Dasar
penerbitan Ummahonline.com
Aqil
Fithri, Editor Ummahonline.com
01:20am 06 Jun 2005
Salaam
buat para pembaca budiman;
Ummahonline.com
- sebuah majalah internet - menganjurkan
usaha penerokaan ilmu dan berfikir dari
pelbagai ragam sumber di mana pandangan-pandangan
yang berbeza amat dialu-alukan di sini.
Para pembaca juga adalah diharapkan dapat
menilai sesuatu bahan yang diterbitkan
di sini dengan tenang, kritis, rasional
dan ilmiah.
Selain
daripada itu, para pembaca sangat-sangat
digalakkan menulis artikel atau surat
kepada kami sekiranya tidak bersetuju
atau tidak berpuas hati dengan idea-idea
yang disuarakan oleh para penulis di sini.
Kami juga menggalakkan debat yang ilmiah,
rasional dan kritis berdasarkan teori-teori
agama dan sains sosial Barat.
Langkah
Ummahonline.com ini adalah bertujuan untuk
menyediakan para pembaca Melayu umumnya,
dan generasi muda Islam khasnya, ke arah
dunia globalisasi yang rencam pemikiran,
nilai hidup dan falsafahnya. Pandangan
para penulis yang dikemukakan dalam Ummahonline.com
ini tidaklah mewakili pendirian atau dukungan
kami.
Di
samping itu, perlu ditegaskan juga bahawa
lamanweb Ummahonline.com ini diusahakan
secara sukarela dan bukannya sepenuh masa
oleh editor. Justeru, sokongan dan dukungan
para pembaca sangat-sangat kami hargai.
Untuk tujuan perhubungan, Ummahonline.com
boleh dihubungi melalui emel: ummahonline@yahoo.com