Palestin:
Tanah yang dijanjikan
Maszlee Malik
10:30am 21 Nov 2005
Di dalam menyikapi isu Palestin, adalah
tidak wajar jika seseorang tidak menelusuri
sejarah asal-usul permasalahan yang wujud
dan hanya melihat kepada simptom yang
telah sedia wujud. Lebih naif lagi, apabila
wujud mereka yang mengatakan isu Palestin
adalah isu pertelingkahan antara dua bangsa
yang berkongsi hak ke atas sebidang tanah.
Perlu difahami, isu Palestin bukanlah
bermula dengan ertelingkahan di antara
dua bangsa yang dahulnya hidup aman damai
dan kemudiannya bertelingkah dan kemudiannya
tidak tahu bagaimana untuk berhenti bertelingkah
sehingga berdekad-deka lamany. Realiti
yang berlaku ialah, bangsa Yahudi yang
datang dari segenap pelusuk dunia meninggalkan
tanah air mereka telah berhijrah beramai-ramai
ke bumi Palestin lantas menjajah bumi
tersebut dan mengusir penduduk asalnya.
Penghijrahan beramai-ramai Yahudi ke
bumi Palestin adalah hasil usaha inisiatif
gerakan Zionis sedunia. Ianya merupakan
ide Zionis pasca konvensyen pertama World
Zionist Organisation (WZO) pada tahun
1897 di Basle, Switzerlandlah yang menjadi
titik tolak Penghijrahan tersebut. Walau
bagaimanapun penghijrahan hanya berlaku
20 tahun sesudah konvensyen itu setelah
Sir Arthur Belfour , seorang Zionis Kristian
yang menjadi Menteri Luar Kerajaan British
yang telah mengizinkan penghijrahan Yahudi
dari seluruh dunia beramai-ramai ke Palestin
melalui satu deklerasi yang dikenali sebagai
“The Belfour Declaration”
pada tahun 1917.
Bangsa Yahudi bukannya satu kelompok
yang wujud semenjak awal lagi bersama
kaum Arab dan kemudiannya mereka bergaduh
sesama sendiri dan tidak tahu untuk menghentikan
pertelingkahan tersebut. Mereka datang
dari seluruh pelusuk dunia. Bagi Yahudi
yang berketurunan Ashkenazi (yang berasal
dari wilayah Khazar, Rusia menurut Arthur
Kostler pengarang buku “The 13th
Tribe”) kebanyakan mereka datang
dari Eropah, Rusia, Eropah barat, Amerika
dan juga Amerika Selatan. Bagi Yahudi
berketurunan Shepardi (Yahudi dari keturunan
Bani Israel yang asal) pula kebanyakkannya
datang dari Iraq, Yaman, Maghribi, negara-negara
Arab berdekatan dan juga dari negara-negara
Afrika. Gerakan Zionislah yang menyatukan
mereka di bawah satu mimpi dan akhirnya
berhimpun di bumi Palestin yang mereka
namakan sebagai “Erezt Yizrael”
(Bumi Israel). Thesis Theodore Herzl (pengasas
gerakan Zionis) yang bertajuk “Der
Junder Staadt” (The Jewish State)
pada tahun 1896 lah yang telah meniupkan
semangat baru kepada mereka untuk berhimpun
di bumi Palestin setelah sekian lama mereka
tinggal berteraburan di serata pelusuk
dunia.
Persoalannya apakah motivasi yang membuatkan
mereka menjadi sebegitu bernafsu meninggalkan
villa-villa dan istana-istana mereka di
Eropah, Amerika dan di serata dunia untuk
mendiami padang pasir dan juga negara
yang kemudiannya mengundang 1001 masalah
kepada mereka selama-lamanya ?
Dalam kes ini saya suka untuk merujuk
kepada kitab perjanjian lama (old testament)
itu sendiri yang menjadi rujukan utama
para agamawan Yahudi dan kemudiannya kepada
tulisan-tulisan mereka yang dianggap autoriti
di dalam bidang sejarah Yahudi oleh mereka
sendiri dan juga dunia akademik yang tidak
bersempadan.
Menurut penulisan-penulisan mereka, sebab
utama yang membawa kaum Yahudi berhijrah
beramai-ramai ke bumi Palestin adalah
sebab agama. Bagi kaum Yahudi, tidak kira
samada mereka yang berpegang kuat dengan
ajaran agama Yahudi mahupun mereka yang
sekularis tetap beriman bahawa Palestin
merupakan sebuah tempat yang dijanjikan
oleh Tuhan (yang mereka sebut sebagai
Yahweh) kepada bangsa Yahudi. Teori ini
walau bagaimanapun masih terbuka kepada
kritikan dari kalangan ilmuan berbangsa
Yahudi sendiri, samada dari mereka yang
liberal mahupun dari kalangan penganut
fahaman ortodoks.
Bagi para pengkritik ide Zionisme pula,
mereka menyangkal bahawa faktor agama
merupakan faktor utama yang memotivasikan
kaum Yahudi dari seluruh pelusuk dunia
untuk berhijrah ke Palestin. Menurut mereka
faktor politik, sosio ekonomi, pengarug
faham Nasionalis di Eropah, faktor kolonialisme
dan juga faktor anti-Semitik yang mendominasi
masyarakat barat ketika itulah yang menjadi
tunjang kepada ide negara Israel untuk
orang Yahudi. Agama hanyalah alasan untuk
pihak penganut fahaman Zionisme mendapatkan
sokongan dari para Rabbi (ulama) yang
merupakan golongan yang paling berpengaruh
di kalangan majoriti kaum Yahudi dari
kelas sederhana dan kelas bawahan yang
beriman dengan tradisi “autoritarian”
yang menjadi budaya dalam masyarakat Yahudi
selama berabad-abad lamanya.
Pandangan pertama yang mengatakan bahawa
faktor agama merupakan faktor pendorong
dalam isu penghijrahan mempunyai asasnya
yang kukuh. Kebanyakan mereka yang berbangsa
Yahudi dan beriman bahawa Tuhan Yahweh
telah menjanjikan kepada Bangsa Yahudi
bumi Palestin melalui Nabi Ibrahim di
dalam kitab Perjanjian Lama yang berbunyi:
“Unto thy seed will I give this
land” (Dan kepada keturunanmu akan
kuberikan tanah ini), Genesis 12:7.
Dalam Genesis 13:15 pula, “tanah”
yang dijanjikan itu diperincikan sebagai:
“All the land which thou seest to
thee will I give it and to thy seed for
ever” (Seluruh tanah ini yang dapat
kamu lihat sehingga kepadaKu akan ku berikan
kepada keturunanmu selama-lamanya) ketika
Nabi Ibrahim berdiri di atas bukit berdekatan
dengan Bethel.
Lebih terperinci lagi, di dalam Genesis
15:18 ada menyebutkan: “Unto thy
seed have I given this land, from the
river of Egypt unto the great river Euphrates”.(Untuk
keturunanmu Aku telah berikan tanah ini,
dari sungai Mesir (Nil) sehinggalah ke
sungai besar Euphrates)
Hatta Theodore Herzl sendiripun, yang
merupakan seorang atheis, apabila meletakkan
sempadan untuk Erez Yizrael yang ingin
diasaskannya telah mengambil panduan dari
Genesis 15:18.
Persoalannya di sini, adakah bukti-bukti
dari "Torah" tersebut merupakan
dalil-dalil yang kukuh untuk mereka melegitimasikan
kepulangan mereka ke bumi Palestin?, persoalan
ini telah dijawab sendiri oleh pakar-pakar
"Torah" atau "Old Testament"
dari beberapa sudut.
Yang pertama, pentafsiran terhadap “thy
seed” yang berhak mewarisi bumi
Palestin, terutamanya kota “Baitul
Maqdis” yang mereka sebutkan sebagai
“Urshaleem”. Adakah “thy
seed” itu hanya merujuk kepada bangsa
Yahudi dan seirng kali ingin mendominasi
genetik “kenabian” dan “semitisme”
?
Dr. Alfred Guillaume, Profesor dan pakar
berkaitan “Old Testament Studies”
di University of London dalam hal ini
telag mengatakan:
“Generally supposed that these
promises were made to the Jews and no
to the Jews alone. But that is not what
the Bible says. The words “to thy
seed” inevitably include Arabs,
both Muslims and Christians, who claim
descent from Abraham through his son Ishmael”
Tegas beliau, di dalam Genesis, 21:10-12
terdapat tafsiran untuk perkataan “thy
seed”, tuhan Yahweh telah berkata
kepada Ibrahim:
“Let it not be grievous in thy
sight because of the lad and because of
thy bondwoman; in all that Sarah saith
unto thee hearken unto her voice: for
Isaac I shall seed be called unto thee.
And also the son of the Bondwoman (Ishmael)
will I make a nation, because he is thy
seed”.
Beliau menambah lagi, keturunan Isaac
(Ishaq) digelar sebagai “Israelites”
(Bani Israel), Jacob (Yaaqub) anak Ishaq
digelar “Israel”. Maka keturunan
Ishmaellah yang paling sesuai untuk dinisbahkan
kepada Inrahim, dan mereka jugalah yang
paling layak untuk digelar “thy
seed”.
Tambah beliau, apabila perjanjian (covenant)
yang tuhan Yahweh untuk memberikan kepada
Nabi Ibrahim pewarisan bumi Kan’an
(Palestin) kepada keturunannya, ianya
adalah untuk keturunan Ismail. Logiknya,
menurut beliau, pewarisan tersebut dilakukan
ketika upacara “berkhatan”
salah seorang daripada anak Ibrahim (rujuk:
Genesis, chapter 17:8). Jelas di dalam
ayat tersebut menunjukkan bahawa yang
dikhatankan adalah Ishmael, dan Ishaq
belum lagi dilahirkan pada waktu Ibrahim
mengkhatankan Ishaq.
Keduanya, menurut Arthur Koesler, seorang
pakar sejarah, kebanyakan bangsa Yahudi
yang mendokong idea Zionisme dan juga
ide kepulangan ke bumi yang dijanjikan
adalah Yahudi dari keturunan Ashkenazi.
Yahudi Ashkenazi bukanlah dari keturunan
Bani Israel (Yaaqub), tetapi dari bangsa
Rusia Khazar yang telah memeluk agama
Yahudi pada kurun ke-...... apabila raja
memeluk agama tersebut. Boleh dikatakan
70% daripada Yahudi yang ada di bumi Palestin
yang dijajah adalah mereka dari Yahudi
Ashkenazi. Oleh yang demikian, mereka
tidak layak untuk mendapat gelaran “thy
seed”, kerana tiada langsung hubungan
di antara mereka dengan Nabi Ibrahim.
Ketiga, jika pun memang bumi itu dijanjikan
kepada kaum Yahudi. Mereka telah pun menduduki
bumi tersebut (sebahagian dan bukan kesemuanya)
dan telah kehilangannya sebanyak dua kali.
Kali pertama sewaktu mereka diserang oleh
Nebuchadnezar pada tahun 586 S.M dan dibawa
berhijrah ke Babylon, dan yang keduanya
pada tahun 70 M apabila mereka diserang
oleh Titus dari Empayar Roman, yang telah
menyaksikan Yahudi terakhir meninggalkan
bumi Palestin pada tahun 132M. Maknanya
janji itu telah pun berlaku, dan ianya
tidak akan berulang. Maknanya Tuhan Yahweh
telah pun menunaikan janji tersebut dan
mereka gagal menjaganya. Janji tersebut
juga, hanya laku untuk kali pertama sahaja
dan bukan untuk kali kedua dan ketiga.
Bagi golongan yang menggunakan alasan
agama juga, mereka berdalilkan pendudukan
Bani Israel di bumi tersebut di zaman
Yoshua bin Nun, zaman Daud dan Sulaiman
yang pernah memerintah kawasan tersebut
dan juga keturunan mereka yang berkuasa
untuk beberapa abad seperti yang terdapat
di dalam juzuk “The Kings”
di dalam Old Testament. Hujah ini bukan
hanya diimani oleh kaum Yahudi , malah
diimani juga oleh segolongan Kristian
bermazhab Protestant yang dikenali juga
dengan nama Kristian Zionis (kini mereka
mempunyai institusi yang bernama “International
Christian Embassy in Jerusalem”
(ICEJ) yang berpusat di Baitul Maqdis
dan merupakan penyokong kuat ide penubuhan
negara Yahudi).
Hujah mereka, kaum Yahudi diriwayatkan
di dalam Old Testament telah mendiami
dan berkuasa di bumi Palestin. Maka mereka
juga berhak untuk kembali mendiami bumi
tersebut kerana “historical”
dan “sentimental” value yang
terdapat pada bumi itu kepada bangsa Yahudi.
Maka usaha-usaha untuk mengembalikan mereka
juga merupakan satu usaha yang bersifat
“ketuhanan” dan bertepatan
dengan kandungan “Old Testment”
dan ianya adalah usaha mengulangi kegemilangan
zaman para nabi.
Hujah seumpama ini telah ditolak oleh
golongan Yahudi Ortodoks yang berpegang
dengan ajaran sebenar Yahudi seperti golongan
Naturei Karta yang bermazhab Hesedim.
Menurut mereka, aqidah sebenar kaum Yahudi
mengatakan bahawa selepas mereka diusir
dari bumi Palestin di zaman Nebuchadnezar,
mereka tidak boleh lagi pulang ke bumi
tersebut sehinggalah datangnya Messiah
di akhir zaman yang akan membawa mereka
pulang dan memimpin mereka. Selagi Messiah
ini tidak muncul, kaum Yahudi HARAM pulang
ke bumi tersebut. Ini jugalah merupakan
inti ajaran Talmud (Meshna Tora) yang
merupakan kitab penafsiran kepada Old
Testament mereka.
Tidak hairanlah sewaktu gerakan Zionis
muncul pada tahun 1897 dengan ide Herzl
untuk mengembalikan orang Yahudi ke bumi
Palestin dan menubuhkan negara mereka
sendiri, kaum Yahudi Ortodoks menentangnya.
Rabbi-rabbi Yahudi di Eropah juga telah
mengeluarkan fatwa bahawa Herzl telah
murtad dan gerakan Zionis adalah sebuah
grakan yang sesat dan terkeluar dari agama
Yahudi. Jika tidak kerana fatwa Rabbi
Cook the elder pada tahun 1925 dan juga
peristiwa Holocaust serta sokongan Kaum
Zionis Kristian di Eropah, nescaya projek
Zionis tidak akan mendapat sokongan majoriti
kaum Yahudi. Oleh sebab itulah sehingga
kini terdapat segelintir kaum Yahudi Ortodoks
di Eropah, AS dan juga negara-negara Arab
dan di Afrika Selatan yang menentang penubuhan
negara Israel dan juga gerakan Zionisme.
Bagi Micheal Prior, Illan Papei dan juga
Elizabeth Barlow (lihat: Prior 2005, Speaking
the Truth), mereka semua mengutarakn kritikan
yang amat menarik. Bagi mereka kekeliruan
para penganut Kristian Protestant yang
menjadi penyokong dan penggerak Kristian
Zionis adalah berpunca dari kesilapan
mereka di dalam memahami teks Old Testament.
Mereka sepatutnya membaca apa sahaja yang
terkandung di dalam juzuk “The Kings”
itu sebagai bahan atau cerita sejarah
dan bukannya satu suruhan dan arahan kudus
untuk mereka mengembalikannya. Ianya adalah
cerita dan sejarah semata-mata untuk dijadikan
iktibar dan bukan untuk diulangi. Menurut
Barlow lagi, tiada pun dalil di dalam
Old Testament yang menyuruh samada penganut
agama Yahudi mahupun penganut agama Kristian
untuk mengulangi peristiwa tersebut dengan
membawa pulang kaum Yahudi ke bumi Palestin.
Itu semua merupakan takwilan yang jauh
dari kehendak nas-nas old testament!
Walau apa pun hujah mereka, jelas sandaran
mereka terhadap agama dan juga kitab-kitab
suci mereka adalah tidak berasas dan amat
goyah. Kebanyakan daripada hujah-hujah
tersebut hanyalah takwilan golongan Zionis
demi menjustifikasikan kewujudan mereka
di bumi Palestin. Golongan Zionis yang
menyedari bahawa projek penubuhan Erezt
Yizrael adalah bertentangan dengan aqidah
Kaum Yahudi pada asalnya terpaksa mencari
penafsiran semula kitab Torah (Old Testament)
demi menyokong usaha mereka yangsemata-mata
timbul dari ideologi Nasionalisme dan
Imperialisme yang begitu kemaruk di Eropah
sewaktu kemunculan mereka. Tidak hairanlah
mengapa Herzl di penghujung hayatnya telah
mengubah pendiriannya untuk menubuhkan
Erezt Yizrael ke bumi Ghana. Jika ianya
suruhan suci dan kudus, mengapa boleh
bertukar-tukar tempat pula, ternyata ianya
adalah isyarat oleh Herzl bahawa projek
Zionisme bukanlah projek yang ada kaitannya
dengan agama dan boleh hancur bila-bila
masa sahaja!