Rahasia Warna Untuk Kesihatan
Anda mengalami masalah sakit kepala, tertekan atau
sering rasa mengantuk. Tahukah anda warna mampu menghapuskan masalah
tersebut.
HILANGKAN MASALAH SAKIT KEPALA
WARNA:
MERAH
Kajian mendapati bahawa warna merah dapat membantu
untuk mengurangkan rasa sakit kepala. Oleh itu jika anda mengalaminya , letakkan tuala lembab berwarna merah diatas mata anda. Ia mampu meningkatkan
peredaran dan melonjakkan adrenal
MENGURANGKAN TEKANAN DITEMPAT KERJA
WARNA:
BIRU
Anda rasa tertekan ? Cuba fokuskan mata anda kepada
sesuatu yang berwarna biru.Ia berupaya merangsangkan suasana tenang dan ianya dapat mengurangkan tekanan
darah. Cuba ubah "screen saver" computer anda kepada warna-warna yang dapat membuatkan anda merasa tenang
dan kurangkan rasa tegang
ELAKKAN INSOMNIA
WARNA:
MERAH JAMBU
Jika anda mengalami masalah sukar untuk tidur yang
selesa diwaktu malam, apa kata anda mencuba petua ini. Hiasi bilik tidur anda dengan warna tersebut.Kajian mendapati bahawa warna ini mampu mewujudkan
suasana santai dan selesa. Suasana yang romantik...
CERIAKAN MOOD ANDA
WARNA:
JINGGA
Apabila anda merasa murung atau cuba untuk
mengembalikan tenaga anda, cuba sesuatu yang berwarna jingga. Insyaallah pasti mood anda akan
Berubah.
LENYAPKAN KELETIHAN
WARNA:
HIJAU
Terdapat pendapat yang mengatakan warna ini mempunyai kesan positif dalam sistem imunisasi
selain dapat menggalakkan suasana harmoni di dalam badan
Disclaimer:
Artikel di dalam laman web ini disiarkan sebagai wadah perkongsian ilmu.
Sebahagian besar
artikel ini adalah dari sumber "forwarded emails" dan
kiriman pengunjung laman ini. Namun, semua artikel adalah hakmilik
penulis asal. Dari itu, setinggi penghargaan diberikan kepada pemilik
sebenar artikel-artikel tersebut, walau siapapun diri anda dan di mana
pun anda berada.