Port Beach, di Fremantle
"Budi... kau tau drive?" tiba tiba Kristina bertanya. Tika itu kami baru saja lepas makan malam, malam ini Tok masak asam pedas ikan pari, sedap sekali!
"Tau... kenapa?"
"Kita pi drive around nak?"
"Nak pergi mana? Lagi pun dengan kereta siapa?"
"Come, I'll show you something." Kristina dengan pantas bangkit dari tempat duduknya dan menarik aku sekali pergi ke belakang rumah. Aku tidak pernah pergi kebelakang rumah Tok sebab tak ada benda untuk di lakukan disini. Setahu aku dibelakang sini seperti sebuah store yang besar dimana Tok menyimpan benda benda yang tak diperlukannya. Bila ke belakang baru aku perasan dibelakang sini rupanya ada garaj!
"Ini kereta Tok, dah lama tak digunakan. Sesekali Mama yang drive, just to heat up the engines...." Kereta putih jenis Honda itu di jaga dengan baik, walaupun jarang digunakan. Didalamnya, pun di kemas rapi tidak seperti ada ada kereta yang semak dengan berbagai anak patung dan sebagainya.
"So how? Jadi tak?"tanya Kristina lagi untuk kepastian.
"Tapi Kris... nak pergi mana? Dah pukul berapa nie?" Aku tengok jam tanganku, dah pukul 7, dah gelap pun. Nak kemana lagipun niari hari rabu, bukannya hari jumaat ataupun khamis. Kalau daerah perumahan 'suburbs' tiap tiap hari khamis, kedai dibuka sampai jam 9 malam paling lewat. Dibandar pula pada tiap tiap hari jumaat.
"Freo! ok?"
"Freo??? On a wednesday night Kris? Aku belum arif lagi nak jalan jauh gitu Kris. Lagipun kau nak cari apa disana malam malam begini?" Aduh... pening kepala aku dibuatnya. Kristina tersenyum senyum cuba memujuk aku untuk bersetuju dengan keputusannya untuk ke Fremantle.
"Come on... I'll show you the way... no worries ok?"
"No worries... no worries.. senang jek dia cakap.. aku jugak yang kene pandu" ngomel aku sendirian
"What did you say Budi?"
"Nothing... Budi pegi depan sat, inform Tok. At least she knows we're going out...."
********
"Kris dilahirkan di Singapura. Abah Kris orang Singapura, Mama berkenalan dengan dia sejak dia mula ulang alik ke Malaysia untuk urusan perniagaannya. Sayang sekali perkahwinan mereka yang dibina atas dasar cinta sama cinta tidak bertahan lama, cuma 10 tahun sahaja. Lepas itu Mama berkenalan dengan Papa, tak sampai setahun mereka ambil keputusan untuk berkahwin dan pindah ke Perth. Papa bekerja dengan salah sebuah firma guaman disini waktu itu. Dan sepanjang tempoh 11 tahun kami disini hanya sekali Kris pulang ke Singapura melawat Abah. Ada juga sekali dua Abah kesini melawat Kris dan Tok." Kristina begitu tenang menceritakan tentang latar belakang keluarganya. Mungkin ini sebabnya kenapa dia ajak aku ke Fremantle. Perjalanan dari Perth ke Fremantle memakan masa lebih kurang sejam jika memandu.
"Abah Kris... dia buat apa sekarang ni di Singapura? Dia tak berkahwin lagi?"
"Abah... dia masih sayangkan Mama katanya. Kris sendiri tidak pasti kenapa mereka bercerai tapi itulah alasan Mama, tiada cinta lagi. Sejak kami tinggal disini segalanya mula berubah....." kedengaran suara Kris mula mendatar, aku menoleh memandang kearahnya. Kristina sedang mengesat airmatanya. 'Kenapa pulak dia nangis nieh?'
"Er.. u ok Kris?" agak bimbang juga aku dengan keadaan sebegitu.
"Ok... aku ok....ok ke aku ni Budi? Kau rasa aku ok ke?" renungannya tajam kepadaku. Aku menumpukan perhatian ku kembali pada memandu. 'Ok ke?' soal hatiku sendiri.
"Never mind Budi... you would never understand anyway....." Kami terus diam sepanjang perjalanan menuju ke Fremantle. Aku agak risau juga dengan kesepian itu, tapi aku tidak tahu bagaimana aku harus buka bicara, ceriakan kembali keadaan yang tiba tiba muram itu. Sekejap sekejap aku pandang ke Kristina disebelahku, dia asyik memandang panorama sepanjang perjalanan. Malam ini pertama kali aku memandu sejauh begini setelah hampir sebulan disini. Panoramanya lebih menarik tika memandu dari menaiki keretaapi ke Fremantle. Dibahagian kananku, laut menemani sepanjang perjalanan ini. Ombak ombak beralun rancak! Ada juga beberapa buah kereta yang henti ditepi jalan disebelah sana. Mungkin mereka mengambil masa untuk mengamati suasana itu sebelum terus pulang ke Perth kembali.
"Kau tau Budi... sekali sekala aku suka memandu ke Fremantle pada waktu malam sebegini. Bukankah pandangannya lebih indah?" Bila aku dengar suara Kristina semacam kelegaan menyelubungi aku.
"Aku setuju dengan kau Kris. Memang pandangannya lebih indah. Kalau kita naik 'train' taklah dapat tengok semua ni kan?"
"Budi, disimpang depan itu, kau belok ke kanan, terus dan ada tempat meletak kereta disitu. Kita berhenti rehat sekejap ok? Ada cafe berdekatan disitu juga, boleh kita minum kopi sambil bersembang.." Kristina tersenyum kembali. Adakah dia gembira seperti mana keceriaan yang ditunjukkan kini?
"Ok Mem! We've reach our destination! Jom kita pi minum kopi. Kau pasti ada cafe yang masih buka waktu ini?" tanyaku lagi untuk kepastian.
"Adaaaaa percayalah dengan aku. Cafe tuh kepunyaan orang Melayu. Ia dibuka hari hari hingga 10 malam. Lagipun berdekatan dengan Universiti Murdoch disini. So ramai juga pengunjungnya disini. Mari...."