Eropah
di persimpangan
Haris Zalkapli
02:30pm 04 Julai 2005
Rakyat Eropah sekali lagi bersuara, melahirkan
sentimen yang bertentangan dengan pandangan
pihak establishment yang mahu perlembagaan
Kesatuan Eropah diterima semua negara
ahli. Penolakan perlembagaan EU oleh rakyat
Perancis dan Belanda baru-baru ini merupakan
kali kedua selepas pilihan raya Parlimen
Eropah Jun tahun lalu - yang menyaksikan
sokongan kuat kepada parti-parti anti-EU
- rakyat Eropah mengemukakan pandangan
yang memaksa idea Eropah - yang bagi sebahagian
besar elit politik dan ekonomi rantau
itu dianggap sempurna - difikirkan dan
dinilai semula, atau pun sekurang-kurangnya
dibina dengan mengambil kira lebih banyak
pandangan. Peratus yang menolak, sebanyak
55 peratus di Perancis dan 62 peratus
di Belanda memperlihatkan jumlah besar
rakyat Eropah yang tidak sehaluan dengan
pandangan dominan.
Penolakan perlembagaan EU oleh rakyat
Perancis dan Belanda itu memperlihatkan
masih banyak isu belum selesai dalam pembentukan
sebuah kesatuan yang kukuh. Isu melibatkan
rakyat biasa dan kepentingan ramai tidak
menduduki tempat tertinggi agenda establishment
EU selama ini. Seperti yang diakui pemimpin-pemimpin
Eropah, kini tiba masanya suara rakyat
diberi perhatian. Mungkin ada banyak pandangan
yang tidak banyak kena-mengena dengan
perlembagaan itu, seperti reaksi rakyat
Perancis terhadap presiden Jacques Chirac
dan perdana menteri Jean-Pierre Raffarin,
yang terpaksa meletak jawatan akibat penolakan
itu dan kebimbangan terhadap perluasan
EU.
Dilihat berdasarkan keadaan domestik,
beberapa negara Eropah masih dibelenggu
kegawatan ekonomi. Negara besar seperti
Jerman dan Perancis menyaksikan kadar
pengangguran yang tinggi, dan menjadi
salah satu punca reaksi rakyat menolak
perlembagaan itu. Sekiranya referendum
turut diadakan di Jerman, boleh dijangka
rakyat Jerman akan turut menolak perlembagaan
itu, berdasarkan perkembangan baru-baru
ini, parti pemerintah Jerman, Parti Sosial
Demokratik (SPD) tewas di kawasan kubu
kuatnya, North Rhine Westphalia. Sebelum
ini, kerajaan pimpinan Canselor Gerhard
Schroeder menerima sokongan kuat berikutan
dasar luarnya menentang perang Iraq diketuai
Amerika Syarikat. Tetapi, pengangguran
yang baru-baru ini meningkat kepada 12
peratus telah meningkatkan sokongan kepada
pembangkang konservatif.
Bagaimanapun, kebimbangan rakyat bahawa
kepentingan yang menjadi keutamaan ialah
kepentingan elit politik dan ekonomi Eropah
wajar diambil perhatian. Bukan semua reaksi
negatif terhadap perlembagaan itu berpunca
daripada rasa tidak puas hati terhadap
kerajaan. Pihak berhaluan kiri di Eropah
rata-rata berpandangan agenda establishment
Eropah kini didominasi kuasa pasaran dan
dogma pasaran bebas. Hal ini tidak dapat
dinafikan. Sentimen di negara-negara yang
baru menyertai EU di timur dan selatan
Eropah sebahagain besarnya mengaitkan
secara langsung keanggotaan EU dengan
manfaat ekonomi. Negara terbabit menunggu
pelaburan dari negara maju Eropah untuk
meningkatkan taraf ekonomi mereka.
Pengkritik globalisasi di seluruh dunia
melihat dengan bimbang pergerakan modal
ke negara-negara yang lebih lemah undang-undang
buruh dan alam sekitarnya, fenomena yang
disebut sebagai "race to the bottom."
Pelaburan syarikat-syarikat besar sentiasa
berpindah ke negara yang paling rendah
standard buruh dan alam sekitar untuk
mengurangkan kos produksi. Akibatnya,
peluang pekerjaan di negara yang lebih
maju akan merosot, dan negara dengan standard
buruh dan alam sekitar yang rendah akan
mengekalkan standard itu untuk menarik
pelaburan. Pihak pemodal menjadi satu-satunya
yang mendapat faedah dalam fenomena ini.
Ini juga dibimbangi akan berlaku di EU.
Malangnya, sering kali isu ini dilihat
sebagai kebimbangan tidak berasas penentang
globalisasi berhaluan kiri. Penolakan
perlembagaan EU oleh rakyat Perancis dan
Belanda mungkin boleh menegaskan kepentingan
isu tersebut, membuktikan ia bukan sekadar
isu dimonopoli petani Perancis.
Penolakan yang dimulakan oleh rakyat
Perancis itu sangat penting dalam proses
penyatuan EU. Ia telah menegaskan kepentingan
konsensus dalam hal ini, sesuatu yang
selama ini diabaikan oleh pembuat keputusan.
Laporan media mengenai penolakan rakyat
Belanda menunjukkan ramai menyifatkan
keputusan penting selama ini tidak mengambil
kira pandangan rakyat. Penolakan itu juga
sekaligus telah menamatkan riwayat perlembagaan
itu. Hampir mustahil untuk menghidupkan
semula perlembagaan itu, kerana untuk
perlembagaan itu dilaksanakan, kesemua
25 negara anggota mesti meratifikasikan
perlembagaan itu.
Bagaimanapun, perluasan keahlian EU tidak
berubah akibat penolakan itu, walaupun
kebimbangan terhadap perluasan keanggotaan
kesatuan itu dipercayai menjadi salah
satu sentimen yang mendorong undi menolak.
Perjanjian Nice telah pun berkuat kuasa.
Selepas kemasukan 10 anggota baru tahun
lalu, Romania dan Bulgaria pula dijadual
menyertai EU 2007 nanti.
Kuasa rakyat telah mula dilihat melalui
referendum baru-baru ini. Tetapi perkembangan
terbaru ini, terutama pandangan rakyat
Perancis, lebih dilihat sebagai krisis
atau halangan terhadap penyatuan EU, bukan
sebagai pandangan lain yang juga perlu
diambil kira. Di pihak berhaluan kanan,
kebimbangan utamanya ialah kehilangan
kedaulatan apabila kuasa negara diserahkan
kepada EU. Bagi pihak berhaluan kiri,
perluasan dasar ekonomi neoliberal menjadi
sebab utama penentangan mereka. Pandangan
kedua pihak ini jelas bertentangan dengan
pandangan elit politik dan ekonomi yang
beranggapan seluruh Eropah perlu menuju
ke destinasi yang sama. Agenda yang telah
ditetapkan itu hari ini berdepan satu
cabaran besar.
Isu ini juga sesuatu yang belum selesai
dalam projek Eropah. Pandangan elit sangat
dominan sehingga reaksi rakyat dilihat
sebagai krisis atau penghalang penyatuan
EU yang dikemukakan sebagai takdir Eropah.
Jumlah keluar mengundi yang tinggi dalam
referendum di Perancis, sebanyak 70 peratus,
menunjukkan rakyat biasa turut memiliki
kepentingan dalam Eropah yang diimpikan
itu.
Perkembangan terbaru ini juga menunjukkan
projek Eropah ini masih sangat jauh dari
sempurna, dan memperlihatkan juga demokrasi
masih belum kukuh di Eropah, apabila sekumpulan
elit politik dan ekonomi telah berjaya
mengemukakan aganda mereka sebagai agenda
bersama, tanpa menerima tentangan kuat
rakyat sehingga perkembangan terbaru ini.
Elit Eropah tidak dapat lagi bertindak
sendirian, kerana rakyat Eropah terbukti
mengambil perhatian terhadap hala tuju
Eropah. EU yang boleh diterima ramai rakyat
Eropah jauh sekali daripada "United
States of Europe" yang diimpikan
Winston Churchil dan Jean Monnet. Selagi
hala tuju ini tidak diputuskan, EU akan
terus berdepan "krisis" seperti
yang berlaku hari ini.
Di luar Eropah, idea ini terus dilihat
sebagai kejayaan besar demokrasi, kemakmuran
dan imbangan terhadap hegemoni kuasa besar
Amerika. Tetapi EU yang berpecah tidak
akan dapat melaksanakan peranannya sebagai
sebuah kuasa pengimbang. Setakat ini,
kuasa pengimbang EU lebih jelas dilihat
di mahkamah Pertubuhan Perdagangan Dunia
(WTO). Dalam isu Iraq, masih jelas negara-negara
individu Eropah masih dapat dikuasai Amerika,
yang membahagikan Eropah menurut kepentingan
politiknya kepada Eropah lama dan Eropah
baru. Pertembungan kumpulan yang menerima
dan menolak perlembagaan EU ini boleh
mengakibatkan Amerika mampu menggunakan
pengaruhnya terhadap negara-negara Eropah.
Bagaimanapun, penolakan perlembagaan
EU ini juga menunjukkan pandangan sejumlah
besar rakyat Eropah yang berpandangan
konservatif dan menolak perluasan keahlian
Eropah, terutama melibatkan negara majoriti
Muslim Turki. Di Turki, undi "tidak"
di Perancis dan Belanda memberi isyarat
jelas ini, apabila menteri luar Abdullah
Gul memperlihatkan keresahan dengan membuat
kenyataan undi rakyat Perancis tidak mempunyai
sebarang kaitan dengan Turki. Di seluruh
Eropah, sokongan terhadap keanggotaan
Turki lebih mudah diperolehi daripada
kerajaan pemerintah berbanding rakyat.
Jerman, yang kerajaannya menyokong keanggotaan
Turki, dijangka menyaksikan pilihan raya
yang akan mengubah kepimpinan negara kepada
parti konservatif yang menentang keangotaan
Turki. Sokongan kepada kumpulan konservatif
juga meningkat di seluruh Eropah.
Sekiranya Turki menjadi ahli - dan pembahagian
undi seperti yang dicadangkan dalam perlembagaan
baru dilaksanakan - ia akan memiliki sekitar
15 peratus undi Majlis EU, mengatasi undi
13 peratus Perancis dan kurang sedikit
daripada jumlah undi Jerman sebanyak 18
peratus. Pengaruh ini tentu sekali dibimbangi
Eropah. Keanggotaan Turki juga akan meningkatkan
jumlah populasi Muslim EU dari 3 peratus
kepada 20 peratus.
Sentimen rakyat Eropah membuktikan isu
imigran dan Islam masih kuat dipengaruhi
mentaliti "kelab Eropah" yang
menjadikan agama Kristian sebagai dasarnya.
Pihak Vatican sendiri beberapa kali menegaskan
kepentingan Eropah mengekalkan "tradisi
Kristian" kesatuan itu. Ini menunjukkan
bahawa demokrasi dan pluralisme masih
tidak dapat diterima sebahagian besar
rakyat Eropah, yang telah selesa dengan
idea Eropah adalah Kristian dan berkulit
putih. Selain dominasi elit politik dan
ekonomi, pandangan eksklusif ini adalah
satu lagi krisis dan penghalang pembinaan
Eropah yang diimpikan, iaitu sebuah entiti
yang mengagungkan demokrasi dan hak asasi
manusia.
Jadual 1: Negara-negara yang
telah menerima perlembagaan baru EU.
Austria
|
Greece
|
Hungary
|
Itali |
Jerman |
Lithuania |
Sepanyol |
Slovakia |
Slovenia |
Jadual 2: Perlembagaan EU yang
dipersetujui pada Oktober tahun lalu di
Rom, Itali ini dijadual mula berkuatkuasa
pada 2007. Tetapi ia perlu terlebih dahulu
diluluskan oleh semua 25 negara ahli,
melalui referendum atau pengundian di
parlimen, dan diluluskan oleh Parlimen
Eropah.
Negara-negara yang telah menolak: Perancis,
Belanda, kedua-dua melalui referendum
Negara yang telah meratifikasi: Melalui
referendum - Sepanyol, manakala melalui
parlimen -Lithuania, Hungary, Austria,
Jerman, Greece, Itali, Slovakia, Slovenia.
Negara yang belum membuat keputusan:
Melalui referendum - Luxembourg, Denmark,
Ireland, Poland, Portugal, Britain, manakala
melalui parlimen: Belgium, Cyprus, Estonia,
Finland, Latvia, Malta, Sweden.
Republik Czech belum memutuskan sama
ada untuk mengadakan referendum atau memutuskan
melalui undi parlimen.
Ukuran kuasa
Jadual 3: Peratus undi negara
ahli berdasarkan perlembagaan baru EU
Berdasarkan perlembagaan baru yang telah
ditolak itu, peratus undi negara ahli
berdasarkan jumlah populasi negara, bermakna
negara besar memiliki kelebihan dalam
badan penggubal undang-undang EU, Majlis
Menteri-Menteri. Kedua-dua negara besar
dan kecil beranggapan jumlah undi mereka
tidak bertepatan dengan jumlah penduduk
mereka, dan ada juga yang berpandangan
jumlah undi berdasarkan populasi ini tidak
adil.
Negara
|
Populasi |
Undi sekarang/peratus |
Undi
baru |
1. Jerman |
82.4
juta |
29
/ 9.04% |
18.04% |
2. Perancis
|
60.6
juta |
29
/ 9.04% |
13.27% |
3.
UK
|
60.4
juta |
29
/ 9.04% |
13.22% |
4.
Itali
|
58.1
juta |
29
/ 9.04% |
12.72% |
5.
Sepanyol
|
40.3
juta |
27
/ 8.42% |
8.82% |
6.
Poland
|
38.6
juta |
27
/ 8.42% |
8.45% |
7.
Belanda
|
16.4
juta |
13
/ 4.05% |
3.59% |
8.
Greece
|
10.7
juta |
12
/ 3.74% |
2.34% |
9.
Portugal
|
10.6
juta |
12
/ 3.74% |
2.32% |
10.
Belgium
|
10.4
juta |
12
/ 3.74% |
2.28% |
11.
Republik Czech
|
10.2
juta |
12
/ 3.74% |
2.23% |
12.
Hungary
|
10.0
juta |
12
/ 3.74% |
2.19% |
13.
Sweden
|
9.0
juta |
10
/ 3.12% |
1.97% |
14.
Austria
|
8.2
juta |
10
/ 3.12% |
1.80% |
15.
Slovakia
|
5.4
juta |
7
/ 2.18% |
1.18% |
16.
Denmark
|
5.4
juta |
7
/ 2.18% |
1.18% |
17.
Finland
|
5.2
juta |
7
/ 2.18% |
1.14% |
18.
Ireland
|
4.0
juta |
7
/ 2.18% |
0.88% |
19.
Lithuania
|
3.6
juta |
7
/ 2.18% |
0.79% |
20.
Latvia
|
2.3
juta |
4
/ 1.25% |
0.50% |
21.
Slovenia
|
2.0
juta |
4
/ 1.25% |
0.44% |
22.
Estonia
|
1.3
juta |
4
/ 1.25% |
0.28% |
23.
Cyprus
|
0.8
juta |
4
/ 1.25% |
0.18% |
24.
Luxembourg
|
0.5
juta |
4
/ 1.25% |
0.11% |
25.
Malta |
0.4
juta |
3
/ 0.94% |
0.09% |