Demokrasi:
Peradaban yang menjerat ummat Islam (Siri
1)
Saladean
10:30am 25 Jun 2005
Ummat Islam saat ini hanya mengenal demokrasi
sebagai lawan autokrasi, bagi pejuang-pejuang
bentuk pemerintahan demokrasi, pandangan
popular ini dimanipulasikan untuk memasarkan
Demokrasi sebagai cara hidup yang praktikal
walaupun tidak lurus.
Manakala bagi ummat yang mencurigai suatu
bentuk pemerintahan yang datang dari barat
(demokrasi) tetapi kurang jelas dengan
bentuk pemerintahan Islam yang Khas, mereka
dengan mudah sahaja ditawan hati dan sanubari
dengan konsep “musyawarah”
didalam Islam dengan menakwil maksud “syura”
didalam surah as-syura 42: 38 sebagai
“Demokrasi”.
Bagi yang sudah jelas pula tentang “Demokrasi”
dan faham tentang kerosakan demokrasi
dan dalam masa yang sama kurang jelas
dengan bentuk pemerintahan didalam Islam,
maka dipasarkan pula konsep “Demokrasi
berteraskan Al-quran serta As-sunnah”.
Kelompok ini kemudiannya akan sedar betapa
syariat islam itu mustahil diterapkan
didalam sistem pemerintahan demokrasi
dan jika diterapkan hanya separa.
Tinggal sahaja jika ummat sudah jelas
tentang Demokrasi dan sudah jelas pula
bentuk pemerintahan didalam Islam, barulah
belengu demokrasi dapat diuraikan didalam
pemikiran mereka dan insyaallah mereka
tidak lagi maju mundur malah menuju kesatu
arah kebangkitan.Inilah kerangka yang
cuba saya sampaikan dimana dalam siri
satu penulis cuba menguraikan demokrasi
serta pandangan syarak keatasnya.
Apa itu Demokrasi
Kita tidak boleh mentakrifkan demokrasi
menurut nafsu kita dan kemudian dengannya
kita membentuk pemikiran dan sikap kita,
sedangkan Demokrasi adalah satu bentuk
peradapan yang khas.
Sebagai contoh jika kita mentakrifkan
“valentine day” sebagai “hari
kasih sayang antara suami isteri serta
anak dan ibu bapa”, tanpa melihat
maksud asal yang ingin disampaikan serta
akidah yang membidaninya, nescaya kita
juga mampu menakwilkan ayat ayat Al-quran
untuk menyokong takrifan kita, nauzubillah!.
Inilah kesilapan utama apabila cuba mentakrifkan
sendiri demokrasi tanpa kajian mendalam
tentang demokrasi, apakah akidah yang
menbidaninya dan kemudian mereka menakwilkan
ayat ayat Al-quran dengan akal agar sesuai
dengan kehendak asal isi hati mereka.
Demokrasi adalah suatu sistem pemerintahan
yang dibuat manusia, dengan tujuan untuk
membebaskan diri dari kezaliman dan penindasan
para penguasa terhadap manusia atas nama
agama. Demokrasi adalah suatu sistem yang
bersumberkan dari manusia dan tidak ada
hubungan dengan wahyu atau agama.
Kelahiran pemerintahan demokrasi bermula
dari adanya para penguasa diEropah yang
berangapan bahwa penguasa adalah wakil
Tuhan dibumi dan berhak memerintah rakyat
berdasarkan kekuasaan Tuhan. Mereka berangapan
bahawa Tuhan telah memberikan kebebasan
kepada mereka untuk membuat hukum dan
menerapkannya. Didalam hal ini gereja
juga bersekongkol dengan kaum pemerintah
untuk menjustifikasikan konsep pemerintahan
tersebut. Kaum pemerintah berkuasa mutlak
membuat hukum dan keputusan dari andaian
mereka mewakili Tuhan dan bukan mewakili
rakyat dan lantaran dengan itu mereka
menzalimi Rakyat.
Lalu timbullah pergolakan antara penguasa
Eropa dengan rakyatnya. Para cendikiawan
pada masa itu mula membahaskan masaalah
pemerintahan dan menyusun konsep sistem
pemerintahan rakyat-iaitu sistem demokrasi-dimana
rakyat menjadi sumber kekuasaan dalam
sistem tersebut, manakala penguasa mengambil
sumber kekuasaannya dari rakyat yang menjadi
pemilik kedaulatan. Rakyat dikatakan memiliki
kehendaknya, melaksanakan sendiri kehendaknya
itu dan menjalankannya sesuai dengan keinginanya.
Tiada satu kuasapun yang menguasai rakyat.
Rakyatlah yang berhak mengangkat dan,
menjatuhkan penguasa yang mewakili kekuasaan
mereka. Rakyatlah yang melantik wakil-wakil
rakyat yang akan mengubal undang-undang
sesuai dengan kehendak rakyat.
Dari upaya membebaskan diri dari cengkaman
kaum pemerintahan dan manipulasi gereja
inilah lahirnya bentuk pemerintahan dari,
oleh dan untuk rakyat (from, by and to
the people) yang maknanya dirakamkan dalam
istilah DEMOKRASI, maka pemerintahan demokrasi
adalah istilah khas yang membawa maksud
yang khas.
Menurut konsep dasar demokrasi –
iaitu pemerintahan yang diatur sendiri
oleh rakyat-seluruh rakyat harus berkumpul
disuatu tempat umum, lalu membuat peraturan
serta undang-undang yang akan mereka terapkan,
mengatur berbagai urusan, serta memberi
keputusan terhadap masaalah yang perlu
diselesaikan.
Namun kerana tidak mungkin mengumpulkan
mereka untuk berfungsi sebagai badan legislatif
(badan yang bertindak membuat hukum),
maka rakyat kemudian memilih wakilnya
untuk mewakili mereka dalam lembaga legislatif.
Lembaga ini disebut dengan berbagai bagai
istilah yang pada dasarnya merupakan penjelmaan
kepada kehendak serta kuasa rakyat.
Lembaga ini jugalah yang akan memilih
ketua negara yang mengambil kekuasaan
dari rakyat dan melaksanakan kehendak
rakyat. Ketua negara tersebut secara lunasnya
merupakan abdi kepada rakyat (tetapi hakikatnya
kembali pada perhambaan keatas rakyat).
Untuk menjamin kemurnian citra demokrasi
dari sebarang unsur tekanan atau paksaan
dari pemerintah atau pihak yang mewakili
rakyat, maka diwujudkan konsep kebebasan
individu dan mesti diungguli oleh demokrasi.
Dengan demikian rakyat akan dapat mewujudkan
kedaulatannya dan melaksanakan kehendaknya
sendiri bebas dari unsur paksaan atau
tekanan.
Kebebasan individu ini nampak dari 4
asas kebebasan ini:
1. Kebebasan beragama.
2. Kebebasan berpendapat.
3. Kebebasan kepemilikan.
4. Kebebasan bertingkahlaku.
Demokrasi lahir dari upaya untuk membebaskan
rakyat dari bentuk pemerintahan feudal
dengan mengatasnamakan agama sebagai sumber
kekuasaan, sungguhpun begitu bukanlah
tujuan demokrasi untuk menafikan agama
secara total, tetapi sekadar menafikan
agama dalam hal pemerintahan.
Jadi Demokrasi adalah jalan tengah dan
idea yang lahir dari konsep sekularisma
yang memisahkan agama dari kehidupan.
Agama tetap berfungsi sebagai alat untuk
meluruskan individu mahupun pemerintah
dalam bentuk menyuburkan nilai nilai seperti
jujur, amanah, adil dan sopan santun.
Tetapi format sistemnya bebas dari pengaruh
agama.
Demokrasi menurut syarak
Kelompok yang menghalalkan demokrasi
selalunya menakwilkan ayat ayat Al-quran
yang mutasyabihat dengan mengunakan akal
agar sesuai dengan hawa nafsu mereka.
Padahal untuk mengetahui takwilnya (ayat
mutasyabihat) mestilah berpandu ayat ayat
Al-quran yang muhkamat.
“Dialah Yang menurunkan al-Kitab
(al-Quran) kepadamu. Di antara (isinya)
ada ayat-ayat yang muhkamât, itulah
pokok-pokok isi al-Quran, dan yang lain
(ayat-ayat) mutasyâbihât.
Ada pun orang-orang yang dalam hatinya
condong pada kesesatan, maka mereka mengikuti
sebagian ayat-ayat mutasyâbihât
untuk menimbulkan fitnah dan untuk mencari-cari
takwilnya”. (QS Ali Imran [3]: 7).
“Alif laam raa, (inilah) kitab
yang ayat-ayatnya disusun secara rapi
serta dijelaskan secara terperinci.”
(Q.s al-huud:11:1)
Didalam ayat kedua diatas Allah s.w.t
mengolongkan seluruh isi Al-Quran sebagai
muhkam , inilah maksudnya apabila Allah
s.w.t mengolongkan ayat muhkamat sebagai
“umm al kitab”[..hunna ummul
kitab..] (QS Ali Imran [3]: 7). Dengan
kata lain Ayat ayat Al-quran itu jelas
dan kukuh maknanya dan dapat menbezakan
antara haq dan batil. Hanya saja untuk
mentakwilkan ayat ayat mutasyabihat, jalan
yang wajib ditempuh adalah dengan mengandingkannya
dengan ayat ayat muhkamat dan bukan digandingkan
dengan aka,l agar cerah maksudnya.
Berbalik kepada ayat ayat yang disangka
ramai orang sebagai menganjurkan demokrasi
seperti
“…Dan juga bermesyuaratlah
dengan mereka dalam urusan itu”
(Q.s Ali Imran [3]:259)
“… Dan urusan mereka dijalankan
secara bermesyuarat sesama mereka..”
(Q.s as-syura [42]:38)
Dua ayat diatas tidak dapat diartikan
sebagai penganjur kepada sistem bercorak
demokrasi, jika ayat – ayat ini
ditakwilkan sebagai menganjurkan demokrasi,
malah mewajibkanya ianya akan bercanggah
dengan ayat-ayat yang muhkamat.
“Maka demi tuhanmu, mereka (pada
hakikatnya) tidak beriman hingga mereka
menjadikan kamu(Muhammad) hakim(pemutus)
terhadap perkara yang mereka perselisihkan.”(Q.s.An
Nisaa’:65).
“Menetapkan hukum itu hanyalah
hak Allah s.w.t.” (Q.s Al-An’aam:57)
“Apakah kamu tidak memperhatikan
orang-orang yang mengaku dirinya telah
beriman kepada apa yang diturunkan kepadamu
(Al-Quran) dan kepada apa yang diturunkan
sebelum kamu? Mereka hendak berhakim kepada
thaghut, padahal mereka telah diperintah
mengingkari thaghut itu.”(Q.s An
Nisaa’:60).
Berhakim kepada thaghut ertinya berhakim
kepada hukum yang tidak diturunkan oleh
Allah s.w.t, dengan kata lain berhukum
kepada hukum buatan manusia.
“Apakah hukum jahiliyah yang mereka
kehendaki, dan (hukum) siapakah yang lebih
baik daripada (hukum) Allah bagi orang
–orang yang yakin.” (Q.s Al-Maaidah:50).
Hukum jahiliyah adalah hukum yang tidak
dibawa Muhammad s.a.w dari Tuhannya, iaitu
hukum kufur yang dibuat oleh manusia.
Mustahil Ayat ayat Al-quran itu bercanggah
antara satu sama lainnya, jadi disini
yang perlu diluruskan adalah takwil yang
kita buat dengan akal. Tambahan lagi tidak
pernah wujud sistem bercorak demokrasi
yang mendaulatkan rakyat (kedaulatan bermaksud
rakyat yang menjadi pengubal hukum) dalam
masa pemerintahan Rasulullah s.a.w serta
didalam era khulafah Rasyidah serta khilafah
khilafah lainnya.
Wallahualam.