‘Malangnya’
menjadi pejuang Islam
Abdullah
08:30pm 12 Mei 2005
Antara banyak peristiwa penting yang
berlaku dalam sejarah, ada dua peristiwa
yang menyayat hati telah berlaku dalam
sejarah Islam dimana kesan keperitannya
masih terasa hingga hari ini. Yang pertama
ialah peristiwa ketika cucu Nabi s.a.w
Saidina Hussain Bin Ali r.a di tangan-tangan
yang berdosa dalam sebuah kisah yang masyhur
di Karbala'.
Tidak sampai satu dekad selepas itu belaku
satu lagi peristiwa yang serupa menimpa
cucuNya Imam Zaid bin Ali Zainal Abidin
bin Hussain apabila ditinggalkan oleh
400 ribu pengikut yang berbaiah kecuali
empat ratus sahaja yang thabat untuk berdepan
dengan musuhnya Hisyam bin Abd.Malik.
Dua gambaran daripada kisah khianat dan
ketidaksetiaan.
Pengalaman yang pahit ini begitu dirasai
kini oleh pejuang-pejuang Islam di serata
dunia. Dimanakah ukhuwwah? Dimanakah kesetiaan?
Dan, dimanakah pengorbanan? Ketika pejuang
Islam di Palestin, Iraq, Chechnya, Afghanistan,
Kashmer dan diseluruh dunia dikepung oleh
Zionis Yahudi dan Amerika mereka ditinggalkan
oleh rakan seagama dengan mereka. Mereka
dibunuh oleh kekesalan, kesedihan dan
keterabaian sebelum badan mereka ditembusi
senjata musuh.
Sejarah kini berulang semula. Keperitan
Saidina Hussain dan Imam Zaid dirasai
sama oleh mujahidin-mijahidin Islam dizaman
ini. Dengan kehendak Allah peristiwa itu
berlaku- biarpun ia satu pengorbanan yang
sangat tinggi nilainya-supaya menjadi
pengajaran kepada umat sepanjang zaman
akan bahaya penyakit khianat dan penarikan
kesetiaan dalam perjuangan menegakkan
Islam. Ia bukan ciri khusus yang hanya
berlaku pada satu-satu bangsa tetapi adalah
sifat yang lazim dan sinonim dengan mereka
yang lemah imannya.
Pada waktu ini kelihatanlah betapa pentingnya
tarbiah imaniah bagi saf pendakwah khususnya
dalam menghadapi suasana getir. Mengubah
kesetiaan dan membubarkan baiah serta
tidak melaksanakan tuntutannya diwaktu
dakwah dan perjuangan amat memerlukkan
sokongan dan dokongan adalah satu pengkhianatan
yang tidak akan terampun selamanya. "Kenapa
dengan kamu ini, apabila diseru kepada
kamu, keluarlah berjuang dijalan Allah,
jiwa kamu berat ke bumi?. Adakah kamu
redha dengan kehidupan dunia?.
Dunia, dunia wahai saudara. Ia yang membuatkan
kita tidak setia dengan baiah dan janji
kita. Sebab itu kita gagal dalam dakwah,
gagal dalam amal jamai dan gagal dalam
jihad kita. Adakah kamu telah redha dengan
kehidupan dunia? adakah kerjaya, anak
isteri, peniagaan, rumah besar, kereta
besar dan kemewahan telah menghalang kamu
dari menunaikan kesetiaan kepada dakwah
dan perjuangan?
Alangkah malangnya Hussain, malangnya
Zaid dan malangnya pejuang Islam pada
hari ini di serata dunia!