"When we lose something then we start appreciating it huh?" pandangan Kristina jauh sekali nampaknya. Kata-katanya seolah olah cuba meluahkan rasa dukanya. Buat masa ini dia masih lagi cuba mengatasi kesedihannya kehilangan seorang ayah.
Kalau aku fikirkan, memang benar kata katanya itu. Bila kita kehilangan sesuatu baru kita mula menyedari akan adanya dia. Baru kita tahu betapa pentingnya dia dalam hidup kita. Saat saat ini kalau terkenangkan Ayah dan Mak, aku rasa betapa bersyukurnya aku kerana memiliki mereka berdua sebagai orang tuaku. Tidak ada apa lagi yang aku pinta selain dari kesejahteraan kehidupan mereka selagi hayat mereka masih ada. Untuk itu aku ingin bekerja keras untuk memberi mereka masa depan yang lebih senang. Agar masa tua mereka tidak lagi membanting tulang demi kehidupan anak anak. Biarlah kami pula membalas jasa mereka itu.
"Kau tau Budi. Abah ada tinggalkan aku satu buku catitan. I read it on my way back from Singapore that day. I wish I had spent some time with him Budi. Sejak penceraian mereka, aku tak tahu milik siapa aku ini. Walau aku mengikuti Mama, aku juga rindukan Abah. Bila dengan Abah aku rindukan Mama. Salah siapa Budi.... salah aku ke Budi?" Bila dia mengalihkan pandanganya ke arah aku, raut wajahnya seolah olah mengharapkan satu jawapan pada soalannya itu. Tapi...
"Susah nak dikatakan Kris. Sometimes things just don't work out the way we want it to be. Salah siapa mereka bercerai, mungkin sudah ditakdirkan Kris....."
"Aku rindukan Abah Budi..... aku ingin sangat berbual bual dengan dia, bercerita tentang segalanya. Memang sejak kecil lagi aku rapat dengan dia tapi tiba tiba semuanya berubah....."
"Kris... kalau kau rindu Abah kau...sedekahkanlah Alfatehah padanya. Sekurang kurangnya ada juga rahmatnya Kris..." Kristina tertawa mendengar kata-kataku itu. Dia bangkit tempat duduknya dan berjalan jauh sedikit dari aku. Aku sekadar memerhatikan apa yang ingin dia lakukan atau mungkin katakan.
Dia berhenti dan menoleh kepadaku, "Kita balik Budi....lagipun kita dah janji dengan Tok nak dinner dengan dia malam ni kan?" Seperti biasa, Kristina sentiasa mengelak bila aku cuba berbual tentang agama. Aku akur saja dengan permintaannya itu, mungkin dia masih belum sedia lagi atau tidak minat langsung tentang agama asalnya ini.
Sejak aku kenali Kristina, aku ingin membimbing dia kearah yang benar. Sekurang kurangnya balik pada agama asalnya itu. Terasa ia sebagai satu tanggungjawab untuk aku selesaikan. Bukannya aku ahli ulama tapi dinegeri asing ini, aku rasa wajar sekurang-kurangnya aku cuba mengingatkan dia tentang semua ini. Adakala bila teringatkan keadaan Kristina, aku agak terkilan. Terkilan Mamanya sanggup berpaling dari Islam dan secara tidak langsung telah mengelirukan Kristina sekali. Ya Allah... berikanlah aku petunjukmu...
"Kris..."
"Yeah?"
"Jawapan bagi soalan-soalan yang kau tertanya-tanyakan itu ada dalam diri kau.
Carilah pasti kau temui jawapannya." Kristina tersenyum saja. Aku harap dia faham
maksud kata kata aku itu.
*********
'Abah...kenapa selepas Abah meninggal terasa sangat kesepian dalam hidup Kris ini? Selama ini Abah tak pernah ada disisi Kris tapi kenapa sepeninggalan Abah, kehilanganya terasa amat sekali... Abah maafkan Kris selama ini menjauhkan diri dari Abah. Kris menyesal dengan tindakan itu, sepatutnya Kris bersikap adil antara Abah dan Mama. Kalau waktu kecil dulu susah untuk Kris menilainya tapi kini Kris sedar sepatutnya Kris patut meluangkan masa untuk bersama dengan Abah.
Betapa bodohnya Kris tidak pernah meluangkan masa itu, mungkin dalam masa yang lepas itu banyak lagi yang dapat Kris kenali tentang Abah. Mungkin dapat Kris simpan buat kenangan. Kini apa yang ada pada Kris hanyalah memori waktu kanak kanak dulu.
Abah.. sekali lagi Kris pohon maaf. Sewaktu Kris di Singapura, Kris rasa tak macam orang melayu lagi! Kris seolah olah menyoal identiti diri Kris. Siapa Kris? Anak melayu atau anak orang putih? Kris segan dengan keluarga Abah, walau mereka cuba sedaya upaya untuk Kris rasa selesa selama Kris disana. Selama disana, Kris sedar terlalu banyak yang telah Kris lupakan apa yang sebelum ini telah Abah ajarkan pada Kris.
Kris takut pada bila bila masa saja mereka akan bertanya hal-hal agama. Kris tak tahu Abah! Kris lupa! Kris lupa langsung dengan adat dan ugama. Abah...rupanya Australia telah banyak mengubah Kris selama ini. Bencikah Abah pada anak ini? Kris amat sesal dengan diri ini, yang terus alpa dengan kehidupan dunia ini.
Buku catitan Abah ada pada simpanan Kris. Akan Kris jadikan untuk bimbingan dari masa ke semasa. Terlalu banyak kata kata nasihat yang tak pernah Abah katakan pada Kris tertulis didalam situ. Mungkin Abah tahu sudah hampir masa untuk Abah pergi, hanya itu yang dapat Abah tinggalkan untuk Kris? Sewaktu hendak pulang, Ami Khalid menghadiahkan sebuah tafsir Al-Quran pada Kris. Kris amat terharu saat itu. Dan Kris tahu kini sudah masanya untuk Kris mengenali agama Kris.
Abah... terima kasih untuk segala-galanya. Kris yakin kiranya Abah ada saat ini, Abah akan turut bersyukur dengan keputusan Kris ini.
Jalan itu terbentang luas untuk Kris, kini ia terpulang pada Kris untuk melaluinya atau tidak...
Abah semoga rohmu dicucuri rahmatnya....'
*********