dia ok?"

"Tok awak duduk disini juga?"

"Iya..dia tinggal seorang dirumahnya itu."

"Maaf saya bertanya Kristina.. tapi keluarga awak nieh sebenarnya orang apa? Saya agak musykil juga..."

"Ha..ha..ha... akhirnya awak bertanya juga yah Budi? Nantilah saya ceritakan. Apa kata awak rehat sebentar sementara saya tolong Mama menyediakan makan tengahhari. I'll call for you later ok?"

"Ok... thanks...."

Kristina meninggalkan aku dengan bayang bayang aku sendiri dibilik baru ku itu. Aku masih tertanya tanya siapa sebenarnya mereka ini? Kenapa aku diletakkan disini? Mungkin ada diantara mereka yang beragama Islam? Maka dengan itu aku ada disini? Tok? Ah! Baru dua hari aku disini macam macam yang harus aku tangani.

Sebelum datang kesini, aku telah ke kolej dahulu berjumpa dengan Lynda Ford. Dia sudah agak berumur juga tapi masih kelihatan muda. Kedatanganku disambut mesra, dia menerangkan tentang minggu orientasi yang akan bermula dalam beberapa hari lagi. Sekiranya aku ada masalah sewaktu aku disini, aku dinasihatkan agar jangan segan mengjenguknya diofis nya. Sempat juga dia meminjamkan aku buku peta sekitar Perth, sekiranya aku ingin meronda ronda seorang diri katanya.

Bila Paul datang (suami Elizabeth, ibu angkatku, katanya dia lebih senang aku panggil Paul), aku dan Lynda sedang rancak bercerita tentang tempat tempat di Malaysia yang pernah dilawatinya. Dari kolej kami balik ke hostel mengambil barang barangku dan terus menuju kerumah mereka yang terletak diluar kawasan bandar. Perjalanannya tidaklah begitu jauh, lebih kurang dalam 20 minit sahaja.

Paul memberitahuku tentang kematian teman akrabnya baru baru ini, itu yang menyebabkan aku terpaksa duduk dihostel buat semalam. Dia bertanya tentang Malaysia. Katanya kali terakhir dia kesana lebih kurang lima tahun dulu. Paul tidak begitu banyak menceritakan tentang keluarganya, kiranya dia memberitahu aku itu sewaktu perjalanan pulang, aku tidaklah ragu ragu akan kedudukan ku kini.

12.45 tengahhari. Cepatnya masa berlalu? Lebih baik aku tunaikan solat zuhur sebelum aku terlupa menunaikan tanggungjawab yang wajib ini....

"Nak kemana Budi? Lunch is ready..."

"Saya nak semayang zuhur sekejap.."

"ouh... lepas itu awak akan join kami yah.."

"Baiklah..."

                                                                                    *********

'Semayang zuhur... sudah berapa lama kau lupakan itu Kristina? Masih ingat lagi akan doa doa yang abah ajarkan dulu?...'

'Abah?!'

"Kris... what's wrong?"

"Nothing Ma...thought I heard Abah's voice..."

"Nonsense! It must be your imagination Kris..."

"I believe so Ma... sorry bout that..."


'Abah..... kenapa tiba tiba suaramu yang aku dengar kini?'

                                                                                        rantauan budi 2

home