Persimpangan
Duka
Di sini..
Aku terjerat lagi...
Pada sebuah persimpangan..
Yang bercabang-cabang..
Pada sebuah lorong..
Yang bersimpul-simpul..
Apakah dayaku...
Untuk menapak di lorong itu..
Lorong itu terlalu gelap dan
berliku-liku..
Ada duri-duri tajam yang perlu aku
harungi..
Ada batas-batas duka yang
menghalangi..
Dan aku terhimpit lagi....
Pada sebuah persimpangan duka..
Ku lihat di lorong itu..
Gelap gulita..
Tiada lagi kamu..
Menanti aku di situ..
Jambangan
Kasih Untuk Seorang Aku
1
Semusim yang lalu...
Telah ku hadiahkan jambangan kasih
buat dia...
Dia yang satu....
Dia yang selamanya kusayangi....
Dia yang selamanya kurindui....
Dia tetap ada di mana-mana...
Bergayut di tangkai hatiku..
Menggetar bara resah di jalur
nadiku...
Walaupun masa terus beredar..
Bunga-bunga berguguran...
Musim silih berganti....
Jambangan kasih itu tak pernah
bertukar ganti...
Biar layu ditelan dek zaman...
Biar gugur di pinggiran waktu
Jambangan kasih ku itu tetap disitu..
Hanya buat dia...
11
Aku telah kalungkan jambungan
kasih itu dihatinya..
Kan kubiarkan di situ..
Tak perlu ku sirami ia..
Kerana ia akan tetap mekar..
Biar masa beringsut pergi..
Biar seribu tahun mendatang..
Biar pun kering..
Biar pun layu..
Jambangan kasihku itu masih di situ..
Ia tetap mekar di kamar hati..
Kadangkala di kala aku kerinduan..
Ku basahi ia dengan air mata..
Berdayakah aku..
Meleraikan jambangan itu..
Berupayakah aku memetik kembali
jambangan itu..
Yang pasti jambangan kasih itu
terus teguh berdiri di situ..
Lakaran
Hati
1
Kau bawa aku ke daerah itu...
Ku lihat satu nukilan yang
mengguris rasa..
Kau lakarkan rahsia hati seorang
kamu..
Pada seorang aku...
Cukup tulus hatimu..
Begitu mulus kasih sayangmu...
Lalu aku cuba berpaling dan
menyembunyikan airmata yang gugur...
Sedih kerana aku tak mampu
membalasnya...
Jua tak dapat aku memberi...
Kerana mungkin engkau sedikit lewat...
Lalu bagaimana mungkin lagi...
Seorang aku berdiri di sini..
Sedangkan limpahan kasih sayangmu..
Cukup menyesakkan dan melemaskan..
Perlukah aku berlari lagi..
Sedangkan hakikatnya aku tak
berdaya menolaknya...
11
Lakaran Hati...
Buat sang kekasih yang tiada nyata..
Begitu mendalam lautan cintanya..
Kasihnya membara membakar naluri
rasa..
Dialunnya rasa rindu hanya melalui
bicara kata..
Meresap dan menyala ke jantung hati..
Dianyamnya rasa rindu pada luahan
rasa
Dan seorang aku hanyut terbakar
sendiri..
Begitu mendalam perasaannnya..
Tapi bagaimana mungkin rasa itu
dapat dibalas..
Kerana itulah hakikat diri..
Tak berupaya melayari bahtera itu...
Hanya dapat menyayangi..
Tak berupaya memiliki..
Dengan kasih sayang yang sejati..
Dan dari kejauhan ini aku berdoa
semoga dia bahagia sentiasa
111
Lakaran hati hanya mainan rasa...
Ukiran kasih seorang perindu...
Rindunya jatuh di mana-mana..
Kasihnya berderaian di pinggir
jalan..
Bersepai mengabui mata..
Begitu murah harga sebuah cinta..
Begitulah nilai sebuah rasa..
Dititipkan rindu sebelum digenggam..
Bila digenggam.... berderaian
dilepas pergi..
Kasih dan sayang..
Bukan semudah lakaran hati..
Bukan semudah ucapan sayang..
Biarpun tak pernah diukir..
Kasih ku tetap satu..Hanya untuk
dia

Persinggahan
Kamar ini hanyalah persinggahan..
Bila aku disapa kerinduan..
Buat aku dan juga kamu...
Kerana kita akan selamanya begini...
Dibatasi dunia yang berbeda..
Antara mimpi dan nyata..
Biar seribu tahun lagi..
Kita akan diselaputi kepompong itu..
Melilit mati seorang aku..
Dan rasa itu bagai memahat kukuh..
Menjalar ke seluruh jalur nadiku..
Melepaskan dan ingin mengenggam..
Tiada bezanya..
Lalu..
Andainya aku merindu lagi..
Ke sini aku...
Mengulit resahku..
Agar ianya tidak berderaian lagi..
Jatuh berserakan di penghujung
malam.
Bulan
Menangis Lagi
Malam ini seperti jua
malam-malam yang lalu...
Ku pandang ke langit tinggi...
Bintang bercahaya kelam..
Malap dan muram...
Bulan menangis lagi..
Sayu dan mendayu..
Merintih pilu...
Sang pungguk berbisik sayu..
Yang dirindui entah kemana..
Yang disayangi sepi membisu..
Wahai angin kabarkanlah..
Wahai bayu bisikkanlah...
Resah dan rindu ini..
Pada dia yang jauh di sana..
Ku
Gapai Bintang Di Langit
Ku gapai bintang di langit..
Terlalu tinggi anganku..
Manakan mungkin kugapai..
Bintang jauh di sana..
Ku gapai bintang di langit...
Terlalu indah kau di mataku..
Rupanya cahayamu membakar aku..
Bara panasmu menyengat aku..
Ku gapai bintang di langit..
Cantikmu memukau aku..
Hingga aku alpa..
Dimana aku berdiri..
Ku gapai bintang di langit
Indah bercahaya..
Berkelipan menghiasi malam..
Aku tetap di sini..
Tetap merindui bintang yang satu..
RINDU
1
Di sebalik tabir malam ini
Rindu bertandang lagi
Tiba-tiba aku rasa sayu
Kerana yang dirindu entah kemana
Ku kutip satu persatu
Rindu ku yang bertaburan
Ku kumpul semula
Ku berlari ke segenap kamar ini
Ke intai di balik pintu
Kalu-kalu ada kamu
Namun....
Kau tiada.....
Selamanya aku kehilangan kamu......
11
Rindu bertandang lagi...
Namun bagaimana ingin ku bisikkan
pada bayu
Tentang rindu yang semakin mekar...
Sedangkan bayu malam tak ingin lagi
menyapa...
Perlukah aku bisikkan pada rembulan..
Rindu yang semakin membara..
Sedangkan sang rembulan masih ingin
berselindung...
Lalu ingin ku kabarkan pada pepohon
cemara..
Rinduku pada dia tak pernah padam..
Namun pepohon cemara hanya diam
kaku tanpa jawapan..
Lalu ..
Aku kabarkan di sini...
Agar dia tahu...
Aku selamanya merinduinya....
111
Rindu menggamit lagi..
Bagai arus deras yang mengalir..
Tak dapat ku tahan rasa itu..
Rasa itu mengumpal di segenap ruang
hati..
Ingin ku dengar suara itu...
Berbisik tentang sayangnya..
Berbisik tentang rindunya..
Suara yang pernah kudengari satu
waktu dahulu..
Tapi suara itu tak pernah kudengari
lagi..
Hanya bicaranya yang menemani aku..
Bicaranya tak pernah layu..
Wangi dan harum menemani malamku..
Ingin ku dail nombornya..
Antara berdaya dan tidak..
Ku kumpul segala kekuatan..
Untuk mengusir rindu yang jahat itu..
Dan aku pasti...
Aku perlu mengusir rindu itu pergi..
Agar aku tidak lagi tenggelam
dalam lautan kasih sayang yang
kabur..
Yang tidak pernah menjanjikan
apa-apa..
Berdayakah aku...
Aku pasrah...
Semua ini ujian dariNya..
1V
Jurai-jurai rindu..
Mampir lagi di penghujung malam...
Melilit dan tertusuk ke dalam hati..
Telah puas kulurutkan rindu itu..
Ingin ku tolak ia pergi..
Usah datang lagi..
Semakin kuat ku tolak..
Semakin kuat ia mencengkam..
Berbisik-bisik mesra..
Pada seorang kau…..
Dinihari ini ku jejaki rindu itu..
Ku selak pintu kamar ..
Ku lihat jurai-jurai rindu..
Terdampar lesu di balik pintu..
Telah puas menanti aku..
Sedangkan batas waktu begitu
cemburu..
Mengertilah aku…
Rindu hadir tanpa dipinta..
Tersenyum malulah aku..
Pada jurai-jurai rindu..
Yang menguntum tanpa batasan waktu….

MELUPAKANMU
1
Belajar melupakanmu
Terlalu sukar buatku
Terlalu payah
Berkali-kali cuba ku buang ingatan
itu
Dan berkali-kali jua aku tewas
Biarpun aku tahu
Aku hanya menggapai mimpi
Antara mimpi dan nyata
Kau masih di sini
Menemaniku
Dengan bicaramu yang sendu
Bagaimana nak kulupa
Andai bayangmu masih di sini
Telah ku cuba berlari
Aku tersungkur lagi
Dan kau di sini
Setia menantiku......
11
Aku tak akan melupakanmu...
Biar pun ku sedari...
Kamu hanya bayang-bayang suram..
Bayangan tanpa wajah..
Bicara tanpa kata...
Berlagu tanpa irama....
Namun...
Aku ingin terus berdiri di sini..
Menghulur kasih padamu...
Tanpa apa-apa ikatan..
Tanpa apa-apa permintaan..
Tanpa apa-apa janji...
Kerana kasihku ini tiada batasannya..
Lalu..
Aku masih di sini ......
Kerana rindu...kasih..dan sayang...
Hanya untuk kamu...
Biarpun aku tahu..
Kamu hanya sebuah bayang-bayang...
111
Begitu sukar nak kupadamkan...
Ingatan pada kamu...
Walaupun kamu cuma bayang-bayang..
Antara sedar dan tidak
Aku pasti bayangan itu masih
berlari mengitari aku..
Bayangan itu terlalu gelap....
Jua sukar digenggam...
Masih berbicara tentang rindu...
Walaupun aku tahu....
Di sebalik rona-rona yang terguris...
Ada sekelumit kekeciwaan yang
tersimpul..
Lalu bagaimana mungkin aku
berpaling...
Andainya dihatiku jua turut
menangis...
Dan melupakanmu adalah satu hakikat
yang sukar aku lakukan.....
1V
Kita masih berdiri di sini..
Dalam rasa keasingan yang
mencengkam..
Kerana kita tak pernah menyapa...
Hanya dapat ku kenal kamu..
Pada bayangan gelap yang hanya ada
nama..
Pada titipan puitis mu yang sayu..
Dan rasa kasih itu terus terbina..
Pada batas-batas mimpi..
Yang semakin mengaburi pandangan
mata hati...
Jua sukar untuk menggapai realiti..
Kerana kita telah melewati paras
waktu..
Lalu..
Aku cuba menolak huluran tanganmu
sekuat mungkin...
Tapi sebenarnya..
Huluran tanganmu telah ku sambut
awal-awal dulu..
Dan telah ku simpul sebuah ikatan
di hati..
Pada aku dan jua kamu..
Yang tak pernah ingin melupakan..
Dan melupakan kamu berdayakah aku?
V
Aku masih di sini..
Ingin lagi menjenguk kamu..
Ingin lagi mendengar bicara mu yang
bisa
menyebakkan hati seorang aku..
Namun ruang masa kadangkala
membataskan waktu untuk aku ke sini..
Namun bisakah aku melupakan kamu..
Andainya..
Hanya kamu yang berlegar di ruang
rasa..
Berdayakah aku untuk mengusir kamu
pergi
Andainya siang dan malamku..
Hanya untuk kamu..
Biarpun masa terus berlari..
Putaran waktu terus beredar..
Aku masih lagi berdiri di sini..
Tiada upaya membuang rindu..
Biarpun telah berkali-kali..
Telah cuba kulurutkan rindu itu ..
Namun dia masih ada..
Memenuhi ruang hati..
Menolak rasa itu..
Membunuh mati seorang aku..
Lalu hanya akan ku biarkan...
|