Tajdid:
Antara makna Islami dan agenda pembaratan
Hamba Allah
09:30am
05 Ogos 2005
Isu
tajdid dan kemodenan telah menjadi aliran
baru yang didorong oleh tujuan-tujuan
dan matlamat yang kadang-kadang boleh
memperdayakan sesetengah orang. Ini menjadikan
persoalan apakah akar pokok tajdid dan
apa dimensinya, persoalan yang memerlukan
jawapan segera…
Definasi
yang sebenar kepada perkataan tajdid sebagaimana
yang dibawa oleh sunnah yang suci dan
diperkatakan oleh ulama' Islam yang thiqah
dan fuqaha'nya ialah: mengidupkan batu
tanda agama setelah ia tertimbus, menyambung
apa yang terburai, menerangkan sunnah
daripada bidah dan menghidupkan amalan
yang dipelajari daripada kitab dan sunnah.
Berkata
Syeikh Al Ghazali dalam menerangkan makna
sebenar kepada istilah ini: "Tajdid
ialah mempertahankan usul daripada apa
yang merobeknya, megilapnya daripada kesamaran
yang menyelubung, menjernihkannya daripada
kekeruhan. Ia seperti membasuh pakaian
sehingga hilang segala kotoran atau menyapu
debu yang melitupi gambar yang terbiar
lama tanpa penjagaan.
Dalil
yang membuktikan wujudnya istilah tajdid
dalam kamus perbendaharan kata umat ini
merujuk kepada hadis sahih yang diriwayatkan
oleh Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah
s.a.w bersabda:" Sesungguhnya Allah
akan membangkitkan untuk umat ini dipermulaan
setiap seratus tahun seorang mujadid yang
mentajdid agamanya".
Tajdid
dalam Islam ialah kembali kepada asal
yang unggul yang menjadi sumber kemulian
manusia iaitu kitab dan sunnah. Ia tidak
mungkin difahami kecuali dengan mendekatkan
diri dengan tokoh-tokoh ikutan yang bebaskan
diri hanya untuk kebenaran, menjulang
panji-panji ini. Mereka adalah pelupor
kebaikan dan rahmat kepada kemanusiaan.
Mereka adalah ukuran keadilan dan neraca
kemulian kepada umat manusia.
Tetapi
sekitar akhir kurun ke 19 dan semenjak
awal kurun 20 muncul makna baru kepada
Istilah tajdid berlainan dengan makna
asal yang sebenar seperti yang kami sebutkan.
Telah muncul apa yang boleh kita istilahkan
sebagai pemikiran Islam liberal beracuan
barat. Atau dengan kata lain pemikiran
yang seiring dengan aliran pemikiran barat
atau pemikiran oreantalis.
Ia
membawa tajdid yang memelihara akidah
Islamiah tetapi tersimpan diatas rak atau
di muzium sebagai satu benda yang amat
unggul dan sangat suci. Pada hakikatnya
ia adalah sekular yang bermotif untuk
memisahkan agama dari kehidupan, mengambil
sistem barat yang di import mengantikan
syariat Islam. Tajdid yang memberi makna
mensia-siakan Islam dan melampaui batasanya,
memperlekehkan penghasilan lalu dan menundukkan
Islam kepada konsep permodenan.
Mereka
mengatakan mengantung perlaksanaan Islam
adalah satu tuntutan kemestian(dorurat)
sosial. Dibawah tekanan susasan kehidupan
yang sentiasa baru, Islam tidak akan manpu
menyesuaikannya atau mensejajarkan tuntutan
permodenan dengan kandungan pengajarannya.
Berkeras dengan ajaran Islam bermakna
memencilkan diri daripada kehidupan, ketinggalan
dalam menggunakan wasilah kemajuan dan
cenderong untuk memilih kemiskinan, berpenyakit
dan kejahilan. Begitulah sangkaan mereka.
Mereka
mengatakan lagi, kemajuan adalah "kanun
kehidupan umum" yang tidak boleh
tidak mesti dipatuhi. Kerana itu pada
sangkaan mereka, orang Islam harus menggunakannya
dalam kehiupan keIslaman mereka supaya
ia dapat berjalan seiring dengan kemordenan
dunia barat dan dengan itu mereka akan
selamat daripada punca-punca kelemahan
dan kemunduran. Jadi mereka hendaklah
memajukan Islam sebagai agama.
Atau
dengan ungkapan yang lebih jelas: orang
Islam atas nama ilmu, kemajuan dan tajdid
hendaklah mengubah agama mereka dan memajukannya
dengan cara memperbaharui pemahamannya,
menjauhkannya daripada politik dan negara,
serta mengusirnya dari masuk campur hal
ehwal hubungan antara individu.
Islam
juga hendaklah menyelamatkan diri mereka
dari terkait dengan apa-apa bentuk pemilikan
sumber kekuatan, meninggalkan masalah
ketuanan iman yang menolak wala' kepada
bukan Islam atas kepentingan Islam dan
menolak perkahwinan muslimah dengan bukan
muslim.
Selain
itu Islam juga perlu melupakan perbezaan
lelaki dan wanita dalam menerima pusaka,
hak talak, tidak masuk campur dalam urusan
hubungan kemasyarakat antara sesama muslim,
dan hubungan muslim dengan masyarakat
antara bangsa, sebagaimana Islam tidak
perlu masuk campur dalam urusan menentukan
hubungan antara modal dalam perindustrian,
hubungan perdagangan antara pemodal dan
pekerja atau antara pemilik harta dengan
golongan fakir untuk menghalal dan mengharam
atau memaksa pembayaran zakat dan sebagainya.
Ini
buka suatu perkara baru. Semenjak zaman
dahulu lagi mujaddid palsu yang mensejajarkan
syariat dengan nafsu manusia cuba mentafsir
riba dengan tafsir yang tidak diketahui
daripada salaf ass soleh, tidak sejajar
dengan nas-nas Quran, juga dengan hadis-hadis
sahih dan tidak juga dengan ijma' umat
semenjak zaman silam hingga zaman yang
hampir ini.
Berkata
Syeikh al Ghazali dalam mengulas perkara
tersebut: "perjalanan mujaddid palsu
ini penuh mengecewakan, mereka mematikan
Islam bukan mentajdidikannya. Sesungguhnya
mentajdid pemikiran Islam menuntut akal
yang lebih matang, hati yang lebuh bersih,
memahami kesilapan sejatah, kegelinciran
rijal (pemuka-pemuka), ilmuan yang arif
tentang kitab-kitab, bukan sekadar banyak
membaca, mahir tentang hadis, bukan sekadar
meriwayatkannya, fakih tentang syarak,
bukan sekadar pengikut, tahu selok belok
tarbiah dan pengajaran, bukan sekadar
pengikut pemimpin dan pemilik sijil yang
tidak berilmu.
Kita
tidak menolak tajdid tetapi memperingatkan
pembaca dari percubaan untuk menyelewengkan
agama atas nama tajdid, tetapi ia hendaklah
dilakukan dalam ruang lingkup Islam dan
iltizam dengan hukum hakamnya. Adapun
tajdid yang dijadikan helah untuk mengahalalkan
pergaulan bebas, riba, faedah bank, membuka
aurat, lebur identiti dan mempermainkan
orang beriman maka ia bukannya tajdid,
sebaliknya penyelewengan, kesesatan dan
kerendahan akhlak.