Puasa dengan
Persembahan untuk Tuhan
Jalaluddin Rakhmat
09:30am 29 Sept 2005
Seorang anggota jemaah - sebut saja Fatimah
- mengadu kepadaku, "Setiap kali
masuk Ramadhan, saya merasa sedih. Saya
bertambah sedih kerana saya merasa sedih.
Bukankah kata Pak Ustadz, Rasulullah dan
sahabatnya menyambut Ramadhan dengan gembira."
Matanya berkaca-kaca dan hidungnya memerah.
Aku yakin ia menangis beneran. Betapa
sering aku menemukan dalam majlis-majlis
pengajian ustadz yang menangis bohongan
dan pendengar yang menangis beneran.
"Apa yang menyebabkan Ibu menangis?"
tanyaku.
"Saya seperti orang pulang kampung.
Saya ingin membahagiakan keluarga saya.
Saya ingin memberikan hadiah paling berharga
buat mereka. Tetapi saya miskin. Saya
tidak punya apa-apa yang bererti. Yang
teronggok di punggung saya hanya kotoran.
Ramadhan mengantarkan saya kepada Tuhan,
kampung halamanku. Saya ingin membuat
Tuhan ridha kepadaku. Tetapi saya tidak
membawa apa-apa. Di atas punggung saya
teronggok dosa dan dosa!" Esakkannya
makin keras. Giliran ustadz untuk ikut
menangis; dan kali ini, menangis beneran.
"Tidak perlu bersedih, Bu,"
kataku setengah hati. Setengah hatiku
membisu dalam kesedihan. "Jika kita
menemui Ramadhan tanpa bekal, marilah
kita jadikan bulan ini untuk mengumpulkan
hadiah-hadiah yang berharga untuk Tuhan.
Jika kita datang dengan longgokan dosa,
marilah kita campakkan dosa-dosa itu dengan
taubat kita."
Seperti biasa, dengan cepat aku bermetamorfosa
dari seorang konselor menjadi khatib.
Tampaknya lebih mudah berkhotbah daripada
berempatik.
"Itu juga menambah dukaku, Ustadz.
Setiap Ramadhan, ketika semua orang berusaha
untuk tarawih setiap malam, saya sering
meninggalkannya. Ketika tetangga-tetangga
bercerita bahawa mereka sudah menyelesaikan
sekian juz Al Quran, saya tidak dapat
melakukannya. Satu juz pun tak sempat
saya baca. Pada malam Lailatul Qadar
kawan-kawan saya boleh bermalam-malam iktikaf
di masjid bahkan ada yang berumrah ke
Tanah Suci, saya tidak sanggup meninggalkan
pekerjaan saya."
"Apa pekerjaan Ibu di bulan Ramadhan?"
"Saya ini orang kaya, membesar dalam
keluarga kaya. Di rumah saya punya banyak
pembantu dan di pejabat saya punya banyak
pegawai. Ke mana pun saya pergi, saya
dilayani orang. Pada bulan puasa, saya
ingin melayani orang. Saya ingin berkhidmat
pada orang-orang kecil. Saya menyiapkan
makanan untuk orang-orang miskin. Saya
berbelanja, memasak, membungkus, dan mengantarkan
makanan itu ke rumah-rumah mereka. Selepas
Isya, setelah usai membahagikan makanan,
saya pulang dalam keadaan lelah. Saya
segera tidur puas. Pada Lailatul Qadar,
saya bukan saja membahagikan makanan untuk
berbuka puasa, tetapi juga untuk sahur.
Saya bergadang juga Ustadz, cuma tidak
di masjid, tetapi di tempat-tempat kumuh."
"Jadi pada waktu Eid, ketika kaum
Muslim yang lain bergembira kerana boleh
mengumpulkan hadiah yang berharga untuk
Tuhan-khatam Al Quran, lengkap shalat
tarawih, banyak iktikaf dan berzikir-saya
sedih lagi. Mereka berhasil ’menangkap’
anugerah Tuhan di bulan Ramadhan, saya
tidak!"
Puasa dengan perkhidmatan
Ibu Fatimah merasa sedih kerana ibadat
Ramadhan-nya berbeda dengan kebanyakan
orang. Ia sedih kerana tidak sanggup dan
tidak sempat bertarawih, bertadarus, beriktikaf,
dan berzikir bersama. Ia menganggap hadiah
yang paling berharga untuk Tuhan adalah
ibadat, dalam makna ritual.
Alkisah, Nabi Musa bermunajat kepada
Tuhan. Sang Mahasuci bertanya, "Hai
Musa, banyak sekali ibadatmu, yang mana
untuk-Ku?" Musa terkejut mengapa
Dia bertanya tentang ibadatnya, sebab
semua ibadatnya untuk Tuhan: "Shalatku,
hajiku, korbanku, doa, dan zikirku."
Semuanya untuk kamu, mana untukku? Musa
bingung dan berkata: "Tunjukkan pada
hambamu yang lemah ini, mana ibadatku
untuk-Mu!" Berkhidmatlah kepada hamba-hamba-Ku!
Bagus sekali memang kalau kita dapat
menjalankan ibadat-ibadat itu dengan sebaik-baiknya.
Semuanya untuk kita juga. Seperti disebutkan
dalam hadis, dengan berpuasa dan shalat
tarawih yang ikhlas, kita memperoleh ampunan
Allah SWT. Ampunan itu jelas untuk kita.
Dengan membaca satu ayat Al Quran saja
di bulan Ramadhan, kita memperoleh pahala
sama dengan mengkhatam Al Quran di bulan
lain. Anugerah Tuhan kerana mengkhatam
Al Quran diberikan kepada kita. Ibadat
pada Lailatul Qadar sama nilainya
dengan ibadat seribu bulan. Pahalanya
lagi-lagi untuk kepentingan kita.
Ibu Fatimah merasa sedih kerana Ramadhan
mengantarkannya untuk pulang kepada Tuhan.
Ia ingin memberikan hadiah untuk membuat
Tuhan ridha kepadanya. Ia merasa bahawa
hadiah berupa shalat, tadarus, dan sebagainya
itu adalah persembahan untuk Tuhan. Sekiranya
ia banyak melakukan ibadat-ibadat itu,
nun di sana di ‘arasy yang agung,
Tuhan akan berkata: Semuanya untuk kamu,
mana untuk-Ku. Memang kita memerlukan
semua anugerah itu: kasih sayang Tuhan,
ampunan-Nya, dan pembebasan dari api neraka.
Kita membutuhkan karunia-Nya untuk kebahagiaan
kita di dunia dan akhirat.
Namun, Ibu Fatimah memerlukan lebih dari
itu. Ia ingin melakukan sesuatu untuk
Dia. Ia ingin memberi-Nya hadiah yang
berharga. Ketahuilah, hai Fatimah-sekiranya
Anda membaca artikel ini - Anda sudah
berada on the right track. Berkhidmatlah
kepada hamba- hamba-Nya. Sekiranya Anda
sedih kerana beranggapan Anda tidak sempat
shalat tarawih yang lengkap sehingga kehilangan
ampunan Tuhan, semaklah hadis qudsi berikut
ini (Lihat Hasan Syirazi, Kalimat Allah,
hal 232):
"Hai Musa, tahukah kamu betapa besarnya
kasih sayangKu padamu?"
"Engkau lebih penyayang kepadaku
ketimbang ibuku."
"Hai Musa, sesungguhnya ibumu menyayangi
kamu kerana anugerah kasih-Ku jua. Akulah
yang melembutkan hatinya sehingga ia sayang
padamu. Akulah yang membaikkan hatinya
supaya ia meninggalkan kebaikan tidurnya
untuk merawatmu. Sekiranya aku tidak melakukannya,
maka akan samalah ibumu dengan perempuan
lainnya di dunia."
"Hai Musa, tahukah kamu bahawa ada
seorang hamba di antara hamba-hamba-Ku
yang mempunyai dosa dan kesalahan yang
begitu banyak sehingga memenuhi sudut-sudut
langit. Tetapi aku tak hiraukan dosa-dosanya;
semua aku ampuni."
"Mengapa tidak Kau hiraukan, ya
Rabb?"
"Kerana satu hal yang mulia yang
Aku cintai dalam dirinya: Ia mencintai
fakir miskin. Ia bergaul akrab dengan
mereka. Ia menyamakan dirinya seperti
mereka. Ia tidak sombong. Jika ada hambaku
seperti dia, aku ampuni dia dan aku tidak
hiraukan dosa-dosanya."
Puasa tanpa perkhidmatan
Sampai di sini kita tahu bahawa Ibu Fatimah
tidak selayaknya bersedih hati. Ia sudah
menjalankan puasa dengan hadiah berharga
untuk Tuhan: perkhidmatan. Yang harus
berduka justru mereka yang berpuasa tanpa
persembahan untuk Dia. Celakalah orang
yang berpuasa dengan kezaliman, lawan
dari perkhidmatan. Mereka bahkan tidak
mendapat apa pun untuk dirinya. "Betapa
banyaknya yang berpuasa yang tidak mendapatkan
apa-apa dari puasanya kecuali lapar dan
dahaga," sabda Nabi Muhammad SAW.
Pada bulan Ramadhan Nabi yang mulia memergoki
seorang perempuan yang memaki budaknya.
Ia memanggil perempuan itu dan menyuruhnya
berbuka. Perempuan itu berkata: "Inni
shaimah. Aku berpuasa." "Bagaimana
mungkin kamu berpuasa tetapi kamu maki-maki
budakmu."
Nabi mengingatkan perempuan itu bahawa
bulan Ramadhan adalah bulan perkhidmatan,
bukan makian. Memaki hamba Allah akan
menghapuskan semua pahala puasanya. Supaya
puasa itu berfaedah bagi kamu, tinggalkan
segala macam kezaliman, terutama pada
orang kecil.
Dilaporkan kepada Nabi tentang seseorang
yang selalu berpuasa di waktu siang dan
bangun malam untuk shalat tetapi sering
menyakiti tetangganya dengan lidahnya.
Ia menjawab singkat: Dia di neraka!
Ayat berikut ini ditujukan untuk orang-orang
yang bersedekah di bulan puasa tetapi
menyertai sedekahnya dengan kata-kata
yang menyakitkan hati: "Hai orang-orang
yang beriman, jangan kamu batalkan sedekahmu
dengan menyebut-nyebutnya dan menyakiti
hati sebagaimana orang yang menginfakkan
hartanya untuk dipamerkan di tengah-tengah
manusia…" (Al-Baqarah 264).
Orang yang shalat-baik di bulan Ramadhan
maupun bukan-dan tidak melakukan perkhidmatan
diancam dengan kecelakaan (neraka): Maka
celakalah orang-orang yang shalat; yang
lalai dalam shalatnya; yang hanya pamer
saja; yang tidak memberikan pertolongan"
(Al-Ma’un 5-7).
Jadi, supaya semua ibadat kita di bulan
Ramadhan ini mendatangkan faedah yang
bernilai bagi kita, tinggalkan segala
macam kezaliman. Dan supaya puasa kita
menjadi persembahan yang agung bagi-Nya,
sertailah semuanya dengan perkhidmatan.
"Semua makhluk adalah keluarga-Ku.
Makhluk yang paling Aku cintai adalah
yang paling penyayang pada makhluk yang
lain, yang paling bersungguh-sungguh dalam
memenuhi keperluannya" (Hadis Qudsi).