Puisi dari Awa..

bagaikan......
bagaikan..~22 feb 2006

mahu saja ku lontarkan semua pacaindera ini
jangan lagi mampu melihat kecurangan mu di mata
lantas mahu ku bisukan terus suara dari memaafkan
dan telinga ini juga mahu ku tekupkan buat selamanya
agar tidak betah ia mendengar bisikan asmaramu
akan ku kunci lidah dari merasa pahitnya janji manis
yang pernah terlafaz dari bibir insan seangkuhmu
serta ku haramkan terus jemariku merasa sentuhan
genggaman erat yang mengoncangkan keimanan

bagaikan........
ku merelakan semua kasih sayang terbang dibawa angin
pergilah tidak mahu ku berselindung bersama debu itu
ianya terlalu kotor ku sentuhinya seperti selalu
hinggaplah di mana yang kau rasakan perlu
serik sudah ku menari di atas lantai silam
semuanya seakan kelam suram dan berbalam-balam
cukuplah hanya semalam meneman cinta
tidak betahku menjadi hambanya
biarpun seketika biarpun sementara

bagaikan.........
tiada lagi nyanyian cinta semusim
berlalu dan terus berlalu meninggalkanku
ternyata ku amat senang begini
sendiri tanpa ada yang menemani
ku puas hati !!

Seorang aku ~17 feb 2006

Dalam Remang Malam
Yg Mula Berinsut Pulang
Ku Pelusuri Lorong-Lorong Kasih
Hitam Pekat Tiada Cahaya
Yang Ada Cuma Kesamaran
Sebuah Janji Yang Usang
Bersawang Dalam Lipatan
Ingatan Seorang Aku

Ku Petik Lampu Rindu
Berkali Sehingga Terbakar Ragu
Menyala Bagai Tiada Maya
Terang Tapi Perlu Bersuluh
Masih Lagi di Garisan Seni
Berlegar Mencari Kunci
Yang Dah Berkarat TangkaiNya
Ingin Di Rodok Mangga Hati
Telah Kambus Ruang Mimpi

Lantas Ku Asah Impian
Menajam Kembali Hasrat Terpendam
Yang Hadir Cuma Hakiki
Kemana Pergi Hamparan Cinta
Dah Butakah Ia??
Atau Ku Tersalah Berlari
Atas Laluan Sebuah Padang Pelangi
Berbecak Entah Hujan Lagi

Berdiri Kaku Termagu
Mengenggam Kunci Hati
Mencari Mangga Cinta Yang Hilang
Di Mana Tersembunyi
Kemana Di Bawa PerGi
Bertanya Sendiri
Inikah Rentetan Kasih
Yang Cuba Kau Sisih??



Seorang Aku Yang Menanti Tanpa Jemu

Terciptanya Pertemuan, ~kemang indah!~16 feb 2006

bagaikan berlari mengalun irama kasih
bernyanyi sang hati berbisik manisnya
sebuah pertemuan di hamparan ingatan
telah lama ku patrikan janji untuk bertemu
sudah ku himpunkan nukilan indah tuk dikongsi
ternyata kala pertemuan semuanya berhamburan
seakan terlihat wajah-wajah tersayang tersenyum
ku kucup ku dakap ikatan yang tersimpul erat
tidak mahu ku leraikan ikatan itu selamanya
biarkan ianya terbiar di situ..
walau telah reput ikatan tali itu
meskipun telah berkarat rasa kasih
tidak akan ku cari galang gantinya
biar siapa tahu esok lusa akan ketemu
yang lebih cantik dan indah
ternyata tidak seperti kamu
semua sahabat kesayanganku !!


Rindu oh rindu~ 15 feb 2006

rindu oh rindu !!
sampai bila nak mengusik aku
dalam pantun membuatku geram
dalam puisi membuatku tidak tenteram

rindu oh rindu !!
dah beribu kali ku kata rindu
tapi kau berdalih buat tak tahu
katamu tak mahu aku di madu
namun sering kau usik rinduku
nakal sungguh kamu

rindu oh rindu !!

dalam tidur dalam jagaku
kau datang mencuit bahu
tapi kau sorok balik tikus mu itu
nak saja ku cubit paha
nanti kau kata aku yang mengada
akhirnya aku yang terpinga
memujuk rindu yang manja
hai entahlaaa........

rindu oh rindu
!!

Dalam diam rindu..~14 feb 2006

semalam
masih hangat dalam pelukan kenangan

menerawang ingatan akan sebuah kerinduan
ternyata ada rindu yang menyenak perut perasaan
melambai ikatan kasih yang seakan menggebu
walau sekadar berlagu di angin yang berlalu
aku tertunduk mengakui terkesima
dalam alam cinta yang berkalamayar
menyatun lemahnya bicara seorang pemuisi
atau sopannya kaitan kata sang pemantun

hari ini
ku berlegar di teratak ini
mencari sang pemilik rindu di hati
ingin ku serahkan apa yang aku rasai
namun hadirnya hanya di alam fantasi
mendokongku dalam realiti yang bermimpi
memapahku hanya dibalik resah yang berseni
melarangku menagih kasih yang berselindung dibalik hati

esok
ku masih ingin memiliki hatinya
berbekalkan nafas yang semakin sesak
mahu ku mengunjungi kamar hati
kerna ku tahu disitu rinduku menyorok
di balik nama sebuah mimpi
untuk bersama meredahi
ternyata ku amat pasti akan diriku
dalam diam rindu
pada kamu

Mimpi Yg Tak Sudah, ~ingin kuakhiri~3 feb 2006

tautan jemari
yg semakin mengerat
bukan pembakar amarah
yang terpendam dalam
bergandingan bagaikan
bersatu ..
bukan penyudah rindu
yang menggebu
kau memperlihat..aku melihat
ada getar resah yg berkocakan
punya gerak tari yg semakin membisu
di balik remang gusar mencari arah
ku terkedu .. kau jua begitu
bukan diracik setia sekeping hati
berlantai sepi yg mereput ingatan
menenggelamkan erti sayang
yang sekadar gurauan
mengebumikan jasad kasih
yang sudah memati
yang tinggal cuma
sebuah mimpi yg tak sudah
punya awalan..tengahan
namun tiada akhiran
tergantung???

Berkelana  23 jan 2006

 berkelana lagi sekeping hati
belajar menyintai lantas melupai
sudah lelah tuk mengulangi
namun apalah kuasa diri
redha jua menangis sendiri

berkelana lagi sekujur sendu
menghamba rindu melemaskan kalbu
entah bilakan duka ini kan berlalu
mengharap kasih dia yang satu
yang berpaling jauh dariku

berkelana lagi rantaian jiwa
merenung jauh sayang yang seketika
pandai sungguh arjuna bermain kata
meluntur kekebalan kiasan si dara
tertunduk mengakui erti coretannya
amat berbisa meracun raga

berkelana lagi sebuah kenangan
tanpa mengenal makna sebuah perpisahan
perlukan wujudnya keseragaman ikatan
andainya antara kita sekadar teman
punya cinta tanpa perasaan

usahlah berlindung pada wajah kesiangan
pabila malam kau berubah perwatakan
relaku pergi walau hati ku sudah kau coretkan
kerna sebelum belang mu kau tunjukkan ....

 

 Kau segala nya… 20 jan 2006

 buat mu sayang

tika dulu
waktu ayang terluka
abang tolong balutkan
kata abang sayang ayang
tapi nape abg pergi juga
ayang sepi bang
ayang sendiri..

tika kini
ayang cari abang di rumah
tapi tak de ..
ayang pergi umah emak
tapi tak de juga ..
ayang balik kampung
jawapan tetap sama ..

dulu
kita sesama naiki pelamin berdua
kita senyum sama sama
kita kongsi segalanya
suka mahu pun derita

kini
ayang tinggal sorang
abg dah tiada lagi
ayang sedih nape dulu bole bersama
sekarang dah tiada
nape abg mati tak bawak
ayang sekali
abang...............................

 

Traffic Light, ~hijau kuning merah~19 jan 2006

ketahuilah !!
ku bukan cinta traffic light mu
yang kau pergi
setelah warna hijau menjelma
tanpa menoleh lagi
kau tekan minyak
lantas melaju ..



sesungguhnya !!
ku bukan cinta traffic light mu
pabila merah menyala
kau tabur seribu janji
rela terima walau lama menanti
setia sungguh ..


percayalah !!
ku bukan cinta traffic light mu
yang kuning warnanya
memberi ruang untuk kau mengkianati
atau mencari yang lebih sensasi
selepas aku ..


ternyata !!
memang akulah
traffic light itu
tidak bisa kemana
tidak betah memilih jua
yang ada padaku
cuma warna warna cinta
yang sering bertukar warna
sentiasa ..


sekejapan !!
hijau kuning merah
aku dah biasa
cinta pergi cinta datang
dan singgah sementara
aku dah lali
ku sendiri tak pasti
siapa yang sudi
menemani ..

 

 Impian Mimpi, ~cuma fantasi~ 17 jan 2006

 berkelana lagi
tanggal ini
memintal helaian rindu
yang bersantun
berkalam kata bertukar
berbunga senja
meraih untaian manik kasih
yang menjerat
berdondang nadi cinta
yang bernoda

berkisah akan makna rindu
yang panjang
bisa melantun pepasir pantai
di lambung ombak
jerkah hati menahan gegaran
dentuman kemaafan
mana mampu memanjat gunung
yang tak berpengunjung

bersampan berkolek
di bawa arus masa
menuju tautan cinta
yang sepelaung cuma
destinasi pertemuan
sejengkal penantian
masihkah ada tarikan silam
memulakan perjalanan
sebuah ikatan.....................................



memory  16 jan 2006

 akhirnya
ku lepaskan juga
kau pergi
pergi membawa
cinta di hati
tak ingin
ku memaksa
cinta yang lahir
biarkan semulajadi
namun jangan
kau tuduh
aku membunuh
cinta mu itu
apa yang terjadi
ketentuan ilahi
ternyata
kau bukan milikku
tetapi izinkan
selamanya
ku menyintai
ku menyayangi
sekujur tubuh mu
sekeping hati mu
untuk pelepas rindu
yang mekar selalu
andainya sayang
sudah ke temu
pengganti cinta ini
jangan sesekali kau
lupakan cinta ku
sesungguhnya !!
walau cinta ini
belum ku lafazkan
ku yakin sekali
kau dah merasai
apa yang ku mimpi
tetap mimpi
tidak mungkin
menjadi realiti !!

kiranya dapat ku ulangi semalam pastinya ku ingin memiliki cintamu teratak_sm18.gif

 

melupakan mu..mustahil 16 jan 2006

semakin ingin
ku berlari jauh
dari rangkulan mu
semakin kemas
kau mendakap ku
kemana lagi harus
ku alihkan
pandangan ini
kiranya sinar mata mu
tidak henti merenung ku
apa bisa ku menyatakan
mahu meninggalkan
andai bibir mu
tidak henti
menyentuh bibir ku
ternyata ku kini
sudah terpenjara
di dalam asmara
yang kau ciptakan
semalam ........ teratak_sm18.gif

 

Dikau Pergi Jua .., ~secebis kenangan~14 jan 2006

 

di luar hujan rintik
jelas sungguh pandangannya dari kamar ini
membangkitkan ritma degupan jantung yang semakin melemah
jari jemari ku yang sedari tadi jadi usapan mu kini tiada rasa
semakin lemah usapannya semakin lesu belaiannya
ku kuatkan gengamannya biar bertaut kembali kasih yang menyuram
turun naik nafas di dada mu terhela mencemaskan dada ku pula
kelopak mata yang dulu bersinar terang kini kian kabur
yang ada cuma manik2 jernih melukut di gigian
ku raih sapu tangan yang kau hadiahkan lewat dulu menyeka air itu
bukan hanya air mata mu yang ku sapu tapi airmata ku jua
lemah bisikan mu ' jangan menangis sayang' ..
ternyata sudah tidak kuat ku menahan gurauan tuhan ini
di manalah akhirnya episod duka ini mahu ku tamatkan klimaksnya
sungguh aku tidak betah di perlakukan sebegini kejam
'Allah hu akbar' serentak itu aku termagu keliru
gengaman tanganku terlepas
mata yang sayu tadi tertutup rapat
ku raih tangan mu namun terkulai kaku
ternyata tergamak sungguh kau meninggalkan aku
kini semuanya kau bawa pergi bersama mu sayang
tiada lagi gurauan kamu yang mengusik ku
tiada lagi gengaman tangan mu membelai jemari ku
tiada lagi renungan matamu menatapi wajah ku
tiada lagi bisikan rindu yang ku nantikan selalu
tiada lagi tiada lagi dan tiada lagi
tiada satu pun yang kau tinggalkan untuk ku
yang ada cuma kenangan yang membeku ...............

al-fatihah buat arwah yang ku sayangi selalu .. amin !!

 

 Bayangan Gurauan 13 jan 2006

 kau teratak_sm18.gif
sering hadir dalam jaga ku
mengelus rambut lantas berlalu

kau teratak_sm18.gif
selalu singgah dalam mimpi
mengucup bibir basah ku lalu pergi

kau teratak_sm18.gif
muncul sesekali antara bayang semalam
hilang bila asmara mencengkam

kau teratak_sm18.gif
berdiri di balik lipatan kenangan
kala hati ku di lambung angan-angan

kau teratak_sm18.gif
keluarlah dari persembunyian itu
aku dah jemu di permainkan oleh bayangan mu
muncullah segera andai kau ingin benar menyintaiku sayang .............

Siapalah Aku, ~dimatamu~9 jan 2006


Siapalah Aku
Untuk menyintai hatimu yang satu itu
semakin aku cuba dekati semakin jauh cinta itu lari

Siapalah Aku
Ingin memiliki kasihmu yang sejati
Aku gagak di rimba kau merak dikayangan

Siapalah Aku
Mahu menuturkan kalimah rindu
Jika memandang mu saja sudah melunturkan iman ku

Siapalah Aku
Hanya sekilas dari pandangan
Lantas tiada duanya pandangan itu dari matamu ..


Siapalah Aku ....

Bahtera Cinta, ~berdayung sendiri~6 jan 2006

telah rapuh rasanya kesetiaan ini
dalam mempertahankan erti kejujuran
lantas bertanya lagi nakalnya hati
masih adakah kesudian lagi
untuk terus mengemudikan bahtera rindu
andai hanya aku yang berdayung sendiri ...

belum sempat ku leraikan satu persatu
tidak ku berpeluang tuk memperjelaskan walau satu
bahtera yang ku dayung sendiri
pasti akan sampai kearah tujuan ku
hanya masa menetukan segala
hanya betapa cekalnya hati kita untuk
pertahankan kepayahan yang di rasa
kesulitan yang ketara melanda jiwa
yang pasti satu tujuan , satu jalan dan satu percintaan
kan tetap di miliki
apa pun ranjau dan onak duri
kita harungi bersama itu destinasi yang pasti

biarpun ku berdayung sendiri
tidak penah ku kenal erti jemu
kerna ku tahu kau sedang menunggu ku
kan ku harungi kuatnya gelombang rindu
hanya sebab satu tujuan , satu jalan dan satu percintaan
demi menuju ke destinasi cintamu sayang

mengharungi ombak dalam percintaan
mendayung bahtera demi rindu yang bergelora
tanpa rasa letih atau takut apa pun jua
yang pasti ku akan sampai ke destinasi
untuk ku curahkan rasa hati yang selamanya membeku
ku akan bersatu untuk meneruskan
pelayaran dengan bahtera cinta mu

perciintaan seluas lautan yang ku genggam
menjadi coretan satu kesan abadi
bagaikan taman yang indah berseri ...

Erti Sayang, ~selamilah~4 jan 2006

sesungguhnya!!
ku tak tahu dari mana
datangnya perasaan sayang ini
namun ianya hadir tanpa pesan
mengundang resah yang tak berkesudahan

ketahuilah!!
bukan rasa cinta yang ku dambakan dari mu
cuma secebis perhatian
tatkala hati ku di ambang kesepian
hadir diri mu cukup memberi ku keindahan

tolonglah!!
jangan berprasangka akan luahan hati ku
jua tak mahu ku buat kau keliru
yang pasti ku mahu kau tahu
sayang ku pada mu tiada sebab tertentu

percayalah!! teratak_sm18.gif

 

Mengapa Aku? 4 jan 2006

mengapa?
mengapa hanya aku yang terpilih untuk semua ini?
mengapa hanya aku yang kau buru?
mengapa hanya aku yang menyimpan rahsia itu?
mengapa?

cukuplah teman ..
bukan diam ku untuk menyembunyikan segala ..
bukan senyap ku untuk tidak mahu menolong semua ..
tapi diam ku hanya meredakan suasana yang sedang bergelora ..
kerna senyap ku akan menyelamat persahabatan yang terbina ..

sudahlah sahabat ..
telah sarat perasaan ini menanggung kesabaran ..
telah penat fikiran ini memikirkan penyelesaian ..
kesianlah aku yang sering saja kau tekan ..
hormatilah aku yang sudah tidak tenteram ..

tolonglah kawan ..
aku amat sayangkan persahabatan yang terjalin
fahamilah aku buat sekian kalinya walau dalam keadaan terpaksa
apa yang ku lakukan ada sebab penyebabnya
terimalah hakikat aku bukan seperti yang di sangka ..

terakhirnya mengertilah ..
berilah sedikit ruang untuk ku bernafas dalam kesejahteraan ..

 

 Wajah Ksayangan Hamba, ~dmanakah berada~ 3 jan 2006

 buat dirimu yang amat ku rindui..

ku mencari wajah kesayangan
entah kemana menghilangnya dia
telah lama tidak singgah di kamar hati
menghadiahkan seulas senyuman yang cukup manis
semanis pertemuan yang terjadi lewat dulu ..

ku mencari wajah kesayangan
di balik tirai kenangan antara kami
juga telah ku buka lipatan namun tiada kelihatan
di manakah di kau bersembunyi
ke marilah aku amat merindui ..

ku mencari wajah kesayangan
jika bertemu ingin ku dakap semahunya
tiadakan ku lepaskan walau masa datang dan pergi
biar ada yang menaruh rasa cemburu
tidakkan ku peduli hanya kau milikku ...

ku mencari wajah kesayangan
pastikan bila nanti kita bertemu jua
akan ku kotakan janji yang pernah terbina
akan ku buktikan kata ku bukan sekadar mainan saja
impian kita bakal jadi nyata ..

ku mencari wajah kesayangan
walau di mana sedang berada dan dengan siapa jua
ku tahu dia tahu ku rindu dia
biarpun sudah lama tak bersua muka
rindu ku pada mu tetap sama ..

sekian saja buat yang di rindui

 Terima Kasih Sayang 21 dec 2005

 Ku Berkata ..

" Terima kasih sayang kerana sudi mengukirkan senyuman di bibir ini.. "

Kau pula berkata ..

" Tak perlu kau ucapkan ... senyuman ku hanyalah untuk mu .. rindu mu tetap di dalam belaian jiwa yang terbeku .. "

Ku Berkata Lagi ..

" Kiranya ada titisan hujan yang menyentuh pipi mu .. itulah tempias akan rindu ku .. dan andai ada angin yang menghembus gegendang mu .. tafsirkan itu kasih sayang ku pada mu .. "

Kau Berkata Jua ..

" Andai kau dengar bisikan bayu .. itu bisikan cinta ku pada mu .. andai kau rasa di belai .. itu belaian kasih ku yang terlerai .. '


Ku tiada kata ..

terdiam kerana terlalu syahdu .. terima kasih sayang atas semua yang telah kau lakukan buat ku .. sayang selalu pada mu ..

 Suratan Atau Kebetulan 17 oct 2005

 Mengapa..Rindu Datang Lagi Berhadapan..
Menjerut Jiwa Tersedia Berpenghuni Kenyataan..
Bukan Dicari..Ia Datang Sendiri secara Kebetulan..
Menjadikan Malam Suram Bercahaya Kembali Mampan..

Kenapa..Aku Yang Terpilih Untuk diberi Dugaan..
Tatkala Kebahagiaan Tidak Mahu Berdalih Walau Sepapan..
Merantai cinta.. Memeluk Kalbu Pengharapan..
Membangkitkan Amarah Sang Penunggu Yang DiAmanahkan..

Dimana..Engkau Temui Rindu Itu Duhai Teman..
Dalam Hati..Atau Suratan Kamu sekelian..
Rasanya Tidak Perlu..Kamar Rinduku Sudah Ada Tetamu Sezaman..
Bukan Menolak..Tetapi Takutkan Bergolakan..

Kemana..Kemana Nak ku Letakkan..
Jika Ruang Ini..Sudah Sempit Dengan Pengucapan..
Namun Kedegilan Mencetuskan Kemarahan..
Masihkan Mahu Di Teruskan..
Andai Bunga Yang Dirindu..Sudah Berteman..

Bagaimana..Dua Rindu Satu Hati Ditakdirkan..
Terbahagikah Kebahagiaan Setiap Masa dan Peredaran..
Sanggupkah di Kongsi Sesama Meneruskan..
Tidak Pernah Wujudkah Lafaz Cemburu dan kebosanan..
Atau Permusuhan Akan Berlagu-lagu Dahagakan Kemenangan..

Macamana..Harus Hakim Hati Membuat Keputusan..
Antara Tuntutan Akal berlawan Fikiran..
Keduanya Punya Kelebihan..
Hanya Sang empunya Hati Bebas Tentukan..
Samada Memilih Suratan Atau Kebetulan..


"Tiada siapa yang akan meminta untuk jatuh cinta lagi tatkala di lamun cinta"


 

 

Buatmu Sayang.., ~!!mengertilah!!~8 dec 2005

Buat Mu Sayang ..

Sayangku!! ..
Hari Ini Aku Menangis Lagi ..
Aku Buntu !! Aku Keliru !!
Tapi Aku Rindu Pada Mu ..

Sayangku!! ..
Berikanlah Aku Kekuatan ..
Aku Lemah !! Aku Tidak Kuat!!
Tapi Aku Sayang Pada Mu ..

Sayangku!! ..
Mengertilah Akan Diri Ku ..
Aku Sayang !! Aku Kasih !!
Tapi Aku Cinta Pada Mu ..

Sayangku!! ..
Tolonglah Kesiankan Diri Ini ..
Aku Mahu Lari !! Aku Mahu Pergi!!
Tapi Hati Ku Tertambat Pada Mu ..

Sayangku!! ..
Berikan Aku Sikit Ketenangan ..
Aku Lemas !! Aku Tertindas !!
Tapi Aku Masih Mahu Pada Mu ..

Sayangku!! ..
Pinta Ku Cuma Sebuah Pengertian ..
Berilah Ruang Untuk Ku Membuat Pilihan ..
Nak Ku Kejar Bayang Bayang Mu ..
Kaki Ku Tertambat Di Sini ..
Nak Ku Biar KAu Berlalu ..
Hati Ku Rasa Cemburu ..
MengertiLah !!!

 

 Bicara_hati, hati berbicara lagi 24 nov 2005

Seakan Ingin Ku Terbang Kesana
Menikmati Kasih Sayang Dalam Lipatan Waktu
Meneguk Secangkir Erti kebahagiaan
Antara Dua Insan Yang Penah Alami Kehilangan
Masihkah Adanya Pertemuan
Andai Terbentang Luas Cabaran Kehidupan

Terkadang Ku Bertanya Sendirian
Mampukah Tembok Rindu Itu Aku Robohkan
Jika Tanganku Hanya Berlengan Impian
Atau Haruskah Aku Tabur Pepasir Curiga
Di Atas Periuk Cinta Yang Kau Renehkan

Tidak Ku Dambarkan Selautan
Kalau Setitis Sudah Membahagiakan
Usah Beralih Pedati Jika Pedati Itu Belum Berpenghuni
Jangan Berubah Kata Sebelum Ke Titik Noktahnya

Mungkin IMpianku Setinggi Langit
Tetapi Tidakkan KU Tinggalkan Kau Di Kaki Bukit
Kau Yang Ajak Ku Bermain Bersama Mimpi
Namun Kau Lari Tika Mimpi Itu Menjadi Realiti

Kita Bukanlah Burung Belatuk
Yang Hanya Mengangguk Tanpa Tahu Apa Yang Diangguk
Sesungguhnya Sayang Yang DiUcap...Mahukan Pengzahiran..
Rindu Yang TErlafaz..Inginkan Kesahihan
Bukan Menagih Janji SEkadar Mengingati


 Ku Ingin Selalu Di Sampingmu, buat yg tersayang 12 nov 2005
setiap pagi
tanpa jemu kau mengejutkanku dari tidur
kau lompat atas katilku
lantas mengesel gesel badanmu
juga menjilat jilat lembut pipiku ini
terpisat pisat mataku memerhati
kau hadiahkanku sebuah senyuman manja

setiap tengah hari
dengan mata yang sayu kau merenung
aku tahu apa yang kau mahu
lalu kubuka kegemaranmu
kau tersenyum tanda puas
mencium dan terus memamahnya rakus
menghirup sisa air yang berbekas

setiap petang
kau berdiri di pintu hadapan
menyengah di balik tirai kamarku
apa yang kau mahu lagi sayang
rasanya telah ku beri yang sepatutnya kau miliki
rupanya kau hanya ingin di belai
oleh jemariku yang lembut mengusap rerambut yang memanjang

setiap senja
bagai tahu malam sudah kembali
kau tersenyum sinis
nafsu serakahmu harus ku penuhi
tanpa bantahan ku turuti jua
biar kau tahu betapa aku sayang padamu
namun hidangannya kini berlainan sama sekali
ianya biarlah segar dan bugar

setiap malam
tanpa aku mahu atau tidak
kau tetap berada di tepi pembaringanku
bersedia untuk tidur bersama
walau sepanjang hari aku cuba memuaskan
kau tetap mahu bersamaku
menghabiskan sisa malam hingga ke pagi berdua

setiap lewat malam
sebelum aku melelapkan mata
akan kau hadiahkan sebuah ciuman selamat malam
di situ aku tahu tulusnya kasih sayangmu
walaupun tidak pernah kau ucapkan
tidurlah sayang
habiskan malammu bersamaku
aku ingin selamanya bersamamu....

p/s puisi ini khas ku tujukan buat kucing kesayanganku cream...

 Suratan Atau Kebetulan 17 oct 2005

 Mengapa..Rindu Datang Lagi Berhadapan..
Menjerut Jiwa Tersedia Berpenghuni Kenyataan..
Bukan Dicari..Ia Datang Sendiri secara Kebetulan..
Menjadikan Malam Suram Bercahaya Kembali Mampan..

Kenapa..Aku Yang Terpilih Untuk diberi Dugaan..
Tatkala Kebahagiaan Tidak Mahu Berdalih Walau Sepapan..
Merantai cinta.. Memeluk Kalbu Pengharapan..
Membangkitkan Amarah Sang Penunggu Yang DiAmanahkan..

Dimana..Engkau Temui Rindu Itu Duhai Teman..
Dalam Hati..Atau Suratan Kamu sekelian..
Rasanya Tidak Perlu..Kamar Rinduku Sudah Ada Tetamu Sezaman..
Bukan Menolak..Tetapi Takutkan Bergolakan..

Kemana..Kemana Nak ku Letakkan..
Jika Ruang Ini..Sudah Sempit Dengan Pengucapan..
Namun Kedegilan Mencetuskan Kemarahan..
Masihkan Mahu Di Teruskan..
Andai Bunga Yang Dirindu..Sudah Berteman..

Bagaimana..Dua Rindu Satu Hati Ditakdirkan..
Terbahagikah Kebahagiaan Setiap Masa dan Peredaran..
Sanggupkah di Kongsi Sesama Meneruskan..
Tidak Pernah Wujudkah Lafaz Cemburu dan kebosanan..
Atau Permusuhan Akan Berlagu-lagu Dahagakan Kemenangan..

Macamana..Harus Hakim Hati Membuat Keputusan..
Antara Tuntutan Akal berlawan Fikiran..
Keduanya Punya Kelebihan..
Hanya Sang empunya Hati Bebas Tentukan..
Samada Memilih Suratan Atau Kebetulan..


"Tiada siapa yang akan meminta untuk jatuh cinta lagi tatkala di lamun cinta"


 Bila Bulan Merajuk 16 nov 2005

bila bulan merajuk
aku tidak pandai memujuk
akan gelaplah malam ku
sunyi sepi tiada serinya lagi

bila bulan merajuk
bintang juga seakan menyorok
tinggallah aku sendiri
menunggu bila mentari muncul lagi

Pahatkan Nisan Serangkum Syair..Keluh Pujangga Kasih Tak Sampai teratak_sm18.gif

 

Opera Dunia 12 nov 2005

semilir bayu senja membisik lemah
meratap kehilangan bulan gerhana
berciciran warna sang pelangi tatkala hujan gerimis
persis kemarau di lautan merah

pecah berserakan untaian nista
membelah hakikat yang selamanya sudah tersurat
berkalam kalam menyebut kealpaan
tersungkur mentari di pinggiran hari
meraung segelung sepalaung ingatan
terkubur sudah nisan palsu yang memalsu

berderai bulan retak beribu
menari nari sang primadona bersendiri
beralun irama duka berselang lakonan pentas opera
berhamburan darah pekat meloyakan
memenuhi segeluk peribahasa sezaman

tujuh lapisan langit tujuh lapisan bumi
kirimkan sang algojo memisah makrifat
hanya tinggal pencacai memaki si haluman
menidak tajul muluk berlipat lipat

berbuih buih ombak membelah pantai
pasir juga yang berganjak tempat
tatkala kemarau menjengah semusim
apa bisa hilang alunan gelombang
membakar hati sang nelayan yang sedang berjuang

biar beribu hari berlari tanpa berhenti
langkah siang dan malam tetap selari
biar usia memamah masa dan wajah
namun usah biarkan kealpaan menjajah


biar beratus yang menghayati..namun hanya diriku seorang saja yang mengerti puisi ini...jangan marah!!!






duhai angin khabarkanlah rindu hatiku padanya

bicaramu selembut hembusan bayu pagi
 

 

 Mengapa Oh Mengapa, hatiku kecewa lagi 12 nov 2005

Mengapa sayang.. mengapa
setelah sekian lama kau menghilangkan diri
kini kau hadir semula lantas menabur baja
keatas tanah yang kau biarkan ketandusan satu masa dulu
malah kau semaikan kembali benih kasih sayang
yang masih tersimpan kukuh di sudut hati kita
walau telah bercambah benih baru yang memenuhi
ruang hati kita tatkala ini

sayang seribu kali sayang
antara kita kini telah wujud satu dinding pemisah
yang tak mampu aku atau dirimu meruntuhkannya
dinding itu juga disulami tiang2 batu
yang begitu tegar sekali
kukuh,padu,jitu dan membatu sifatnya

aku tak tahu dan aku juga pasti kau tak tahu
atas dasar apakah kita mewujudkan kembali
kasih yang dah lama mati
sayang dah sekian lama berkubur
atau cinta yang telah pudar ditelan waktu
adakah masih ada rindu yang mengikat kita?

rindukah kau padaku.. aku tiada jawapan
tapi aku nak kau tahu bahwa aku merinduimu
walau siang,walau malam,walau hari,walau berminggu
malah walau berbulan lamanya,tahun silih berganti
TAPI tidak pernah sesaat atau seminit pun
rindu ini berhenti bernyawa didada ini untukmu

rindu ini yang mengikatku..mengikatmu
aku nyata rindu padamu
pada senyuman..tawamu..belaian manja
juga ucapan sayangyang pernah kau ucapkan padaku dulu
namun masa amat kejam memisahkan kita
memaksa kita berpisah tanpa kita merelakannya
sungguh kejam!

sayang, tidak mungkin aku lupakan cinta pertamaku
cinta pertama yang aku lalui cukup pedih,cukup derita,cukup sengsara
tatkala segala dugaan dapat aku lalui dengan sabar
ku kecapi juga nikmat cinta bersamamu
tetapi semuanya itu hanya sementara saja
ketika bahagia melingkari kita
wujud takdir menoktahkan segalanya
cinta yang ku pertahankan hancur di tengah jalan

sekali lagi hidupku berteman airmata.. berpelukan sengsara
bermalam bersama rindu yang hilang entah kemana
tahukah kau sayang..tiada senyuman yang mampu aku ukirkan
tiada lagi ketawa yang mampu ake deraikan
sejak aku kehilanganmu..
hidup aku kosong,sunyi sepi malah tak pasti
aku ingin berlari mencarimu
namun aku tak tahu dimana kau letakkkan diriku

kau pergi membawa sekali cinta,kasih sayangku
tidak kau tinggalkan walau secebis buatku sekadar peneman
aku kau biarkan kesepiaan yang mencengkam
sesungguhnya aku tidak menyalahkan dirimu sayang
aku yakin kau masih sayang padaku
aku juga tahu cintaku masih utuh di hatimu
tapi aku tak tahu mengapa kau membuat keputusan
sesadis dan sedrastik itu
aku tidak tahu sehingga keakhir ini

malah kau tinggalkan bersama satu persoalan
APA SALAHKU?

"tolonglah Aku Sahabat, Berikan Aku Jawapan" 11 nov 2005

"Berikan aku jawapan"

seringkali pertanyaan bermain di kotak fikiran
berlegar-legar mencari jawapan yang pasti
apakah perlu dikongsi persoalan yang menghantui
padamu sahabat........

inikah yang di katakan rindu?
..andai insan yang di rindu bertindak membisu

apakah yang di katakan sayang?
..jika insan yang di sayang tidak nampak bayang

inikah yang di nyatakan cinta?
..andai tiada kata cinta yang di lafazkannya

apakah yang di katakan kasih?
.. jika yang di kasih bertindak menyisih

inikah di nyatakan pengorbanan?
.. andai tiada insan yang sanggup berkorban

apakah di katakan bahagia?
.. jika hidup berendam airmata

inikah di katakan kehidupan?
... andai seringkali diburu kesedihan

siapakah dia sebenarnya?
..sahabat,teman atau kekasih..

tolonglah aku sahabat
..berilah jawapan atas persoalan yang menjerat..
 


 


Kisah Aku Dan Bulan 27 oct 2005

Ini malam..
Bulan menangis lagi
Entah pasal apa.. aku tidak tahu

Esok malam
Bulan tersenyum sinis
Entah pada siapa.. aku tidak tahu

Lusa malam

bulan tertawa pula
Entah sebab apa.. aku tidak tahu

Tapi yang nyata
Aku masih berlindung.. aku masih berteduh
Aku masih berpayung bawah sinaran bulan
Yang memberikan ku sinar.. memberikan cahaya
Dalam kegelapan malam.. kepekatan malam

Wajarkah tindakan aku itu
Patutkah aku lakukan sebegitu
Membiarkan dan terus membiarkan
Tiada ambil tahu apa yang berlaku
tiada memaling walau sekilas pandangan

Entahlah! biarkanlah! pedulikanlah!
Mungkin itu jalan penyudah
hukumnya alam Tuhan
Manusia sungguh sukar

Melafazkan.. menzahirkan
keprihatinan sesama makhluk alam
Atau hanya seringkas ucapan
semudah satu perkataan hikmat
iatu ucapan TERIMA KASIH..

 

Si Kaya Harta 27 oct 2005

suami ku kaya
Duitnya berjuta-juta tak terbilang adanya
Rumah kami bagai istana.. Makanan kami umpama raja
Hidup ku mewah sukar nak di kata
Apa saja ku minta tertunai segera
Usahkan emas, intan atau permata
tidak cukup badan nak memakainya

Terkadang aku sering bertanya
Di mana letaknya bahagia
Andai kemewahan hanya sementara
Menutup mata tatkala bernyawa
Jika siang di habiskan di tempat kerja
Malamnya pula berlabuh di dada si dara
Minum, mabuk , zina agenda rasmi nya
Aku di biar melepas sisa yang ternoda
Pada si teruna yang dahagakan rm saja
Mahukan keuntungan dalam sekelip mata

Sampai bila dan di mana akhirnya
kekayaan merubah segala
Menjadi racun yang amat berbisa
Rumahtangga yang di bina
Semata mengaburkan mata tetangga
Tapi nafsu di lepaskan di mana-mana

Aku selalu mencari punca
Mengapa situasi ini melanda kita
Ingin juga aku tanya mereka
Semua ini terjadi salah siapa?
Aku, suami atau kekayaannya
Tiada jawapan senyap saja

Baru kini aku tahu kenapa
Iman kami seinci usia
Takwa kami senipis masa
Takut kami hanya pada papa
Hidup kami bergelumang dosa

Nak bertaubat tidak tahu bagaimana
Nak berguru takut kena ketawa
Akhirnya tunggulah saja
Bila nyawa di cabut segera
sudah tersedia Neraka Kelas Pertama
Untuk Si Kaya yang agungkan dunia
Akhirnya padanlah muka...


"insyaallah aku tidak ingin jadi seperti mereka"

 


~kekasih~ 26 oct 2005

Kekasih teratak_9kiss.gif
Andai bisa Ku kutip semula mimpi-mimpiMu
Akan ku pastikan tidurMu dalam senyuman...

Kekasih teratak_9kiss.gif
Jika aku mampu mengukir batu-batu di gunung ganang
Akan ku pahatkan sebaris namaMu

Kekasih teratak_9kiss.gif
Biar seribu tahun melewati kita
Tidak akan ku biarkan Kau berlalu pergi

Kekasih teratak_9kiss.gif
Ingin ku simpulkan bebunga cinta
Menjadi jambangan kamar hatiMu


Kekasih teratak_9kiss.gif
Tiada kata yang mampu ku lafazkan
Tiada perlakuan yang bisa ku zahirkan

Kekasih teratak_9kiss.gif
Betapa aku cinta padamu
Seluas lautan..setinggi gunung..sedesir angin..sebentang dataran..

Kekasih teratak_9kiss.gif
Ku ingin bicara lagi tentangmu
halus senyuman..lembut ucapan..mulus sentuhan

Kekasih teratak_9kiss.gif
Akan ku gapai cintaMu..Akan jua ku rangkul kasih sayangMu
Akan ku peluk rinduMu..Akan jua ku cium halus bicaraMu

Kekasih teratak_9kiss.gif
Kini baru puas rasa di hati
Hanya diriMu milikku abadi



"punya kekasih tapi seakan menyisih"

Kehadiran 26 oct 2005

Hadir Mu
... Kala hati ku kekosongan
... Kau hulur salam perkenalan
... Tanda permulaan sebuah ikatan

Hadir Mu
... Menyemai bebenih Sayang
... Menyiram titisan Kasih
... Menabur butiran Rindu

Hadir Mu
... Bertunas semula dedaun harapan
... Bercambah kembali pepohon impian
... Berkembang nanti bebunga kebahagiaan

Hadir Mu
... Umpama hujan kala kemarau
... Ibarat si buta mendapat tongkat
... Laksana uda rindu kan dara

Hadir Mu
... Membuat cinta berbunga kembali
... Kembang segar di jambangan hati
... Menambah seri taman duniawi

Hadir Mu
... Menguntum sebuah senyuman
... Mengukir wajah kecintaan
... Mengadun irama kerinduan

Hadir Mu
... Menghilang kedukaan
... Menjemput ketenangan

Hadir Mu
... Amat Di alukan
... Biar seketika namun berCAHAYA


"walaupun seribu tahun takkan mungkin aku akan tetap setia menanti"

 

Buat Pak Lah, al-fatihah 20 oct 2005

Buat Pak Lah
Tabahkan Hati mu kala Isteri di jemput Tuhan..
Aku mengerti kau kan kehilangan
Aku juga merasa kehilangan
Malah Seluruh Negara merasa pemergian
Wanita Pertama Negara

Buat Pak Lah
Perjalanan hidup kita masih panjang
Buat Kita mahupun generasi akan datang
Terbentang luas pembangunan menanti
Khidmat dan Budi mu masih di perlu
Biarpun Hidup mu kini umpama perindu

Buat Pak Lah
Biarkan cintamu bersemadi bersamanya
redhakan pemergiaan walau pun sengsara
Izinkan dia pergi menemui Tuhannya
Kerana sekian lama menahan derita
dek ujian kesihatan yang bergelora
Dia ingin berehat segera

Buat Pak Lah
Aku akan setia menemanimu
Walau dalam gawat dalam inflasi
semuanya cuma rencah ekonomi
perancangan kewangan itu yang pasti
untuk menjana kestabilan hakiki

Buat Pak Lah
Aku berpesan lagi
Usah bersedih atas kehilangan
dengan kehilangan cukup mematangkan
Bangkitlah dari kesedihan
Lihat pada kami sekelian
Bantulah kami demi masa depan

Buat Pak Lah
Takziah ku panjat pada ilahi
Moga Allah memberkati
Kepimpinan mu masih sejati
Walau kehilangan Isteri yang di cintai




"walau sebesar mana pun pangkat anak adam dia juga tidak lepas dari ujian Tuhan yang maha berkuasa"


 

Rajuk 19 oct 2005

Ku Singkap Dalam Chat Room
Untuk Mencari Sebaris Namamu
Namun Tiada..

Lantas Ku Intai Di Balik Tinta Puisi
Menjejaki Seraut Wajah Kesayangan
Namun Hampa..

Tetapi Aku Tetap Setia Disini
Memerhati Skrin Tanpa Jemu
Memasang mata..

Akhirnya Hati ku Tersentuh
Seakan Kenal akan Tari Bicara
Semua Penyamaran Ketara..

Rupanya Mata Hati ku Buta
Orang Yang Di nanti Ada Disini
Mataku Celik Tapi Buta..

Usah Lah Bicara_Hati
Jangan Lagi Di Pujuk
Hati ku Yang Sedang Merajuk..



teratak_crybaby.gif "Rupanya Engkau Ada Dalam Tiada"

 

Hati Ini Menangis Lagi 19 oct 2005

Hati Ini Menangis lagi
..Entah sebab apa ..Aku Tidak Tahu

Hati Ini Menangis Lagi..

..Entah Pada Siapa .. Aku Tidak Pasti

Hati Ini Menangis Lagi
..Entah Berapa Kali ... Aku Tidak Peduli


mengapa oh mengapa ..kita bertemu..

seandainya penghujungnya ..kau kan berlalu ..

payah ku mengerti ..apa yang terjadi..

hingga dasar hati ..sanggup kau racuni


ku merenung langit tinggi ..ku mencari harga diri..

oh..mengapa begitu.. angkuhnya sikapmu

tak sanggup ku kenang.. biar hilang di pandangan

lenyap diingatan.. bayang kehitaman

terluntur fikiran.. menjerut2 kelemasan

oh..akalku.. oh..jiwaku

rindu jadi dendam.. kasih lama tenggelam

tak rela lagi mengulangi.. pengalaman lalu

menyedarkan aku.... ooooo Tuhan.......



"Titiskanlah airmatamu itu andai dengan titisan itu bisa membasuh luka hatimu"

Aku Ingin Pulang, impian anak kota 17 oct 2005

seakan ingin kuintai lagi
daerah sunyi yang kutinggalkan dulu
apa khabar agaknya
sang penghuni yang setia
membajak tanah membanting tulang empat kerat

lambaian nya memanggil aku
untuk kembali bermain di gigian sawah ladang
bermandi manda di tali air
berkejar kejaran di bawah pohon2 sawit
sambil ligat sang kanak2 mengutip biji getah

ku capai sebungkus bunjut
terhayun langkah menjelang senja
tidak mahu tunggu esok lagi
panggilan desa mengamit pulang
bayang ibu ayah melambai2

tetapi terpacul pertanyaan
mengapa ramadhan memberi isyarat
syawal yang mendapat nikmat
aku dipanggil dek ramadhan
tapi aku cuma menyahut hanya pada syawal

ah..betapa rindu menguntum..
bebunga durian tiada kelihatan memenuhi dahan..
kulit2 rambutan cuma tinggal berserakan
jauh sekali manggis yang sebatang..
semuanya telah tiada..musim buah telah berakhir

namun aku tidak peduli

bentak hati harus aku turuti
biarlah semuanya telah habis..telah luruh
tetapi aku ingin pulang
kekampung halaman yang aku dambakan..
jua pada seraut wajah penyayang..
bersama tersergam sebuah pondok usang.....

alangkah bertuahnya kalian
yang mempunyai kampung halaman..
pulanglah walau tiada lagi apa di situ..
kerana kau tidak tahu..
betapa teringin nya aku..
memiliki kampung halaman yang permai..

kerna aku malang..
punyai kampung..tetapi tiada halaman..
cuma pada nama..tidak pada wajah sebenar..
kampungku dikepung blok konkrit..

"aku ingin pulang kekampung tetapi kekampung manakah yang menerima aku"

Hati Ini 14 oct 2005

Aku, Dia dan Semalam
aku
insan yang kehilangan
tiada hati tiada perasaan
merentasi keadaan
meredah kehidupan
mengapai dalam kesayuan
merintih dibuai angin kerinduan
berlagu pilu sepanjang zaman
terpana dek kekecewaan
sekadar menjadi peneman
dikala hatiku diamit kesalan
berlabuhlah irama silam

dia
insan yang teramat disayang
merindui walau sekadar bebayang
walau jasad tidak terpegang
janji hati tetap terpasang
disulam angin membawa malang
perginya dibawa helang
hadirnya umpama bintang
dimalam hari bersinar terang
siangnya bertukar hilang
kemana ingin kucari dirimu wahai sayang..

semalam
ada kasih yang diberi
bersulam berseni dipenghujung hari
tiada noktah tiada yang pasti
mendambakan sebuah janji
yang terpahat disudut hati
berbekalkan isi sekeping pelangi
ku redahi hari walau benci
untuk hati bercinta lagi
namun harusku akui
itulah yg dihadapi
siang malam mencari diri
andai ada sisa mentari
tuk ku jadikan penyeri
tatkala dilanda sangsi........

"jika diizinkan untukku memiliki semalam tidakkan ku biar hati ini dilukai lagi"