gambar hiasan sahaja
Beldon, Western Australia
Jun 98
Musim sejuk telah bermula. Kedinginannya adakala menggigit gigit ketulang sendiku tapi bila matahari hangat menyinari kota Perth ini, kedinginan itu tidak terasa sangat. Tanpa jaket kulitku dan sarung tangan aku tidakkan meninggalkan rumah. Bagi 'mat saleh' disini mereka sudah biasa dengan cuaca sebegini, adakala aku lihat mereka bersahaja kesana kemari hanya dengan mengenakan tshirt dan ada juga hanya 'sleeveless'! Mak sentiasa berpesan padaku agar lapiskan pakaianku agar hangat sedikit badan ini. Macam mana agaknya kalau Mak dan Ayah ada disini? Dapatkah mereka menahan kesejukan sebegini sedangkan aku yang muda ini pun kadang kadang menggigil gigil menahan kesejukan!
Satu keistimewaan musim sejuk disini yang menarik perhatianku ialah hujan. Musim sejuk disini bukan dingin dengan salji tapi dengan angin dan hujan.Aku ingat lagi kata kata Uncle Alex dulu, musim sejuk disini tiada salji. Yang mengkagumkan aku walau hujan turun selebat lebatnya, tiada guruh mahupun kilat. Aku akan duduk berjam jam ditepi tingkap bilikku hanya memerhatikan hujan yang turun. Hujan itu seolah olah membawa satu ketenangan untuk minda aku. Hujan itu membawa kenangan juga.
Waktu kanak kanak dahulu, aku ingat lagi bila hujan turun aku dan Along gemar sekali mandi hujan. Selagi tak dipanggil oleh Mak, selagi tak diugut dirotan dek Ayah, selagi itu kami berdua akan terus berkubang. Bila terkenang saat saat begitu, ia bagaikan baru semalam saja berlalu. Tapi kini kami berdua sudah dewasa, hidup dengan dunia masing masing. Along mengejar impiannya, aku dengan impianku. Namun disebalik kesibukan mengejar cita cita masing masing, surat menyurat tidak pernah diabaikan. Along rajin mengirim surat bercerita tentang hal hal dikampung. Selalu juga Along balik ke kampung mengawasi perkembangan pelajaran adik adik. Sejak dari dulu lagi, Along sentiasa ulang alik antara bandar dan kampung. Along tidak pernah melupakan tanggungjawabnya sebagai seorang abang, walaupun Ayah masih ada untuk menjaga kami semua.
Baru baru ini aku baru mula berkerja sebagai 'delivery boy' untuk sebuah restoran pizza disini. Hasilnya lumayan juga, sejam aku dibayar 15 dolar. Kerjanya tidak susah juga, kiranya tiada order pizza, aku menolong mereka mengemas dapur dan sebagainya. Dalam seminggu aku bekerja tidak lebih dari 20 jam, itu adalah salah satu undang undang di Australia bagi pelajar yang ingin bekerja sambilan. Nasib baik aku sudah 'apply' visa untuk berkerja sambilan disini sejak awal lagi. Baru baru ini juga mereka telah mengenakan syarat, pelajar harus belajar lebih kurang 6 bulan sebelum 'apply' visa pekerjaan itu. Macam macam negeri ini dengan syarat syaratnya.
Duit dari kerja sambilan itu dapat juga aku gunakan untuk tambahan perbelanjaan kehidupan disini. Nasib baik Tok membenarkan aku menggunakan keretanya tanpa mengenakan apa apa bayaran. Aku cuma perlu bawa dia ke pasar raya dan bertemu dengan kawan kawannya bila perlu. Itu pun tidak menjadi masalah kepadaku, kalau masanya tidak sesuai Elizabeth akan membawanya ketemu janjinya itu. Kristina pun kini sudah mula sibuk dengan kuliahnya. Dia menuntut di TAFE, ia seperti sekolah sekolah teknikal di Malaysia juga. Dia akan tamat kursusnya tidak lama lagi, katanya kalau dia berjaya, dia boleh masuk terus ke tahun dua ke salah satu universiti di Australia.
Aku pula tidak lama lagi akan menghadapi peperiksaan. Di kolej ini tiap tiap dua bulan ada peperiksaan sebelum sambung ketajuk yang lain. Cara ini aku rasakan lebih senang dan mudah difahami. Sekiranya semua berjalan dengan lancar awal februari nanti aku akan sambung ke tahun dua ke salah sebuah universiti disini juga. Semuanya bergantung pada keputusanku nanti insyaAllah. Aku masih lagi berfikir sama ada cuti panjang 3 bulan yang bermula pada pertengahan November nanti, haruskah aku pulang atau berkerja disini untuk mendapatkan duit tambahan? Hmmm......
*********
"Hello Kris.. where are you now?"
"I've got another class to go at 2..."
"Could you come home now please?"
"Why Ma?"
"We'll talk when you get home later....." Kenapa dengan Mama? Ada apa apa yang terjadikah dirumah? Suaranya agak lain sekali tadi. Tidak sabar sabar dia mematikan talian tadi sebelum sempat aku bertanya lagi. Lagi 15 minit kelas akan bermula... nak balik ke? atau nak ke kelas?
"Hey! Kris where are ya going?"
"Jude! I'm going home, something just crop up, could you take the notes for me please?"
"Sure, no worries gal! Ta!" Aku lihat Jude terus mengatur langkah kekelas. Akhirnya aku membuat keputusan untuk balik ke rumah saja, mungkin ada hal penting yang Mama ingin memberitahuku tapi apa yang penting sangat?
___________
"Ma! Ma!" Mana pula Mama ni.. tadi beria ia suruh aku balik. Sekarang ni dia tak ada pulak.
"Kris..."
"Ma! You scared me! What happen to you?" Mama terperosok dihujung biliknya, tenggelam dalam tangisannya. Lily dan Lucy pula mana? Siapa yang ambil mereka dari tadika?
"Kris... Kris... Abah...."
"Kenapa dengan Abah?!!"
"Abah kamu meninggal dunia pagi tadi Kris!" Abah meninggal dunia? Abah.....
*Flashback*
"Bila anak Abah besar nanti nak jadi apa?" tanya Abah sambil aku mengangkat aku naik ke ribanya.
"Design! Kris nak reka baju lawa lawa, pastu Abah jadi model Kris ok?"
"Ha!Ha!Ha!Ha! Nanti Abah dah tua!Orang pun taknak beli baju Kris macam tuh!"
"Abah... abah tak sayang Kris lagi ke?" Abah diam saja memandang aku.
"Kenapa ni sayang?"
"Abah... Mama kata dia nak bawa Kris tinggal di KL. Abah ikut sama?"
"Hm... Mama dah kasi tau Kris? Abah tak dapat ikut sama. Abah kene tinggal sini, tapi Abah akan selalu lawat Kris ok?"
"Janji?"
"Janji..."
"Kris mesti ingat.. mesti study rajin rajin ok?"
"Mestilah! Kris kan nak jadi pereka terkenal... nanti orang semua akan kenal Kristina Shah. Anak siapa? Anak Tuan Shah Mahmud!" berdekah dekah Abah ketawa mendengar jawapan aku. Tangannya mengusap ngusap kepalaku. Dicium dahiku berkali kali dan akhirnya dia memujukku agar masuk tidur sebab sudah lewat malam.
"Anak Abah akan sayang Abah selama lamanya kan?" bisik Abah ditelingaku.
"Forever Abah!" jawabku pantas.