Ketua,
U M N O 
Cawangan Ayer Keroh,
Melaka.

Pengerusi,
J K K K
Ayer Keroh, Melaka.

TUAN HJ. MOHD. JONID BIN HJ. MOHD. SAID   DSM  BKT  JP


Tuan Hj Mohd Jonid, berumur  67 tahun, beristerikan Puan Hjh Rashidah Binti Abdullah, PJK dan dikurniakan Allah dua orang anak, seorang lelaki dan seorang perempuan.

Seorang pesara kerajaan yang berkelulusan Diploma Pendidikan & Pentadbiran USM, beliau telah berkhidmat sebagai guru selama 37 tahun yangmana selama 20 tahun bertugas sebagai Pengetua Sekolah Menengah.

Selepas bersara beliau menceburkan diri secara aktif dalam bidang perniagaan dengan menjadi Kontraktor Elektrik di bawah syarikat EPTEN (M) Sdn. Bhd.

Beliau telah bergerak aktif dalam bidang politik dengan menjadi ahli UMNO selama >40 tahun dan hingga kini masih memegang pelbagai jawatan penting dalam pertubuhan tersebut di peringkat cawangan dan juga bahagian.

Di samping bidang politik, beliau juga aktif dalam pelbagai badan sukarela dan hingga kini masih memegang beberapa jawatan penting dalam badan-badan tersebut.

Antara jawatan-jawatan penting yang dipegang oleh Tuan Hj Mohd Jonid pada masa ini ialah:
 

Badan Sukarela Jawatan Tempoh
JKKK Ayer Keroh Pengerusi 1985 - sekarang
Jawatankuasa Masjid Ubudiah Setiausaha 1985 - sekarang
Pergerakan Belia 4 B Ayer Keroh Penasihat 1985 - sekarang
Persatuan Penduduk Taman Ayer Keroh Penasihat 1980 - sekarang
Badan Khairat Kematian Kariah Ayer Keroh Penasihat 1989 - sekarang
Persatuan Kontraktor Elektrik Negeri Melaka AJK 1995 - sekarang
Per. Kemajuan Tanah Adat Melaka (PERTAM) Pengarah 1999 - sekarang
Sek. Rendah Agama Ayer Keroh Pengerusi 1999 - sekarang

 

 

 
Badan Politik Jawatan Tempoh
Bendahari UMNO Bahagian Batu Berendam Bendahari 1994 - 2001
UMNO Cawangan Ayer Keroh Ketua 1986 - sekarang
Koperasi Bahagian Batu Berendam Pengerusi 1994 - sekarang
Biro Ekonomi Bahagian Batu Berendam AJK 1993 - sekarang
Biro Perindustrian Bahagian Batu Berendam AJK 1984 - sekarang
JAPERUN DUN Ayer Keroh Pengerusi 1994 - sekarang

Alamat Rumah

No. 394, Jalan Setia
Ayer Keroh Heights
75450 Melaka
TEL:  06 2326981 / 019 6658637

 

Ke Atas

UTAMA

JAWATANKUASA CAWANGAN