Detik tumbangnya Khilafah Islam (Bahagian 1)

Hizbut-Tahrir Malaysia
09:30am 05 Ogos 2005

Sultan Abdul Hameed Kedua telah dilahirkan pada hari Rabu, 21hb. September 1842. Nama penuh beliau adalah Abdul Hameed Khan Kedua bin Abdul Majeed Khan. Dia adalah anak kepada Sultan Abdul Majeed (daripada isteri keduanya). Ibunya meninggal dunia semasa beliau berusia tujuh tahun. Abdul Hameed boleh berbahasa Turki, Arab dan Persia dan dia telah belajar beberapa buku kesusasteraan dan puisi. Semasa bapanya, Abdul Majeed meninggal dunia, bapa saudaranya, Abdul Aziz menjadi Khalifah, Abdul Aziz tidak kekal lama dalam jawatan Khalifah. Dia telah dipaksa berhenti daripada jawatan khalifah dan selepas itu dibunuh oleh musuh politik Uthmaniah. Penggantinya adalah Sultan Murad, anak kepada Sultan Abdul Aziz, tetapi dia juga disingkirkan daripada jawatan dalam masa yang singkat kerana tidak layak.

Pada 31hb. Ogos 1876 (1293H), Sultan Abdul Hameed dilantik menjadi Khalifah. Ummah memberikan baiah dan ketaatan kepadanya. Pada masa itu, dia berumur 34 tahun. Abdul Hameed menyedari, seperti beliau jelaskan dalam dairinya, tentang pembunuhan bapa saudaranya, dan pertukaran kepimpinan yang kerap adalah disebabkan adanya komplot menentang Daulah Islamiah.

Abdul Hameed seorang sejarawan yang sentiasa merenung secara mendalam sejarah silam. Dia telah diberikan jawatan kepimpinan sebuah negara besar yang sedang berada dalam keadaan tegang dan genting. Dia telah menghabiskan masa lebih daripada 30 tahun yang penuh dengan komplot dalaman dan luaran, peperangan, revolusi, peristiwa-peristiwa dan perubahan-perubahan yang berterusan. Abdul Hameed meluahkan perasaannya dalam bentuk tulisan dan sajak. Di sini adalah contoh sajak, yang telah diambil daripada buku "Ayahku Abdul Hameed", tulisan anak perempuannya, Aishah.

Terjemahan sajaknya,

"Ya Tuhanku aku mengetahui Engkau Yang Maha Esa (Al Aziz)
dan tiada lain melainkan Engkau Yang Maha Esa, Engkau Yang Mana Esa dan tiada yang lain "Ya Tuhanku pimpinlah aku dalam kepayahan ini Ya Tuhanku jadilah penolongku dalam masa yang genting ini".

Masalah pertama yang Abdul Hameed hadapi adalah Midhat Pasha. Midhat Pasha telah terlibat secara rahsia dalam penyingkiran bapa saudaranya. Semasa Abdul Hameed diberi kuasa, dia telah melantik Midhat Pasha sebagai Ketua Majlis Menteri-menteri, kerana Midhat Pasha sangat dikenali pada masa itu. Abdul Hameed perlukan jaminan untuk kekal berkuasa. Midhat Pasha adalah gabenor yang baik tetapi dia keras kepala. Midhat telah disokong oleh golongan yang berpengaruh dalam Majlis Syura. Dengan bantuan golongan ini, dia telah berjaya dalam meluluskan resolusi untuk berperang menentang Russia. Abdul Hameed tidak dapat menghalang mereka. Sekiranya dia cuba menentang mereka, dia mungkin akan disingkirkan. Tetapi mereka masih mahu menyalahkan Abdul Hameed terhadap semua kerugian disebabkan daripada peperangan yang tidak dijangkakan ini (miscalculated wars). Abdul Hameed tidak menginginkan peperangan pada masa tersebut, Daulah Islamiah sangat tenat untuk terlibat dalam peperangan.

Seterusnya Abdul Hameed boleh menggunakan perbezaan di antara dia dengan Midhat Pasha untuk mengurangkan populariti Midhat Pasha. Akhirnya dia berjaya melepaskan dirinya daripada belenggu Midhat dan Midhat telah dibuang negeri ke Eropah. Ummah dan ahli politik menyambut baik langkah itu.

Selepas itu, Abdul Hamid beralih kepada musuh luar negara Daulah Islam Uthmaniah. Dia telah mampu untuk meramalkan revolusi komunis di Russia, dan ianya (revolusi) akan membuatkan Russia lebih kuat dan lebih merbahaya. Pada masa itu negeri-negeri Balkan adalah sebahagian daripada Daulah Islam Uthmaniah sedang berhadapan dengan dua bahaya, Russia dan Austria. Abdul Hameed cuba untuk mengejutkan negeri Balkan dan menyedarkan mereka tentang bahaya bakal dihadapi. Dia cuba untuk membuat perjanjian dengan negeri-negeri Balkan, tetapi bila perjanjian mencapai peringkat akhir, empat negeri Balkan mengambil keputusan yang berasingan dan menolak Daulah Islam Uthmaniah.

Perubahan ini adalah disebabkan pengaruh Barat dan Russia. Abdul Hameed menyedari bahawa komplot untuk memusnahkan Negara Islam Uthmaniah lebih besar daripada yang disangkakan. Ianya melibatkan dalaman dan luaran. Pada sangkaannya selepas menyingkirkan Midhat Pasha dan orang-orangnya sama sekali, tetapi dia berhadapan pula dengan Awni Pasha, Ketua Majlis Menteri-menteri (Alsadr Alazam) dan juga salah seorang Ketua Tentera. Kemudian Abdul Hameed mendapati bahawa Awni Pasha mengambil wang dan hadiah daripada Inggeris dan peranannya dalam penyingkiran Abdul Aziz (bapa saudara Abdul Hameed) telah didedahkan kepada Abdul Hameed.

Awni Pasha cuba memaksa Daulah Islam Uthmaniah terlilbat di dalam kancah Perang Bosnia tanpa persetujuan kehendak Abdul Hameed. Abdul Hameed mengetahui, jika peperangan berlaku; Russia, England, Austria, Hungari, Serbia Montenegro, Itali dan Perancis akan menyerang kerajaan Uthmaniah secara serentak dan memastikan Bosnia dirampas.

Awni Pasha telah memberikan maklumat yang salah kepada Abdul Hameed mengenai saiz tentera Uthmaniah di Bosnia. Dia mendakwa bahawa ada 200,000 askar yang bersiap sedia. Tetapi apabila Abdul Hameed meminta penjelasan daripada Jeneral yang lain dan mendapati hanya ada 30,000 askar, untuk menghadapi lebih 300,000 askar musuh. Pada masa itu, Ummah menyukai Awni Pasha dan Abdul Hameed tidak boleh menyingkirkannya daripada jawatan kerana itu akan membahayakan kestabilan dalaman Daulah Islamiah.
Kuasa-kuasa Barat, menyedari bahawa mereka mempunyai kekuatan yang melebihi kerajaan Uthmaniah dengan sokongan daripada empat Negara Balkan (Romania, Serbia, Montenegro, Austria-Hungari). Keputusannya, Bosnia dan Greece terlepas dan terpisah daripada Daulah Islam Uthmaniah.

Abdul Hameed mendedahkan kesalahan Awni Pasha dan menyingkirkannya. Ummah menerima langkah ini. Mahkamah mendapati bahawa Awni bersalah terhadap dakwaan di dalam komplot menentang Daulah Islam Uthmaniah dan membantu kuasa luar seperti England.

Kejatuhan Orang Sakit Eropah (Daulah Islam Uthmaniah) dilihat sebagai agenda paling utama. Semua pihak mahukan sebahagian daripadanya tidak ketinggalan juga Yahudi. Pada tahun 1901 pemilik Bank Yahudi, Mizray Qrasow dan dua pemimpin berpengaruh Yahudi yang lain datang kepada Abdul Hameed dengan menawarkan kepadanya:

1. Membayar kesemua hutang Daulah Islam Uthmaniah. 2. Membangunkan angkatan laut Daulah Islam Uthmaniah. 3. 35 juta lira emas tanpa faedah untuk membantu kemakmuran Daulah Islam Uthmaniah.

Sebagai tukarannya: Membenarkan Yahudi melawat Palestin bila-bila masa mereka suka dan boleh menetap selama mana mereka mahu "untuk melawat tempat-tempat suci" Membenarkan Yahudi untuk membina penempatan-penempatan di mana mereka tinggal dan mereka mahu di tempatkan berhampiran Jerusalem.

Abdul Hameed enggan, walaupun untuk berjumpa dengan mereka, dia menghantar jawapan kepada mereka melalui Tahsin Pasha dan jawapannya adalah:-

"Katakan kepada Yahudi biadap itu, hutang negara Uthmaniah bukan sesuatu yang memalukan, Perancis menpunyai hutang dan itu tidak menjejaskannya. Jerusalem menjadi sebahagian daripada tanah Islam semasa Umar bin Alkhattab mengambil bandar itu dan aku tidak akan mencatat sejarah yang memalukan dengan menjual tanah suci kepada Yahudi dan mengkhianati tanggungjawab dan kepercayaan rakyat. Yahudi boleh simpan wang mereka, pemerintah Uthmaniah tidak akan berlindung didalam istana yang dibuat dengan duit musuh-musuh Islam. Dia juga menberitahu mereka supaya pergi dan jangan datang semula untuk berjumpa dengannya."