Mustafa
Ali: DEB untuk kebaikan semua! (Siri 2)
UmmahOnline Team
09:30am
05 Ogos 2005
Ya,
wawancara bersama Mustafa Ali (Siri 2)
kembali setelah lama tertangguh penyiarannya.
Beliau - yang kini merupakan Pesuruhjaya
PAS Terengganu - kali ini membicarakan
soal yang sangat akrab dan hangat dengan
kita muktakhir ini. Soal DEB kembali diperbahaskan
umum.
Jelas, kalau kita lihat dalam perhimpunan
Agung Umno baru-baru ini, inilah soal
yang disuarakan oleh Pemuda Umno melalui
Khairy Jamaluddin. Lebih panas lagi, gesaan
menghidupkan semula semangat DEB telah
di bantah keras oleh komponen-komponen
BN terutamanya oleh MCA.
Sebab
itu UmmahOnline Team kira tema wawancara
ini hadir tepat pada masanya, sekurang-kurangnya
khalayak boleh mengamati apa pendirian
pimpinan PAS dalam soal DEB dan ekuiti
melayu ini, meskipun wawancara ketika
wawancara ini Datuk mustafa Ali tidak
lagi bertaraf sebagai Naib Presiden PAS.
Di samping itu,
kami juga ingin memperingatkan, oleh kerana
wawancara ini diadakan sebelum isu DEB
ini hangat, maka ini intisari ini tentunya
akan memberi ruang kepada kita untuk melihat
keaslian pandangan Datuk Mustafa Ali;
maksudnya, tanpa dipengaruhi oleh cakap-cakap
politik. Justeru, anda boleh menilai sendiri
kekuatan idea-idea beliau.
Menjelang
2020, keutuhan bangsa Malaysia masih lagi
diragui. Apa komen cikgu tentang hal ini?
Evolusi
masyarakat dan negara ini lambat laun
akan tetap berlaku sekiranya ditangani
secara betul dan baik. Jika kita bercakap
dari segi nation building (pembinaan
bangsa), kita tidak boleh lari dari prinsip-prinsip
keadilan. Dari prinsip keadilan itulah
kita mungkin akan mendapat kesejahteraan.
Manakala yang mengukuhkan antara kita
lagi ialah security seperti keamanan,
sebab ini penting bagi sebuah negara.
Keamanan memang sangat penting bagi sebuah
negara.
Peranan
sistem demokrasi dalam membantu dalam
usaha ini?
Negara
demokrasi, pada sayalah, boleh memberi
keamanan yang lebih berbanding dengan
sistem-sistem yang lain. Ini kerana, sistem
selain demokrasi samada feudal dll tidak
dapat menjamin - dalam jangka waktu panjang
- bahawa kita akan dapat mengembalikan
keadilan pada masyarakat. Jadi, kalau
keadilan dapat diberikan pada semua kaum,
maka saya rasa kita dapat membina sebuah
negara-bangsa yang sempurna.
Tetapi,
apa masalahnya kini di negara kita?
Masalah
yang ada dalam negara kita ialah prinsip
keadilan itu sendiri yang tidak mencakupi
ruang dan spektrum yang luas. Saya maksudkan
keadilan bukan dari sudut ekonomi semata-mata,
sebaliknya ini termasuklah keadilan dari
sudut kehakiman dan hak kebebasan individu
untuk menyatakan pandangan sebagaimana
apa yang diungkapkan dalam universal
declaration of human right. Kalau
ini dapat dipatuhi, kita akan mencapai
satu bangsa yang harmonis antara satu
sama lain - sesuai dengan suasana masyarakat
majmuk dan unik di negara kita ini.
Ertinya,
status Malaysia sebagai sebuah negara-bangsa
sudah baik?
Ya,
Malaysia sebuah negara-bangsa dalam kemajmukan
masyarakat. Cuma, keutuhan bangsa itu
belum mampat, belum kompak dari sudut
itu. Kadang-kadang timbul masalah, misalnya
seperti yang terjadi di Kampung Medan,
Petaling Jaya. Konflik sebegini mudah
sekali nak terjadi. Ini kesannya dari
persepsi yang berdasarkan stereotype
dalam masyarakat. Dan, stereotype
ini bila kita melihat sama saja di mana-mana
pun.
Tetapi,
tentunya ada ‘dinding tebal’
dalam usaha untuk merapatkan jurang hubungan
antara kaum? Apatah lagi Malaysia sebuah
negara multi-etnik?
Antara
kaum itu satu perkaralah, tetapi prinsip
keadilan itu lebih penting lagi. Keadilan
hari ini lebih berdasarkan kepada kelompok-kelompok.
Umno mungkin membela MCA, tetapi dia tidak
membela orang yang lawan MCA. Hatta, barangkali
peluang orang PAS ini lebih sulit berbanding
MCA kalau nak cakap dari segi bangsa.
MCA lebih banyak mendapat peluang walaupun
dia bukan orang melayu macam Umno. Mereka
boleh memperolehi sesuatu kerana sama
kelompoknya. Sedangkan PAS yang juga orang
Melayu tidak dapat keistimewaan seupama
kelompok-kelompok lain yang bersama dengan
Umno. Polarization itu berlaku
kepada kelompok politik yang seperti itu.
Sepatutnya keadilan itu jangan dibatasi
oleh kaum dan kelompok politik. Misalnya
kelompok politik BN di Terengganu yang
sangat ketara sekali polarizationnya.
Malah,
barangkali jangan dibatasi juga oleh sempadan
agama sekalipun?
Agama
mesti berbezalah, kerana kelainan itu
tetap wujud. Tetapi tidak boleh ditindas
sesuatu kelompok atas dasar berlainan
agama. Tidak boleh! Dan kita, kalau orang
miskin yang terdiri dari bukan Islam pun,
kewajipan kerajaan untuk membantunya.
Orang lain yang sudah kaya raya buat apa
bantu lagi? Dari sudut nilai hidup, kita
kena bantu orang susah walaupun dia Melayu,
Cina, India dll. Prinsip keadilan mesti
menjadi tonggak kepada pembentukan negara
dan tidak harus agama menjadi sempadan.
Dalam
soal DEB, bukankah ia satu dasar yang
tidak adil di mana keistimewaan hanya
diberikan untuk orang melayu sahaja? Mana
pergi cita-cita perkongsian negara atau
agenda nasional?
[Hmmm]
Kita kena lihat sejarah itu sendiri. Seperti
sejarah yang sekarang ini yang membahaskan
antara pelajar luar bandar dengan bandar.
Ok, kita ambil yang ini dulu sebelum kita
pergi soal DEB. Pelajar yang tinggal di
luar Bandar ini bukannya bodoh, mereka
juga cerdik. Di sini yang berbezanya,
pelajar bandar mendapat banyak akses seperti
tuisyen dll serta ibubapanya juga lebih
educated. Berbanding dengan pelajar
luar bandar yang serba kekurangan. Ini
satu perbezaan yang menyebabkan mereka
(pelajar luar Bandar) tidak boleh maju
ke hadapan oleh kerana wujud keadaan seperti
itu. Apakah pelajar luar bandar tidak
boleh di bantu supaya mereka dapat memanfaatkan
dan diserlahkan kecerdikan dan kepintarannya?
Saya rasa kita perlu di bantu, sebab mereka
ada potensi untuk dibantu.
Kaitan
ini dalam soal taraf bangsa melayu?
Demikian
juga bangsa melayu. Jika dibandingkan
dengan bangsa lain, kita terlalu ketinggalan
ke belakang. Maka, mesti adalah tindakan-tindakan
yang sekarang ini di istilahkan sebagai
affirmative action. Saya rasa itu tak
jadi masalah agar persaingan itu akan
jadi lebih adil. Kalau melayu tidak di
bantu langsung, seperti tidak memberikan
biasiswa kepada pelajar melayu untuk melanjutkan
pelajaran, saya rasa melayu masih lagi
tertinggal di belakang sekarang ini. Dan,
ini bukannya jadi salah satu dari ketidakharmoninya
hubungan antara kaum dan masyarakat. Maka,
dasar DEB itu adalah untuk kebaikan semua.
Jadi,
cikgu setuju dengan DEB?
Dari
segi prinsipnya saya setuju, tetapi dari
segi pelaksanaannya masih ada kekurangan-kekurangan
yang mesti diperbaiki. Banyak benda yang
tidak betul dari segi pelaksanaanya. Sebab,
kalau polisi betul sekalipun sebaliknya
pelaksanaan salah, maka ia tidak akan
sampai pada matlamatnya. Jadi, ini perlu
di ambil kira. Walaupun polisi DEB sebahagian
besarnya saya boleh terima, tetapi pelaksanaannya
jauh daripada apa yang kita harapkan.
Di kalangan Umno sendiri, bila bercakap
tentang ekuiti melayu dia pun pening kepala
sekarang ini, apalagi hal-hal yang lain.
Tetapi kalau saya nak bercakap kejayaan
utama dalam DEB ialah proses pendidikan.
Ini yang membantu sedikit sebanyak orang
melayu. Kalau penddikan ini tidak diberikan
keutamaan, saya rasa lagi teruk orang
melayu.
Baiklah,
menyentuh soal ekonomi. Kita maklum sistem
ekonomi kapitalisme seperti yang di amalkan
oleh negara kita mempunyai beberapa kelemahan.
Dari kacamata cikgu, sejauh mana sistem
ekonomi Islam dapat menawarkan penyelesaian
yang menyeluruh?
Orang
yang mengkaji sistem ekonomi ini seperti
kapitalisme, sosialisme dan Islam, mereka
melihat sebahagian ciri-ciri kapitalis
dan sosialisme ada terangkum di dalam
Islam, tetapi dia tak sama. Misalnya,
Islam membenarkan perrsaingan berlaku.
Ini semacam kita bersetuju dengan laissez
faire. Rakyat pula di beri kebebasan
untuk berkerja apa-apa lapangan pun. Namun
di sini ada obligasinya kepada negara
sewaktu mereka sudah meraih kekayaan.
Dan,
jika di lihat dari sistem sosialisme pula,
mereka memaksa orang menjadi hamba kepada
negara. Maksudnya, jika kamu berkerja
sebanyak ini, kamu dapat sebanyak ini
juga. Inikan bercanggah dengan fitrah
manusia. Sebab fitrah manusia ini mahu
kemajuan diri dapat diperolehi tetapi
dengan keterbatasan-keterbatasan yang
dibuat dan difikir supaya ada obligasinya
kepada masyarakat. Sementara kapitalisme
- dalam konteks fully capitalize
– ia tidak ada ruang sama sekali
untuk belas kasihan pada masyarakat. Mereka
tidak melihat dari sudut penindasan yang
wujud ini. Tidak ada belas kasihan!
Islam
pula?
Islam
membenarkan kebebasan untuk kamu nak berniaga
apa-apa pun, tetapi pastinya tidak ada
ruang untuk mereka yang pemalas untuk
tidak mahu berkerja. Sepatutnya begitulah.
Peliknya, dalam dunia kapitalis macam
di Britain, orang yang malas pun di beri
employment benefit. Itu tak betul!
Kalau dia memang tidak boleh berkerja
bukan atas sebabnya, itu lain ceritalah.
Ini, malas semata-mata malas. Itu akan
memuakan mereka. Garis utamanya mestilah
berdasarkan keupayaan masing-masing, tetapi
dibatasi dengan obligations kepada masyarakat.
Dan,
dalam Islam ini ia ditunjangi oleh akidah
itu sendiri yang menyebabkan manusia apabila
melihat sesorang itu kaya-raya, dia tidak
akan timbul perasaan iri hati, sebab kekayaan
tersebut diperolehi hasil usaha kerasnya.
Dalam hal ini, sosialisme melarang orang
menjadi kaya kerana di sifatkan telah
menindas orang lain. Dalam Islam kaya
tidak semestinya menindas, jika ada pun
ia adalah kes yang terpisah dengan sistem.
Justeru, sebab itulah hubungan antara
orang kaya dengan miskin bukan di dasari
atas hubungan permusuhan seperti yang
tercermin dalam sistem kapitalis.
Ya,
menarik di sini. Dalam sistem ekonomi
kapitalis cikgu nyatakan ia didasari atas
penindasan. Manakala dalam sistem sosialisme
pula, hubungan atas apa?
Manakala
dalam sistem sosialisme, hubungan antara
miskin dan kaya ialah hubungan pemusuhan.
Kapitalis antara jurang kaya dengan miskin
berunsur penindasan. Oleh sebab itulah
kita selalu menyebut bahawa bukan sahaja
ekonomi yang harus kembali kepada asas-asas
Islam, malah seluruh cara hidup insan
itu balik kepada Islam. Bila kita sebut
balik pada Islam, bukan semestinya kita
memaksa orang menerima agama Islam itu.
Islam itukan tiada paksaan. Sebaliknya
persamaan-persamaan yang telah wujud di
kalangan agama-agama ini. Dalam soal akhlak
misalnya. Tentunya, tidak ada agama yang
mendakwa mencuri itu perbuatan yang baik.
Tidak ada! Jadi, ini persamaan-persamaan
yang boleh kita perluaskan. Maka, bagi
saya, sifat yang universal ini sememangnya
boleh menjadi asas kepada pembangunan
negara, bukan sahaja ekonomi, malah taraf
sosio masyarakat kita.
Ini
seperti cikgu ingin menyatakan bahawa
sistem ekonomi Islam cerminan daripada
kombinasi kapitalisme dengan sosialisme?
Bukan begitu?
Ya,
kalau ambil mudah begitulah. Maksudnya,
mengadunkan nilai-nilai yang baik dan
tidak menindas serta di tambah dengan
ketaqwaan kitalah. Ingat, kalau kita buat
apa pun, tentu ada obligationnya.
Bagaimana
cikgu menilai tahap mentaliti rakyat kita
dewasa ini? Membimbangkan?
Ya,
pada saya mentaliti rakyat kita ketinggalan,
tetapi saya tidak melihat mentaliti itu
lebih teruk dari sesetengah negara lain.
Saya rasa kalau tengok rate of literacy
di kalangan negara-negara Islam, saya
rasa Malaysia agak tinggi. Malah, jika
di Afrika, kaum wanita misalnya tidak
boleh hendak bersekolah pun. Namun, dari
segi mind set melayu ini memang
saya sendiri pun kecewa dan tidak puas
hati. Mind set melayu ini nak
cepat kaya, nak ambil mudah dll. Cara
fikir ini bukannya terhad di kalangan
orang-orang yang bertahap rendah sahaja,
malah mereka yang berpangkat tinggi pun
mahu cepat kaya, mahu selesa dan mahu
hidup mewah.
Puncanya?
[Terdiam]
Mungkin di sini ada beza antara mereka
yang tinggal dalam negara sendiri dan
tak pernah merantau berbanding dengan
manusia yang mendatang dari sebuah negara
lain. Melayu di sini ialah orang tempatan,
sebaliknya bangsa-bangsa lain merupakan
pendatang. Bila pendatang ini, mind
–set mereka sentiasa berdikari,
sentiasa pandang ke hadapan dan ingin
maju. Ini berbeza dengan cara fikir orang
melayu sebagai penduduk tempatan. Bangsa
melayu rasa selesa dan tidak tergugat
apa-apa pun.
Lagi
satu faktor yang mungkin boleh di ambil
kira ialah keadaan iklim kita. Saya rasa
iklim tropika ini juga merupakan punca
yang menyebabkan mind set orang
melayu ini terbentuk. Cuba kita bandingkan
dengan negara-negara yang four sessions,
saya rasa ada perbezaan pemikiran antara
mereka yang mendiami di antara kedua-dua
iklim ini.