every beginning has an ending
Fuck. Semua salah aku. Apa diaorang tak kisah lagi tentang aku? Just cause I smile and laugh everytime Im infront of them, it means Im fine? Aku rindu abah! Aku rindu saat saat bersama dengannya! Kosong, tiada apa yang dapat mengisi kekosongan ini. This life is meaningless! Untuk apa pun aku hidup?? Apa tujuan aku dalam kehidupan ini pun aku tak pasti.
Mama sibuk dengan anak-anaknya, bagi dia aku sudah besar tak perlukan perhatian lagi. Daddy tak pernah hiraukan aku, apa aku buat semuanya ok bagi dia. Tapi malam ini pertama kali dia menampar aku. Sakit pedih tapi tak seperit apa yang aku rasakan kini. Budi pun mungkin membenci aku kini. Aku tahu, aku tahu dia mencuba sedaya upaya untuk menyedarkan aku selama ini tapi mungkin juga dia sudah jelak dengan diri ini. Jika tidak kenapa dia memarahi aku semata mata sebab aku ingin menunggu didalam masjid itu? Aku ingin kembali pada jalan yang benar Budi, kenapa kau tak beri aku peluang itu? Jijikkah diri ini pada pandangan matamu?
Tok tok kata ingatkan Tuhan. Itu yang dia bisikkan. Dia mengusap-usap kepala aku, aku seperti tercampak kepada zaman silam. Mengingati bagaimana Abah selalu mengusapi kepala ini, membisikkan kalimah kalimah syahdu, mendodoi aku kealam mimpi. Aku ingin tanya pada Tok Tuhan yang mana? Siapa Tuhan aku Tok? Ikut Tuhan Mama atau ikut Tuhan abah?
Ha ha ha ha what a joke! Aku sendiri tidak pasti siapa Tuhan aku tapi bukankah aku ingin kembali pada jalan yang benar? Diterima lagikah aku ini. Budi sendiri tak dapat menerima aku didalam masjid itu. Katanya sekurang kurangnya hormatilah agamanya. Mungkin juga Tuhan itu tak dapat menerima aku. Kalau Budi sendiri sudah fikir aku ini jijik, aku ini tidak wajar ada didalam situ apatah lagi Tuhannya?
Tuhan .yang mana? Yang mana yang benar? Yang dapat membantu aku? Yang dapat mengisi kekosongan ini? Mungkin ada baiknya jika aku mati saja. Biar saja Tuhan-tuhan itu yang memilih, yang mana satu yang dapat menerima aku. Ya mungkin juga aku harus mati
And all the problems will end
******************************
"Budi .bangun Budi .cepat!" Tok mengoncang-goncang badanku. Terkejut aku bila dikejutkan sebegitu. Pukul berapa ni? Dah subuh ke? Kenapa cepat sangat sudah subuh rasanya baru aku terlena tadi?
3 pagi! Apa kene Tok ni?
"Tok its only 3 am Tok? Belum subuh lagi still early you know?"
"Budi Kristina! Kristina tak ada dirumahnya!"
"Huh??"
"Cepat kita pergi ke rumahnya sekarang juga."
Kemana pula dia menghilangkan diri? Aduh kenapa juga dengan dia ni? Takkan sebab aku memarahinya tadi dia merajuk sampai sebegini sekali. Tadi malam mabuk, sekarang ni hilang pulak! Ya Allah lindungilah dia dimana juga dia berada kini.
Ada kereta polis didepan rumah mereka bila kami sampai. Sebaik saja kereta berhenti, Tok dengan pantas bergegas masuk ke rumah.Cepat betul Elizabeth buat laporan. Anak dia takkan dia tak risaukan? Kalau malam-malam gini dia hilangkan diri ada baik juga buat laporan cepat-cepat. Tempat ini pun bukannya selamat sangat. Lelebih lagi Kristina tuh perempuan dan muda lagi. Aku juga turut bimbangkan keselamatannya. Baru saja kaki ini melangkah masuk kerumah, aku lihat Tok sudah pengsan!
Astaghfirullahhalazim .Kris
*********************
21 October 1998
Wild flower season.
Musim ini kalau melawat ke Kings Park indah sekali pemandangannya. Berbagai jenis bunga ada dipameran ini. Aku pusing-pusing seorang diri ditempat ini, ramai betul pelancong. Ada seorang teman pernah memberitahu aku, bila musim bunga wild flower ini, ramai yang datang ke Perth. Tidak kira mereka dari dalam atau luar negeri kerana disini, berbagai jenis bunga liar yang boleh dijumpai. Kalau dinegara-negara Australia yang lain tidak mungkin mereka dapat melihat pameran bunga secantik ini semua.
Kalaulah Ayah dan Emak dapat kesini dan melihat keindahan alam ini ..
Tiba disebuah tanah lapang, aku duduk disitu untuk menghilangkan rasa penat setelah menjelajah tapak luas pameran itu. Cuaca hari ini baik sekali, walau matahari memancar terik, udaranya rasa sejuk. Semua datang berpasangan atau dengan keluarga. Ada juga yang ambil kesempatan untuk berpiknik disini. Keriuhan alam sekeliling saat ini tidak menganggu ketenangan aku. Seolah-olah aku hilang didalam dunia sendiri.
Berbaring diatas rumput-rumput ini, aku pandang jauh kelangit. Kiranya aku diatas sana, mungkin aku dapat membantumu Kris? Sudah 3 bulan kau masih belum sedarkan diri. Terus bernafas dengan bantuan mesin mesin itu. Walau sudah dinasihati untuk matikan saja mesin-mesin itu, Elizabeth tetap ingin lihat kau terus hidup. Baginya satu hari nanti pasti kau akan sedar dan ceria seperti sediakala. Aku juga tidak lepas dari menaruh harapan sebegitu. Banyak sekali ingin aku ceritakan pada kau Kris. Setiap kali aku datang, walau mulut ini ingin sekali mengatakan sesuatu, tapi melihat kau kaku disitu, tiada apa yang bisa aku katakan. Aku tidak mampu jadi seperti mereka terus-terusan bercerita, agar kau dengar, agar kau sedar dengan cerita-cerita itu. Bila aku membisu seribu bahasa, hanya doa-doa saja yang dapat aku bisikkan ditelingamu.
Mungkin juga kau membenci aku kerana membisikkan kalimah kalimah itu sedangkan tika kau sedar kau tidak ingin mendengar sangat tentang agama dari aku. Tapi aku harap kau faham Kris, aku tidak pernah berputus asa.
Dalam masa beberapa minggu lagi aku akan menghadapi peperiksaan lagi. Moga-moga aku dapat menempuhinya dengan baik. Semalam aku terima surat dari kampung, ada berita gembira, Along akan bertunang tidak lama lagi. Tarikh perkahwinan telah mereka tetapkan pada bulan Januari nanti, sekurang-kurangnya waktu itu aku masih bercuti. Nampaknya rancangan aku untuk berkerja disini waktu cuti nanti terpaksa aku batalkan. Takperlah mungkin aku cari saja kerja sementara disana. Kalau ada rezki adalah, Alhamdullilah selama ini pun aku masih mampu mencari rezki disini juga.
Kejarkan duit tidakkan kemana, kaya didunia dengan harta benda sahaja buat apa? Keluarga pun penting juga. Kasih sayang mereka tiada nilainya. Sekurang-kurangnya aku rasa bersyukur, walau keluarga aku miskin harta tapi kita tetap kukuh sekeluarga. Tidak berpecah belah, adik adik aku tak kurang kasih sayang kami semua. Sebrapa upaya Ayah dan Emak cuba juga untuk melaksanakan tanggungjawab mereka. Mereka beri apa yang mereka mampu dan aku rasa kami semua cukup bersyukur untuk itu semua. Terima kasih Ayah Emak ..Ah! Rindunya aku pada mereka semua!
**************************
"Budi .theres something Id like to discuss with you about.."
"What is it Elizabeth?"
"Were thinking of pulling the plug off Kristina
"
"What?!"
"I know its difficult for you to let go Budi but I couldnt bear looking at her everyday lying there lifeless. Theres no way she would recover again. Ive been holding on for months now and coaxing myself that she would be alive again. But .."
"Its up to you Elizabeth. Im in position to decide whats good or bad for her. Shes your daughter and Im just a stranger afterall."
"Im so sorry Budi ."
"No you shouldnt be sorry Elizabeth. Im sure its much more painful for you to come up with this decision. I hope you will be brave to go through this. Its best to let her go rather than let her suffer this way."
"Thank you Budi .thank you. Theres something else we would like to thank you for"
"For what else? I dont think I did much for you all?"
"You make us realise more bout Islam Budi. Something which Ive grown to forget bout its existence. Me and Paul, we had a long discussion few nights ago. Were gonna go for classes and convert to Islam."
"Alhamdullilah .I guess what had happen before this had brought us more to Him. May he bless all of you and Kristina as well .."
***************
Aku nampak mereka semua disekeliling aku. Aku dengar. Aku ingin bersuara tapi seperti ada sesuatu tersekat dikerongkong ku ini. Budi merapati aku, dia bisikkan ketelinga aku kalimah kalimah itu. Dia ulang sekali lagi. Katanya,
"Kris kiranya kau dengar ini, ikutilah aku baca kalimah ini AsyhaduanlaIllah .. haIllaAllah Muhammadurrasullullah......."
Kemudian dia baca lagi ayat-ayat itu yang selalu aku dengar Abah bacakan untukku bila masa dia ingin menidurkanku. Abah.. aku rindukan Abah..dapat aku rasakan hangat airmataku bila mendengar ayat ayat itu. Aku rasa tenang, seolah olah satu beban telah lepas dari bahuku ini. Jalan itu terbentang luas mungkin sudah tiba masa untuk aku bertemu dengan Tuhan yang Esa.... AsyhaduanlaIllah....haIllaAllah....Muhammadarrasullullah...."
***************************************************************************************
November 13th 1998.
Upacara pengkebumian Kristina dilakukan oleh Imam masjid Perth. Ini adalah permintaan Elizabeth sendiri atau nama Islamnya Khadijah. Menurutnya kristina tidak pernah menukar agamanya dan dia tidak pernah mengajak Kristina untuk menganut agama catholic. Cuma selama ini Kristina hidup tanpa mengetahui apa sebenarnya agama yang harus dianuti. Lama lama dia hidup tanpa mempercayai sebarang Tuhan. Memandangkan yang dia lahirkan Islam dan tidak lagi menukar agamanya, Imam itu tidak ragu-ragu untuk menyemadikan Kristina sebagai orang Islam. "Kita berdoa agar disana nanti dia diampunkan dan dirahmati rohnya." Kata Imam itu tadi sebaik saja selesai upacara pengkebumian.
Esok aku akan pulang. Aku telah mengambil keputusan untuk menyambung saja pelajaranku di Malaysia sahaja. Tak mampu rasanya untuk aku terus menetap disini. Selagi aku ada disini, selagi itu aku terkenangkan Kristina. Walaupun belum puas lagi aku mengelilingi bandar Perth ini, buat masa ini cukuplah rasanya.
Satu hari nanti mungkin aku akan kembali kesini. Mungkin kiranya dipanjangkan usia dan dimurahkan rezeki.
"Kris, terima kasih untuk segalanya semoga rohmu tenang disana ."
**************