|
FASAL 1
NAMA
Pertubuhan ini
dikenali dengan nama Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau UMNO
(United Malays National Organisation)
|
FASAL 2
COGANKATA UMNO IALAH:-
BERSATU -
BERSETIA - BERKHIDMAT
|
FASAL 3
ASAS DAN TUJUAN
UMNO adalah
sebuah parti politik yang berjuang mendukung cita-cita kebangsaan Melayu
demi mengekalkan maruh dan martabat bangsa, agama dan negara.
|
3.1
|
Mempertahankan
kemerdekaan dan kedaulatan negara.
|
|
3.2
|
Mendukung dan
mempertahankan Perlembagaan Negara, Perlembagaan Negeri-negeri dan
Raja Berpelembagaan.
|
|
3.3
|
Menegak,
mempertahan dan mengembangkan Islam, agama rasmi negara serta
menghormati prinsip kebangsaan beragama.
|
|
3.4
|
Mempertahankan
kedaulatan rakyat dan keadilan sosial dengan mengamalkan Sistem
Pemerintahan Demokrasi Berparlimen serta memajukan ekonomi rakyat
Melayu dan Bumiputera khasnya dan rakyat Malaysia amnya.
|
|
3.5
|
Menjamin
kedudukan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu) sebagai bahasa rasmi
yang tunggal dan Kebudayaan Kebangsaan yang berteraskan Kebudayaan
Melayu.
|
|
3.6
|
Mewujudkan
kerjasama antara kaum bagi melahirkan satu bangsa Malaysia yang
kuat dan bersatu berasaskan kepada hak-hak Asasi Manusia dan
Hak-Hak Istimewa Orang Melayu dan Bumiputera.
|
|
FASAL 4
JENIS AHLI
|
4.1
|
Ahli-ahli
UMNO adalah dua jenis:
|
|
|
4.1.1
|
Ahli
Biasa
|
4.1.2
|
Ahli
Bergabung
|
|
|
4.2
|
Ahli Biasa
ialah Warganegara Malaysia yang berbangsa Melayu atau Bumiputera
yang berusia 18 tahun keatas.
|
|
4.3
|
Ahli Bergabung
ialah sebuah pertubuhan politik yang bersetuju berkerjasama dengan
UMNO dan menerima syarat-syarat yang ditetapkan oleh Majlis
Tertinggi.
|
|
FASAL 5
PENDAFTARAN KEAHLIAN
|
5.1
|
Tiap-tiap orang
Melayu dan Bumiputera berhak mendaftar diri sebagai ahli UMNO
mengikut Perlembagaan dan peraturannya.
|
|
5.2
|
Permohonan
mendaftar sebagai ahli biasa hendaklah dikemukaan kepada
Jawatankuasa Cawangan yang dikehendaki menerima dan meluluskan
permohonan tersebut.
|
|
5.3
|
Borang
pendaftaran menjadi ahli hendaklah ditandatangani oleh pemohon dan
seorang pencadang dari ahli daripada Cawangan di mana ia memohon
menjadi dan hendaklah disertakan dengan bayaran wang pendaftaran
dan yuran mengikut Fasal 25.1.
|
|
5.4
|
Jika pemohon
tidak didaftar sebagai ahli dalam satu bulan, ia boleh melapor hal
ini kepada Jawatankuasa Bahagian dan Jawatankuasa Bahagian mesti
mengarah Jawatankuasa Cawangan mendaftar pemohon tersebut sebagai
ahli.
|
|
5.5
|
Jika
Jawatankuasa Bahagian tidak melaksanakan mengikut Fasal 5.4 atau
Jawatankuasa Cawangan masih enggan mematuhi arahan Jawatankuasa
Bahagian, pemohon boleh dalam satu bulan, melapor kepada Majlis
Tertinggi yang selepas menimbang apa-apa bantahan di bawah Fasal
5.6, jika ada, mengarah Jawatankuasa Cawangan mendaftar prmohon
itu sebagai ahli.
|
|
5.6
|
Mana-mana ahli
boleh melapor kepada Majlis Tertinggi atas mana-mana pemohon yang
difikirkan tidak layak menjadi ahli serta memberi sebab-sebabnya.
|
|
5.7
|
Majlis
Tertinggi berhak membuat apa-apa keputusan atas mana-mana
permohonan pendaftaran keahlian atau taraf sesuatu pendaftaran itu
(termasuk menarik balik pendaftaran) dan keputusan itu adalah
muktamad.
|
|
5.8
|
Pertubuhan yang
hendak menjadi Ahli Bergabung hendaklah menghantar permohonannya
dengan bertulis yang ditandatangani oleh Yang Dipertua dan
Setiausaha kepada Setiausaha Agung UMNO.
|
|
5.9
|
Majlis
Tertinggi UMNO berkuasa menetapkan borang permohonan wang
pendaftaran dan yuran ahli.
|
|
FASAL 6
TANGGUNGJAWAB DAN HAK AHLI
|
6.1
|
Tiap-tiap ahli
mempunyai tanggungjawab seperti berikut:
|
|
|
6.1.1
|
Memegang
teguh dasar parti dan melaksanakan tujuan-tujuannya.
|
6.1.2
|
Mendaftar
diri sebagai pengundi dan mengundi di setiap pilihan raya,
melainkan atas sebab-sebab yang boleh diterima oleh Majlis
Tertinggi.
|
6.1.3
|
Menghadiri
mesyuarat-mesyuarat dan mengambil bahagian dalam
kegiatan-kegiatan parti.
|
6.1.4
|
Menjalankan
kerja-kerja pasrti dan mematuhi tataetika, perintah-perintah
dan disiplin parti.
|
6.1.5
|
Menyokong
calon-calon parti yang bertanding dalam pilihan raya.
|
6.1.6
|
Berkhidmat
kepada orang ramai.
|
6.1.7
|
Bersedia
dan sanggup menentang musuh-musuh negara.
|
|
|
6.2
|
Tiap-tiap ahli
mempunyai hak-hak yang berikut:
|
|
|
6.2.1
|
Bercakap
dan mengemukakan pendapat-pendapat dan mengundi di dalam
mesyuarat-mesyuarat parti.
|
6.2.2
|
Memilih,
dipilih dan dilantik untuk sebarang jawatan di dalam parti.
|
6.2.3
|
Mengambil
bahagian dalam pilihan raya dan menerima lantikan parti
sebagai seorang calon.
|
6.2.4
|
Ahli-ahli
yang sedang di dalam cadangan atau dipecat tidaklah hilang
hak keahlinnya.
|
6.2.5
|
Ahli-ahli
yang tidak menjadi wakil ke mesyuarat Perwakilan Bahagian
atau Perhimpunan Agung boleh dicalonkan dan bertanding di
peringkat yang berkenaan sekiranya memenuhi syarat di bawah
Fasal 9.5 dan Fasal 15.4.
|
6.2.6
|
Ahli-ahli
yang tidak hadir di Persidangan Cawangan boleh dicalonkan
dan bertanding sebarang jawatan atau sebagai wakil ke
Perwakilan Bahagian dengan menyatakan persetujuannya secara
bertulis.
|
|
|
6.3
|
Seseorang ahli
itu tidak berhak
|
|
|
6.3.1
|
Menjadi
ahli lebih daripada satu Cawangan.
|
6.3.2
|
Mewakilkan
hak mengundinya kepada sesiapa jua pun.
|
6.3.3
|
Menggunakan
haknya di bawah Fasal 6.2 sekiranya ia tidak menjelaskan
yuran mengikut peruntukan dalam Perlembagaan.
|
6.3.4
|
Menggunakan
haknya di bawah Fasal 6.2 jika dilarang di bawah akta
Pertubuhan 1966 atau setakat mana ia dikenakan hukuman
disiplin di bawah Fasal 20.9 dan 20.10.
|
6.3.5
|
Menjadi
Pengerusi Tetap, Timbalan Pengerusi Tetap Pemeriksa
Kira-Kira atau Ahli Jawatankauasalebih daripada satu
Cawangan atau Bahagian melainkan dengan kebenaran bertulis
daripada Majlis Tertinggi.
|
6.3.6
|
Menjadi
Ahli Jawatankuasa di peringkat yang sama di mana ia telah
dipilih menjadi Pengerusi Tetap, Timbalan Pengerusi Tetap
atau Pemeriksa Kira-Kira dan sebaliknya.
|
6.3.7
|
Mengambil
bahagian bercakap, mengundi, memilih dan dipilih dalam
Persidangan Cawangan dan Perwakilan Bahagian selain daripada
Cawangan dan Bahagian di mana ia menjadi ahli.
|
6.3.8
|
Mengambil
bahagian bercakap, mengundi, memilih dan dipilih dalam
mana-mana Cawangan atau Bahagian baru yang dimasukinya,
kiranya ahli telah menggunakan haknya itu dalam Cwangan atau
Bahagian asalnya bagi tahun berkenaan.
|
|
|
FASAL 7
SUSUNAN DAN PENTADBIRAN UMNO
|
7.1
|
Bentuk susunan
parti dan pembahagian kuasa adalah seperti berikut:
|
|
|
7.1.1
|
PUSAT-Perhimpunan
Agung atau waktu ketiadaannya Majlis Tertinggi.
|
7.1.2
|
PERHUBUNGAN-Badan
Perhubungan Negeri dan Wilayah Persekutuan.
|
7.1.3
|
BAHAGIAN-Perwakilan
Bahagian atau ketiadaannya Jawatankuasa Bahagian.
|
7.1.4
|
CAWANGAN-Persidangan
Cawangan atau waktu ketiadaannya Jawatankuasa Cawangan.
|
|
|
FASAL 8
PERHIMPUNAN AGUNG
|
8.1
|
Perhimpunan
Agung adalah kuasa tertinggi parti dan perjalanan parti adalah
berasakan kepada kuasa dan perintahnya tertakluk kepada
Perlembagaan dan juga Peraturan UMNO.
|
|
8.2
|
Perhimpunan
Agung Tahunan hendaklah diadakan sekali dalam setahun pada
bila-bila masa yang ditetapkan oleh Majlis Tertinggi dengan syarat
tidak lewat daripada 18 bulan dari tarikh Perhimpunan Agung yang
lalu.
|
|
8.3
|
Tugas-tugas
Perhimpunan Agung Tahunan ialah:
|
|
|
8.3.1
|
Menentukan
dasar-dasar parti.
|
8.3.2
|
Mengkaji
kerja-kerja Majlis Tertinggi.
|
8.3.3
|
Tertakluk
kepada Fasal 9.3 memilih Ahli-ahli Majlis Tertinggi.
|
8.3.4
|
Memilih
Pengerusi Tetap, Timbalan Pengerusi Tetap dan melantik
Juruaudit untuk tempoh tiga tahun.
|
|
|
8.4
|
Perhimpunan
Agung Tahunan hendaklah terdiri daripada:
|
|
|
8.4.1
|
Pengerusi
Tetap dan Timbalan Pengerusi Tetap.
|
8.4.2
|
Ahli-ahli
Majlis Tertinggi.
|
8.4.3
|
Wakil
yang dipilih oleh Perwakilan Tahunan Bahagian sebanyak
seorang wakil bagi tiap-tiap lima ratus orang ahli yang
telah menjelaskan yuran dengan syarat bilangan wakil-wakil
itu tdak lebih daripada tujuh orang dari satu Bahagian
termasuk Bahagian yang Jawatankuasanya sedang digantung jika
Bahagian itu boleh mengadakan Perwakilan Bahagian dengan
sempurna.
|
8.4.4
|
Ketua,
Timbalan Ketua, Naib Ketua, Ketua Pergerakan Pemuda dan
Ketua Pergerakan Wanita Bahagian yang telah mengadakan
Perwakilan Bahagian dan telah menjelaskan yuran mengikut
peruntukan dalam Perlembagaan. Mereka di atas yang menjadi
Ahli Majlis Tertinggi berhak melantik gantinya yang terdiri
daripada Pengerusi Tetap, Timbalan Pengerusi Tetap atau Ahli
Jawatankuasa Bahagian.
|
8.4.5
|
Tidak
lebih daripada sepuluh orang wakil Pergerakan Pemuda dan
sepuluh orang wakil Pergerakan Wanita yang dipilih oleh
Perhimpunan Agung Pergerakan masing-masing.
|
|
|
8.5
|
Perhimpunan
Agung Khas hendaklah diadakan apabila dikehendaki oleh salah satu
daripada tiga permintaan yang berikut:
|
|
|
8.5.1
|
Dengan
kehendak Presiden.
|
8.5.2
|
Dengan
permintaan bertulis dari pada dua pertiga Ahli-ahli Majlis
Tertinggi.
|
8.5.3
|
Dengan
permintaan bertulis oleh sekurang-kurangnya satu perdua
daripada jumlah semua Bahagian itu telah mengadakan
mesyuarat Perwakilan Khas atas masalah yang sama.
|
|
|
8.6
|
Mengikut Fasal
8.5.2 di atas Setiausaha Agung hendaklah memanggil Perhimpunan
Agung Khas itu. Jika Setiausaha Agung tidak berbuat demikian dalam
tempoh empat belas hari selepas tarikh permohonan daripada
Bahagian yang terakhir itu diterima maka Perhimpunan Agung Khas
itu hendaklah dipanggil oleh Pengerusi Tetap atau Timbalannya dan
jika Pengerusi Tetap dan Timbalannya tidak berbuat demikian dalam
tempoh dua puluh daripada lapan hari daripada permohonan asal
diterima maka Bahagian-bahagian yang memohon diadakan Perhimpunan
Agung Khas itu boleh memanggil Perhimpunan Agung Khas tersebut
dengan syarat semua ahli Perwakilan dijemput hadir melalui
bahagian.
|
|
FASAL 9
MAJLIS TERTINGGI
|
9.1
|
Majlis
Tertinggi adalah menjadi badan yang menjalankan pentadbiran
hal-ehwal UMNO di bawah kekuasaan dan perintah Perhimpunan Agung
dan Majlis Tertinggi adalah berkuasa menjalankan sebarang langkah
bagi pihak Perhimpunan Agung pada masa ketiadaannya tetapi segala
langkahnya itu hendaklah dimaklumkan kepada Perhimpunan Agung.
|
|
9.2
|
Majlis
Tertinggi hendaklah terdiri daripada:
|
|
|
9.2.1
|
Presiden.
|
9.2.2
|
Timbalan
Presiden.
|
9.2.3
|
Lima
orang Naib Presiden termasuk Ketua Pergerakan Pemuda dan
Wanita.
|
9.2.4
|
Ketua
Puteri.
|
9.2.5
|
Setiausaha
Agung.
|
9.2.6
|
Bendahari.
|
9.2.7
|
Ketua
Penerangan.
|
9.2.8
|
Tidak
lebih daripada dua puluh lima orang yang di pilih oleh
Perhimpunan Agung.
|
9.2.9
|
Tidak
lebih daripada 12 orang yang dilantik oleh Presiden termasuk
sekurang-kurangnya seorang dari Pergerakan Pemuda dan
seorang dari Pergerakan Wanita.
|
|
|
9.3
|
Presiden,
Timbalan Presiden, 3 orang Naib Presiden dan 25 orang Ahli Majlis
Tertinggi yang dipilih oleh Perhimpunan Agung tiap-tiap 3 tahun
sekali.
|
|
9.4
|
Ketua, Naib
Ketua Pemuda dan Ketua, Naib Ketua Wanita hendaklah dipilih oleh
Perhimpunan Agung masing-masing tiap-tiap 3 tahun. Ketua Pemuda
dan Ketua Wanita mempunyai hak-hak dan kuasa-kuasa Naib Presiden.
|
|
9.5
|
Calon-calon
yang bertanding untuk memegang jawatan Majlis Tertinggi hendaklah
dinamakan oleh sekurang-kurangnya:
|
|
|
a)
|
Presiden
- 30%
|
b)
|
Timbalan
Presiden - 20%
|
c)
|
Naib
Presiden - 10%
|
d)
|
Ahli-ahli
Majlis Tertinggi - 5%
|
daripada
jumlah bahagian yang sah mengikut Fasal 14.5.4
|
|
9.6
|
Setiausaha
Agung, Bendahari dan Ketua Penerangan dilantik oleh Presiden dan
memegang jawatan mereka selama 3 tahun kecuali mereka berhenti
atau diberhentikan
|
|
9.7
|
Pegawai-pegawai
UMNO ialah:
|
|
|
9.7.1
|
Presiden
|
9.7.2
|
Timbalan
Presiden
|
9.7.3
|
Lima
orang Naib Presiden
|
9.7.4
|
Setiausaha
Agung
|
9.7.5
|
Bendahari
|
9.7.6
|
Ketua
Penerangan
|
|
|
9.8
|
Tugas-tugas
pegawai dalam Majlis Tertinggi:
|
|
|
9.8.1
|
Presiden
|
|
9.8.1.1
|
Menjadi
pemimpin utama dan bertanggungjawab menjaga
kesempurnaan perjalanan parti.
|
9.8.1.2
|
Melantik
Setiausaha Agung, Bendahari dan Ketua Penerangan dan
Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Perhubungan Negeri
Wilayah Persekutuan.
|
9.8.1.3
|
Memanggil
dan mempengerusikan sidang Majlis Tertinggi.
|
9.8.1.4
|
Melantik
tidak lebih daripada 12 orang Ahli Majlis Tertinggi
mengikut Fasal 9.2.9.
|
|
9.8.2
|
Timbalan
Presiden
|
|
9.8.2.1
|
Membantu
tugas-tugas Presiden.
|
9.8.2.2
|
Mempengerusikan
sidang-sidang Majlis Tertinggi semasa ketiadaan
Presiden.
|
|
9.8.3
|
Naib-Naib
Presiden
|
|
9.8.3.1
|
Membantu
tugas-tugas Presiden.
|
9.8.3.2
|
Mempengerusikan
sidang-sidang Majlis Tertinggi apabila Presiden dan
Timbalan Presiden tidak hadir.
|
|
9.8.4
|
Setiausaha
Agung
|
|
9.8.4.1
|
Bertanggungjawab
kepada Presiden.
|
9.8.4.2
|
Bertanggungjawab
atas kesempurnaan sidang-sidang Majlis Tertinggi dan
Perhimpunan Agung.
|
9.8.4.3
|
Menyediakan
Penyata Tahunan yang menerangkan perkerjaan dan
kemajuan parti dalam masa setahun kepada Majlis
Tertinggi.
|
|
9.8.5
|
Bendahari
|
|
9.8.5.1
|
Bertanggungjawab
atas kesempurnaan perjalanan kewangan Ibu Pejabat.
|
9.8.5.2
|
Menyediakan
Penyata Kira-Kira Kewangan untuk diperiksa oleh
Pemeriksa Kira-Kira yang dilantik oleh Perhimpunan
Agung.
|
9.8.5.3
|
Menyediakan
anggaran pendapatan dan perbelanjaan tahunan kepada
Majlis Tertinggi.
|
9.8.5.4
|
Membentangkan
Penyata dan butir kira-kira yang diperiksa dan
disahkan oleh Pemeriksa Kira-Kira kepada Majlis
Tertinggi.
|
9.8.5.5
|
Memaklumkan
kepada Majlis Tertinggi kedudukan harta benda milik
UMNO dan Pemegang Amanah sekurang-kurangnya sekali
setahun.
|
|
9.8.6
|
Ketua
Pergerakan Pemuda dan Ketua Pergerakan Wanita
|
|
9.8.6.1
|
Tugas-tugas
Ketua Pergerakan Pemuda dan Wanita ditetapkan oleh
peraturannya masing-masing selain daripada tugasnya
mengikut Fasal 9.8.3.
|
|
9.8.7
|
Ketua
Penerangan
|
|
9.8.7.1
|
Bertanggungjawab
atas kesempurnaan kegiatan penerangan dan
melaporkannya kepada Majlis Tertinggi
|
9.8.7.2
|
Mentadbir
Jabatan Penerangan di Ibu Pejabat dan menyusun kerja
pegawai-pegawai di dalam Jabatan itu
|
|
|
|
9.9
|
Jika Presiden
berhenti maka Timbalan Presiden hendaklah memangku jawatan itu
sehingga diadakan Perhimpunan Agung untuk memilih Presiden baru
mengikut Fasal 9.3 dan ia mempunyai kuatkuasa mengikut Fasal
9.8.1.
|
|
9.10
|
Jika Pemangku
Presiden berhenti, Majlis Tertinggi hendaklah memilih salah
seorang daripada Naib Presiden memangku jawatan itu sehingga
diadakan Perhimpunan Agung mimilih Presiden baru mengikut Fasal
9.3 dan ia mempunyai kuatkuasa mengikut Fasal 9.8.1.
|
|
9.11
|
Jika semua Ahli
Majlis Tertinggi berhenti serentak maka Pengerusi Tetap atau
Timbalannya hendaklah dalam tempoh tidak lebih daripada enam puluh
hari mengadakan Perhimpunan Agung Khas bagi menubuhkan semula
Majlis Tertinggi dan Perhimpunan Agung itu hendaklah menetapkan
tempoh perkhidmatan Majlis Tertinggi yang baru ditubuhkan itu.
|
|
9.12
|
Jawatan
Ahli-ahli Majlis Tertinggi termasuk Presiden dan Timbalan Presiden
boleh dilucutkan atau Majlis Tertinggi dibubarkan oleh Perhimpunan
Agung Khas dengan undian tidak kurang daripada dua pertiga
daripada jumlah bilangan ahli yang berhak hadir.
|
|
9.13
|
Majlis
Tertinggi hendaklah bersidang sekurang-kurangnya sekali dalam masa
dua bulan, atau
|
|
|
9.13.1
|
Pada
bila-bila masa yang dikehendaki oleh Presiden atau
|
9.13.2
|
Dengan
permintaan bertulis oleh satu pertiga daripada Ahli-ahli
Majlis Tertinggi.
|
|
|
9.14
|
Jika Setiusaha
Agung tidak memanggil mesyuarat mengikut Fasal 9.13.2 dalam tempoh
empat belas hari daripada tarikh permohonan itu dibuat maka
ahli-ahli yang memohon boleh memanggil mesyuarat itu dengan syarat
semua Ahli Majlis Tertinggi dijemput hadir.
|
|
9.15
|
Satu Perdua
daripada bilangan Ahli Majlis Tertinggi adalah menjadi cukup
bilang bagi menjalankan mesyuarat.
|
|
FASAL 10
TANGGUNGJAWAB MAJLIS TERTINGGI
|
10.1
|
Menjalankan
sebarang usaha bersama dengan kumpulan-kumpulan lain atas hal-hal
politik atau lain-lain yang sesuai dengan tujuan-tujuan UMNO.
|
|
10.2
|
Menerima wang
yuran tahunan yang dibayar melalui Cawangan dan Bahagian-bahagian
yang dibuat mengikut Fasal 25.2 dan Fasal 26.1 dan menentukan
tarikh pembayaran yuran mengikut Fasal 25.2 dan 25.3.
|
|
10.3
|
Memilih
calon-calon bagi Pilihan Raya Dewan Rakyat dan Dewan Undangan
Negeri setelah berunding dengan Pengerusi-pengerusi Badan
Perhubungan bagi Negeri-negeri yang berkenaan dan Jawatankuasa
Bahagian mengikut peraturan yang dibuat oleh Majlis Tertinggi.
|
|
10.4
|
Menunaikan
segala syarat-syarat yang dikehendaki oleh Akta Pertubuhan 1966.
|
|
10.5
|
Membentangkan
kepada Perhimpunan Agung suatu Penyata Tahunan dan Penyata
Kira-Kira Tahunannya yang telah diperiksa dan disahkan oleh
Pemeriksa Kira-Kira.
|
|
10.6
|
Menghantar
kepada Bahagian Penyata Tahunan berserta dengan Penyata Kira-Kira
sekurang-kurangnya tujuh hari sebelum tarikh Perhimpunan Agung.
|
|
10.7
|
Menentukan
taraf pendaftaran seseorang ahli (mengikut Fasal 5.7), menggantung
atau melucutkan keahlian seseorang ahli.
|
|
10.8
|
Tertakluk
kepada kelulusan Pendaftar Pertubuhan, menubuhkan Badan
perhubungan, Bahagian dan Cawangan-cawangan dan menentukan
perjalanannya dan boleh menggantung atau membubarkan Badan
Perhubungan, Bahagian Cawangan itu dan/atau Jawatankuasa
masing-masing serta menentukan penubuhan semula dan/atau pemilihan
jawatankuasa yang digantung atau dibubarkan itu.
|
|
10.9
|
Dengan
persetujuan dua pertiga daripada bilangan Ahli Majlis Tertinggi,
berhak menolak semua sekali Ahli Perwakilan Bahagian yang
menghadiri Perhimpunan Agung yang didapati pungutan yuran tidak
mengikut Fasal 25.1 dan 25.2.
|
|
10.10
|
Melucutkan
jawatan mana-mana Ahli Badan Perhubungan, Jawatankuasa Bahagian
dan Cawangan atas apa-apa sebab sekali pun.
|
|
10.11
|
Melantik
seorang Pegawai Awam.
|
|
10.12
|
Menentukan
perbelanjaan, menamakan mereka yang ditauliahkan menandatangani
cek dan menetapkan tempat menyimpan wang.
|
|
10.13
|
Melantik
Pemegang Amanah dan memberhentikannya pada bila-bila masa juapun.
|
|
10.14
|
Menetapkan
tarikh Perwakilan Bahagian dan dengan tidak menghiraukan Fasal
15.3, berkuasa menentukan mana-mana satu di antara Perwakilan
Bahagian-bahagian yang diadakan itu bagi memilih Jawatankuasanya.
|
|
10.15
|
Membuat
peraturan bagi menubuhkan Jawatankuasa Pemilihan untuk mengawal
dan menyelia pemilihan jawatan-jawatan di semua peringkat dan
menubuhkan Jawatan-jawatankuasa kecil yang lain.
|
|
10.16
|
Mengambil
sebarang langkah selain daripada perkara-perkara yang tersebut di
atas bagi kesempurnaan perjalanan parti.
|
|
10.17
|
Majlis
Tertinggi berhak menangguhkan pemilihan di peringkat Majlis
Tertinggi Bahagian dan Cawangan. Penangguhan ini tidak boleh lebih
daripada 18 bulan dari tarikh pemilihan yang sepatutnya ia
diadakan.
|
|
FASAL 11
PEJABAT SETIAUSAHA AGUNG
Pejabat
Setiausaha Agung adalah menjadi Pejabat Berdaftar, iaitu di Tingkat 38,
Menara Dato' Onn, Kompleks UMNO, Jalan Tun Ismail, 50480 Kuala Lumpur
atau dimana-mana tempat yang ditentukan oleh Majlis Tertinggi dan
diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan.
|
FASAL 12
BADAN PERHUBUNGAN
|
12.1
|
Badan
Perhubungan boleh ditubuhkan oleh Majlis Tertinggi di tiap-tiap
Negeri dan Wilayah Persekutuan.
|
|
12.2
|
Badan
Perhubungan terdiri daripada:
|
|
|
12.2.1
|
Pengerusi.
|
12.2.2
|
Timbalan
Pengerusi.
|
12.2.3
|
Setiausaha.
|
12.2.4
|
Bendahari.
|
12.2.5
|
Ketua
Penerangan.
|
12.2.6
|
Ketua-ketua
Bahagian.
|
12.2.7
|
2 orang
wakil Pergerakan Pemuda Negeri dan 2 orang wakil Pergerakan
Wanita Negeri dan Wilayah Persekutuan yang dilantik oleh
Ketua Pergerakan masing-masing.
|
|
|
12.3
|
Setiausaha,
Bendahari dan Ketua Penerangan dilantik oleh Pengerusi dan akan
memegang jawatan mereka selama tempoh Majlis Tertinggi kecuali
mereka berhenti atau diberhentikan oleh Pengerusi.
|
|
12.4
|
Timbalan Ketua
Bahagian berhak mengambil tempat Ketua Bahagian di Mesyuarat
Jawatankuasa Badan Perhubungan Jika Ketua Bahagian tidak dapat
hadir.
|
|
12.5
|
Pengerusi dan
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan hendaklah dilantik oleh
Presiden yang mereka memegang jawatan masing-masing selama tiga
tahun daripada tarikh perlantikannya tetapi boleh diberhentikan
oleh Presiden pada bila-bila masa.
|
|
12.6
|
Wakil Majlis
Tertinggi boleh hadir dan mengambil bahagian dalam sebarang
mesyuarat Badan Perhubungan tetapi tidak boleh mengundi.
|
|
12.7
|
Badan
Perhubungan hendaklah bersidang sekurang-kurangnya sekali dalam
masa dua bulan, atau
|
|
|
12.7.1
|
Pada
bila-bila masa dikehendaki oleh Pengerusi atau
|
12.7.2
|
Dengan
permintaan bertulis daripada satu pertiga daripada bilangan
ahli-ahlinya.
|
|
|
12.8
|
Jika Setiausaha
tidak memanggil mesyuarat mengikut Fasal 12.7.2 selepas 14 hari
daripada tarikh permohonan itu diterima maka ahli-ahli yang
memohon itu boleh mengadakan mesyuarat itu dengan syarat semua
ahli hendaklah dijemput hadir.
|
|
12.9
|
Satu perdua
daripada bilangan Ahli Badan Perhubungan adalah menjadi cukup
bilang menjalankan mesyuaratnya.
|
|
12.10
|
Badan
Perhubungan hendaklah mengadakan konvensyen di peringkat Negeri
dan Wilayah Persekutuan sekurang-kurangnya sekali setahun
mengandungi wakil-wakil daripada Bahagian-bahagian. Majlis
Tertinggi berkuasa menentukan syarat-syarat dan lain-lain perkara
berhubung dengan konvensyen itu.
|
|
12.11
|
Dalam tiap-tiap
Mesyuarat Badan Perhubungan jika Pengerusi dan Timbalannya tidak
hadir maka salah seorang daripada ahli yang hadir itu boleh
dipilih menjadi Pengerusi.
|
|
12.12
|
Tugas-tugas
Pegawai Badan Perhubungan:
|
|
|
12.12.1
|
Pengerusi.
|
|
12.12.1.1
|
Melantik
Setiausaha, Ketua Penerangan dan Bendahari.
|
12.12.1.2
|
Memanggil
dan mempengerusikan Mesyuarat Badan Perhubungan.
|
12.12.1.3
|
Bertanggungjawab
atas semua anggota Pejabat Badan Perhubungan.
|
|
12.12.2
|
Timblan
Pengerusi.
|
|
12.12.2.1
|
Membantu
tugas-tugas Pengerusi.
|
12.12.2.2
|
Mempengerusikan
Mesyuarat Badan Perhubungan apabila Pengerusi tidak
hadir.
|
|
12.12.3
|
Setiausaha.
|
|
12.12.3.1
|
Bertanggungjawab
secara langsung kepada Pengerusi.
|
12.12.3.2
|
Bertanggungjawab
atas kesempurnaan mesyuarat-mesyuarat dan Pejabat
Perhubungan.
|
12.12.3.3
|
Memanggil
Mesyuarat mengikut Fasal 12.7.
|
|
12.12.4
|
Bendahari.
|
|
12.12.4.1
|
Bertanggungjawab
atas kesempurnaan perjalanan kewangan.
|
12.12.4.2
|
Membentangkan
laporan kewangan kepada Badan Perhubungan.
|
12.12.4.3
|
Memaklumkan
kepada Badan Perhubungan kedudukan harta benda milik
UMNO dan Pemegang Amanah sekurang-sekurangnya sekali
setahun.
|
|
12.12.5
|
Ketua
Penerangan.
|
|
12.12.5.1
|
Bertanggungjawab
atas penerangan dan penyiaran.
|
12.12.5.2
|
Melaporkan
kepada Badan Perhubungan atas kerja-kerja penerangan
di peringkat Negeri.
|
|
|
|
12.13
|
Tanggungan,
kuasa dan kewajipan Badan Perhubungan ialah:
|
|
|
12.13.1
|
Mengatur
dan menyelaraskan perjalanan sesebuah Negeri dan Wilayah
Persekutuan.
|
12.13.2
|
Memilih
ahli-ahli bagi mewakili parti di dalam sebarang kumpulan
atau Lembaga di Peringkat Negeri dan Wilayah Persekutuan.
|
12.13.3
|
Menentukan
perbelanjaan, menamakan mereka yang ditauliahkan
menandatangani cek dan menetapkan tempat menyimpan wang.
|
12.13.4
|
Melantik
Pemegang Amanah dan memberhentikan pada bila-bila masa pun.
|
12.13.5
|
Manunaikan
segala syarat yang dikehendaki oleh Akta Pertubuhan 1966.
|
12.13.6
|
Menyelesaikan
sebarang masalah yang berbangkit di dalam Bahagian dan
Cawangan dengan kehendak Majlis Tertinggi.
|
12.13.7
|
Membentangkan
Penyata Tahunan serta Penyata Kira-Kira wang tahunannya yang
telah diperiksa dan di sahkan oleh Pemeriksa Kira-kira pada
Majlis Tertinggi.
|
|
|
FASAL 13
PEJABAT SETIUSAHA BADAN PERHUBUNGAN
Pejabat
Setiausaha Badan Perhubungan itu hendaklah ditempatkan di pusat
pentadbiran UMNO Negeri itu atau di mana-mana juga tempat yang
ditentukan oleh Badan Perhubungan Negeri dan diluluskan oleh Pendaftar
Pertubuhan.
|
FASAL 14
BAHAGIAN
|
14.1
|
Majlis
Tertinggi berkuasa menubuhkan sebuah Bahagian disetiap kawasan
Pilihan Raya Dewan Rakyat.
|
|
14.2
|
Tertakluk
kepada Perlembagaan dan Peraturan Persidangan UMNO, perjalanan
Bahagian adalah berasakan pada kuasa dan perintah Perwakilan
Bahagian.
|
|
14.3
|
Perwakilan
Bahagian hendaklah diadakan sekali setahun tidak kurang daripada
60 hari sebelum tarikh diadakan Perhimpunan Agung. Kelonggaran
boleh diberikan oleh Majlis Tertinggi tertakluk kepada Fasal
10.14.
|
|
14.4
|
Perwakilan
Bahagian hendaklah terdiri daripada:
|
|
|
14.4.1
|
Pengerusi
Tetap dan Timbalan Pengerusi Tetap.
|
14.4.2
|
Ahli-ahli
Jawatankuasa Bahagian.
|
14.4.3
|
Ketua
Cawangan yang Cawangannya telah mengadakan persidangan dan
telah menjelaskan yuran kepada Bahagian bagi tahun berkenaan.
Ketua Cawangan yang menjadi Ahli Jawatankuasa Bahagian
berhak melantik gantinya yang terdiri daripada Pengerusi
Tetap, Timbalan Pengerusi Tetap atau Ahli Jawatankuasa
Cawangan.
|
14.4.4
|
Wakil-wakil
yang dilantik oleh Persidangan Cawangan sebanyak seorang
wakil bagi tiap-tiap lima puluh orang ahli yang telah
menjelaskan yurannya mengikut Fasal 25.1 dan 25.2, tetapi
jumlah Ahli Perwakilan itu tidak lebih daripada lima orang
dari satu cawangan.
|
14.4.5
|
Cawangan-cawangan
yang dicadangkan oleh Bahagian untuk digantung atau
dibubarkan dan Jawatankuasa Cawangan yang telah digantung
oleh Majlis Tertinggi boleh menghantar wakil jika Cawangan
itu dapat mengadakan Persidangan dengan sempurna.
|
14.4.6
|
Tidak
lebih daripada sepuluh (10) orang wakil Pergerakan Pemuda
dan sepuluh (10) orang wakil Pergerakan Wanita yang dipilih
oleh Perwakilan Bahagiannya masing-masing.
|
|
|
14.5
|
Tugas-tugas
Perwakilan Bahagian ialah:
|
|
|
14.5.1
|
Memilih
Ahli-ahli Jawatankuasa Bahagian tertakluk kepada Fasal 15.3.
|
14.5.2
|
Memilih
wakil-wakil Bahagian ke Perhimpunan Agung. Wakil-wakil yang
tidak dipilih dalam Perwakilan Bahagian atau sebarang
pertukaran selepas itu tidak sah. Mana-mana wakil yang tidak
dapat hadir tidak boleh melantik gantinya.
|
14.5.3
|
Membincangkan
dasar-dasar parti untuk dikemukakan dalam Perhimpunan Agung.
|
14.5.4
|
Mencadangkan
calon-calon untuk bertanding menjadi Ahli Majlis Tertinggi.
|
14.5.5
|
Memilih
Pengerusi Tetap, Timbalan Pengerusi Tetap dan 2 orang
Pemeriksa Kira-kira mengikut Fasal 28.2.
|
|
|
14.6
|
Perwakilan Khas
Bahagian hendaklah diadakan apabila dikehendaki oleh salah satu
daripada permintaan berikut:
|
|
|
14.6.1
|
Dengan
permintaan bertulis daripada sekurang-kurangnya dua pertiga
daripada Ahli-ahli Jawatankuasa Bahagian.
|
14.6.2
|
Dengan
permintaan bertulis oleh sekurang-kurangnya satu perdua
daripada jumlah semua Cawangan dengan syarat
Cawangan-cawangan itu telah mengadakan Persidangan Khasnya
atas masalah yang sama.
|
14.6.3
|
Dengan
kehendak Majlis Tertinggi.
|
|
|
14.7
|
Setiausaha
Bahagian hendaklah memanggil Perwakilan Khas Bahagian itu. Jika
Setiausaha Bahagian tidak berbuat demikian dalam tempoh empat
belas (14) hari daripada tarikh permohonan cawangan yang terakhir
itu diterima maka Perwakilan Khas Bahagian itu hendaklah dipanggil
oleh Majlis Tertinggi.
|
|
14.8
|
Perwakilan khas
bahagian itu hendaklah diadakan mengikut kaedah Perwakilan
Bahagian dan ahli-ahli yang hadir dalam Perwakilan Bahagian bagi
tahun yang baru lalu sahaja boleh hadir kecuali jika Persidangan
Khas Cawangan itu menggantikannya dengan ahli yang lain.
|
|
FASAL 15
JAWATANKUASA BAHAGIAN
|
15.1
|
Jawatankuasa
Bahagian hendaklah terdiri daripada:
|
|
|
15.1.1
|
Ketua.
|
15.1.2
|
Timbalan
Ketua.
|
15.1.3
|
Tiga (3)
orang Naib Ketua termasuk Ketua Pergerakan Pemuda dan Wanita.
|
15.1.4
|
Setiausaha.
|
15.1.5
|
Bendahari.
|
15.1.6
|
Ketua
Penerangan.
|
15.1.7
|
Tidak
lebih daripada dua pulu (20) orang yang dipilih oleh
Perwakilan Bahagian.
|
15.1.8
|
Tidak
lebih daripada tujuh (7) orang yang dilantik oleh Ketua
termasuk sekurang-kurang seorang dari Pergerakan Pemuda dan
seorang dari Pergerakan Wanita.
|
|
|
15.2
|
Ahli Dewan
Rakyat dan Ahli Dewan Undangan Negeri bagi Bahagian tersebut yang
bukan dipilih atau dilantik mengikut Fasal 15.1 berhak menghadiri
tiap-tiap mesyuarat Jawatankuasa Bahagian sebagai ahli tetapi
tidak boleh mengundi.
|
|
15.3
|
Ketua, Timbalan
Ketua, Naib Ketua, Ketua dan Naib Ketua Pergerakan Pemuda, Ketua
dan Naib Ketua Pergerakan Wanita dan Ahli-ahli Jawatankuasa
mengikut Fasal 15.1.7, hendaklah dipilih tiap-tiap 3 tahun sekali.
Walau bagaimanapun Majlis Tertinggi boleh menagguhkan pemilihan
bagi suatu tempoh yang tidak lebih daripada 18 bulan daripada
tarikh pemilihan yang sepatutnya diadakan mengikut Fasal 10.17.
|
|
15.4
|
Setiausaha,
Bendahari, Ketua Penerangan dan ahli yang dilantik oleh Ketua
Bahagian akan memegang jawatan mereka selama tempoh Jawatankuasa
Bahagian yang berkenaan kecuali mereka berhenti atau diberhentikan
oleh Ketua Bahagian.
|
|
15.5
|
Calon-calon
yang bertanding untuk memegang jawatan dalam Jawatankuasa Bahagian
hendaklah dinamakan oleh sekurang-kurangnya:
|
|
|
a)
|
Ketua -
20%
|
b)
|
Timbalan
Ketua - 15%
|
c)
|
Naib -
10%
|
d)
|
Ahli
Jawatankuasa - 2 Cawangan
|
daripada
jumalah Cawangan yang sah dalam Bahagian mengikut Fasal 17.5.7
kecuali apabila mana-mana Bahagian di mana Cawangannya melebihi
150 Cawangan mencukupilah seorang calon itu mendapat sokongan
sekurang-kurangnya 30 Cawangan bagi Ketua dan 10 Cawangan bagi
Naib Ketua
|
|
15.6
|
Jawatan
Ahli-ahli Jawatankuasa Bahagian tidak menjadi kosong disebabkan
seseorang ahli itu dilantik menjadi pegawai mengikut Fasal 15.4.
|
|
15.7
|
Jika Ketua
Bahagian berhenti atau diberhentikan maka Timbalan Ketua akan
memangku jawatan itu dan jika Pemangku Ketua berhenti atau
diberhentikan maka Jawatankuasa bolehlah melantik salah seorang
daripada Naib Ketua memangku jawatan itu atau melantik salah
seorang Ahli Jawatankuasa jika ketiadaan Naib Ketua untuk memangku
Jawatan itu sehingga diadakan Perwakilan Bahagian mengikut Fasal
15.3.
|
|
15.8
|
Jika semua
Ahli-ahli Jawatankuasa Bahagian berhenti serentak maka Majlis
Tertinggi akan mengadakan Perwakilan Khas Bahagian untuk
menubuhkan semula Jawatankuasa Bahagian itu dan menetukan tempoh
perkhidmatannya.
|
|
15.9
|
Jawatankuasa
Bahagian hendaklah bersidang sekurang-kurangnya sekali dalam
tempoh dua bulan atau.
|
|
|
15.9.1
|
Pada
bial-bila masa lain yang dikehendaki oleh Ketua atau
|
15.9.2
|
Dengan
permintaan bertulis oleh satu pertiga daripada Ahli-ahli
Jawatankuasa
|
|
|
15.10
|
Jika Setiausaha
Bahagian tidak memanggil mesyuarat mengikut Fasal 15.9.2 dalam
tempoh tujuh hari daripada tarikh permohonan itu dibuat, maka
ahli-ahli yang memohon boleh memanggil mesyuarat itu dengan syarat
semua Ahli Jawatankuasa Bahagian dijemput hadir.
|
|
15.11
|
Satu perdua
daripada Ahli-ahli Jawatankuasa adalah menjadi cukup bilang bagi
menjalankan mesyuarat.
|
|
15.12
|
Tugas-tugas
Pegawai dan Jawatankuasa Bahagian:
|
|
|
15.12.1
|
Ketua
Bahagian.
|
|
15.12.1.1
|
Bertanggungjawab
atas kesempurnaan perjalanan Bahagian dan Cawangan di
dalam Bahagian.
|
15.12.1.2
|
Bertanggungjawab
atas semua pegawai dan anggota pejabat Bahagian.
|
15.12.1.3
|
Memanggil
dan mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Bahagian.
|
15.12.1.4
|
Melantik
Setiausaha, Bendahari dan Ketua Penerangan dan
bertanggungjawab atas kesempurnaan tugas mereka.
|
15.12.1.5
|
Melantik
7 orang Ahli Jawatankuasa Bahagian.
|
|
15.12.2
|
Timbalan
Ketua.
|
|
15.12.2.1
|
Membantu
tugas-tugas Ketua Bahagian.
|
15.12.2.2
|
Mempengerusikan
mesyuarat Jawatankuasa Bahagian apabila Ketua Bahagian
tidak hadir.
|
|
15.12.3
|
Naib
Ketua.
|
|
15.12.3.1
|
Membantu
tugas-tugas Ketua Bahagian.
|
15.12.3.2
|
Mempengerusikan
mesyuarat Jawatankuasa Bahagian apabila Ketua dan
Timbalannya tidak hadir.
|
|
15.12.4
|
Setiausaha.
|
|
15.12.4.1
|
Bertanggungjawab
secara langsung kepada Ketua Bahagian.
|
15.12.4.2
|
Bertanggungjawab
atas kesempurnaan mesyuarat Jawatankuasa Bahagian dan
Perwakilan Bahagian.
|
15.12.4.3
|
Menyediakan
Penyata Tahunan UMNO Bahagian.
|
|
15.12.5
|
Bendahari.
|
|
15.12.5.1
|
Bertanggungjawab
atas kesempurnaan perjalanan kewangan Bahagian itu.
|
15.12.5.2
|
Menyediakan
dan membentangkan Penyata kewangan Tahunan yang
disahkan oleh Pemeriksa Kira-Kira kepada Jawatankuasa
Bahagian.
|
15.12.5.3
|
Memaklumkan
kepada Jawatankuasa Bahagian kedudukan harta benda
milik UMNO Bahagian dan pemegang Amanah
sekurang-kurangnya sekali setahun.
|
|
15.12.6
|
Ketua
Penerangan.
|
|
15.12.6.1
|
Menjalankan
tugas penerangan di peringkat Bahagian dan
|
15.12.6.2
|
Melaporkan
kepada Bahagian akan tugas-tugas tersebut.
|
|
|
|
15.13
|
Tanggungan,
kuasa dan kewajipan Jawatankuasa Bahagian ialah:
|
|
|
15.13.1
|
Menentukan
wakil-wakil parti bagi menganggotai Majlis Bandar Raya,
Perbandaran, Bandaran, Tempatan dan Daerah.
|
15.13.2
|
Mengawasi
perjalanan dan menyelesaikan masalah Cawangan.
|
15.13.3
|
Membentangkan
Penyata Tahunan serta Penyata Kira-Kira yang telah disahkan
oleh Pemeriksa Kira-Kira kepada Perwakilan Bahagian.
|
15.13.4
|
Hendaklah
menerima wang yuran tahunan yang dibayar oleh Cawangan.
|
15.13.5
|
Menghantar
kepada Setiausaha Agung, Penyata Tahunan Bahagian dan
Penyata Kira-Kira yang telah dibentangkan dalam Perwakilan
Bahagian.
|
15.13.6
|
Menetapkan
tarikh Persidangan Cawangan setelah berunding dengan
Jawatankuasa Cawangan.
|
15.13.7
|
Menunaikan
segala syarat yang dikehendaki oleh Akta Pertubuhan 1966.
|
15.13.8
|
Dengan
persetujuan dua pertiga daripada Ahli Jawatankuasa Bahagian,
berhak menolak semua sekali Ahli Perwakilan Cawangan yang
didapati membayar yuran ahli-ahlinya tidak mengikut kehendak
Fasal 25.1 dan 25.2.
|
15.13.9
|
Berkerjasama
dengan Majlis Tertinggi dan Cawangan bagi menyediakan
senarai ahli-ahli yang berhak mengambil bahagian dalam
Persidangan Cawangan.
|
15.13.10
|
Menentukan
perbelanjaan, menamakan mereka yang ditauliahkan
menandatangani cek dan menetap tempat menyimpan wang.
|
15.13.11
|
Melantik
pemegang Amanah dan memberhentikannya pada bila-bila jua
masa pun.
|
|
|
FASAL 16
PEJABAT SETIAUSAHA BAHAGIAN
Pejabat
Setiausaha Bahagian itu bolehlah ditempatkan dimana-mana jua tempat yang
ditentukan oleh Jawatankuasa Bahgian itu dan diluluskan oleh Pendaftar
Pertubuhan.
|
FASAL 17
CAWANGAN
|
17.1
|
Majlis
Tertinggi berkuasa menubuh, menggantung dan membubarkan Cawangan
setelah terlebih dahulu berunding dan merujuk kepada Jawatankuasa
Bahagian berkenaan.
|
|
17.2
|
Tertaluk kepada
Perlembagaan dan Peraturan Persidangan UMNO, perjalanan Cawangan
adalah berasakan kepada kuasa dan perintah Persidangan Cawangan.
|
|
17.3
|
Tertakluk
kepada Fasal 15.13.6 Persidangan Cawangan hendaklah diadakan
setahun sekali tetapi tidak lewat daripada empat belas hari
sebelum tarikh diadakan Perwakilan Bahagian.
|
|
17.4
|
Persidangan
Cawangan hendaklah terdiri daripada:
|
|
|
17.4.1
|
Pengerusi
Tetap dan Timbalan Pengerusi Tetap.
|
17.4.2
|
Ahli-ahli
Jawatankuasa Cawangan.
|
17.4.3
|
Ahli-ahli
UMNO yang telah menjelaskan yuran tahunannya mengikut Fasal
25.1 dan 25.2 Perlembagaan UMNO.
|
|
|
17.5
|
Tugas-tugas
Persidangan Cawangan ialah:
|
|
|
17.5.1
|
Membincangkan
dasar parti untuk dikemukan kepada mesyuarat Perwakilan
Bahagian.
|
17.5.2
|
Mengkaji
kerja-kerja yang telah dibuat oleh Jawatankuasa Cawangan.
|
17.5.3
|
Mengadakan
rancangan-rancangan kerja untuk faedah rakyat.
|
17.5.4
|
Memilih
Ahli-ahli Jawatankuasa tertakluk kepada Fasal 18.2.
|
17.5.5
|
Memilih
Pengerusi Tetap, Timbalan Pengerusi Tetap dan dua orang
Pemeriksa Kira-Kira mengikut Fasal 28.2.
|
17.5.6
|
Memilih
wakil-wakil ke Perwakilan Bahagian. Wakil-wakil yang tidak
dipilih didalam Persidangan Cawangan atau sebarang
pertukaran selepas itu tidak sah.
|
17.5.7
|
Mencadangkan
calon-calon untuk bertanding menjadi Ahli Jawatankuasa
Bahagian.
|
17.5.8
|
Tertakluk
kepada Fasal 8.4.3 mencadangkan 7 nama untuk dipilih sebagai
wakil UMNO Bahagian ke Perhimpunan Agung UMNO.
|
|
|
17.6
|
Persidangan
Khas Cawangan hendaklah diadakan dengan permintaan bertulis
daripada satu perdua jumlah ahli-ahli. Jika Setiausaha tidak
memanggil Persidangan Khas Cawangan itu dalam tempoh empat belas
hari maka Persidangan Khas Cawangan itu hendaklah dipanggil oleh
Jawatankuasa Bahagian.
|
|
FASAL 18
JAWATANKUASA CAWANGAN
|
18.1
|
Jawatankuasa
Cawangan hendaklah terdiri daripada:
|
|
|
18.1.1
|
Ketua.
|
18.1.2
|
Timbalan.
|
18.1.3
|
Setiausaha.
|
18.1.4
|
Bendahari.
|
18.1.5
|
Ketua-Ketua
Pergerakan Pemuda dan Wanita.
|
18.1.6
|
Ketua
Penerangan.
|
18.1.7
|
Tidak
lebih daripada lima belas (15) orang yang dipilih oleh
persidangan.
|
18.1.8
|
Tidak
lebih dari lima (5) orang ahli yang dilantik oleh Ketua
Cawangan termasuk sekurang-kurangnya seorang dari Pemuda dan
seorang Wanita.
|
|
|
18.2
|
Ketua,Timbalan,
Ketua,dan lima belas (15) Ahli-Ahli Jawatankuasa Cawangan seperti
18.1.7 hendaklah dipilih tiap-tiap tiga (3) tahun sekali oleh
persidangan cawangan.Ketua Pergerakan Pemuda dan Wanita akan
dipilih oleh Persidangan Pergerakan masing-masing tiap-tiap tiga
(3)tahun sekali.Walaubagaimanapun Majlis Tertinggi boleh
menangguhkan pemilihan bagi suatu tempoh tidak lebih daripada 18
bulan daripada tarikh pemilihan yang sepatutnya diadakan mengikut
Fasal 10.17.
|
|
18.3
|
Setiausaha,Bendahari
dan Ketua Penerangan dan tidak lebih dari lima (5) orang ahli yang
dilantik menikut Fasal 18.1.8. dilantik oleh Ketua Cawangan dan
akan memegang jawatan mereka selama tempoh Jawatankuasa Cawangan
yang berkenaan kecualai mereka berhenti atau diberhentikan oelh
Ketua Cawangan.
|
|
18.4
|
Jawatan
Ahli-ahli Jawatankuasa Cawangan tidak menjadi kosong disebabkan
seseorang ahli itu telah dilantik menjadi Pegawai mengikut Fasal
18.3.
|
|
18.5
|
Jawatankuasa
Cawangan hendaklah bersidang sekurang-kurangnya dua bulan sekali,
atau
|
|
|
18.5.1
|
Pada
bila-bila masa yang dikehendaki oleh Ketua atau
|
18.5.2
|
Dengan
permintaan bersurat daripada satu pertiga Ahli Jawatankuasa
Cawangan.
|
|
|
18.6
|
Jika Setiausaha
tidak memanggil mesyuarat mengikut fasal 18.5.2. dalam tempoh
tujuh hari daripada tarikh permohonan itu dibuat maka ahli yang
memohon boleh memanggil mesyuarat itu dengan syarat semua Ahli
Jawatankuasa Cawangan dijemput hadir.
|
|
18.7
|
Satu perdua
daripada Ahli Jawatankuasa adalah menjadi cukup bilang bagi
menjalankan mesyuarat.
|
|
18.8
|
Sekiranya
seseorang Ahli Jawatankuasa yang dipilih tiada lagi memegang
jawatannya maka jawatan itu tidak boleh diganti.
|
|
18.9
|
Jika Ketua
Cawangan berhenti atau diberhentikan maka Timbalan Ketua akan
memangku jawatan itu dan jika Pemangku Ketua itu berhenti atau
diberhentikan maka salah seorang daripada Ahli Jawatankuasa boleh
dilantik memangku jawatan itu.
|
|
18.10
|
Jika Ketua dan
Timbalan tidak hadir di dalam Mesyuarat Jawatankuasa maka salah
seorang daripada ahli-ahli yang hadir itu boleh dilantik menjadi
Pengerusi.
|
|
18.11
|
Tugas-tugas
Pegawai Cawangan:
|
|
|
18.11.1
|
Ketua:
|
|
18.11.1.1
|
Bertanggungjawab
atas kesempurnaan perjalanan Cawangannya.
|
18.11.1.2
|
Melantik
Setiausaha, Bendahari dan Ketua Penerangan Cawangan
dan bertanggungjawab atas kesempurnaan tugas mereka.
|
18.11.1.3
|
Bertanggungjawab
atas semua pegawai dan anggota Pejabat Cawangan.
|
18.11.1.4
|
Memanggil
dan mempengerusikan sidang-sidang Jawatankuasa
Cawangan.
|
18.11.1.5
|
Melantik
lima (5) orang Ahli Jawatankuasa Cawangan mengikut
Fasal 18.1.8.
|
|
18.11.2
|
Timbalan
Ketua:
|
|
18.11.2.1
|
Membantu
tugas-tugas Ketua Cawangan.
|
18.11.2.2
|
Mempengerusikan
sidang-sidang Jawatankuasa Cawangan apabila Ketua
Cawangan tidak hadir.
|
|
18.11.3
|
Setiausaha:
|
|
18.11.3.1
|
Bertanggungjawab
secara lansung kepada Ketua Cawangan.
|
18.11.3.2
|
Mentadbirkan
perjalanan Pejabat Cawangan dan menjadi Pegawai Awam.
|
18.11.3.3
|
Melaporkan
kepada Ketua Cawangan segala tindakan yang diambil
berhubung dengan pentadbiran Pejabat Cawangan.
|
18.11.3.4
|
Betanggungjawab
atas kesempurnaansidang-sidang Jawatankuasa Cawangan
dan Persidangan Cawangan.
|
18.11.3.5
|
Menyediakan
Penyata Tahunan Cawangan.
|
18.11.3.6
|
Memanggil
mesyuarat mengikut Fasal 18.5
|
|
18.11.4
|
Bendahari:
|
|
18.11.4.1
|
Bertanggungjawab
atas kesempurnaan perjalanan kewangan Cawangan.
|
18.11.4.2
|
Menyediakan
dan membentangkan Penyata Kira-Kira Kewangan Tahunan
yang telah disahkan oleh Pemeriksa Kira-Kira
Jawatankuasa Cawangan.
|
18.11.4.3
|
Memaklumkan
kepada Jawatankuasa Cawangan kedudukan harta benda
milik UMNO dan Pemegang Amanah sekurang-kurangnya
sekali setahun.
|
|
18.11.5
|
Ketua
Penerangan:
|
|
18.11.5.1
|
Mentadbirkan
dan menyusun rancangan-rancangan penerangan dan
penyiaran yang dikelolakan oleh Cawangan.
|
18.11.5.2
|
Bertanggungjawab
atas penerangan dan penyiaran yang dikelolakan oleh
Cawangan.
|
18.11.5.3
|
Melaporkan
kepada Jawatankuasa Cawangan atas kerja-kerja
penerangan UMNO yang dijalankan dalan cawangan itu.
|
|
|
|
18.12
|
Tugas-tugas
Jawatankuasa Cawangan ialah:
|
|
|
18.12.1
|
Menjalankan
arahan-arahan parti seperti yang ditentukan oleh Majlis
Tertinggi dan Jawatankuasa Bahagian.
|
18.12.2
|
Menyemai
peraasan persaudaraan dan menggalakkan bantuan sesama
sendiri di kalangan ahli-ahli parti.
|
18.12.3
|
Hendaklah
menerima wang yuran tahunan yang dibbayar oleh ahli-ahli.
|
18.12.4
|
Mengkaji
dan memanjangkan permohonan untuk menjadi ahli kepada Majlis
Tertinggi melalui Jawatankuasa Bahagian.
|
18.12.5
|
Membentangkan
kepada Persidangan Cawangan Penyata Tahuan dan Penyata
Kira-Kira yang telah diperiksa dan disahkan oleh Pemeriksa
Kira-kira.
|
18.12.6
|
Menunaikan
segala syarat yang dikehendaki oleh Akta Pertubuhan 1966.
|
18.12.7
|
Menghantarkan
kepada Ahli-ahlinya Penyata Kira-Kira sekurang-kurangnya
tujuh hari sebelum tarikh diadakan.
|
18.12.8
|
Mencadangkan
pemecatan atau penggantungan keahlian seseorang ahli kepada
Majlis Tertinggi melalui Bahagian.
|
18.12.9
|
Menetukan
perbelanjaan, menamakan mereka yang ditauliahkan
menandatangani cek dan menetapkan tempat menyimpan wang.
|
18.12.10
|
Melantik
pemegang Amanah dan memberhentikannya pada bila-bila masa
pun.
|
18.12.11
|
11Meluluskan
permohonan mendaftar menjadi ahli dan melaporkannya kepada
Jawatankuasa Bahagian dan Majlis Tertinggi.
|
|
|
FASAL 19
PEJABAT SETIAUSAHA CAWANGAN
Pejabat
Setiausaha bolehlah ditempatkan di mana-mana yang dipersetujui oleh
Jawatankuasa Cawangan dan diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan.
|
FASAL 20
DISIPLIN
|
20.1
|
Majlis
Tertinggi berkuasa menubuhkanLembaga Disiplin dan menentukan
peraturan-peraturan, kuasa-kuasanya dan mengenakan hukuman kerana
melanggar peruntukan perlembagaan ini dan kesalahan lain yang
disenaraikan didalam tataetika Ahli UMNO atau mana-mana peraturan
lain.
|
|
20.2
|
Ahli-ahli
Lembaga Disiplin hendaklah dilantik oleh Majlis Tertinggi yang
terdiri dari ahli-ahli yang tidak berjawatan dalam parti dan tidak
mempunyai kepentingan dalam pemilihan.
|
|
20.3
|
Majlis
Tertinggi boleh menurunkan kuasa disiplin kepada mana-mana
Jawatankuasa di peringkat Perhubungan Negeri atau Bahagian.
|
|
20.4
|
Tanpa menyentuh
hak Majlis Tertinggi, Lembaga Disiplin di peringkat Badan
Perhubungan Negeri atau Bahagian, setelah mendengar dan berpuas
hati terhadap pelanggaran peruntukan Perlembagaan ini atau
Tataetika Ahli UMNO, bolehlah mengenakan mana-mana hukuman setakat
yang diperturunkan kuasa oleh Majlis Tertinggi.
|
|
20.5
|
Tiap-tiap
peringkat parti hendaklah melaporkan kepada Lembaga Disiplin
mengenai kegiatan mana-mana ahli yang didapati melanggar disiplin
parti untuk tindakan selanjutnya.
|
|
20.6
|
Seseorang ahli
atau pihak yang tidak berpuas hati dengan tindakan disiplin yang
dikenakan keatasnya boleh merayu kepada Majlis Tetinggi.
|
|
20.7
|
Seseorang ahli
yang membawa apa-apa jua perkara parti atau hak keahliannya ke
mahkamah sebelum mematuhi sepenuhnya peraturan-peraturan parti
maka kahliannya di dalam parti gugur dengan sendirinya.
|
|
20.8
|
Semua ahli UMNO
hndaklah cintakan parti dan:
|
|
|
(a)
|
Patuh
kepada Perlembagaan ini dan Tataetika Ahli;
|
(b)
|
Mengikut
perintah-perintah parti;
|
(c)
|
Menjalankan
dasar-dasar parti;
|
(d)
|
Patuh dan
menghormati keputusan-keputusan parti;
|
(e)
|
Menjaga
rahsia-rahsia parti;
|
(f)
|
Memelihara
nama baik dan maruah parti;
|
(g)
|
Senantiasa
menunjukkan tatalaku yang sopan lagi tertib.
|
|
|
20.9
|
Mana-mana ahli
yang melanggar peruntukan Perlembagaan ini atau tataetika Ahli
UMNO boleh dikenakan mana-mana hukuman yang tersebut dibawah:
|
|
|
(a)
|
Diberi
amaran;
|
(b)
|
Digantung
hak-haknya dalam parti;
|
(c)
|
Dilarang
daripada bertanding bagi mana-mana jawatan dalam parti
ataupun sebagai calon dalam Pilihan Raya Negeri atau Umum
bagi mana-mana tempoh yang ditentukan oleh Majlis Tertinggi;
|
(d)
|
Dipecat
daripad Parti;
|
(e)
|
Dikenakan
lain-lain hukuman yang difikirkan wajar dan selaras dengan
Perlembagaan ini.
|
|
|
20.10
|
Seseorang ahli
yang bertanding sebagai calon Bebas atau parti lawan dalam pilihan
raya akan dipecat daripada parti dan tidak boleh diterima balik
sebagai ahli selama-lamanya.
|
|
20.11
|
Ahli-ahli yang
telah dikenakan hukuman, kecuali yang dikenakan hukuman dibawah
Fasal 20.10 boleh membuat rayaun supaya:
|
|
|
20.11.1
|
Menarik
balik penggantungan keahliannya selepas 2 tahun daripada
tarikh ia dihukum.
|
20.11.2
|
Menarik
balik pemecatan keahliannya selepas 3 tahun daripada tarikh
ia dihukum.
|
|
|
20.12
|
Majlis
Tertinggi berkuasa penuh membuat kaedah-kaedah dan
peraturan-peraturan berkaitan dengan Tataetika Ahli UMNO, yang di
antaranya lain melarang penyalahgunaan kuasa dan wang dengan
tujuan mendapat undi atau sokongan atau untuk mempengaruhi
mana-mana pemilihan bagi pihak sendiri atau bagi pihak lain atau
supaya jagan mengundi mana-mana orang dalam mana-mana pemilihan
parti.
|
|
FASAL 21
PERGERAKAN PEMUDA DAN WANITA DAN PUTERI
|
21.1
|
Pergerakan
Pemuda dan Wanita dalam semua peringkat UMNO boleh diwujudkan dan
Majlis Tertinggi berkuasa membuat peraturan-peraturan untuknya.
|
|
21.2
|
Majlis
Tertinggi berkuasa menubuhkan Puteri UMNO dan membuat
peraturannya.
|
|
FASAL 22
LENCANA DAN LAMBANG UMNO
|
22.1
|
Majlis
Tertinggi boleh mengadakan lencana dan lambang bagi ahli.
|
|
22.2
|
Lencana dan
lambang itu hanya boleh dikeluarkan oleh Pejabat Setiausaha Agung.
|
|
22.3
|
Bentuk lencana
UMNO adalah sebagaimana bentuk bendera UMNO menurut Fasal 23.1
dengan ditambah huruf-huruf ringkas UMNO dalam tulisan jawi di
penjuru sebelah atas kanan dan perkataan UMNO di penjuru sebelah
bawah kiri.
|
|
22.4
|
Bentuk lambing
UMNO adalah dari ringkasaan perkataan Pertubuhan Kebangsaan Melayu
Bersatu dalam huruf jawi yang disusun secara vertical (dari atas
ke bawah) dan digrafikkan secara simitrikal.
|
|
22.5
|
Majlis
Tertinggi berkuasa membuat sebarang peraturan berkenaan dengan
lencana dan lambang itu.
|
|
FASAL 23
BENDERA UMNO
|
23.1
|
Rupa bendera
UMNO adalah sebagaimana di bawah ini:
|
|
|
|
Warna
merah terletak di atas warna putih sama lebarnya dan satu
bulatan berwarna kuning terletak ditengah-tengah bendera itu
dan di tengah-tengah bulatan itu terletak ruoa sebilah keris
Melayu terhunus berwarna hijau dan hulunya menghala ke
penjuru di sebelahatas kiri bendera.
|
|
|
23.2
|
Majlis
Tertinggi adalah berkuasa membuat sebarang peraturan atas
penggunaan bendera itu.
|
|
23.3
|
Sebarang
perubahan bentuk atau corak bendera, hendaklah dipersetujukan oleh
Perhimpunan Agung.
|
|
FASAL 24
PUNCA PENDAPATAN
|
24.1
|
Kewangan UMNO
adalah diperolehi dari:
|
|
|
24.1.1
|
Wang
pendaftaran dan yuran,
|
24.1.2
|
Derma-derma
dan
|
24.1.3
|
Ikhtiar-ikhtiar
lain di semua peringkat dipersetujukan oleh Majlis
Tertinggi.
|
|
|
24.2
|
Tahun Kewangan
UMNO ialah dari 1hb. Januari hingga 31hb. Disember.
|
|
24.3
|
Pejabat
Setiauasaha Cawangan, Bahagian dan Perhubungan hendaklah
menghantar ke Pejabat Setiausaha Agung, Penyata Kira-Kira bagi
sesuatu tahun kewangan yang telah diperiksa dan disahkan oleh
Pemeriksa Kira-kira.
|
|
FASAL 25
YURAN UMNO
|
25.1
|
Tiap-tiap ahli
biasa hendaklah membayar dengan wangnya sendiri kepada Ibu Pejabat
melalui Cawangan dan Bahagian seringgit (RM1) bagi Wang
Pendaftaran dan seringgit (RM1) bagi Yuran Tahunan atau satu ratus
ringgit (RM100) bagi yuran seumur hidup.
|
|
25.2
|
Yuran yang
telah ditetapkan mengikut Fasal 25.1 di atas hendaklah dijelaskan
tedak lewat daripada tarikh mengikut Fasal 24.2 atau satu tarikh
yang ditetapkan oleh Majlis Tertinggi melainkan ia dibayar seumur
hidup.
|
|
25.3
|
Bagi ahli-ahli
yang membayar yuran tiap-tiap tahun, tarikh pembayaran yuran
Cawangan kepada Bahagian dan Bahagian ke Ibu Pejabat adalah
ditetapkan oleh Majlis Tertinggi.
|
|
FASAL 26
CARA MENYIMPAN DAN MENGGUNAKAN WANG UMNO
|
26.1
|
Tertakluk
kepada Fasal 26.6 Badan Perhubungan, Jawatankuasa Bahagian dan
Jawatankuasa Cawangan boleh menentukan cara-cara mengutip,
menyimpan dan menggunakan wang UMNO di peringkat masing-masing.
|
|
26.2
|
Wang UMNO,
kecuali wang tunai dalam tangan hendaklah disimpan dalam Bank
Perdagangan atau Bank Simpanan.
|
|
26.3
|
Cek-cek dan
borang-borang mengeluarkan wang dari Bank hendaklah ditandatangani
oleh sekurang-kurangnya dua orang ahli di peringkat masing-masing.
|
|
26.4
|
Majlis
Tertinggi berhak dan berkuasa di atas semua wang dan harta benda
Badan Perhubungan dan Bahagian-bahagian yang termasuk di dalam
Badan-badan Perhubungan yang telah dibubarkan.
|
|
26.5
|
Jawatankuasa
Bahagian adalah berhak di atas semua harta benda, wang tunai di
tangan ataupun wang simpanan dalam Bank atau simpanan di bank bagi
sesebuah Cawangan yang telah dibubarkan.
|
|
26.6
|
Majlis
Tertinggi berkuasa membuat sebarang peraturan berkenaan dengan
kewangan UMNO bagi semua peringkat.
|
|
FASAL 27
HARTA ALIH DAN TAK ALIH
|
27.1
|
Tiap-tiap harta
tak alih, iaitu tanah dan bangunan kepunyaan Ibu Pejabat UMNO
hendaklah didaftar atas nama UMNO dan harta tak alih kepuyaan
Badan Perhubungan, Bahagian dan Cawangan bolehlah didaftar atas
namanya masing-masing.
|
|
27.2
|
Tiap-tiap harta
alih hendaklah dipegang dan didaftarkan atas nama Pemegang Amanah.
Majlis Tertinggi dan peringkat-peringkat lain boleh melantik
mana-mana ahli atau syarikat sebagai Pemegang Amanah dan mereka
boleh diberhentikan pada bila-bila masa jua pun.
|
|
27.3
|
Kuasa untuk
menentukan UMNO membeli, mencagar (bagi faedah sendiri atau pihak
lain), menjual, memindah, memajak atau menyewa harta benda atu
bangunan adalah terletak kepada Majlis Tertinggi dan bagi harta
benda tak alih kepuyaan Badan Perhubungan, Bahagian dan Cawangan,
kuasa yang sama adalah terletak kepada Jawatankuasa masing-masing.
|
|
27.4
|
Majlis
Tertinggi berkuasa membuat peraturan untuk melaksanakan tujuan
Fasal 27 ini dan untuk memindahkan nama pemilik berdaftar bagi
harta tersebut kepada oihak-pihak yang diberi kuasa memilikinya
oleh Fasal 27.1.
|
|
FASAL 28
PEMERIKSAAN KIRA-KIRA
|
28.1
|
Perhimpunan
Thunan hendaklah melantik sebuah Syarikat Juruaudit yang diakaui
oleh kerajaan untuk memeriksa kira-kira wang dan harta parti.
|
|
28.2
|
Mesyuarat Badan
Perhubungan, Perwakilan Bahagian hendaklah memilih dua orang
menjadi Pemeriksa Kira-kira bagi memeriksa kira-kira Badan
Perhubungan, Bahgian dan Cawangan masing-masing.
|
|
28.3
|
Majlis
Tertinggi, Badan Perhubungan, Jawatankuasa Bahagian dan
Jawatankuasa Cawangan hendaklah memilih Pemeriksa Kira-kira
menggantikan Pemeriksa Kira-kira yang dipilih oleh peringkat
masing-masing jika mereka menarik diri.
|
|
28.4
|
Majlis
Tertinggi berkuasa pada bila-bila masa menjalankan pemeriksaan
kira-kira wang dan harta Badan Perhubungan, Bahagian dan Cawangan
dan Bahagian berkuasa memeriksa kira-kira wang dan harta cawangan.
|
|
28.5
|
Majlis
Tertinggi berkuasa membuat sebarang peraturan mengenai wang Badan
Perhubungan, Bahagian dan Cawangan.
|
|
FASAL 29
PEMERIKSAAN KIRA-KIRA
|
29.1
|
Majlis
Tertinggi berkuasa membuat sebarang Peraturan Persidangan
Perhimpunan Agung yang diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan.
|
|
29.2
|
Peraturan
Persidangan Perhimpunan Agung hendaklah dipakai untuk
persidangan-persidangan parti di semua peringkat.
|
|
FASAL 30
MEMINDA PERLEMBAGAAN
|
30.1
|
Perlembagaan
ini atau sebarang bahagian daripadanya boleh dipinda atau
dimansuhkan dengan ketepatan yang dipersetujui oleh tidak kurang
daripada dua pertiga ahli-ahli yang berhak hadir dalam Perhimpunan
Agung Khas dan hendaklah dikemukakan kepada Pendaftar Pertubuhan
dalam tempoh dua puluh lapan hari dari tarikh keputusan meminda
Perlembagaan itu diluluskan.
|
|
30.2
|
Cadangan-cadangan
pindaan kepada Perlembagaan yang dikemukakan oleh Majlis Tertinggi
boleh dipinda oleh Ahli-ahli Persidangan Perhimpunan Agung Khas
dengan syarat hendaklah dibuat dengan bertulis kepada Setiausaha
Agung, 14 hari sebelum Perhimpunan Agung diadakan.
|
|
Bahagian-bahagian
boleh mencadangkan pindaan kepada Perlembagaan dengan syarat
mengikut Fasal 8.5.3.
|
|
FASAL 31
KUASA SEMENTARA MENGELOLAKAN UMNO
Perlembagaan ini
berjalan kuatkuasanya daripada tarikh yang diluluskan oleh Pendaftar
Pertubuhan akan tetapi sebarang perbuatan atau pekerjaan yang telah
diperbuat oleh UMNO terlebih dahulu daripada Perlembagaan ini diluluskan
adalah sah sekalipun perbuatan dan pekerjaan itu tidak sesuai atau tidak
mengikut kehendak Perlembagaan.
|
FASAL 32
TAFSIRAN
Jika berbangkit
sebarang perselisihan di atas tafsiran Perlembagaan ini atau Peraturan
Persidangan Perhimpunan Agung UMNO yang dibuat di bawah kuatkuasanya
maka tafsiran yang diberikan oleh Majlis Tertinggi adalah muktamad.

|