Mahasiswa
Islam Mencabar (Bab 2)
Agus
Salim
09:30am 29 Sept 2005
Roh
Perjuangan GMI
"Islam
bukan agama teori dan ritual sahaja tetapi
Islam adalah agama praktikal yang perlu
diterjemah sebagai satu cara hidup".
Dalam
bab ini penulis cuba merumuskan buah pemikiran
ulama haraki seperti al Syahid Iman Hasan
al Banna, Said Hawwa, al Syahid Sayyid
Qutb, Abu A’la al Maududi dan beberapa
ulama lagi. Sub-topik yang dikemukakan
dalam nukilan dibawah merupakan ringkasan
paling asas dan kunci utama pemikiran
tokoh haraki Islam. Ini akan memudahkan
mahasiswa memahami intipati yang ingin
dijelmakan oleh tokoh haraki tersebut.
Dalam perjuangan untuk menegakkan Islam,
proses pembinaan akidah sangat penting
agar gerakan Islam dapat mengembleng tenaga-idea
kader-kader yang sukses dan berprestasi.
Dengan mengetahui roh perjuangan GMI,
kader-kader GMI akan dapat menyatukan
fikrah dengan meneliti buah fikiran yang
sama iaitu bersumber al Quran dan hadis.
Marilah kita bersama-sama berusaha untuk
menegakkan kekuasaan Allah di muka bumi.
Menegak
Kalimah Tayyibah Dalam Masyarakat Dan
Jiwa Insani
Kalimah
tayyibah merupakan ikrar agung makhluk
kepada Allah SWT. Kalimah agung ini merupakan
akar tunjang kepada agama Islam. Kita
sebagai muslim diwajibkan melakukan pengabdian
kepada Allah SWT bukan kepada sesama manusia.
Pengabdian ini bukan sahaja dibuktikan
di dalam rakaat-rakaat solat tetapi dicerminkan
sebagai gaya hidup seharian sama ada secara
individu atau bermasyarakat. Keseluruhan
aspek kehidupan perlu mengikuti ajaran
Islam termasuk muamalat, politik, dan
sosial sebagai tanda pengabdian kepada
Allah SWT. Oleh itu, seorang muslim perlu
menggunakan secara keseluruhan kaedah
Islam dalam setiap aspek kehidupan.
Masyarakat tanpa pelaksanaan dan tiada
penjelmaan kaedah-kaedah Islam tidak boleh
dipandang sebagai masyarakat Islam. Jika
seorang muslim sanggup menggunakan kaedah
selain daripada Islam, ini bermakna mereka
melakukan syirik kerana mengharapkan kuasa
makhluk daripada kekuasaan Allah. Mereka
telah mempermainkan kalimah tayyibah dengan
kemanisan kata-kata dan pada masa yang
sama mereka mengharamkan diri daripada
melaksanakan kaedah Islam yang terkandung
dalam al Quran dan hadis nabi. Mereka
lebih mempercayai hukum dunia ciptaan
manusia daripada hukum Allah. Inilah manusia
bertuhankan nafsu yang hanyut dalam kehidupan
jahiliah.
Penjelmaan kalimah tayyibah dalam kehidupan
realiti menandakan kemunculan keagungan
iman dalam diri insani dan masyarakat
Islam. Hidup kita untuk membina masyarakat
Islam perlu diteruskan tanpa mundur walaupun
kita menghadapi masyarakat jahiliah moden
yang tepu dengan kemungkaran dan maksiat.
Sekarang kita menghadapi tradisi sosial
yang pincang, kekuasaan politik yang korupsi,
perundangan yang bathil, dan dengan realiti
yang popular dan disukai masyarakat majoriti
tetapi jelas bertentangan dengan konsep
iman. Wahai Sahabat Mahasiswa! Jangan
kamu bersikap lemah dan janganlah kamu
bersedih hati, pada hal kamulah orang-orang
yang paling tinggi darjatnya jika kamu
orang-orang beriman [rujuk Aali Imran:139].
Teruskan perjuangan, sesungguhnya kita
berada di landasan yang benar untuk menegak
kalimah tayyibah di alam ini sebagai tanda
pengabdian kita kepada Allah SWT bukannya
mengabdikan diri sesama manusia.
Al
Quran Sebagai Panduan Hidup
Kini,
umat Islam berada dalam keadaan muflis
daripada segala aspek kehidupan termasuk
dalam politik, pendidikan, ekonomi dan
ketenteraan. Inilah padahnya jika umat
Islam kehilangan roh perjuangan yang dinyalakan
oleh Rasulullah S.A.W. dan para sahabat.
Baginda Rasulullah mendidik para sahabat
dan umat Islam dengan suluhan al Quran
tetapi sekarang umat Islam sendiri telah
mencampur aduk arahan-arahan al Quran
dengan idealis ciptaan manusia. Umat Islam
menganggap al Quran hanya untuk dibaca,
diselidik, dikaji dan sebuah cerita penglipur
lara. Mereka mempertandingkan bacaan al
Quran tanpa memahami kehendak al Quran.
Umat Islam sekarang lebih selesa dengan
membaca tanpa amal dan tidak memahami
arahan al Quran bahkan ada diantara mereka
yang menolak ajaran al Quran dengan alasan
sudah lapuk dan ketinggalan zaman. Celakalah
golongan ini, golongan mengejar kekafiran
walaupun ditawar hidayah kepadanya.
Wahai sahabat mahasiswa! Marilah kita
menterjemahkan segala arahan dan perintah
Allah dalam al Quran ke dalam kehidupan
kita. Kita harus mempunyai perasaan belajar
untuk melaksanakan terus [segera] segala
ajaran al Quran tanpa alasan. Jangan jadikan
al Quran hanya sebuah teori tanpa praktikal.
Al Quran adalah panduan hidup, panduan
Ilahi yang tulen dan Allah sendiri telah
merasmikan bahawa al Quran sebagai garis
pemisah antara hak dan bathil. Untuk menghidupkan
al Quran ke dalam diri dan masyarakat
kita, kita wajib mengamalkan budaya ‘saya
dengar, saya patuh’ tanpa sebarang
alasan. Hanya al Quran penentu kebenaran
walaupun ia pahit untuk kita menerimanya.
Jihad
Adalah Jalan Kami
Dr.
Muhammad Said Ramadan al Buti mendefinisikan
jihad ialah mengorbankan segala tenaga
dan usaha ke jalan mempertinggikan kalimah
Allah dan mendirikan satu masyarakat Islam.
Sabda Nabi ‘sesiapa mati dalam keadaan
tidak berperang dan tidak berniat untuk
berperang maka ia mati dalam keadaan mati
jahiliah’. Untuk meneruskan liku-liku
perjuangan, GMI perlu membangkitkan semangat
jihad yang kental bagi menghadapi mehnah
musuh. Wahai sahabat mahasiswa! Ingatlah
jalan yang kita pilih ini adalah jalan
jihad. Jihad untuk menegakkan maruah dan
gaya hidup berteras agama Islam yang murni.
Jihad kita ialah menentang sesiapa yang
mengingkari agamanya dan menyerukan umat
manusia kepada kebaikan dan menegah kemungkaran.
Jihad bagi mahasiswa dengan mengorban
masa, tenaga dan harta benda untuk memenangkan
agama Allah di dalam dan luar kampus.
Wahai Sahabat mahasiswa! Marilah kita
menegakkan kerajaan Allah di muka bumi
ini, melaksanakan syariah dan undang-undang
Allah, merebut kembali kekuasaan Allah
daripada tangan manusia yang durjana yang
berani merampas hak-hak Allah. Usaha memansuhkan
undang-undang bikinan manusia tidak akan
berjaya jika hanya setakat bertabligh,
berpidato dan ceramah penerangan sahaja.
GMI haruslah turut sama bangkit membantu
gerakan Islam dalam membebaskan umat manusia
daripada pengabdian sesama manusia dengan
mewujudkan pemerintahan berpandukan syariat
Islam. Wahai sahabat mahasiswa sekalian!
marilah kita bersama-sama menjadi tenaga-idea
kita digunakan untuk merealisasikan cita-cita
jihad kita menubuhkan negara Islam yang
berasaskan al Quran dan hadis yang murni
dengan apa jua cara termasuk mati syahid.
Jarak untuk menuai hasil perjuangan masih
jauh, ia memakan masa yang panjang. Kemenangan
bagi GMI bukanlah segalanya. Tapi yang
paling penting bagi kita adalah kader-kader
GMI menjadi jambatan untuk orang taat
dan patuh kepada arahan Allah dalam melihat
Islam muncul sebagai pemerintah alam.
Wahai sahabat mahasiswa! Ranjau berduri
harus kita terima dengan redha dan sabar.
Bagi menguatkan semangat dan jiwa, marilah
kita nyalakan pelita perjuangan, marilah
kita menyemak dan mengkaji serta mengambil
iktibar daripada sirah nabi, para sahabat
dan pemimpin haraki untuk menghadapi musuh
yang bertuhankan material. Lihatlah Sayyid
Qutb hanya seorang penulis tetapi ditakuti
oleh pemerintah sekular Mesir. Akibatnya
ia dihukum gantung tetapi baginya kematian
hanya satu perjalanan untuk menuju matlamatnya.
Matlamat Sayyid Qutb menemui kekasih yang
merinduinya di taman-taman syurga. Ayuh
sahabat! Mari bersama menegak Islam di
kampus dengan bersungguh-sungguh. Ingat!
Perjuangan kita adalah jihad.
Islam
Sepenuhnya Atau Sebahagian?
Islam
merupakan satu gagasan dan sistem kehidupan
yang paling sesuai dengan fitrah manusia.
Sistem Islam adalah lengkap, saling mendukung
antara satu sama lain dan bersifat menyeluruh.
Tetapi sayang, kini orang Islam sendiri
cuba mengantikan Islam dengan satu gagasan
dan sistem yang jauh berbeda dengan Islam
seperti sekular, komunis dan sosialis.
Paling menyedihkan orang Islam telah menyerap
masuk dan mencampur aduk antara kebathilan
dengan perkara hak di dalam agama Islam.
Dalam menyelesaikan masalah kehidupan
seperti kebejatan sosial dan pendidikan,
orang Islam terutamanya pemerintah negara
dan kampus merelakan diri mereka mengikuti
sistem ciptaan manusia.
Mereka [pemerintah] lebih mempercayai
orientalis Barat daripada ulama pewaris
nabi. Setelah kegagalan sistem ciptaan
manusia barulah mereka mencari sistem
Islam. Islam diminta mengeluarkan pendapat
oleh orang-orang yang tidak menyukai Islam
itu memerintah. Tidakkah pelik perkara
ini? Islam diminta pendapat daripada masalah
yang tidak ditimbulkan oleh sistem Islam.
Hairan sekali Islam diminta pendapat daripada
suatu negara dimana sistem Islam tidak
dilaksanakan.
Islam adalah satu gaya hidup yang bersifat
menyeluruh dan tidak boleh dijuzukkan
kerana ia saling lengkap-melengkapi antara
satu sama lain. Laksanakanlah Islam itu
secara keseluruhan dalam sistem hukum
dan pemerintahan, dalam dasar-dasar perundangan
dan dalam prinsip pendidikan. Setelah
itu barulah ditanyakan pendapat Islam
masalah yang timbul daripada sistem Islam.
Ciptalah masyarakat yang Islam memerintah
bukannya Islam diperintah.
Laksanakanlah keadilan dan jaminan yang
ditentukan oleh Islam sama ada dalam sosial,
ekonomi dan politik dengan bersungguh-sungguh,
nescaya segala masalah akan diselesaikan.
Janganlah kita mengusir Islam daripada
kehidupan masyarakat dengan menerima sebahagian
daripada Islam yang menguntungkan periuk
nasi ekonomi dan keuntungan peribadi sahaja.
Terimalah secara menyeluruh sistem Islam
tanpa alasan. Sistem Islam yang syumul
dan sesuai sepanjang zaman haruslah dilaksanakan
dan jangan ditanguh walaupun sesaat. Marilah
kita menjadikan Islam sebagai cara hidup
tanpa kompromi.
Antara
Kafir Dengan Muslim: Apa Bedanya?
Seorang
muslim percaya bahawa darjatnya lebih
tinggi daripada seorang kafir. Allah meredhai
seorang muslim daripada seorang kafir.
Inilah keistimewaan orang Islam, orang
yang dijamin syurga setelah adanya keimanan
di sanubari. Tahukah kita perbedaan diantara
seorang muslim dengan seorang kafir? Tiada
perbedaan besar diantara kita kecuali
akidah dan nama individu. Yang lain adalah
sama. Kita berasal daripada Adam, mereka
pun sama, mereka juga mempunyai anggota
badan seperti kita, pendek kata semuanya
sama. Cuma akidah dan nama kita saja yang
menentukan betapa Islamnya kita. Mari
kita berfikir adakah nama Abdul Rahman
menunjukkan kita lebih Islam daripada
nama George Bush. Adakah nama sudah cukup
mengambarkan kita sebagai seorang muslim?
Jawapannya tentulah tidak cukup.
Sebenarnya akidah kita adalah satu-satunya
penentu betapa muslimnya kita. Akidah
Islam dapat diindekkan melalui pengetahuan
dan pengamalan Islam dalam kehidupan kita
seharian. Jika nama kita berunsurkan Islam,
kita mengaku sebagai muslim tetapi tidak
mempunyai pengetahuan dan tidak mengamalkan
Islam dalam erti kata berlandas al Quran
dan hadis, kita hanya muslim komestik
yang lawa pada kulit tetapi nampak hodoh
jika komestik itu tertanggal. Ada di kalangan
kita menjadi manusia yang tahu dan faham
agama tetapi tidak mengamalkan agama.
Mereka manusia yang degil, mudah dikelabui
oleh habuan dunia dan gemar mengimani
kebathilan, mereka inilah yang disifatkan
oleh Allah SWT sebagai orang-orang rugi.
Kini, dalam menjalani kehidupan moden,
kita seorang muslim kelihatan tidak ada
bezanya dengan seorang kafir. Lihatlah
pengetahuan dan pengamalan kita. Kita
lebih selesa memakai pakaian menjolok
mata berbanding menutup aurat. Kita lebih
taat kepada hukum atau perundangan sekular
berbanding hukuman syariat Islam. Lihatlah
nasib hukum hudud yang diperlekeh sebagai
hudud PAS dengan pelbagai alasan untuk
menolaknya. Kita lebih percaya kepada
media massa daripada mempercayai al Quran
dan hadis. Perkara ini bertambah parah
apabila, media massa mencandukan rakyat
dengan hiburan. Hiburan seperti Audition
dan Akademi Fantasia secara langsung memaparkan
peluk memeluk di antara lelaki dan perempuan.
Dimanakah letaknya akhlak Islam? Atau
kita gembira dengan amalan jahiliah moden
itu. Jadi, apa bezanya seorang muslim
dengan seorang kafir.
Wahai sahabat mahasiswa, marilah kita
membina ciri perbedaan antara kafir dengan
muslim dalam setiap aspek kehidupan kita.
Jangan sesekali terpengaruh dengan idea
liberal dan budaya trendy yang dicanang
oleh media massa terutamanya rancangan
3R, Pillow Talk dan sebagainya. Kita sebagai
muslim seharusnya mempunyai jatidiri yang
tersendiri dan harus merdeka daripada
pengaruh budaya jahiliah moden yang durjana.
Marilah kita menjadi muslim berakhlakkan
al Quran untuk mara ke dalam kehidupan
moden yang jahiliah.
Rumusan
Nukilan
di atas adalah rumusan daripada pemikiran
tokoh haraki Islam. Penulis cuba memudahkan
mahasiswa memahami apa intipati yang penting
daripada tulisan tokoh haraki Islam untuk
dijadikan azimat dalam meneruskan perjuangan
GMI. Janganlah kita mudah tertewas dengan
segala dugaan yang diterima semasa menempuhi
mehnah perjuangan. Kemenangan bukanlah
matlamat utama dalam perjuangan kita tetapi
usaha perjuangan tanpa berputus asa perlu
diteruskan semasa mendepani ranjau perjuangan.
Ranjau berduri dalam perjuangan perlu
diredah dengan berani dan tawakal. Kekalahan,
sekatan dan penyeksaan yang berpanjangan
ini adalah usaha untuk menambahkan pahala
kita semasa berjuang. Inilah keberuntungan
kita. Kekasih Allah, Nabi Muhammad SAW
sendiri mengambil masa 23 tahun untuk
memperkasakan Islam di Tanah Arab. Justeru,
kita sebagai manusia kerdil ini harus
menerima kemenangan Islam bukan terjelma
pada zaman kita. Tetapi ingatlah, kemenangan
Islam pasti datang dan ia adalah milik
hakiki umat Islam. Percayalah.