Syarah
Al-Risalah Al-Qusyayriyyah (Siri
1)
Fadzlullah
Shuib
09:30am
05 Ogos 2005
Ketahui
olehmu wahai saudara-saudaraku yang dirahmati
Allah, bahawa para pemuka aliran sufi
telah membina kaedah-kaedah mereka di
atas prinsip tauhid yang sahih.
Kaedah
tersebut menghindarkan akidah mereka daripada
bid’ah serta sejajar dengan
akidah yang telah diwarisi daripada generasi
salaf dan ahl al-Sunnah. Tidak ada rekaan
dan penyimpangan sama sekali di dalamnya.
Sehubungan
ini mereka mengetahui apa yang menjadi
hak Allah Yang Maha Sediakala (Qadim).
Mereka juga telah membuktikan hal-hal
yang berkaitan dengan sifat-sifat segala
makhluk yang bersifat baharu, yang telah
diciptakan oleh Allah SWT daripada ketiadaan.
Lantaran
itu al-Junayd yang dinisbahkan sebagai
pemimpin aliran sufi telah berkata: “Tauhid
adalah mengesakan Yang Maha Sediakala
dari segala makhluk yang baharu”.
Para
pemuka sufi telah memperkukuhkan prinsip-prinsip
akidah dengan mengemukakan dalil-dalil
yang jelas dan bukti-bukti yang mencukupi.
Sebagaimana yang dinyatakan oleh Abu Muhammad
al-Jariri: “Sesiapa yang berpegang
dengan sesuatu pegangan dalam ilmu tauhid
tanpa berdasarkan pembuktian yang kukuh,
dia akan diperdayakan serta terjerumus
ke jurang kebinasaan”.
Maksud
beliau sesiapa yang berpegang secara taqlid
tanpa sekali-kali mengamati dalil-dalil
tauhid, dia telah kecundang daripada sunnah
yang menyelamatkan serta terjatuh ke lembah
kebinasaan.
Justeru
itu sesiapa yang berusaha mengamati pengucapan
ahli sufi serta kepetahan pengucapan mereka,
dia akan menemui suatu koleksi ucapan
dan perbahasan-perbahasan yang memperkukuhkan
jiwa dan minda.
Sebenarnya
kalangan manapun tidak boleh membuktikan
kebenaran berasaskan angan-angan serta
tidak berupaya mencapai kebenaran melalui
jalan yang menyimpang.
Kita
membahaskan bab ini dengan memaparkan
sebahagian pengucapan sufi dalam persoalan
akidah. Berikutnya kita berusaha mengupasnya
secara sistematik dan padat yang merangkumi
keperluan manusia kepada akidah. Insya’Allah.
Abu
Bakar al-Syibli (riwayat daripada Abd
al-Rahman al-Salmi daripada Abdullah al-Salami)
menyatakan: “Yang Maha Esa yang
dikenali sebelum ada batas dan huruf.”
Kenyataan
ini amat jelas yang dirakamkan daripada
al-Syibli yang menegaskan bahawasanya
Allah SWT Yang Maha Sediakala tidak ada
batas bagi zatNya dan tidak ada huruf
bagi kalamNya.
Manakala
Abu Hatim al-Sufi berkata, aku mendengar
Abu Nasr al-Tusi berkata bahawa Abu Muhammad
Ruwaim telah ditanya, apakah kefardhuan
pertama yang difardukan oleh Allah ke
atas makhlukNya? Beliau menjawab Ma’rifah.
Bersandarkan firman Allah SWT: Wama kholaqtul jinna wal insa illa liya’buduun
Yang
bermaksud: Tidaklah jin dan manusia
diciptakan melainkan untuk menyembahKu
(Surah al-Zariyat: 56).
Ibn
Abbas menyatakan melainkan untuk mengenal
Allah. Sehubungan ini al-Junayd menyatakan:
“Sesungguhnya
hajat pertama yang diperlukan oleh hamba
kepada Tuhannya ialah mengenal yang dicipta
akan Penciptanya, yang baharu mengenal
bagaimana ia diciptakan. Selanjutnya dengan
itu dikenal sifat Khaliq (Pencipta) melalui
kaedah mengamati ciptaanNya, sifat Yang
Maha Qadim melalui makhlukNya yang baharu,mengetahui
panggilan Maha Pencipta keatas makhlukNya
yang hina serta mengakui kewajipan makhluk
atau hamba untuk mematuhi perintah Tuhannya.
Justeru itu sesiapa yang tidak mengenal
rajanya maka dia tidak memperakui kerajaan
dan pemerintahanNya yang menyebabkan dia
wajib mematuhi perintahNya.”
____________________
Nota: Ini merupakan
makalah umum yang disampaikan pertama
kali dalam kuliah mingguan penulis di
Masjid Negeri, Kota Kinabalu, Sabah pada
2 Rejab 1425 H (bersamaan 18 Ogos 2004).
Dalam kuliah ini, beliau menggunakan kitab
‘Al-Risalah Al-Qusyayriyyah’
karya Imam Al-Qusyayriyy (376 –
465 H) sebagai teks induk.