jetty.jpg (14484 bytes)

jeti di Swan River (South Perth) dari sini kelihatan Kota Perth

 

Sepertimana yang dikatakan tadi Kristina mengajak aku kerumah Toknya sebaik saja selepas makan tengahhari. Elizabeth menyediakan 'lamb chops' dan 'mash potatoes' untuk makan tengahhari. Elizabeth juga meyakinkan aku bahwa daging yang digunakannya adalah halal dan dia menunjukkan dapurnya yang tidak ada bahan bahan haram sekiranya aku ragu ragu dengan masakannya. Bila Elizabeth buka peti ais nya, tersusun ditepinya bertin tin air arak. Adus... rintih aku sendiri dalam hati. Yang itu pula bagaimana? Tiba-tiba seleraku hilang terus. Bila ditanya oleh Elizabeth aku sengaja memberi alasan masih penuh sebab sarapan pagi tadi.

Rumah Tok hanya selang berapa buah rumah saja. Sewaktu berjalan dengan Kristina menuju kerumahnya, aku memerhatikan reka bentuk rumah rumah disini yang tidak banyak bezanya dengan rumah rumah teres di Malaysia. Sekeliling rumah mereka juga amat luas, ada yang siap dengan swimming poolnya dan ada pula yang simpan 'bot' digarage rumah mereka. Ada anak anak kecil yang leka bermain sesama mereka sendiri tanpa menhiraukan aku orang asing ini.

"Awak tak kisahkan untuk berjalan ke rumah Tok?" tiba tiba Kristina menyoal aku.

"Tak.. lagipun bukannya jauh sangat kan?"

"Nope, tuh rumah dia didepan sana tuh.Yang penuh dengan tanaman bunga. Cantikkan?"

"Pandai Tok awak menjaga taman yer?"

"Tok rindukan Malaysia agaknya... kata Tok sewaktu duduk diMalaysia dulu rumah Tok dikelilingi dengan berbagai bagai tanaman baik bunga ataupun buah buahan."

"Macam mana Tok boleh tinggal disini pula?"

"Sejak Mama kahwin dengan Papa, dan mereka bercadang pindah kesini, Tok ikut sekali. Lagipun di Malaysia tiada siapa lagi ahli keluarga Tok. Tok pun merantau duduk disana apatah lagi tika itu Tok Uda sudah meninggal dunia."

"Dah lama keluarga Kris tinggal disini?"

"Lebih kurang 10 tahun? Tak terasapun sudah begitu lama..."

"Jadi.. keluarga Kris semua beragama Islam lah yer?"

"Tidak... Hanya Tok saja. Mama tidak beragama. Dan mungkin juga Kris..."

"Apa maksud mungkin juga Kris?"

"Kris tak tahu apa sebenarnya agama Kris... walaupun Kris tahu dilahirkan sebagai anak Islam dan buat seketika waktu dibesarkan dengan cara Islam. Buat masa ini Kris masih buntu lagi. Why not we say, I'm a non believer?"

"Kris...takkan nak berpaling dari agama sendiri?"

Kristina tersenyum saja mendengar soalan aku itu. Tika itu kami sudah sampai didepan rumah Tok. Dia menolak pagar rumah Tok dan mengajak aku masuk kedalam. Sewaktu kami sampai Tok sedang sibuk menyiram tanam tanamannya.

"Selamat datang anak Malaysia!" ucap Tok. Terasa hangat pipi ku bila dipanggil anak Malaysia. Patriotik sangat ke muka aku nieh? hehehehehe... Aku bersalaman dengan Tok. Lain sungguh suasana rumah Tok dengan rumah Elizabeth. Rumah Elizabeth tidak dipagari tembok tembok seperti rumah Tok. Rumah Tok juga agak redup dan nyaman kesekitarannya. Mungkin tanam tanaman itu yang melahirkan suasana sebegitu.

"Mari duduk disini kita boleh sembang sembang..."

"Terima kasih tok... lawa taman Tok ini yer?"

"Ah... biasa saja... siapa namanya tadi? Lupa pula..."

"Budi... panggil saja saya Budi..."

"Macam nama orang indon eh Tok?" soal Kristina sambil tertawa kecil.

"Ibuku lahir di Surabaya sebelum dibawa tinggal diMalaysia oleh ayahnya dahulu."

"Macam aku juga yah Budi? Tok... biar Kris ambilkan air yah? Tok berbual bual dulu dengan Budi ok?"

"ok...ok..."

"Apa khabar Malaysia?"

Sesungguhnya aku makin penat mendengar soalan demi soalan tentang bagaimana keadaan Malaysia tika itu. Semua yang aku ketemui dalam masa dua hari ini, semuanya ingin bercerita tentang Malaysia. Apa kata aku jadi duta saja kan? 'Tapi Budi... bukankah sebagai anak Malaysia kau harus mengetahui tentang tanah kelahiranmu itu tidak kira dimana jua kau berada?' soal hatiku sendiri. Budi... Budi..... begitu cepat ingin kau lupakan asal usulmu?

"Tidak!"

"Eh?... What's wrong Budi?"

"err..ermss.. sorry... tersasul.."

"Banyak betul yang difikirkan yah Budi..."

Boleh terjerit pula... tak mungkin aku lupa akan asal usulku. Tidak....

                                                                                        **********

 

'Assallammualaikum,

Kehadapan keluarga yang dirindui....

Apa khabar semua disana? Budi disini sihat cuma selsema sahaja, mungkin ini disebabkan oleh perubahan cuaca. Sudah seminggu Budi disini dan ini adalah warkah Budi yang pertama untuk keluarga dirumah. Rindukah pada Budi? :) <-- Ibu, ini tandanya Budi sedang senyum!

Budi kini menetap dengan ibu kepada mak angkat Budi. Dia juga dulu menetap diMalaysia tapi kini mereka sekeluarga telah lama bermaustatin disini. Cucunya, Kristina yang muda setahun dari Budi banyak membantu Budi untuk menyesuaikan diri disini. Mungkin Ibu tertanya tanya kenapa Budi berpindah dari terus menetap dirumah Elizabeth. Tapi Bu, Budi membuat keputusan sedemikian kerana Budi tidak betah dengan cara kehidupan mereka. Islamnya hanya pada nama Bu. Budi agak sukar menerima kenyataan itu dan menetap dirumah Tok, Budi rasa lebih senang. Lagipun Tok tinggal keseorangan apalah salahnya untuk Budi menemani dia kan?

Seminggu yang lepas ini, Budi sibuk dengan minggu orientasi dikolej. Tidak ramai pelajar Malaysia yang mengambil kursus ini tapi ramai pula dari mereka yang datang dari Sarawak dan Sabah. Pelajar pelajar Australia juga tidak kurang ramainya. Alhamdullilah, Budi dapat menyesuaikan diri di kolej ini dan pada hari Isnin ini kuliah pertama akan bermula.

Ingin sekali Budi meronda ronda sekitar Kota Perth dan lain lain tempat lagi bila ada masanya nanti. InsyaAllah masih ada banyak masa lagi untuk Budi menjelajahi kota pesara ini bukan? Ha ha... nak tau kenapa Budi katakan ia kota pesara? Kerana disini ramai penduduknya adalah dari golongan pesara, malah ramai juga warga warga asia yang datang bersara disini. 'City of Retirees' itulah yang Budi namakan kota ini, Kristina juga menyetujui dengan gelaran itu.

Perth juga tidak serancak negeri negeri Australia yang lain. Kalau Sydney sibuk dengan dunia perniagaannya, begitu juga di Melbourne. GoldCoast sentiasa sibuk dengan pengunjungnya dari setiap pelusuk dunia. Adelaide dan Darwin mungkin tidak rancak seperti 3 negeri itu, memandangkan penduduk mereka pun tidak ramai. Tapi Budi tidak kisah walaupun kehidupan disini agak lembap. Bayangkan pukul 6 petang kedai semua sudah tutup! Hanya pada hari hari tertentu sahaja kedai akan dibuka hingga jam 9 malam. Pada hari hari yang lain, selepas pukul 6, kota Perth agak sepi dan hanya orang orang aslinya saja yang masih berkeliaran.

Ah... masa terlalu suntuk Budi teruskan warkah ini, tapi pasti Budi akan utuskan lagi warkah lain. Banyak lagi cerita yang ingin Budi sampaikan. Petang ini Budi sudah berjanji untuk keluar bersama Kristina ke bandar.

Hingga disini saja, salam rindu dari Budi

yang jauh diperantauan :)) <-- senyuman khas untuk Ibu!

Yang Benar

Budi Azuri.....'

rantauan budi (3)

 rantauan budi (1)

 home