Kospirasi Islam Liberal

Mohamad Ridhwan Bin Alias
tokawang_sufi@hotmail
02:30pm 04 Julai 2005

Mungkin ramai yang melenting dan menohmah bahawa artikel ini cuba mengaitkan setiap kesalahan mesti ditujukan kepada pakatan Kristian-Yahudi Zionis. Jika ini tanggapan pembaca maka menanglah mereka. Mereka cuba memitoskan tujuan jahat mereka untuk menghancurkan umat Islam. Golongan Islam Liberal merupakan satu jaringan yang melibatkan pemilik kuasa politik dan intelektual sedang mengasimilasi idea Islam Liberal dengan kerangka pemikiran dalam politik, ekonomi dan sosial masyarakat Islam melalui bikinan kuasa ahli politik, ahli perniagaan dan intelektual mereka.

Jaringan Islam Liberal berasal daripada menara gading Barat dan diimport melalui front suara kebebasan dan hak asasi kemanusiaan di negara peniru penjajah moden. Jaringan Islam Liberal (JIL) telah mengambil peluang daripada keterbukaan pemikir-ulama Islam seperti Fazlur Rahman, Musthafa al-Sibai dan Ismail al-Faruqi atau membasuh pemikiran pemikir-ulama mengaku Islam seperti Amina Wadud dan Muhamad Arkoun agar tunduk kepada kehendak akal-nafsu dan materialisme-humanisme Pakatan Kristian-Yahudi Zionis (PKYZ). Golongan intelektual Islam dan pengerak NGO mula ternoda dengan lenggok idea JIL mula mengkritik al Quran dan hadis secara halus dengan mencari kelemahan syariat Islam seperti persoalan poligami dan pembahagian harta pusaka. Taburan pengaruh JIL dan puak humanisme yang berada di pentas intelektual, NGO dan parti politik sama ada di pihak oposisi dan kerajaan mula berkokok menyatakan sokongan.

Golongan JIL amat malas dan bosan mendengar dalil-dalil al Quran dan hadis. Mereka lebih menyukai hujah Muhamad Akaoun, Charles Kurzman, Ali Abdul Razak dan Sir Ahmad Khan. Al Quran perlu ditafsir semula dan diberi nafas baru agar sesuai dengan perubahan zaman yang berkiblat ke arah Barat. Hujah ulama Islam dianggap konservatif dan jumud tetapi mereka bersorak gembira jika ada ulama memenangkan idea mereka. Mereka bangga dan percaya-yakin dengan idea JIL melebihi kepercayaan mereka kepada al Quran. Mereka lebih selesa dengan slogan dan gagasan Islam Sivil, Islam Progresif, Islam Madani, Islam Hadhari dan Islam Sederhana sedangkan amalan asas pun seperti solat pun mereka tinggal ekoran kesibukan mereka sebagai pemikir budaya dan intelek Islam.

JIL ini seumpama anai-anai cuba menghancurkan Islam dari dalam. Mereka adalah golongan manusia mempunyai dua fikrah iaitu gelap-sesat dan ‘cerah’. Contoh, di pihak yang sama mencanang idea Islam Hadhari dan pihak yang sama juga mencanang kempen berbaju kebaya yang seksi dan tidak menutup aurat. Inilah muka kurap JIL yang sebenar. Di peringkat NGO, wakil mereka mencanang idea kebathilan seperti memberi suntikan dadah percuma dan berkempen mencegah AIDS melalui pembahagian kondom. Ini satu lagi idea bangang seperti membasuh berak dengan air kencing.

Dalam gerakan Islam, JIL semakin mendaki ke puncak hierarki kekuasaan organisasi gerakan Islam. Bukan kita meragui keikhlasan tokoh JIL dalam gerakan Islam, tetapi kita perlu berhati-hati agar tidak tertewas. Tokoh JIL dalam gerakan Islam kelihatan moderat, liberal dan terbuka. Di sebalik wajah yang manis ini, mereka membawa aspirasi yang besar untuk menggerakkan ideal JIL daripada dalam gerakan Islam sendiri dan akhirnya menyatukan idea mereka dengan rakan-rakan mereka di luar. Walaupun sekarang mereka telah berjaya menjadi ahli parlimen parti politik Islam (telah dilantik jawatan penting) dan menjadi penasihat parti tertentu, idea mereka yang ditaja oleh PKYZ cukup berbisa jika suasana matang bakal menjelma iaitu menyatu seluruh suara mereka dibawah idea yang sama dimana masyarakat pada masa itu sudah menerima idea mereka. Di Indonesia, JIL telah hampir berjaya menguasai gerakan Islam seperti Nahdhatul Ulama, Ikatan Cendikiawan Muslim Indonesia, Himpunan Mahasiswa Islam dan Muhammadiyah. Hasyim Muzadi (NU), Ahmad Shafii Ma’arif (Muhammadiyyah) dan Solehuddin Wahid (ICMI) sendiri telah bergelumang dengan idea Islam Liberal.

Oleh kerana wanita di lihat tertindas oleh penguasaan lelaki, JIL cuba memainkan sentimen wanita. Kehalusan hati dan emosi wanita menyebabkan mereka mudah terguris dengan pujuk-rayu dan mimik muka pemuka JIL. Mereka menganjur pembukaan aurat dan mengalakkan hiburan. Mereka mahu umat Islam membebaskan diri daripada kongkongan warga maskulin kerana wanita telah berupaya dari segi kerjaya dan mental untuk hidup tanpa lelaki. Lelaki dianggap teman pesaing bukannya rakan gandingan untuk bekerjasama. Maka wujudlah fenomena Amina Wadud iaitu satu aktiviti penonjolan egoisme feminis yang melepasi batasan syariat Islam. Untuk apa pertarungan gender selain memenuhi keegoan yang tiada titik pertemuan. Fitrah manusia berbeda perlu diakui dan yakini sebagai keadilan Ilahi.

Golongan penulis-wartawan dan intelektual turut bersama mewacanakan ideal Islam Liberal dalam penulisannya dan pengajaran mereka. Di pihak kerajaan, Islam Liberal dicanangkan oleh Astora Jabat, manakala di pihak oposisi dam independen dibarisi mereka seperti Fathi Aris Omar dan Farish Nor. Satu kumpulan berkUBU di Bangsar [Jalan Telawi dan Jalan Kemuja] dan melaluk di jalan DBP juga turut bersimpati dengan idea Islam Liberal. Golongan ini selalu menulis menggunakan teori Barat dan terpengaruh dengan evolusi sejarah zaman peecerahan Eropah. Idea mereka dapat dilihat di laman web dan akhbar seperti Malaysiakini.com, Agendadaily, Ummahonline.com, Suara Keadilan dan Majalah Siasah. Idea yang mereka tonjolkan cukup menarik golongan muda yang melambangkan ketinggian intelektualisme dan perbedaan pendapat dengan arus perdana.

Di atas di jelaskan fenomena semasa yang sedang berlaku. Kini kita akan menelesuri rahsia kospirasi ini. Penganjur utama idea Islam Liberal sendiri adalah seorang yahudi bernama Leonard Binder, seorang sarjana berketurunan Yahudi melalui bukunya yang bertajuk Islamic Liberalism: A Critique of Development Ideologies. Kemudian idea ini diikuti oleh penulis-wartawan dan para intelektual Islam. Di Malaysia, antara penggerak adalah Institut Kajian Dasar (IKD). IKD adalah think tank kepada JIL dapat dilihat melalui wadah pemikir tokoh mereka yang membangkitkan idea pencerahan minda bagi masyarakat Islam di negara ini. Kini, ramai tokoh IKD menyeludup masuk ke dalam struktur penting kerajaan, parti pemerintah, NGO, dunia korporat dan parti oposisi.

JIL dibiayai oleh kekuatan yahudi yang bertopeng badan kemasyarakatan, pendidikan, kesihatan dan kebajikan. IKD antaranya dibiayai oleh Konrad Adenauer Foudation, sesuatu yayasan yang ditubuhkan di Jerman atas desakan Amerika Syarikat yang dianggap denda kepada kekalahan Jerman dalam Perang Dunia Kedua. Paling menarik, yayasan ini juga menaja Suruhanjaya Antara Agama yang disokong oleh SIS dan Forum Iqra (pak Kasim Ahmad, tokoh anti-hadis negara). Di Indonesia, JIL dibiayai oleh The Asian Foundation sehingga Raymond Bonner menyatakan Asian Foundation barua yang dibentuk oleh CIA!

Selain itu, rancangan hiburan tertentu juga dianjur oleh pemuka JIL. Rancangan 3R sebagai contoh di wujudkan di beberapa negara seperti Malaysia dan Filipina. Di Malaysia ia diurus-seliakan oleh Marina Mahathir yang mempunyai banyak penajanya. Pengacara rancangan ini diberi biasiswa oleh Yayasan Chevening untuk belajar di Kolej Goldmiths [pendokong Yahudi]. Rancangan ini bertujuan merosak akhlak remaja Islam dengan penerapan budaya popular daripada Barat. Paling menarik, Marina Mahathir bercakap umpama ustazah dalam The Star bertarikh 5 Mac 2005 tentang pembelaan Jeslina Hashim yang ‘berbogel’ di the Zouk. Majlis AIDS Malaysia di bawah pimpinan Marina juga berkempen menghalalkan penggunaan kondom dan penagihan dadah serta menyokong penghapusan undang-undang moral. Turut menyokong adalah Nori Abdullah Ahmad Badawi (anak PM, menantunya bakal Ketua Pemuda UMNO) melalui SIS.

Jelas JIL adalah satu lagi projek raksasa kospirasi PKYZ untuk membinasakan umat Islam dari dalam. Pengaruhnya di Malaysia telah sampai ke puncak kekuasaan politik sehingga SIS yang selama ini bersembunyi berani menonjolkan idealis perjuangan mereka secara terbuka. Seiringan dengan itu, Amina Wadud pengasas SIS mengempar dunia dengan mengetuai solat jumaat sebagai upacara perasmian dasar tonjol diri JIL di peringkat sedunia. Adakah ini kebetulan atau simbolik pelancaran peperangan intelektual antara Islam Liberal dengan para mullah agama yang dikatakan militan dan konservatif. Sekali soalan, adakah ini satu kebetulan atau satu kospirasi?