Sistem
khilafah: Manifestasi perjuangan intelektual
Hizbut-Tahrir
Malaysia
06:20pm 24 Mei 2005
Terpampang
di dada-dada akhbar mutakhir ini, berita
rusuhan dari Asia Tengah. Semuanya berkenaan
beberapa siri pemberontakan yang melibatkan
rantaian serangan fizikal terhadap rejim-rejim
pemerintahan disana dan contoh yang
terkini sekali adalah peristiwa demonstrasi
berdarah di Andijan. Sebagaimana yang
dilaporkan oleh media massa luar negara
tanggal 13 Mei, Islam Karimov, diktator
Uzbekistan, melalui arahan Menteri Dalam
Negerinya, Almatov, telah menembak penunjuk
perasaan untuk meredakan rusuhan besar
yang melanda negara tersebut. Laporan
awal media mengatakan lebih 300 orang
telah terbunuh (BH,15 Mei 2005) Laporan
seterusnya mengatakan bahawa angka kematian
telah meningkat kepada 500 orang dan
2000 orang tercedera (AP, 15 Mei 2005).
Didalam beberapa ulasan media, diantaranya
seperti yang dilaporkan oleh AP menyatakan
bahawa pemberontakan ini dilakukan oleh
sebuah kumpulan militan Hizbut Tahrir
(AP, 14 Mei 2005). Pemberontakan ini
juga dikaitkan dengan gerakan terorris
(Taklimat Berita Rumah Putih oleh Scott
McClellan). Memang telah diketahui bahawa
Islam Karimov memusuhi mana-mana gerakan
atau kumpulan rakyat yang bergerak diatas
nama Islam. Kekejaman demi kekejaman,
sejak dahulu lagi, telah beliau lakukan
keatas penduduk Islam Uzbekistan. Kini
kemarahan penduduk Muslim Uzbekistan
sudah tidak dapat dibendung lagi - demonstrasi
kali ini disudahi dengan sebuah tragedi
pembantaian tehadap kaum Muslimin dan
sebagaimana biasa yang dilakukan oleh
Islam Karimov, setiap kali apabila berlaku
pembantaian kaum Muslimin, beliau akan
mengatakan bahawa gerakan Islamlah yang
menjadi punca segala kekeruhan dalam
negaranya. Kambing hitamnya selalu terkena
kepada pembela Islam, tuduhan yang melulu
selalunya ditujukan kepada anak-anak
kaum Muslimin yang merindukan sistem
Islam, ternyata kali ini tuduhan ‘pemberontakan’
ditunjukkan kepada Hizbut Tahrir Al-Islami
(HT).
Sautun
Nahdhah (risalah rasmi Hizbut-Tahrir Malaysia)
kali ini ingin mengajak para pembaca budiman
untuk melihat dengan jernih tentang apakah
diperbolehkan sesuatu gerakan Islam melakukan
aktiviti fizikal seperti melakukan pemberontakan
bersenjata terhadap pemimpin kaum Muslimin
dan juga aktiviti fizikal seperti perjuangan
membebaskan tahanan dari penjara dan lain-lain
lagi; apakah kita boleh melawan secara
kekerasan bila berhadapan dengan pemimpin
yang kejam seperti Islam Karimov. Perbincangan
sebegini perlu diketengahkan supaya umat
Islam, pemerintah dan gerakan Islam memahami
bagaimana ideologi Islam itu mengajar
kita supaya melakukan aktiviti bersesuaian
dengan syariat Allah SWT.
Kekejaman
Islam Karimov
Karimov
adalah Presiden Uzbekistan yang terkenal
dengan kekejamannya. Semasa pemerintahan
Karimov, sejak tahun 1990, puluhan ribu
muslim dan muslimat diculik dan ditahan
di Uzbekistan tanpa pengadilan. Ribuan
disiksa; ratusan lagi dibunuh tanpa pengadilan.
Individu muslim dan muslimat yang dipenjara
melaporkan bahawa mereka sentiasa menjadi
sasaran penyiksaan, dikurung di ruangan
bawah tanah dalam keadaan yang tidak layak
untuk manusia, serta disuntik dengan darah
yang dicemari dengan virus HIV hanya kerana
mereka tetap mendirikan solat dan menolak
untuk memohon maaf kepada Karimov. Di
sana, kaum muslimat selalu terancam dengan
ganguan seksual semasa proses siasatan.
"Polis
di Uzbekistan menggunakan kejutan elektrik,
pukulan, dan perkosaan untuk mendapat
pengakuan. Mereka menyesakkan nafas tahanan
dengan karung beg plastik, atau mematikan
sistem pengudaraan di sel bawah tanahnya.
Mereka menggantung lelaki dalam keadaan
telanjang dengan pergelangan tangan dan
kaki diikat. Didalam sebuah kes dua tahun
lalu (2003), doktor mengesan bahawa ada
kesan melecur pada tubuh seorang tahanan
yang mati di dalam penjara akibat dicelupkan
ke dalam air mendidih. Tangannya tidak
lagi berkuku. Inilah gaya dari Rejim Karimov,"
demikian ulasan Steve Crawshaw, Pengarah
Human Rights Watch London. Catatan berkenaan
kekejaman Karimov ini telah berkali-kali
diajukan oleh beberapa lembaga hak sivil
dan hak asasi manusia. Duta Besar UK ke
Uzbekistan, Craig Murray pernah mengatakan,
bahawa rejim Karimov sering mendidihkan
orang sampai mati! (Hidayatullah.com,
10/XVII Februari 2005).
Sejak
tahun 1997, hampir semua aktiviti keagamaan
(terutama yang bersandarkan Islam) diawasi
di negara itu. Secara khusus, Hizbut Tahrir
telah menjadi mangsa utama Presiden Karimov
hanya kerana seruan politiknya untuk menegakkan
Khilafah Islamiyah secara damai di Asia
Tengah dan menyatukan kaum Muslim seluruh
dunia. Hizbut Tahrir juga sangat dibenci
oleh rejim Karimov, kerana telah mengkritik
berbagai polisi pemerintahan yang gagal,
korup dan kejam.
Sejak
kempen 'perang melawan terorisme' yang
diterajui oleh AS, serangan dan tekanan
terhadap kaum muslimin Uzbekistan semakin
bertambah, sehingga sangat memilukan.
Sokongan AS terhadap Uzbekistan telah
digunakan secara efektif sebagai cop mohor
oleh si diktator Uzbekistan itu untuk
melakukan apa sahaja penindasan terhadap
kumpulan penentangnya. Sebagai upah penglibatannya
untuk 'perang melawan terorisme' ala AS
itu, Uzbekistan telah menerima pinjaman
hutang dari AS sejumlah USD55 juta dengan
jaminan Bank Import Eksport AS. Sang diktator
Uzbekistan yang kejam itu juga dijanjikan
hutang luar negeri USD160 juta dolar (tiga
kali ganda berbanding jumlah hutang sebelumnya)
sebagaimana yang didedahkan sebuah artikel
di Washington Post (13/3/2002).
Tragedi
Andijan ini merupakan manifestasi kekuasaan
Karimov di dalam negeri. Seandainya bukan
karena sokongan Amerika dan Russia, barangkali
si diktator Uzbekistan itu sudah lama
tersungkur. Karimov, bekas setiausaha
Parti Komunis Uzbekistan ini memanglah
mempunyai hubungan yang kuat dengan Russia,
sebagaimana para pemerintah yang ada di
negeri-negeri Asia Tengah yang lain sejak
dahulu. Bahkan Russia sengaja mengirim
pasukan khusus sebanyak 5000 anggota untuk
menjaga takhta Karimov. Gaya kepemimpinan
sang diktator itu telah menyemai benih
kebencian dan kemarahan rakyatnya. Tambahan
pula dengan keadaan ekonomi Uzbekistan
yang teruk dengan kadar inflasi yang tinggi.
Harga barangan keperluan asas melambung
tinggi, sementara pendapatan rakyatnya
sangat rendah. Maka untuk meredam kemarahan
rakyatnya, si diktator Uzbekistan itu
pun membuat kempen penangkapan, penyiksaan
dan pembunuhan secara sistematik terhadap
aktivis Muslim, khususnya aktivis Hizbut
Tahrir. Amerika yang selama ini banyak
melaungkan slogan Hak Asasi Manusia, tetapi
mengapa dalam kes Uzbekistan ini justeru
diam seribu bahasa. Tambahan pula setelah
beroperasinya pangkalan tentera Amerika
di sana, dan setelah penggal kedua pemerintahan
George W Bush, ini menunjukkan bahawa
Amerika mempunyai objektif yang lebih
besar terhadap kawasan tersebut –
menguasai kawasan Asia Tengah, Baltik
dan Balkan, dengan cara mengganti rejim
yang sebelumnya pro-Soviet, dengan rejim
yang pro-Amerika.
Revolusi
Mawar di Georgia telah dirancang oleh
Amerika, dan berjaya menumbangkan Presiden
pro-Rusia, Eduard Shevardnadze, yang sebelumnya
pernah menyandang jawatan Menteri Luar
Rusia. Daripada tuduhan penipuan dalam
pilihanraya pertengahan 2003 yang lalu,
tercetus gelombang protes akhirnya berhasil
menumbangkan sang presiden.
Bukan
setakat itu sahaja, Amerika juga telah
mendalangi Revolusi ‘Orange’
di Ukraine, yang membatalkan kemenangan
Presiden Victor Yanukovich. Atas desakan
dunia antarabangsa, terutama setelah Amerika
menuduh pilihanraya umum memilih presiden
tersebut dinodai dengan penipuan, lalu
berlaku kekosongan politik (political
vaccum), sehingga pilihanraya diulang
semula. Akhirnya, Presiden Victor Yanukovich
kalah, dan tampillah tokoh pembangkang,
didalangi oleh Amerika, Victor Yushchenko
terpilih sebagai presiden.
Amerika
juga telah mendalangi Revolusi Tulip di
Kyrgyztan, yang berjaya menjatuhkan Presiden
Askar Akayev. Pencetusnya tak lain tak
bukan ialah penipuan dalam pilihanraya.
Askar Akayev akhirnya melarikan diri ke
Moskow Mac lalu. Setelah itu, kelompok
pembangkang menguasai bandar dan membentuk
pemerintahan ad interim.
Semuanya
ini membuktikan wujudnya persaingan antara
Amerika dan Rusia di kawasan tersebut.
Kemarahan rakyat terhadap para pemimpin
diktator sengaja dimanfaatkan Amerika
untuk menggulingkan mereka. Setelah itu,
dengan menggunakan isu demokrasi dan kebebasan,
akan tampil seorang pemimpin yang dikehendaki
oleh Amerika. Tragedi Andijan ini memang
sangat menakutkan Karimov. Dari satu aspek,
Rusia dengan terang membela Karimov. Namun,
yang menarik adalah sikap Amerika yang
talam dua muka. Dari satu sisi, ia mengecam
tindakan kejam yang terjadi di Andijan,
namun disisi lain Amerika juga menyalahkan
terorisme sebagai punca rusuhan. Itulah
wajah Amerika yang terus menerus mencari
keuntungan disebalik penderitaan umat
dan bangsa lain.
Pandangan
Syarak Terhadap Rusuhan Bersenjata
Perjuangan
Rasulullah bermula dari baginda diutus
menjadi Rasul untuk menegakkan agama Allah
s.w.t yang suci dikalangan umat manusia
sehinggalah baginda berjaya mengembang
dan menegakkan Islam dengan begitu berjaya
sehingga kehari kiamat nanti. Perjuangan
ini adalah penuh dengan catatan sejarah
dan pengajaran yang dapat dijadikan suri
tauladan dalam kita merintis untuk mendirikan
sebuah negara Islam. Rasulullah s.a.w
pada peringkat awal perutusannya di Mekah
tidak dizinkan untuk menggunakan kekuatan
fizikal; serangan fizikal musuh ditepis
dengan kekuatan jati diri sahabat pengikut
baginda. Oleh itu, baginda pada peringkat
awal hanya menumpukan pengajaran baginda
bagi menguatkan akidah dan pendidikan
bagi meningkatkan rohani dan semangat
serta keyakinan diri dikalangan penganut
Islam itu sendiri, dengan mendidik mereka
dengan keperibadian Islam.
Petanda
kejayaan pembinaan ini dapat dilihat dari
sudut bagaimana para sahabat dapat bersabar
dengan ancaman getir kaum Quraisy. Tambahan
pula kita juga dapat melihat kesanggupan
baginda dan para sahabat setianya untuk
berkorban meninggalkan segala kesenangan
dan keselesaan hidup di tanah tumpah darah
mereka di Mekah untuk berhijrah ke Madinah.
Baginda berhijrah ke Madinah dengan segala
susah payahnya dalam menyambut perintah
Allah swt. Ini merupakan satu strategi
yang penting dan bersejarah dalam perkembangan
agama Allah swt dalam fasa barunya; mendidik
umah untuk hidup didalam sistem politik
Negara Islam - Darul Islam pertama di
Madinah. Hal ini adalah sebagaimana yang
dicatatkan oleh Imam Nawawi ra.:
Imam
Syafie dan pengikutnya berkata “Setelah
baginda saw diutus untuk menyampaikan
Islam dan ancaman tanpa peperangan, maka
kaum demi kaum mengikutnya, maka solat
difardukan di Mekah, kemudian difardukan
puasa sesudah hijrah selama dua tahun,
dan berlaku perbezaan pendapat bahawa
zakat difardukan selepas puasa atau sebelumnya,
kemudian difardukan haji tahun ke 6 dan
ada yang mengatakan tahun ke 5 H;, dan
peperangan adalah dilarang, pada permulaan
Islam dan diperintahkan mereka bersabar
terhadap gangguan kafir...setelah hijrah..Allah
swt mengizinkan perang kepada kaum Muslimin
jika kaum kafir memulakannya, kemudian
dibolehkan perang ibtida’ (offensif)”
[ Raudhatul Al-Thalibin, Kitab Siyar,
ms 1786]
Kajian
ringkas dari sirah yang dibentangkan menunjukkan
dengan jelas bahawa, Rasulullah saw tidak
pernah melakukan aktivi pemberontakan
untuk membina Negara Islam, baginda terus
menerus melakukan aktiviti bersifat intelektual.
Dalil-dalil lain yang lebih mengukuhkan
konsep ini adalah tindakan dan aktiviti
dakwah Rasulullah saw di Mekah yang berlangsung
selama 13 tahun. Beliau melakukan aktiviti
dakwah dan meminta pertolongan kepada
orang-orang terkemuka dari seluruh Jazirah
Arab dengan tujuan agar dakwah beliau
berhasil dalam menegakkan Daulah Islam.
Rasulullah saw dalam hal ini telah membatasi
kegiatannya dengan aktiviti-aktiviti yang
bukan bersifat fzikal (intelektual –
fikriyyah). Beliau tidak pernah melakukan
aktiviti apapun yang bersifat fizikal,
sebagaimana yang dikatakannya kepada para
sahabatnya setelah Bai'at Aqabah ke II:
"Kita
belum diperintahkan melakukan hal itu
(tindakan kekerasan)". [As
Sirah An Nabawiyah, Imam Adz Dzahabi,
halaman 202]
Beliau
menolak tawaran para pemimpin Madinah
untuk memerangi penduduk Mina (jama'ah
haji dari seluruh Jazirah Arab) dengan
pedang. Beliau tidak mengatakan kepada
mereka: "Kita belum mampu",
tetapi beliau mengatakan: "Kita belum
diperintahkan melakukan hal itu".
Imam Az-Zahabi berkomentar dalam kitabnya
As Sirah An Nabawiyah, Imam Az-Zahabi,
muka surat 467-468 bahawa “Rasulullah
saw hanya mengizinkan mereka berperang
setelah beliau bersama kaum Muhajirin
berhijrah ke Madinah dan setelah berdirinya
Daulah Islam di sana. Saat itulah diturunkan
firman Allah SWT yang berbunyi.
“Telah
diizinkan (berperang) bagi orang-orang
yang diperangi (kaum Muslimin), kerana
sesungguhnya mereka telah dianiayai”.
( TMQ Al-Haj: 39-40)
"Mafhum
Mukhalafah" (hukum yang tersirat
adalah yang sebaliknya dari hukum yang
tersurat - disebut juga dengan dalil khithab)
dari ayat ini menjelaskan bahawa sebelum
hijrah, kaum Muslimin tidak diizinkan
untuk berperang. Mafhum Mukhalafah ini
merupakan hujjah yang wajib dilaksanakan
serta dijadikan pedoman bagi setiap gerakan
Islam. Lebih dari itu, Allah SWT berfirman:
"Tidakkah
kamu perhatikan orang-orang yang dikatakan
kepada mereka: 'Tahanlah tanganmu (dari
berperang), dan dirikanlah solat'"
(TMQ An Nisa : 77).
Ayat
ini diturunkan semasa Daulah Islam masih
belum berdiri dan pada waktu itu telah
muncul satu gerakan yang dipimpin Rasulullah
saw yang anggotanya adalah individu-individu
muslim (kaum Muhajirin), yang berhempas
pulas untuk mendirikan Daulah Islam dengan
menghabiskan waktu 13 tahun lamanya. Setelah
itu timbul keperluan untuk melakukan aktiviti
bersifat fizikal. Namun sebelum ini kaum
muslimin sebagai sebuah kesatuan gerakan,
dilarang melakukan aktiviti fzikal tersebut.
Malah, mereka diperintahkan untuk bersabar
dan menahan emosi. Bahkan, sebahagian
besar dari mereka diizinkan berhijrah
ke Habsyah demi menghindarkan diri dari
fitnah (paksaan untuk meninggalkan Islam).
Dengan
tidak diizinkan melakukan tindakan fizikal
pada waktu itu, menunjukkan adanya larangan
tegas dari melakukan tindakan ini dalam
usaha mendirikan Daulah Islam pada setiap
masa. Sedangkan keizinan melakukan tindakan
fizikal yang hanya muncul setelah Daulah
Islam tertegak menunjukkan bahawa aktiviti
fizikal merupakan salah satu hal yang
tidak termasuk langkah-langkah suatu gerakan
Islam, sebaliknya termasuk aktiviti dan
tanggungjawab Daulah Islam.
Dari
sini kita dapat memahami bahawasanya syari'at
Islam telah membezakan dengan jelas antara
hukum yang ditaklif kepada gerakan dengan
hukum yang dibebankan kepada individu
dan penguasa. Namun perlu ditegaskan pula
bahawa perbezaan hukum-hukum terhadap
jema'ah, kelompok dakwah dan parti politik
Islam dengan hukum-hukum yang berkaitan
individu di dalam suatu gerakan, hanya
terbatas pada gerakan yang mengembang
dakwah Islam yang bertujuan mendirikan
Islam dalam kehidupan bernegara dalam
memenuhi seruan Allah didalam Surah Ali
Imran ayat 104.
Kesimpulan
Sebagai
kesimpulannya, Hizbut Tahrir sentiasa
berpegang kepada konsep bahawa Negara
Islam berdiri bukan atas dasar kekerasan,
tetapi negara Islam berdiri atas dasar
persetujuan umat, dan kami menolak dengan
tegas penggunaan kekerasan dalam mendirikan
Daulah berasaskan nas yang telah kami
sebutkan diatas. Sebenarnya, tuduhan tanpa
bukti oleh Islam Karimov adalah satu usaha
untuk mengalihkan perhatian masyarakat
terhadap pertumpahan darah yang dilakukannya.
Bahkan, tindakan kejam ini semakin membuktikan
sakit dan lemahnya sang kuku besi ini.
Kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh
Jurucakap Hizbut Tahrir di London, dengan
tegas menafikan tuduhan si diktator Uzbekistan
itu; "Hizbut Tahrir menolak mentah-mentah
penggunaan kekerasan, ketenteraan, atau
perjuangan bersenjata sebagai cara untuk
mendirikan kembali Khilafah Islam".
Bahkan, selama beberapa dekad, Hizb telah
mengalami penindasan di dunia Islam, namun
tetap tidak pernah mengubah thariqahnya
dan tetap berjuang tanpa kekerasan. "Dengan
menyalahkan Hizbut Tahrir, Karimov ingin
mengalihkan perhatian dari penumpahan
berdarah (yang dilakukannya) keatas ratusan
penunjuk perasaan dari orang awam di Andijan,
termasuk wanita dan anak yang tidak bersenjata",
demikian kata Imran Waheed, wakil Hizbut
Tahrir di UK (www.khilafah.com). Hizbut
Tahrir Pusat juga telah mengeluarkan kenyataan
rasmi menafikan keterlibatan HT didalam
aktiviti fizikal ini dengan tajuk ‘Pembohongan
Adalah Senjata Diktator Uzbekistan dan
Ketakutannya Sendiri Akan Membinasakannya’
(Nasyrah Rasmi Hizbut Tahrir, 14/5/2005).
Wahai
Kaum Muslimin yang Mulia dan Pemimpin
Gerakan Islam,
Marilah
kita sama-sama menolak penggunaan kekerasan,
ketenteraan, atau perjuangan bersenjata
sebagai tatacara untuk mendirikan kembali
Khilafah Islam, di samping ianya bercanggah
dengan thariqah (tatacara) dakwah Rasulullah,
malah ianya juga akan mengorbankan dan
memicu peperangan saudara sesama kaum
Muslimin. Marilah kita sama-sama bergerak
secara intelektual dalam mengkaji bagaimana
Islam merupakan sebuah cara hidup yang
lengkap bagi kita. Lupakah anda bahawa
kita, kaum muslimin, merupakan umat terbaik?
Lupakah anda bahawa kita umat yang dimuliakan
oleh Allah? Umat yang dikeluarkan oleh
Allah untuk mengajak manusia lain ke arah
kebenaran? Umat yang terbaik ini telah
disiapkan Allah dengan Al-Quran yang mulia
dan RasulNya kekasih pilihan Allah. Umat
yang terbaik hanya layak dengan sistem
yang terbaik, yakni Islam; umat yang terbaik
kerana kita sentiasa mengambil yang terbaik.
Jadi, apakah anda merasakan sistem kapitalisme
adalah sistem terbaik untuk anda? Kami
yakin bahawa sebagai kaum muslimin yang
sayang kepada Islam anda juga melihat
Islam sebagai sebuah cara hidup terbaik.
Umat Islam akan sentiasa menjadi umat
yang terbaik selama mereka mengambil Islam
sebagai cara hidup. Lihatlah bagaimana
umat Islam dahulu ketika mereka berpegang
kepada Islam telah menjadi pentas rujukan
negara Barat dalam semua bidang. Sejarah
membuktikan bahawa Islamlah satu-satunya
cara hidup yang dapat membawa kita ke
persada antarabangsa, memacu umat manusia
ke jalan yang benar dan menempa keredhaan
Allah swt. Nabi Allah telah menjanjikan
bahawa akan berdiri kembali pada suatu
masa, setelah segala kekejaman dan penderitaan,
khilafah ala minhaj nubuwwah. Tanya diri
anda apakah peranan anda dalam menyahut
seruan Allah untuk merealisasikan janji
ini?