Ketika satu pintu kebahagiaan tertutup, pintu yang lain
dibukakan.
Tetapi sering kali kita terpaku terlalu lama pada pintu yang
tertutup sehingga tidak melihat pintu lain yang dibukakan bagi
kita.
Seseorang manusia harus cukup
rendah hati untuk mengakui kesilapannya ,cukup bijak untuk mengambil manfaat
daripada kegagalannya dan cukup berani untuk membetulkan kesilapannya
Dalam hidup,terkadang kita lebih banyak mendapatkan apa yang tidak kita inginkan. Dan ketika kita mendapatkan apa yang kita inginkan, akhirnya kita tahu bahawa yang kita inginkan terkadang tidak dapat membuat hidup kita menjadi lebih bahagia.
Jadikan dirimu bagai
pohon yang rendang di mana insan dapat berteduh.
Jangan seperti pohon kering
tempat sang pungguk melepas rindu dan hanya layak dibuat kayu api.
Bermimpilah
tentang apa yang ingin kamu impikan, pergilah ke tempat-tempat kamu ingin
pergi.
Jadilah seperti yang kamu inginkan, kerna kamu hanya memiliki
satu kehidupan dan satu kesempatan untuk melakukan hal-hal yang ingin kamu
lakukan.
Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan. Kamu tidak dapat melangkah dengan baik dalam kehidupan kamu sampai kamu melupakan kegagalan kamu dan rasa sakit hati.
Doa memberikan kekuatan pada orang yang lemah, membuat orang tidak percaya menjadi percaya dan memberikan keberanian pada orang yang ketakutan
Janganlah berputus asa.
Tetapi kalau anda sampai berada dalam keadaan putus asa, berjuanglah terus
meskipun dalam keadaan putus asa.
Dunia ini
umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yg belayar dilautan telah ramai kapal
karam didalamnya..andai muatan kita adalah iman,dan layarnya takwa,nescaya kita
akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini.
Dalam masyarakat manusia ada binatang jalang tetapi dalam masyarakat binatang tidak ada satu pun manusia jalang -Aristotle
Sahabat sejati adalah mereka yang sanggup berada disisimu ketika kamu memerlukan sokongan walaupun saat itu mereka sepatutnya berada di tempat lain yang lebih menyeronokkan.
Hati yang terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembali kepada bentuk asalnya.
Setitik dakwat mampu membuat sejuta manusia berfikir tentangnya.
Waktu kamu lahir, kamu
menangis dan orang-orang di sekelilingmu tersenyum.
Jalanilah hidupmu
sehingga pada waktu kamu meninggal, kamu tersenyum dan orang-orang di
sekelilingmu menangis.
Tanda-tanda orang yang budiman ialah dia akan berasa gembira jika dapat berbuat kebaikan kepada orang lain, dan dia akan berasa malu jika menerima kebaikan daripada orang lain.
Semulia-mulia manusia ialah orang yang mempunyai adab yang merendah diri ketika berkedudukan tinggi, memaaf ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat -Khalifah Abdul Malik Marwan
Supaya engkau beroleh
sahabat, hendaklah diri engkau sendiri sanggup menyempurnakan menjadi sahabat
orang -Hamka
Sebaik-baik manusia ialah yang diharapkan kebaikannya dan
terlindung dari kejahatannya.
Hiduplah
seperti lilin menerangi orang lain, janganlah hidup seperti duri mencucuk diri
dan menyakiti orang lain
Fikirkan tentang dirimu. Jika satu bangsa telah mula berfikir, tidak ada satu kekuatan pun yang boleh menghentikannya -Voltaire
Semoga kamu mendapat
cukup kebahagiaan untuk membuat kamu bahagia, cukup
cubaan untuk membuat kamu
kuat, cukup penderitaan untuk membuat kamu menjadi
manusia yang sesungguhnya,
dan cukup harapan untuk membuat kamu positif terhadap kehidupan.
Yang
memimpin wanita bukan akalnya, melainkan hatinya.
Pengecut mati banyak kali sebelum kematiannya. Yang berani mati hanya sekali.
Amat mudah untuk
memadamkan api yang sedang marak, tetapi sukar untuk meredakan api kemarahan
dalam diri.
Kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna untuk menjelaskan
perasaan.
Manusia boleh membentuk seribu kata-kata, seribu bahasa.
Tapi
kata-kata bukan bukti unggulnya perasaan
Sahabat terbaik adalah dia yang
dapat duduk berayun-ayun di beranda bersamamu, tanpa mengucapkan sepatah katapun
,
dan kemudian kamu meninggalkannya dengan perasaan telah
bercakap-cakap lama dengannya.
Lombong emas dalam diri kamu adalah fikiran kamu. Kamu dapat menggalinya sedalam-dalamnya dan sepuas-puas yang kamu inginkan -Abdullah Mansur M.H
Mahkota kemanusiaan ialah rendah hati.
Setiap jiwa yang
dilahirkan telah tertanam dengan benih untuk mencapai keunggulan hidup. Tetapi
benih itu tidak akan tumbuh seandainya tidak dibajai dengan
keberanian
Sahabat yang tidak jujur ibarat
dapur yang berhampiran. Jikalau pun kamu tidak terkena jelaganya sudah pasti
akan terkena asapnya.
Kalau kita dapat membuka
dan menutup telinga dengan mudah sebagaimana membuka dan menutup mata,
pasti kita akan terhindar dari mendengarkan banyak kebatilan.
Jika keadilan ditegakkan, keberanian tidak
diperlukan lagi.
Tiada siapa yang paling
pandai dan paling bodoh di dunia ini kerana setiap yang pandai itu boleh menjadi
bodoh dan setiap yang bodoh itu boleh menjadi pandai
Akal itu menteri yang menasihati, Hati itu ialah raja yang
menentukan,
Harta itu satu tamu yang akan berangkat,kesenangan itu satu masa
yang ditinggalkan
Barangsiapa memusuhi orang
yang di bawahnya, hilang kewibawaannya.
Hidup biarlah berbakti, walaupun
tidak dipuji
Seorang boleh
menipu seseorang sekali-sekala tetapi orang yang sama tidak boleh menipu semua
orang pada masa yang sama
Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat.
Kamu dapat mengenal lebih banyak tentang diri seseorang itu dari adab dan pertanyaannya, bukan dari jawapan-jawapannya -Voltaire
Setiap
orang dapat mencapai kejayaan dalam hal apa saja, asalkan ia sangat menyukai
pekerjaan yang dilakukan.
Hari ini bila ia
datang, jangan biarkan ia berlalu pergi. Esok kalau ia masih bertandang, jangan
harap ia akan datang kembali
Lebih baik tidur dengan perut yang lapar
daripada bangun tidur dengan banyak hutang -Anonim
Orang cerdik yang mengenal
dunia, terungkap baginya musuh yang berbaju kawan.
Pengumpul harta belum tentu
memanfaatkannya, dan yang memanfaatkan harta belum tentu yang mengumpulkannya.
Sesuatu yang baik, belum tentu
benar.
Sesuatu yang benar, belum tentu baik.
Sesuatu yang bagus, belum
tentu berharga.
Sesuatu yang berharga/berguna, belum tentu bagus.
Jangan abaikan permintaan orang, kalau tidak mahu permintaan kamu
diabaikan orang.
Agama menjadi sendi hidup, pengaruh menjadi
penjaganya. Kalau tidak bersendi, runtuhlah hidup dan kalau tidak berpenjaga,
binasalah hayat. Orang yang terhormat itu kehormatannya sendiri melarangnya
berbuat jahat. -Pepatah Arab
Barangsiapa membawa berita tentang orang lain kepadamu, maka dia
akan membawa berita tentang dirimu kepada orang lain.
Nikmat itu kadang-kadang tidak disedari, hanya apabila ia telah
hilang barulah manusia benar-benar terasa
Emas diuji dengan api, wanita diuji dengan emas dan lelaki diuji
dengan wanita.
Orang yang berbohong itu sentiasa ingin
melarikan diri sedangkan tiada seorang pun yang mengejarnya namun orang yang
benar itu berani seperti singa -Goethe
Mengetahui
sesuatu dan memahami segala sesuatu adalah lebih baik daripada mengetahui segala
sesuatu, tetapi tidak memahami sesuatu.
Kawan sejati ialah orang yang mencintaimu meskipun telah
mengenalmu dengan sebenar-benarnya iaitu baik dan burukmu.
Sabar adalah jalan keluar bagi orang yang tidak bisa menemukan jalan keluar.
Kepala yang tidak mempunyai fikiran sama halnya dengan sesebuah benteng yang tidak dibela -Napoleon Bonaparte
Jika
dunia ini persinggahan, mengapa tidak kita banyakkan bekalan untuk meneruskan
perjalanan? Kerana kita cuma ada satu persinggahan.
Apabila
bicara itu perak, diam adalah emas.
Jagalah dirimu baik-baik, usahakanlah
kemuliaannya, kerana engkau dipandang manusia bukan kerana rupa tetapi
kesempurnaan budi dan adab -Nabi SAW
Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu telalu
penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan
orang.
Menghairankan
sekali, orang yang mencuci wajahnya berkali-kali dalam sehari, tetapi tidak
mencuci hatinya walaupun sekali setahun.
Barangsiapa menyebarluaskan berita-berita kekejian yang
didengarnya, maka dia seperti pelakunya.
Keikhlasan mempunyai kilauan dan sinar, meskipun ribuan mata tidak
melihatnya.
Jangan tertarik
kepada seseorang kerna parasnya, sebab keelokan paras dapat menyesatkan. Jangan
pula tertarik kepada kekayaannya kerna kekayaan dapat musnah. Tertariklah kepada
seseorang yang dapat membuatmu tersenyum, kerna hanya senyum yang dapat membuat
hari-hari yang gelap menjadi cerah.
Jangan memberi makanan
kepada orang lain yang anda sendiri tidak suka memakannya.
Sungguh benar bahwa kita tidak tahu apa yang kita miliki sampai
kita kehilangannya,
tetapi sungguh benar pula bahwa kita tidak tahu apa
yang belum pernah kita miliki sampai kita mendapatkannya.
Musibah dalam harta lebih ringan
daripada musibah dalam kehormatan.
Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika bertemu
seseorang yang sangat bererti
dan mendapati pada akhirnya bahawa tidak
demikian adanya dan harus melepaskannya pergi.
Beritahukan kepadaku apa
bacaan-bacaanmu, nescaya aku akan beritahu siapa diri kamu ini.
Masa depan yang cerah selalu
tergantung pada masa lalu yang dilupakan.
Kita tidak dapat meneruskan
hidup dengan baik jika tidak dapat melupakan kegagalan dan sakit hati di
masa lalu.
Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih
sabun. Bila-bila masa ia akan pecah.
Keutamaan akal ialah hikmah kebijaksanaan, dan keutamaan hati
ialah keberanian.
Barangsiapa yang hari ini sama dengan kelmarin, maka tertipulah
dia, dan barangsiapa hari ini lebih jahat dari kelmarin, maka terkutuklah
dia.
Kesempatan yang kecil seringkali
merupakan permulaan daripada usaha yang besar.
Agama tidak pernah mengecewakan manusia. Tetapi manusia yang
selalu mengecewakan agama.
Tidak lurus
keimanan seseorang kecuali jika hatinya lurus, dan tidak lurus hati seseorang
kecuali jika lurus lidahnya
Sesiapa yang tidak berfikir
panjang, kesusahan telah bersedia di mukanya -Khong Hu Cu
Orang bijaksana tidak
sesekali duduk meratapi kegagalannya, tapi dengan lapang hati mencari jalan
bagaimana memulihkan kembali kerugian yang dideritainya.
Yang telah berlalu biarkan ia berlalu, yang mendatang hadapi
dengan cemerlang.
Jangan
menyalakan api untuk membakar musuh anda sedemikian panas, sehingga anda sendiri
hangus kerananya.
Bukti akal fikiran seseorang
ialah perbuatannya, dan bukti ilmunya ialah ucapannya.
Berdiam diri adalah unsur terbesar untuk membentuk perkara-perkara
besar.
Pandanglah segala sesuatu dari kacamata
oranglain. Apabila hal itu menyakitkan hatimu, sangat mungkin hal itu
menyakitkan hari orang lain pula.
Tentang
Waktu
Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan.
Ambillah waktu
untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi.
Ambillah waktu
untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan.
Ambillah waktu untuk belajar, itu
adalah sumber kebijaksanaan.
Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu
adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan.
Ambillah waktu untuk bersahabat,
itu adalah jalan menuju kebahagiaan.
Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah
musik yang menggetarkan hati.
Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah
membuat hidup terasa bererti.
Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai
keberhasilan.
Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju
syurga.
Orang yang hebat bertindak sebelum
berkata dan dia berkata selaras dengan tindakannya.
Tidak penting bagimu mengetahui harganya, tetapi penting
mengetahui nilainya.
Kehidupan ini
dipenuhi dengan seribu macam kemanisan tetapi untuk mencapainya perlu seribu
macam pengorbanan
Sekali anda terjatuh,
jangan jatuh untuk berkali-kali
Menikmati kehidupan itu adalah lebih baik dari hanya sekadar memerhati kehidupan
Tidak ada insan suci yang
tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak
mempunyai masa depan.
Orang yang paling mampu
menguasai dirinya ialah yang paling mampu menguasai rahsianya.
Tiap-tiap
sesuatu, apabila banyak menjadi murah melainkan akal, bertambah banyak lagi
berharga
Orang yang
mengikuti emosinya, akan kehilangan adabnya.
Sekalipun tidak pernah menjadi kaya-raya, kita masih beruntung
tidak juga papa kedana
Manusia tidak
merancang untuk gagal, mereka gagal untuk merancang.
- William J.
Siegel
Setiap bunga mawar pasti ada durinya.
Dari kesusahan itu akan
diperolehi kesenangan dan kebahagiaan, seperti durian berduri kerana sedap
isinya, kulit manggis pahit sebab manis di dalamnya dan bunga ros berduri kerana
harum baunya
Jangan sesekali menyalahkan
kesilapan diri sendiri kepada orang lain kerana orang yang tidak mengakui
kelemahan diri sukar untuk berjaya.
Mungkin diam itu
suatu jawapan yang baik atau mungkin pula teguran dan nasihat yang baik.
Orang-orang yang paling berbahagia tidak
selalu memiliki hal-hal terbaik,
mereka hanya berusaha menjadikan yang
terbaik dari setiap hal yang hadir dalam hidupnya.
Barangsiapa
menanam, dia yang akan menuai.
Jangan menghina barang
yang kecil kerana jarum yang kecil itu kadang-kadang menumpahkan
darah.
Fikirkan permusuhan kita akan dimusuhi,
fikirkan kebencian, kita akan dibenci. Tetapi sekiranya kita fikirkan kasih maka
kita akan dikasihi. Ini adalah undang-undang alam. Kita menjadi seperti apa yang
kita fikirkan
Seekor burung di tangan
lebih baik daripada sepuluh ekor di atas pohon.
Hidup ini adalah warna-warni yang
terlakar pada kanvas, walaupun tidak cantik ia tetap mempunyai sejuta
makna
Ada hal-hal yang
sangat ingin kamu dengar tetapi tidak akan pernah kamu dengar dari orang yang
kamu harapkan untuk mengatakannya.
Namun demikian, janganlah menulikan
telinga untuk mendengar dari orang yang mengatakannya dengan sepenuh hati.
Jika anda mahu membuat sesuatu, anda akan cari jalan. Jika anda
tidak mahu membuat sesuatu, anda akan cari alasan. - Peribahasa Arab
Membalas kebaikan dengan kejahatan adalah
perangai yang serendah-rendahnya. Membalas kejahatan dengan kejahatan,bukanlah
perikemanusiaan. Membalas kebaikan dengan kebaikan adalah hal biasa. Membalas
kejahatan dengan kebaikan adalah cita-cita kemanusiaan yang setingginya. Kita
harus sanggup hidup untuk memberi cita-cita itu bertumbuh.
Berkhianat dalam ilmu lebih jahat
daripada berkhianat dalam harta.
Sebuah pedang diketahui
keampuhannya sesudah memotong.
Kejayaan tidak datang kepada manusia yang leka.
-
Charles Cahier
Seseorang yang bijak melahirkan
kata-kata selalunya disanjung sehingga ia mula bercakap
kosong
Permulaan sabar adalah pahit, tetapi
manis akhirnya.
Memang amat tinggi letaknya kebahagiaan.
Namun kita harus menuju ke sana. Ada orang yang berputus asa berjalan ke arahnya
lantaran disangkanya jalan ke sana amat sukar. Padahal mudah, kerana ia dimulai
daripada dirinya sendiri -Said Mustafa
Setiap kali tersadung, ingatlah kita tidak mahu terjatuh lagi
Jadikan sebagai aturan hidup untuk
melakukan yang terbaik dalam apa jua yang dilakukan, pasti akan menghasil
kecemerlangan.
Sebelum memberi nasihat kepada
manusia dengan ucapanmu, berilah mereka nasihat dengan
perbuatanmu.
Andai hidup punca
perpisahan, biarlah mati menyambungnya semula.
Namun seandainya mati punca
perpisahan, biarlah hidup ini membawa erti yang nyata.
Orang mulia
menyalahkan dirinya, orang bodoh menyalahkan orang lain
Kata-kata yang diucapkan sembarangan dapat mewujudkan
perselisihan.
Kata-kata yang kejam dapat menghancurkan suatu kehidupan.
Kata-kata yang diucapkan pada tempatnya dapat meredakan ketegangan.
Kata-kata yang penuh cinta dapat menyembuhkan dan memberkati.
Menyimpang seinci, rugi seribu batu.
- Peribahasa Cina
Kebanyakan orang
membuang banyak masa dan tenaga untuk memikirkan masalah dan bukan cuba untuk
menyelesaikannya
Harta yang paling menguntungkan ialah SABAR. Teman yang paling
akrab adalah AMAL. Pengawal peribadi yang paling waspada DIAM. Bahasa yang
paling manis SENYUM. Dan ibadah yang paling indah tentunya KHUSYUK.
Tiada siapa
yang paling pandai dan paling bodoh di dunia ini kerana setiap yang pandai itu
boleh menjadi bodoh dan setiap yang bodoh itu boleh menjadi pandai
Apabila kepercayaan
telah hilang lenyap, kehormatan telah musnah, maka matilah orang itu -Whittier
Selalu bayangkan diri anda di dalam
kasut seseorang. Jika anda rasa ianya menyakitkan, fikirlah ia mungkin
menyakitkan orang lain juga
Setiap jiwa
yang dilahirkan telah tertanam dengan benih untuk mencapai keunggulan hidup.
Tetapi benih itu tidak akan tumbuh seandainya tidak dibajai dengan keberanian
Kecemerlangan sebenar
adalah apabila anda dihentam sehingga bertekuk lutut, tetapi mampu melantun
kembali.
Wanita yang cantik tanpa peribadi
yang mulia ,umpama kaca mata yang bersinar-bersinar, tetapi tidak melihat
apa-apa
Jangan sekali-kali kita meremehkan
sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman.
Anda
bukan apa yang anda fikirkan tentang anda, tetapi apa yang anda fikirkan itulah
anda
Hidup tak selalunya indah tapi yang indah
itu tetap hidup dalam kenangan.
Biarpun jalan
itu panjang, kita akan merintisnya perlahan-lahan.
Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta
ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan
ilmu.
Kurang semangat mengakibatkan lebih
banyak kegagalan berbanding kurangnya kebijaksanaan atau kemahiran.
- Flower
A. Newhouse
Kebenaran itu pabila dijemur di bawah cahaya
mentari, ia tidak akan lekang-lekang. Biarpun ditinggalkan dalam hujan lebat, ia
tidak akan busuk.
Tawadhu ialah bila setiap kali seseorang berjumpa dengan seorang
muslim, ia menyangka bahwa orang itu lebih baik daripada dirinya.
Sebaik-baik orang yang diberi nasihat
ialah penguasa.
Kekuatan itu tidak terbina di
atas bilangan yang ramai, tetapi kekuatan itu terbina di atas keyakinan dan
optimis seseorang dan keserasian berkumpulan.
Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam
kehinaan.
Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan
banyak tapi diiringi dengan riak.
Berfikir
sejenak, merenung masa lalu adalah permulaan yang baik untuk bertindak
Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih
keras dari batu.
Tetapi kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang
lunak seperti sutera.
Seburuk-buruk buta adalah buta
hati.
Lidah yang panjangnya tiga inci boleh
membunuh manusia yang tingginya enam kaki.
Sebuah kebenaran kadangkala mengandungi kesilapan.
Kalau rumahmu dari kaca, janganlah
melempari orang lain dengan batu.
Nilai hidup harus
diukur dengan garis yang lebih mulia, iaitu kerja dan bukannya
usia.
-Richard Brinsley Sheridan
Nafsu mengatakan perempuan itu cantik
atas dasar rupanya. Akal mengatakan perempuan itu cantik atas dasar ilmu dan
kepintarannya.
Dan hati mengatakan perempuan itu cantik atas dasar
akhlaknya.
Berita tidak selalu sama dengan
kenyataan.
Seseorang yang melakukan kesalahan
dan tidak membetulkannya telah melakukan satu kesalahan lagi.
-
Confucius
Memulai belajar sejak kecil seperti memahat di atas batu
dan memulainya sesudah tua seperti menulis di
air.
Hidup memerlukan
pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan
ketabahan.
Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan
kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.
Kekayaan boleh mengaburkan jalan yang jujur
Harta
akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi sebaliknya ilmu akan berkembang
jika ianya digunakan.
Kekayaan bukanlah satu dosa dan
kecantikan bukanlah satu kesalahan.
Oleh itu jika anda memiliki kedua-duanya
janganlah anda lupa pada Yang Maha Berkuasa.
Sampan tidak akan dapat belayar di padang pasir betapa pun jua empuknya pasir itu -Pepatah Arab
Perjalanan seribu batu bermula dari satu langkah.
- Lao
Tze
Awal mula pohon ialah
benih.
Kalaulah anda tidak mampu untuk
menggembirakan orang lain, janganlah pula anda menambah dukanya.
Orang yang mengetahui harga dirinya
tidak akan binasa.
Mengapa manusia gemar
mencetuskan pertelingkahan sedangkan manusia itu sendiri dilahirkan dari sebuah
kemesraan.
Kita sentiasa muda untuk melakukan
dosa tetapi tidak pernah tua untuk bertaubat.
Gantungkan azam dan
semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di
lautan.
Setiap mata yang tertutup belum bererti ia
tidur. Setiap mata terbuka belum bererti ia melihat.
Saya percaya, esok sudah tidak boleh mengubah apa yang berlaku
hari ini, tetapi hari ini masih boleh mengubah apa yang akan terjadi pada hari
esok.
Menulis
sepuluh jilid buku mengenai falsafah lebih mudah daripada melaksanakan sepotong
pesanan.
Kegembiraan ibarat semburan
pewangi, pabila kita memakainya semua akan dapat merasa keharumannya.
Oleh
itu berikanlah walau secebis kegembiraan yang anda miliki itu kepada teman
anda.
Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita.
Beringat-ingatlah untuk menghadapi esok yang pastikan mendatang.
Reaksi emosi jangan dituruti kerana implikasinya tidak seperti
yang diimaginasi.
Jangan dipaksa anak berbuat kebaikan, jikalau orang tuanya tidak pernah menyembah Tuhannya
Sahabat yang beriman ibarat mentari yang
menyinar.
Lazatnya memberi maaf lebih
baik daripada lazatnya membalas dendam.
Orang yang bahagia itu
akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber
hikmah
menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya
jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan,
menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal
kejayaan,
menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu
akan membuat muda selalu
dan menyediakan waktu beribadat kerana
beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.
Masa depan itu dibeli oleh masa sekarang.
- Samuel
Johnson
Seseorang yang jujur diterima
ucapannya oleh musuh.
Kadangkala
menyembunyikan sesuatu perkara dari pengetahuan orang lain lebih baik dari jika
diberitahu pun tidak dihiraukan.
Penglihatan
itu sebagai panah iblis yang berbisa, maka siapa yang mengelakkannya
kerana takut padaKu,
maka Aku akan menggantikannya dengan iman yang
dirasakan manisnya dalam hati...
Harta yang
didatangkan oleh angin akan terbawa pergi oleh taufan.
Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan.Teruskan perjuangan
kita walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam
hidup
Kebaikan seorang pemimpin adalah lebih
baik daripada kebaikan zaman.
Kemarahan tidak boleh berumur panjang di dada seorang yang berhati baik, kebaikan tidak boleh berakar di hati seseorang yang berdasar buruk.
Kemaafan
mungkin amat berat untuk diberikan kepada orang yang pernah melukai hati kita.
Tetapi hanya dengan memberi kemaafan sahajalah kita akan dapat mengubati hati
yang telah terluka. Kemaafan yang diberi secara ikhlas umpama pisau bedah yang
boleh membuang segala parut luka emosi
Segala hal yang lahir akan mati, tetapi
cahaya kehidupan yang dipancarkan akan selalu bersinar buat
selamanya.
Hidup ini ibarat meniti seutas
tali, kadang kala kita jatuh sakit dan terluka, dan itulah yang kita rasai saat
ini.
Dua orang bersaudara ibarat dua
buah tangan, yang satu membersihkan yang lainnya.
Manusia tak
akan tahu semua perkara, justeru tahu banyak perkara lebih baik dari tidak suka
mengambil tahu walaupun satu perkara
Orang yang
meminta-minta kepada Tuhan tidak akan kecewa.
Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam.
Jika
kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa.
Jika kebaikan dibalas
kejahatan, itu adalah zalim.
Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan,
itu
adalah mulia dan terpuji."
(La Roche)
Manusia yang tidak berharap untuk menang telah sedia kalah.
Hidup umpama aiskrim. Nikmatilah ia sebelum
cair.
Kita mesti pastikan hari ini adalah
milik kita kerana kita belum pasti adakah hari esok kita masih diberi
peluang.
Hidup tidak boleh berpandukan
perasaan hati yg kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri.
Perkara utama
harus kita fikirkan ialah menerimasesuatu atau membuat sesuatu dgn baik
berlandaskan kenyataan.
Selalu bayangkan diri anda di
dalam kasut seseorang. Jika anda rasa ianya menyakitkan, fikirlah ia mungkin
menyakitkan orang lain juga
Nilai manusia adalah
semahal nilai matlamatnya.
- Marcus Aurelius
Kasihkan manusia lepaskan dia kepada pilihan dan keputusannya
kerana di situ tanda kita gembira melihat insan yang kita sayangi beroleh
bahagia
Orang yang berkhianat selalu terhina.
Kebahagiaan adalah haruman yang tidak boleh kamu semburkan kepada orang lain tanpa kamu sendiri mendapat beberapa titisan daripadanya -Emerson
Orang yang berani tidak akan membabi-buta melompat masuk ke dalam jurang, melainkan masuk dengan perlahan-lahan dan dengan mata yang terbuka setelah mengukur dalamnya -Stahl P.J
Hari yang mendatang tidak akan memberikan sebarang makna jika kegagalan semalam tidak dijadikan teladan.
Hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita. Ia adalah menguji
keteguhan iman seseorang.
Malangnya bagi mereka yg hanya mengikut kehendak
hati tidak sanggup menerima penderitaan.
( Harieta Wahab)
Kegagalan ialah satu-satunya yang dapat diraih tanpa
pengerahan tenaga sedikit pun.
Sekiranya
seorang manusia dipanggil sebagai seorang penyapu sampah, dia harus menyapu sama
sepertimana
Michelangelo melukis atau Beethoven memainkan muziknya, ataupun
Shakespeare menulis puisinya. Dia harus menyapu dengan begitu baik sekali
sehingga semua yang terdapat di syurga dan dunia akan berhenti dan berkata
disinilah tempat tinggal seorang penyapu
sampah yang paling hebat, yang telah
melakukan kerjanya dengan baik sekali.
Cara
terbaik menghukum orang yang telah melakukan kesalahan terhadap kita ialah
dengan berbuat baik kepadanya.
Orang yang cekal dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi, tidak pernah merasa terancam dengan perkataan atau perbuatan yang remeh dan tidak disengajakan. Sebaliknya mereka akan menumpukan perhatian ke arah mencapai matlamatnya
Batu yang bergerak tidak bisa ditumbuhi tanaman.
Berbahagialah orang yang dapat menjadi tuan
untuk dirinya, menjadi pemandu untuk nafsunya dan menjadi kapten untuk bahtera
hidupnya -Saidina Ali
Jika kamu berhasrat untuk berjaya, jangan hanya
memandang ke tangga tetapi belajarlah untuk menaiki tangga
tersebut.
Ada dua
cara seseorang itu tidak boleh berjaya iaitu orang yang hanya mengerjakan apa
yang disuruh dan orang yang tidak mahu mengerjakan apa yang
disuruh.
Tidak ada manusia yang hidup
untuk gagal, tetapi tidak merancang adalah merancang untuk gagal.
Apabila kepercayaan telah
hilang lenyap, kehormatan telah musnah, maka matilah orang
itu..
-Whittier
Hadiah Terbaik
Kepada kawan -
Kesetiaan
Kepada musuh - Kemaafan
Kepada ketua - Khidmat
Kepada yang
muda - Contoh terbaik
Kepada yang tua - Hargai budi mereka dan
kesetiaan.
Kepada pasangan - Cinta dan ketaatan
Kepada manusia - Kebebasan
Keberanian yang sebenar ibarat layang-layang. Sentakan angin yang menentangnya bukan melemparkannya ke bawah, sebaliknya menaikkannya -John Petitsenn
Orang
yang terakhir tertawanya, tentu lebih banyak tertawa.
Berfikir secara rasional tanpa dipengaruhi oleh naluri atau
emosi merupakan satu cara menyelesaikan masalah yg paling
berkesan
Apakah diharapkan hujan tanpa awan.
Sesiapa yang tidak pernah merasai kepahitan tidak akan mengenal kemanisan.
Dunia ini ibarat pentas. Kita
adalah pelakonnya. Maka berlumba-lumbalah beramal supaya hidup bahagia di dunia
dan akhirat.
Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak
boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yg
mensia-siakan sahabat yg telah dicari
( Saidina Ali)
Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan.
Sahabat
sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan
Allah.
Jadilah
cahaya suram yang kekal abadi sinarannya dan elakkan daripada menjadi cahaya
terang yang bersifat seketika cuma.
Cakap sahabat yang jujur lebih besar harganya daripada harta benda
yg diwarisi dari nenek moyang
(Saidina Ali)
Air mata wanita adalah senjata yang membuahkan kemenangan.
Berfikir itu cahaya, kelalaian itu kegelapan, kejahilan itu
kesesatan dan manusia yang paling hina ialah orang yang menganiaya orang
bawahannya.
Kepapaan membuat seseorang yang petah bercakap menjadi pendiam dan menyebabkan seseorang yang bijak menjadi bodoh.
Ingatlah,
sabar itu iman, duit bukan kawan, dunia hanya pinjaman dan mati tak
berteman..
Kaya
jiwa lebih baik daripada kaya harta.
Lidahmu
adalah bentengmu, jika engkau menjaganya maka ia akan menjagamu, dan jika
engkau membiarkannya maka ia tidak akan mempedulikanmu
Jangan sesekali menggadai prinsip, demi untuk mendapat dunia
yang mengiurkan
Orang yg paling berkuasa
adalah orang yg dapat menguasai dirinya sendiri
Setiap
manusia adalah arkitek kehidupannya sendiri. Dia membinanya seperti mana yang
dikehendakinya namun
selepas dia membina apa yang dikehendakinya, kadang kala
dia mendapati bahawa dia tidak menyukai apa yang
telah dibinanya dan mencari
seseorang atau sesuatu untuk dipersalahkan daripada mencuba untuk menukar
dirinya sendiri.
Jangan lakukan semua yang kamu ketahui, jangan
berbelanja semua yang kamu miliki, jangan percaya semua yang kamu dengar dan
jangan memberitahu semua yang kamu dengar.
Seseorang
menganggap sekatan sebagai batu penghalang, Sedangkan orang lain menganggapnya
sebagai batu lonjatan.
Kalau kita melakukan
semua yang kita upaya lakukan, sesungguhnya kita akan terkejut dengan
hasilnya.
Kita selalu lupa atau jarang ingat
apa yang kita miliki, tetapi kita sering kali ingat apa yang orang lain
ada.
Apa yang diperolehi dalam hidup ini,
adalah sepenuhnya daripada apa yang kita berikan padanya.
Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan
diri ketika berkedudukan tinggi,
memaafkan ketika berdaya membalas dan
bersikap adil ketika kuat
- Khalifah Abdul Malik bin Marwan
Adalah tidak mustahil orang yang paling kita benci sekarang adalah kawan karib kita suatu waktu dahulu.
Jika kita melakukan sesuatu dengan keikhlasan, nescaya ganjaran yang kita terima juga setanding dengan apa yang kita usahakan.
Dalam
kepala kaum wanita ada kekurangan, tetapi dalam hati mereka ada kelebihan.
Gerobak kosong lebih banyak bisingnya (suara
ributnya) daripada gerobak yang penuh muatan.
Sekiranya anda
meletakan satu nilai kecil ke atas diri anda sendiri, ketahuilah bahawa dunia
tidak akan meningkatkan harga anda itu
Kalau tidak
kerana semalam kita telah berusaha, bersungguh, bersabar dan berdoa, belum tentu
hari ini kita akan berada di sini
Fikirkan
hal-hal yang paling hebat,Dan engkau akan menjadi terhebat. Tetapkan akal pada
hal tertinggi, Dan engkau akan mencapai yang tertinggi.
Dunia ini
tiada jaminan melainkan satu peluang.
Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan
yang berkekalan. Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai
peluang.
Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali
semula kepada Ilahi.
Pemimpin yang berjaya ialah orang yang boleh mengawal komunikasi
dengan orang yang lebih atas daripadanya
dan boleh mengawal komunikasi
dengan orang yang lebih bawah daripadanya.
Kebijaksanaan menjanjikan kejayaan dan kebahagiaan tetapi jika
disalahgunakan akan mewujudkan penderitaan
Didiklah anak-anakmu itu berlainan dengan keadaan kamu sekarang kerana mereka telah dijadikan Tuhan untuk zaman yang bukan zaman engkau -Saidina Umar Al-Khattab
Diam adalah suatu hikmah, tetapi sedikit sekali pelakunya.
Adab dan akhlak adalah ibarat pokok dan
kemasyhuran adalah seperti bayang-bayang. Tetapi malangnya, kebiasaan orang
lebih melihat bayang-bayang daripada pokoknya.
Kata
kata yang sering diucap biarlah selari dengan apa yang dirasakan kerna selalunya
apa yang terungkap tidak sama seperti apa yang diungkap
Lebih baik menjadi pendengar yang bijak daripada menjadi pemerhati yang kaku dan tidak tahu apa-apa.
Rahsia
kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk menyambut kesempatan yang
menjelma.
Anda tidak boleh mencipta
pengalaman. Anda mesti menghadapinya.
- Albert Camus
Harta
tidak akan berkurang kerana sedekah dan melakukan amal.
Sahabat sejati umpama
pohon rendang tempat kita berteduh.
Manusia biasanya lebih menghargai sesuatu yang sukar diperoleh
tetapi sering melupakan nikmat yang telah tersedia.
Kekuatan
tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak
pernah mengalah.
Mengetahui perkara yang betul
tidak memadai dan bermakna jika tidak melakukan perkara yang
betul.
Kecemerlangan adalah hasil daripada
sikap yang ingin sentiasa melakukan yang terbaik.
Manusia tidak perlu dihukum kerana lupa, tetapi manusia perlu
dihukum kerana sengaja lupa.
Barangsiapa
mempertimbangkan keselamatan dalam tindakannya, maka tenanglah batinnya.
Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang
yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang.
-
Cecil B. DeMille
Jangan biarkan perahu hanyut tak berpenghuni nanti hanyutnya tidak singgah ke pelabuhan
Ukuran yang paling tinggi tentang adab
seseorang itu, ia wajib menaruh perasaan malu akan dirinya terlebih dahulu
-
Aflatun
Jambatan menjadi penghubung antara dua buah kampung, perkahwinan menjadi penghubung antara dua insan dan anak menjadi penghubung antara ibu dan ayah
Tiada
manusia yang bergembira sepanjang masa tetapi ianya bukanlah suatu alasan untuk
hidup sengsara
Kesempatan yang kecil
seringkali merupakan permulaan kepada usaha yang besar.
Menyesal tidak berbicara lebih baik daripada menyesal berbicara.
Sesungguhnya orang yang berakal itu menyembunyikan rahsianya, dan
orang yang jahil membuka keaibannya.
Anda akan mempunyai ramai kenalan jika anda meminati mereka dan
bukannya cuba membuat mereka meminati anda
Jangan memandang ke bawah
(untuk mengetahui kekuatan tanah yang dipijak) sebelum memulakan langkah
.Hanya
mereka yang menetapkan pandangan mereka ke arah horizon yang jauh
dihadapan sahaja yang akan menemui jalan sebenar.
Jangan mengukur kebijaksanaan seseorang hanya kerana kepandaiannya berkata-kata tetapi juga perlu dinilai buah fikiran serta tingkah lakunya.
Sesungguhnya apa yang kita lihat serupa sebenarnya tidak semestinya sama.
Akhlak yang buruk itu ibarat tembikar yang pecah. Tidak dapat dilekatkan lagi dan tidak dapat dikembalikan menjadi tanah -Wahab B Munabin
Sahabat sejati dan setia adalah lebih bernilai dari semua emas di dunia ini.
Peperangan hanya boleh menjanjikan kemenangan selepas kemusnahan dan kematian.
Adalah mudah menukarkan status seorang sahabat menjadi kekasih daripada (bekas) kekasih menjadi sahabat.
Bangsa penakut tidak boleh merdeka dan tidak berhak merdeka. Ketakutan adalah penasihat yang sangat curang untuk kemerdekaan -Andre Colin
Bangsa yang tidak percaya kepada kekuatan dirinya sebagai sesuatu bangsa, tidak dapat berdiri sebagai suatu bangsa merdeka -Soekarno
Semiskin-miskin orang ialah
orang yang kekurangan adab dan budi pekerti
-Hukama
Ciri orang yang beradab ialah dia sangat rajin dan suka belajar, dia tidak malu belajar daripada orang yang berkedudukan lebih rendah darinya - Confucius
Jangan tanya apa yang dibuat oleh negara untukmu, tapi tanyalah apa yang boleh kamu buat untuk negara -Abraham Lincoln
Jangan mengharapkan kebaikan dari orang yang tidak mengharapkan kebaikan dari kamu.
Hidup biar beradab, bukan hidup untuk biadap -Al-Ghazali Bayruni
Rakyat itu akar bangsa. Jika akarnya sihat, pokoknya pun sihat -Beng Tju
Agama tanpa ilmu adalah buta. Ilmu tanpa agama adalah lumpuh -Albert Einstein
Teman manusia yang sebenar ialah akal dan musuhnya yang celaka ialah jahil
Memohon doa kepada Tuhan adalah laksana samudera yang dapat mencapai setiap sudut pantai keperluan hidup manusia
Sesuatu khayalan kadang-kadang menjadi realiti
Jika manusia masih tetap jahat dengan adanya agama, bagaimana lagi jika tiada agama? -Benjamin Franklin
Jika kamu mendapat kesusahan, ingatlah menyimpan kesabaran- Horatius
Menghitung orang-orang gila di suatu negeri lebih sulit daripada menghitung orang-orang yang berakal.
Orang yang paling tidak bahagia ialah mereka yang paling takut pada perubahan - Mognon Me Lauhlin
Nilai hidup harus diukur
dengan garis yang lebih mulia, iaitu kerja dan bukannya usia.
-Richard
Brinsley Sheridan
Kecantikan hanya sedalam kulit, tetapi masuk ke dalam tulang -Pepatah inggeris
Kita patut berkorban supaya orang lain juga merasai kemanisan hidup.
Keruntuhan keluarga telah melahirkan generasi yang lemah -Rahmohan Ghandi
Rahsia untuk berjaya ialah menghormati orang lain
Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan
Kecemerlangan sebenar adalah apabila kamu dihentam sehingga bertekuk lutut, tetapi mampu melantun kembali.
Di sebalik keindahan rumah tersergam, disebalik senyum dan tawa, seseorang insan itu mungkin dilanda kepahitan dan kekecewaan yang tidak diketahui orang lain.
Sila ke laman Mutiara Kata 2