Ugama   

<7 Musuh manusia.><Biodata iblis.><golongan menipu Allah.><Jangan berputus asa.><Mata yang menagis.><Mencari ketenangan jiwa.><Mana buah ilmu mu.><Menjadi isteri idaman.><Teladan.HLP><pendapat ulamak tentang Mahdi.><Perkara yang membatalkan iman.><SuaraKubur[1].>

MUSUH MUSUH MANUSIA

1.    Syetan/ iblis (35:6/2:168-169/36:60-62)

Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu, maka anggaplah ia musuh(mu), karena sesungguhnya syaitan-syaitan itu hanya mengajak golongannya supaya mereka menjadi penghuni neraka yang menyala-nyala.
(QS. 35:6)

Hai manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaithan; karena sesungguhnya syaithan adalah musuh yang nyata bagimu.
Sesungguhnya syaithan itu hanya menyuruh kamu berbuat jahat dan keji, dan mengatakan kepada Allah apa yang tidak kamu ketahui.
(QS. 2:168-169)

Bukankah Aku telah memerintahkan kepadamu hai Bani Adam supaya kamu tidak menyembah syaitan? Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagi kamu",
dan hendaklah kamu menyembah-Ku.Inilah jalan yang lurus.
Sesungguhnya syaitan itu telah menyesatkan sebagaian besar diantaramu.Maka apakah kamu tidak memikirkan?

(QS. 36:60-62)


2.   
Hawa nafsu (12:53/19:59)

Dan aku tidak membebaskan diriku (dari kesalahan), karena sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh kepada kejahatan, kecuali nafsu yang diberi rahmat oleh Rabbku. Sesungguhnya Rabbku Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (QS. 12:53)

Maka datanglah sesudah mereka, pengganti (yang jelek) yang menyia-nyiakan shalat dan memperturutkan hawa nafsunya, maka kelak mereka akan menemui kesesatan. (QS. 19:59)

3.    Orang-orang kafir (4:101)

Dan apabila kamu bepergian di muka bumi, maka tidaklah mengapa kamu menqasar shalat(mu), jika kamu takut diserang orang-orang kafir. Sesungguhnya orang-orang kafir itu musuh yang nyata bagimu. (QS. 4:101)

4.    Orang yang menghalangi diinullah

... dan menghalang-halangi (manusia) dari jalan Allah dan menginginkan agar jalan Allah itu bengkok.Mereka itu berada dalam kesesatan yang jauh. (QS. 14:3)

5.    Thaghut (28:8/2:257)

Maka dipungutlah ia oleh keluarga Fir'aun yang akibatnya dia menjadi musuh dan kesedihan bagi mereka.Sesungguhnya Fir'aun dan Haman beserta tentaranya adalah orang-orang yang bersalah. (QS. 28:8)

Allah Pelindung orang-orang yang beriman; Dia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kekafiran) kepada cahaya (iman). Dan orang-orang yang kafir, pelindung-pelindungnya ialah syaitan, yang mengeluarkan mereka dari cahaya kepada kegelapan (kekafiran). Mereka itu adalah penghuni nereka; mereka kekal di dalamnya. (QS. 2:257)

6.    Orang munafiq (63:4)

Dan apabila melihat mereka, tubuh-tubuh mereka menjadikan kamu kagum. Dan jika mereka berkata kamu mendengarkan perkataan mereka. Mereka seakan-akan kayu yang tersandar. Mereka mengira bahwa tiap-tiap teriakan yang keras ditujukan kepada mereka. Mereka itulah musuh (yang sebenarnya) maka waspadalah terhadap mereka: semoga Allah membinasakan mereka. Bagaimanakah mereka sampai dipalingkan (dari kebenaran) (QS. 63:4)

7.    Ahlul kitab (5:82/2:120)

Sesungguhnya kamu dapati orang-orang yang paling keras permusuhannya terhadap orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik. Dan sesungguhnya kamu dapati yang paling dekat persahabatannya dengan orang-orang yang beriman ialah orang-orang yang berkata:"Sesungguhnya kami ini orang Nasrani". Yang demikian itu disebabkan karena diantara mereka itu (orang-orang Nasrani) terdapat pendeta-pendeta dan rabib-rabib, (juga) karena sesungguhnya mereka tidak menyombongkan diri.
(QS. 5:82)

Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu sehingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah:"Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)". Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemauan mereka setelah pengetahan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu.
(QS. 2:120)

Keatas

 

BIODATA IBLIS

 Berikut ini maklumat mengenai musuh ketat anda, Iblis yang dilaknati Allah.

Pengenalan Diri

Nama : Iblis La’natullah

Tarikh kelahiran : Sejak ia enggan sujud kepada Adam setelah diperintahkan oleh Allah

Status diri: Fasiq kelas pertama

Agama: Kufur

Tempat tinggal: Hati-hati orang yang lalai

Kawasan / Daerah : Semua tempat yang tidak ada di dalamnya usaha mengingati Allah

Tunjuk arah perjalanan : Bengkang bengkok (tiada haluan)

Tempat tinggal tetap : Neraka Jahanam. Tempat paling celaka.

Isteri di dunia: Setiap wanita yang tidak menutup aurat

Kaum kerabat: Semua golongan Tirani (taghut)

 

Status Perniagaan

Modal pusingan : Angan-angan kosong

Tempat pertemuan : Pasar

Musuh / Saingan : Tiap orang Islam

Dalil atau Hujah : Fatamorgana (maya)

Motto kerja : "Hipokrasi asas akhlak"

Uniform kerja: Segala warna, seperti sesumpah. Tiap tempat ada warnanya

Kesukaannya: Orang yang lalai dari mengingati Allah.

Yang melemahkannya: Istighfar

Lambang korporat: Sebarang tatu

Pejabat : Tandas dan bilik air

Sifatnya: Muzabzab. Mengikut angin ; menurut keperluan

Rakan-rakan kongsi : Golongan munafiq

Sumber rezeki : Harta haram

Jenis perkhidmatan : Menyuruh yang mungkar dan menggalakkan kemungkaran

Arahannya: Selalu mengarahkan supaya manusia melahirkan kebejatan (perkara yang tidak baik)

Jawatan : General Manager golongan al-Maghdhubi alihim dan golongan ad Dhallin

Tempoh Perkhidmatan : Sampai hari kiamat

Hala perjalanan : Jalan ke neraka

Laba Perniagaan: Habaan Manthura (masuk angin keluar asap)

Rakan kongsi : syaitan-syaitan dari kalangan jin dan manusia

Teman sejawat : Orang yang berdiam diri tidak mengatakan kebenaran

Jenis tanggungan : Pembohongan

Ganjaran : Dosa dan segala jenisnya

Kaedah komunikasi : Mengumpat, mengadu domba dan mengintip

Makanan yang disukai : Daging orang mati (ghibah)

Yang ditakuti : Mu’min yang bertaqwa

Yang dibenci : Orang yang selalu mengingati Allah, baik lelaki maupun perempuan

Daya tahan : "Sesungguhnya tipu daya syaitan sangatlah lemah"

Perangkapnya : Wanita

Kegemarannya : Menggoda dan menyesatkan

Cita-citanya : Supaya semua orang menjadi kafir

Ajalnya : Pada waktu tertentu menjelang kiamat

Kerja yang paling disukai : Homoseks dan lesbian

Kod isyarat pertutura untuk pengikutnya : "Aku"(sebutan egoistik orang yang takabbur)

Para penghiburnya : Seniwati dan seniman

Janji-janjinya : Menjanjikan kekafiran

Yang menyebabkan ia menangis : Bilamana orang sujud kepada Allah

 

(Petikan dan susun-suai dari kitab: al Wiqayah min al jin wa al syaitan)  O

Keatas

 

 

GOLONGAN MENIPU ALLAH

Tuan Guru Abdul Hadi Awang

Firman Allah yang bermaksud:

"Pada hari Allah membangkitkan mereka semua pada hari kiamat, mereka itu akan bersumpah kepada-Nya sebagaimana mereka itu bersumpah kepada kamu." (Surah Mujadalah: 18).

Mereka masih mencuba menipu Allah pada hari kiamat sehingga Allah menjadikan manusia berjalan dengan cahaya masing-masing dan seseorang itu tidak boleh menumpang cahaya orang lain. Allah Ta'ala menyebut dalam surah yang lain bermaksud;

"Pada hari (kiamat) berkatalah orang munafiq lelaki dan perempuan kepada orang-orang yang beriman: "Tunggulah kami kerana kami mahu menumpang cahaya kamu." (Surah al-Hadid: 13).

Di mana mereka berada dalam keadaan terumbang ambing dan mereka akan menerima balasan daripada Allah SWT.

Mereka menipu Allah dan orang-orang yang beriman dan mereka akan melihat akibat daripada perbuatan mereka itu pada hari qiamat nanti. Terdapat di kalangan mereka melakukan kerja yang sangat baik seperti Abdullah bin Ubai yang sentiasa berada dalam masjid Rasulullah s.a.w. Kerjanya bersungguh-sungguh memberitahu orang ramai tentang kehadiran Rasulullah s.a.w. ke masjid. Bagaimanapun dia jugalah yang berkata: "Orang yang mulia akan mengeluarkan orang yang hina." Dia beranggapan bahawa orang-orang yang mulia (iaitulah golongan munafikin) akan mengeluarkan orang yang hina (Rasulullah).

Apabila turun wahyu ini, anaknya yang juga bernama Abdullah menemui Rasulullah s.a.w., setelah diketahui bahawa ayat itu ditunjukan kepada ayahnya. Beliau berkata dengan tegasnya: "Wahai Rasulullah s.a.w. Izinkan saya memancung kepala ayah saya dan saya persembahkan kepalanya di hadapan Rasulullah s.a.w." Anaknya adalah seorang yang benar-benar beriman.

Bagaimanapun Rasulullah s.a.w. berkata "Jangan..." Rasulullah membiarkan orang munafiq dengan tipu daya mereka dengan harapan mereka insaf, kembali kepada Allah SWT.

Apabila berlakunya Peristiwa Tabuq yang terkenal itu iaitulah suatu peperangan berlaku di musim panas yang sangat terik. Rasulullah s.a.w. memerintahkan supaya umat Islam mengeluarkan derma atau sumbangan bagi membantu tentera Islam menghadapi musuh di Tabuq.

Masing-masing berlumba-lumba menghulurkan derma mengikut kadar masing-masing dan keluar berjihad ke Tabuq. Ada yang keluar dengan semangat dan ada yang menangis kerana tiada bekalan serta kenderaan untuk berjuang bersama-sama Rasulullah s.a.w. Di samping itu ada pula yang tidak keluar termasuk di kalangan mereka yang beriman tetapi pemalas dan ada pula yang munafik.

Apabila Rasululah s.a.w. pulang dari Tabuq, golongan munafiq bertemu dan meminta uzur di hadapan Rasulullah s.a.w. Ada di antara mereka berkata:

"Kami juga berhasrat ke Tabuq tetapi kami sibuk menjaga kebun khurma kami yang sedang masak." Ada yang berdalih tidak dapat meninggal keluarga dan lain-lain lagi.

Mereka dibiarkan oleh Rasulullah s.a.w. sambil berkata: "Allah Ta'ala mengetahui apa yang ada dalam hati kamu, sila balik..."

Apabila Ka'ab bin Malik bersama dua orang rakannya menyatakan: "Wahai Rasulullah! Kalau saya bercakap benar Rasulullah marah kepada saya.

Kalau saya berbohong, sesungguhnya saya tidak boleh berbohong." Rasulullah s.a.w. bersabda: "Yang ini lain." Justeru itu Rasulullah s.a.w. mengambil tindakan memulau Ka'ab bin Malik hampir dua bulan.

Orang Islam seluruh Madinah tidak menegur Ka'ab bin Malik dan dua orang rakannya.

Ketiga-tiga orang ini telah dipulau kerana tidak berperang di Tabuq sehingga Allah Ta'ala menurunkan beberapa ayat daripada Surah at-Taubah berkait dengan taubat yang dilakukan oleh orang-orang yang beriman yang tidak berjuang di Tabuq.

Orang munafik tidak diambil tindakan (dibiarkan) kerana mengandungi satu hikmat yang besar mudah-mudahan mereka beriman. Dan kalau Rasulullah s.a.w. bertindak ia akan menjadi fitnah yang besar di kalangan penduduk Madinah.

Orang akan berkata Muhamad membunuh sahabatnya yang sentiasa sahaja bersolat di masjidnya. Rasulullah s.a.w. mengetahui sifat golongan munafik kerana diberitahu oleh Allah Ta'ala dan Rasulullah s.a.w. memberitahu nama-nama orang munafik ini kepada Huzaifah Ibnul Yaman, tidak diberitahu kepada orang lain.

Huzaifah menyimpan rahsia golongan munafiq, dia mengetahui nama mereka dan tidak diberitahu kepada sesiapa pun. Sayidina Umar r.a. pernah berjumpa dengan Huzaifah. Sayidian Umar bertanya sama ada namanya berada dalam senarai golongan munafik atau sebaliknya kerana terlalu takutkan Allah SWT.

Dan golongan munafik mendirikan masjid yang dikenali dengan Masjid Dhirar, bertujuan menipu orang Islam sehingga menampakkan mereka melaksanakan kerja-kerja Islam seperti orang-orang yang beriman.

Manakala masjid yang didirikan itu lebih cantik berbanding dengan masjid yang didirikan oleh Rasulullah s.a.w. Ketua yang memimpin projek mendirikan masjid ini dikenali sebagai Abu Amir ar-Rahib (Abu Amir Tok Lebai). Masjid didirikan dengan eloknya dan Allah Ta'ala telah menurunkan ayat berhubung dengan masjid yang didirikan oleh orang munafiq ini.

Mereka menjemput Rasulullah s.a.w.datang ke masjid mereka untuk mengiktiraf masjid yang mereka dirikan itu. Bagaimanapun Rasulullah s.a.w. menangguhkan lawatan itu kerana baginda s.a.w. mahu keluar ke Tabuq.

 Keatas

 

Jangan berputus asa

Oleh:Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Tafsir Surah an-Nisa' ayat 134

Oleh itu umat Islam digalakkan berdoa dengan menyebut: "Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kepada kami di dunia baik, di akhirat pun baik dan jauhkanlah kami dari azab api neraka."

Berlaku dalam satu peristiwa seorang sahabat yang sakit diziarahi Nabi s.a.w. Rasulullah s.a.w. bertanya: "Bagaimana keadaan kamu." Kata sahabat itu: "Wahai Rasulullah s.a.w.! Terlalu banyak dosa saya. Mintalah supaya Allah jatuhkan hukuman semasa di dunia ini (tak payah di akhirat)."

Rasulullah s.a.w. berkata: "Jangan kamu berkata demikian (jangan minta bala sedemikian)."

Walaupun jika seseorang itu menerima hukuman di dunia, dia tidak lagi menerima hukuman di akhirat tetapi Allah mempunyai rahmat yang luas.

Disebut di dalam Hadis Qudsi. Rahmat Allah Ta'ala itu dibahagikan kepada 100 bahagian. Satu bahagian diturunkan kepada hamba-hamba-Nya di dunia dan dengan rahmat Allah yang satu inilah menyebabkan binatang buas di hutan rimba tidak memijak anaknya walaupun tidak berakal serta manusia berkasih sayang antara satu sama lain juga dengan rahmat itu.

Manakala 99 bahagian lagi berada di sisi Allah SWT. Oleh itu Rasulullah s.a.w. melarang sahabatnya berputus asa dari rahmat Allah.

Rasulullah s.a.w. mengajarnya supaya menyebut doa: "Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat pun serta jauhkanlah kami dari azab neraka."

Allah berfirman yang bermaksud:

"Dan (ingatlah) Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat." (Surah an-Nisa': 134)

Allah bukan sahaja mendengar tetapi melihat. Allah mendengar semuanya dan melihat semuanya dengan terang dan nyata. Oleh itu apa yang diputuskan oleh Allah, hendaklah kita menerimanya kerana itulah yang membawa kebaikan kepada kita di dunia dan di akhirat.

Seterusnya Allah berfirman yang bermaksud:

"Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang sentiasa menegakkan keadilan, lagi menjadi saksi (yang menerangkan kebenaran) kerana Allah, sekalipun terhadap diri kamu sendiri, atau ibu bapa dan kaum kerabat kamu. Kalaulah orang (yang didakwa) itu kaya atau miskin (maka janganlah kamu terhalang daripada menjadi saksi yang memperkatakan kebenaran disebabkan kamu bertimbang rasa), kerana Allah lebih bertimbang rasa kepada keduanya.

"Oleh itu, janganlah kamu turutkan hawa nafsu supaya kamu tidak menyeleweng dari keadilan. Dan jika kamu memutar-balikkan keterangan ataupun enggan (daripada menjadi saksi), maka sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan." (Surah an-nisa': 135)

 

keatas

Mata yang menangis

Rasulullah S.A.W telah bersabda, "Bahwa tidak akan masuk neraka orang menangis kerana takut kepada Allah sehingga ada air susu kembali ke tempat asalnya."

Dalam sebuah kitab Daqa'iqul Akhbar menerangkan bahwa akan didatangkan seorang hamba pada hari kiamat nanti, dan sangat beratlah timbangan kejahatannya, dan telah diperintahkan untuk dimasukkan ke dalam neraka.

Maka salah satu daripada rambut-rambut matanya berkata, "Wahai Tuhanku, Rasul Engkau Nabi Muhammad S.A.W telah bersabda, sesiapa yang menangis kerana takut kepada Allah S.W.T, maka Allah mengharamkan matanya itu ke neraka dan sesungguhnya aku menangis kerana amat takut kepada-Mu."

 

Akhirnya Allah S.W.T mengampuni hamba itu dan menyelamatkannya dari api neraka dengan berkat sehelai rambut yang pernah menangis kerana takut kepada Allah S.W.T. Malaikat Jibril A.S mengumumkan, telah selamat Fulan bin Fulan sebab sehelai rambut."

Dalam sebuah kitab lain, Bidayatul-Hidayah, diceritakan bahwa pada hari kiamat nanti, akan didatangkan neraka jahanam dengan mengeluarkan suaranya, suara nyalaan api yang sangat menggerunkan, semua umat menjadi berlutut kerana kesusahan menghadapinya. Allah S.W.T berfirman yang bermaksud, "Kamu lihat (pada hari itu) setiap umat berlutut (yakni merangkak pada lututnya). Tiap-tiap umat diseru kepada buku amalannya. (Dikatakan kepadanya) Pada hari ini kamu dibalasi menurut apa-apa yang telah kau kerjakan." (Surah al-Jatsiyah ayat 28)

 

Sebaik saja mereka menghampiri neraka, mereka mendengar kegeraman api neraka dengan nyalaan apinya, dan diterangkan dalam kitab tersebut bahwa suara nyalaan api neraka itu dapat didengar sejauh 500 tahun perjalanan. Pada waktu itu, akan berkata setiap orang hingga Nabi-nabi dengan ucapan, "Diriku, diriku (selamatkanlah diriku Ya Allah) kecuali hanya seorang nabi saja yang akan berkata, "Umatku, umatku."

Beliau ialah junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. Pada masa itu akan keluarlah api neraka jahim seperti gunung-gunung, umat Nabi Muhammad berusaha menghalanginya dengan berkata, "Wahai api! Demi hak orang-orang yang solat, demi hak orang-orang yang ahli sedekah, demi hak orang-orang yang khusyuk, demi hak orang-orang yang berpuasa, supaya engkau kembali."

 

Walaupun dikata demikian, api neraka itu tetap tidak mahu kembali, lalu malaikat Jibril berkata, "Sesungguhnya api neraka itu menuju kepada umat Muhammad S.A.W"

Kemudian Jibril membawa semangkuk air dan Rasulullah meraihnya. Berkata Jibril A.S. "Wahai Rasulullah, ambillah air ini dan siramkanlah kepadanya." Lalu Baginda mengambil dan menyiramkannya pada api itu, maka padamlah api itu.

Setelah itu Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada Jibril A.S. "Wahai Jibril, Apakah air itu?" Maka Jibril berkata, "Itulah air mata orang derhaka di kalangan umatmu yang menangis kerana takut kepada Allah S.W.T. Sekarang aku diperintahkan untuk memberikannya kepadamu agar engkau menyiramkan pada api itu." Maka padamlah api itu dengan izin Allah S.W.T.

 

Telah bersabda Rasulullah S.A.W, " Ya Allah anugerahilah kepada kami dua buah mata yang menangis kerana takut kepada-Mu, sebelum tidak ditemunya air mata."

Keatas


BAGAIMANA  MENCARI KETENANGAN JIWA

Bismillah, Walhamdulillah Wassalatu Wassalamu
`Ala Rasulillah, Wa'ala Aalihie Wasahbihie Waman Walaah

HIBURAN  YANG DIANJURKAN ISLAM

Hiburan sejati ialah hiburan yang bertapak di hati. Ia boleh membawa hati yang tenang. Syarat bagi ketenangan hati itu ialah dengan mengisi keperluan asasinya iaitu iman. Firman Allah Subhanahu wa ta‘ala dalam Al-Qur‘an yang tafsirnya :

“Orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikir kepada Allah. Ketahuilah! Dengan zikir kepada Allah itu, tenang tenteramlah hati manusia”.(Surah Al-Ra‘ad: 28)

Oleh itu orang yang beriman akan mendapat hiburan dengan cara berhubung dengan Allah dengan melaksanakan perintah, kewajipan, melakukan perkara-perkara yang disunatkan seperti zikir, puasa, sedekah dan lain-lain seumpamanya, berinteraksi dengan alam ciptaan Allah, dan menerima segala ketentuan daripada Allah Subhanahu wa Ta‘ala.

Apabila melaksanakan perintah Allah, mereka terhibur kerana merasakan perintah itu datang daripada kekasihnya. Kalau yang menyuruh itu kekasih, tidak ada yang disusahkan bahkan kegembiraan yang akhirnya membawa ketenangan. Mereka rasa seronok dan terhibur dengan ibadah tersebut.

Orang mukmin juga rasa terhibur dengan warna kehidupan yang dicorakkan oleh Allah. Hatinya sentiasa bersangka baik dengan Allah, membuatkannya tidak pernah resah. Apabila diberi nikmat mereka rasa terhibur, lalu bersyukur. Diberi kesusahan, mereka terhibur, lalu bersabar. Mereka yakin dengan firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala yang tafsirnya :

“(Katakanlah wahai orang-orang yang beriman: “Ugama Islam yang kami telah sebati dengannya ialah): Celupan Allah (yang mencorakkan seluruh kehidupan kami dengan corak Islam); dan siapakah yang lebih baik celupannya selain daripada Allah? (Kami tetap percayakan Allah) dan kepadaNyalah kami beribadat”.(Surah Al-Baqarah: 138)

Orang yang beriman juga akan terhibur apabila melihat alam ciptaan Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Mereka merasa tenang, bahagia dan gembira melihat pantai, bukit bukau, langit, laut dan sebagainya. Melihat, mendengar dan berfikir tentang keindahan itu sudah cukup bagi mereka merasai keindahan alam dan kebesaran penciptaNya. Sifat sedemikian merupakan sifat orang-orang yang bertaqwa iaitu orang yang berusaha memelihara dirinya daripada menyalahi hukum dan undang-undang Allah Ta‘ala. Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala tafsirnya :

“Sesungguhnya pertukaran malam dan siang silih berganti, dan pada segala yang dijadikan oleh Allah di langit dan di bumi, ada tanda-tanda (yang menunjukkan undang-undang dan peraturan Allah) kepada kaum yang mahu bertaqwa”.(Surah Yunus: 6)

 Selain itu mereka ini dapat menghayati maksud sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam yang maksudnya:“Sesungguhnya Allah itu indah. Dia suka keindahan”.(Hadis riwayat Muslim )

Islam tidak menolak hiburan dari luar selama hiburan luar itu boleh menyumbang dan menyuburkan lagi hiburan dalaman hati dengan syarat ia mematuhi syariat. Alunan ayat suci Al-Qur‘an, selawat yang memuji Nabi, lagu yang menyuburkan semangat jihad, puisi atau syair yang menghaluskan rasa kehambaan kepada Tuhan, pasti akan menyuburkan lagi iman mereka. Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala yang tafsirnya:

“Allah telah menurunkan sebaik-baik perkataan iaitu kitab suci Al-Qur‘an yang bersamaan isi kandungannya antara satu dengan yang lain (tentang benarnya dan indahnya), yang berulang-ulang (keterangannya, dengan berbagai cara); yang (oleh kerana mendengarnya atau membacanya) kulit badan orang-orang yang takut kepada Tuhan mereka menjadi seram; kemudian kulit badan mereka menjadi lembut serta tenang tenteram hati mereka menerima ajaran dan rahmat Allah”.(Surah Al-Zumar: 23)

 FirmanNya lagi yang tafsirnya :

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya) gementerlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah”.(Surah Al-Anfaal: 2)

Dan firmanNya lagi yang tafsirnya :

“Iaitu orang-orang yang apabila disebut nama Allah, gerun gementarlah hati mereka, dan orang-orang yang sabar terhadap kesusahan yang menimpa mereka, dan orang-orang yang mendirikan sembahyang, serta orang-orang yang mendermakan sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepadanya”.(Surah Al-Hajj: 35)

 Semua ibadat jika dilaksanakan dengan penuh perhatian, pasti akan memberi ketenangan jiwa, lihat sahaja ibadat sembahyang, sekalipun merupakan suatu kewajipan orang Islam, ia juga suatu hiburan yang kekal yang menjadikan hati orang yang beriman dan bertaqwa itu terhibur dengan sembahyang kerana mereka terasa sedang berbisik-bisik, bermesra, mengadu dan merintih dengan kekasih hatinya iaitu Allah Subhanahu wa Ta‘ala.

Hal ini telah dijelaskan oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bahawa dengan sembahyang, hati orang beriman dan bertaqwa sudah terhibur, Baginda bersabda yang maksudnya :

"Di antara kesenangan dunia yang aku sukai ialah wanita, wangi-wangian dan penenang hatiku adalah sembahyang”(Hadis riwayat Al-Nasa‘ei)

keatas

 


Al-Fath Ar-Rabbani

MANA BUAH ILMUMU??? 
MANA TANDA UBUDIYYAHMU???

{Al-Sheikh Abdul Qadir Al-Jailani r.a.}
Petang hari selasa yang bertempat di madrasah, pada tarikh 4 Zulkaedah,  tahun 545 H.


Saudara! Dahulukan kepentingan akhirat atas kepentingan dunia.  Nescaya kau akan mendapat keuntungan dari kedua-duanya.  Bila kau mendahulukan kepentingan dunia atas kepentingan akhirat,  maka kau akan rugi.  Rugi dunia,  dan rugi akhirat.  Ini, merupakan seksaan bagimu.  Mengapa kau sibuk dengan sesuatu yang tidak diperintahkan?  Jika kau tidak sibuk dengan urusan dunia, nescaya Allah s.w.t. akan melimpahkan Ma’unah (pertolongan) kepadamu.  Juga akan memberikan Taufiq, dan kesempatan mengambil sebahagian kecil daripadanya.  Nescaya akan menjadi berkat.

Orang mukmin beramal untuk kepentingan dunia dan akhiratnya, Amal dunianya akan dapat menghantarkannya ke darjat yang ia inginkan.  Ia menerima sedikit dunia, sebesar bekal untuk naik kenderaan.  Ia tidak ingin mengumpul kekayaan sebanyak-banyaknya.
Orang jahil, kepentingan utamanya adalah Syurga.  Sedangkan orang Arif, kepentingan utamanya adalah akhirat, kemudian Allah Azza Wajalla. Bila kau telah menghasilkan sepotong roti, lalu nafsumu berusaha merebutnya dan syahwat-mu juga ingin memintanya, maka fikirlah, siapa kira-kira mampu memecahnya.  Engkau tidak akan beruntung, selagi belum berhasil memerangi nafsumu, di sisi Allah Azza Wajalla.  Orang-orang yang jujur, satu sama lain saling bantu membantu, saling bertolak ansur dan bertanggungjawab.

Hai orang yang berpaling dari Allah Azza Wajalla!!.  Hai orang-orang yang berpaling dari Shiddiqin!!!   Hai orang yang berkiblat kepada makhluk dan dengan yang bersekutu dengan mereka!!!.  Sampai bila kau menghadap mereka?  Apa yang memberi manfaat kepadamu?  Tiada manfaat itu dengan segala sesuatu yang jumud.

Zat Yang Merajai segala-galanya adalah Wahid (Esa).  Zat Yang Memberi Mudhorat adalah Wahid.  Zat Yang Memberi Manfaat juga Wahid.  Demikian pula

Firman Allah s.w.t.:

“Tidak ada sesuatu pun yang menyerupai Dia, dan Dia Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui”. (Asy-Syura, 1).

Sungguh sayang!!!.  Hai makhluk Allah, mengapa kamu tidak mengenal Penciptamu dengan sebenarnya?  Bila aku di hari Qiyamat kelak memiliki sesuatu di sisi Allah s.w.t. Sungguh aku menanggung beban-beban beratmu,dari orang pertama sampai orang akhirmu.  Hai pembaca!!!  Bacakanlah aku.  Tanpa ditunjukkan kepada penghuni langit dan bumi.  Setiap  orang yang beramal soleh, tentu akan dibukakan pintu yang ada di  antaranya dan antara Tuhannya.  Sehingga ia dapat dengan mudah memasukkan Qalbunya ke dalam pintu itu.  Sedang kau, hai orang Alim, selalu sibuk berdebat !!!, berbantah-bantah!!!,  memupuk kekayaan!!!, sehingga lupa mengamalkan ilmumu!!!  Hal itu akan jatuh di hadapan/ditanganmu dalam bentuk lahir tanpa batin.

Jika Allah Azza Wajalla menginginkan salah seorang hamba-Nya menjadi baik, maka ia tentu Mengajarnya, kemudian Mengilhamkannya dengan amal dan ikhlas li-wajhillah.  Dia akan mendekatkan, mengenalkan dan mengajarkan kepadanya ilmu hati sirri yang telah dipilihkan untuknya, sebagaimana memilih Musa a.s.

Firman Allah s.w.t.:

“Dan Aku telah memilihmu untuk diriku”.(Surah.Thaha, 41)

Saudara!, Janganlah kau putus asa dari rahmat Allah Azza Wajalla, akibat melakukan maksiat.  Tetapi, basuhlah pakaian agamamu dengan air taubat secara bersambungan dan ikhlas.  Berilah pakaian agamamu itu minyak makrifat.  Waspadalah terhadap kedudukan yang kau sandang ini.  Sebab, bila saja kau berpaling, di sekitarmu pasti ada haiwan buas yang siap menyerbumu.  Di mana saja kau berada, di situlah datang berbagai fitnah di sekitarmu.  Kembalilah kepada Allah Azza Wajalla dengan Qalbumu.

Janganlah kau makan dengan tabiatmu, syahwat dan kesenanganmu.  Janganlah kau makan, kecuali ada dua saksi adil yang mengawasimu.  Yakni kitab Allah dan Sunnah Nabi.
Kemudian, carilah dua saksi lain, iaitu Qalbumu dan Perbuatan Allah Azza Wajalla.  Jika Al-Kitab, As Sunnah dan Qalbumu telah mengizin, maka lihatlah saksi yang keempat.  Iaitu Fi’lullah (perbuatan Allah Azza Wajalla).Janganlah kau seperti pencari kayu bakar di waktu malam.  Ia mencari kayu ke sana ke mari, tapi tidak mengetahui apa yang jatuh ditangannya.

Hanya Pencipta Yang Diciptakan saja yang Ada.  Ini, suatu "hal" yang tidak akan datang dengan

Tetapi, ia adalah sesuatu yang bersemayam dalam dada dan dibuktikan dengan amal.  Yakni, amal yang dilakukan karana Allah Azza wajalla semata.

Saudara! Kesihatan akan datang tanpa di cari.  Kekayaan akan datang tanpa dicari-cari, ubat pun demikian.  Ubat segala penyakit adalah berserah diri kepada Allah Azza Wajalla dan memutuskan sebab-sebab lahir dengan Qalbumu.  Ubat segala penyakit terletak pada Mengesakan Allah s.w.t. dengan Qalbu,  bukan dengan lisan saja.  Tauhid dan Zuhud terletak pada Qalbu.  Demikian pula Makrifat kepada Allah, Mahabbah dan Qurban kepada- Nya.(Semuanya terletak pada Qalbu)

Jadilah kau orang yang berakal.  Janganlah kau gila.  Dan jangan memperberat beban.  Kau gila,  cerewet,  dusta,  riak dan munafik.  Semua kepentinganmu hanya untuk menarik perhatian kepada dirimu.  Tidakkah kau tahu,  setiap kau melangkah kepada makhluk dengan Qalbumu,  tentu kau akan jauh dari Tuhanmu?  Kau mengaku sebagai pemohon Allah Azza Wajalla.  Tetapi,  kenyataannya,  kau bermohon kepada makhluk sesamamu.  Gambaranmu seperti orang yang mengatakan,  “Aku ingin pergi ke Mekah,”  tetapi ia menuju ke Khurasaan.

Dengan demikian,  ia justeru jauh dari Mekah.  Kau mengatakan,  bahawa Qalbumu telah keluar dari lingkungan makhluk,  padahal,  kau masih saja takut dan mengharapkan segala keperluanmu kapadanya.  Lahirnya zuhud,  tetapi batinmu rakus.  Lahirmu cinta Allah Azza Wajalla,  tetapi batinmu cinta makhluk.  Ini suatu "hal" yang tidak dapat datang dengan ocehan lidah.  Keadaan ini tidak mengenal makhluk,  dunia,  akhirat dan segala sesuatu selain Allah Azza Wajalla.

Kerana itu,  terimalah apa yang difirmankanNya.  Semua makhluk itu lemah.  Tidak boleh memberi mudhorat dan manfaat terhadap dirimu.  Allah yang mengutuskan hal itu,  Dia mengatur hal itu untuk dirimu dan untuk diri mereka.  Segala sesuatu yang manfaat dan yan g mudarat bagimu sudah dicatat oleh Ilmu Allah s.w.t.

Orang-orang yang Mengesakan Allah Azza Wajalla dan yang Sholeh adalah 'hujjah Allah' atas seluruh makhluk.  Di antara mereka ada yang lahir dan batinnya sunyi dari kesibukan duniawi.  Ada yang hanya batinnya saja.  Dalam batinnya tidak terlihat sesuatu.  Inilah hati yang bersih dan suci.  Barang siapa dikurniakan hati seperti ini, bererti telah diberi kerajaan dari makhluk.  Ia dikategorikan pahlawan yang gagah berani.

Orang yang gagah berani ialah orang yang hatinya suci dari sesuatu selain Allah Azza Wajalla.  Orang yang selalu berdiri di atas pintu-Nya dengan membawa pedang Tauhid dan senjata syarak'.......Syarak dapat membersihkan lahir.  Sedangkan Tauhid dan Makrifat dapat membersihkan batin.

Saudara,  apa yang dikatakan mereka dan yang kita katakan,  tidak akan memberi pengaruh sama sekali,  kau mengatakan,  "Ini haram",  tetapi kau lakukan.  Kau mengatakan,  "Ini halal",  tetapi tidak kau lakukan,  engkau gila!!!.

Dari Nabi Muhammad s.a.w,  Baginda bersabda yang bermaksud:  "Orang bodoh celaka sekali.  Orang alim celaka tujuh kali".

Celaka sekali untuk orang bodoh,  kerana ia tidak tahu.  Celaka tujuh kali untuk orang alim ini,  kerana ia tahu tapi tidak mahu mengamalkan ilmunya.  Berkat ilmunya hilang,  yang masih ada hanya hujjah-hujahnya.

Berlajarlah,  kemudian amalkan.  Lalu,  menyendirilah di tempat yang sunyi.  Sibuklah dengan Mahabbah(cinta) Allah Azza Wajalla.  Bila Muhabbahmu dan Uzlahmu telah benar-benar beres,  nescaya Allah Azza Wajalla akan mendekatkan dirimu kepada-Nya.  Jika berkenan,  ia akan Memperkenalkan dan Mengorbitkan dirimu kepada seluruh makhluk.  Juga akan menolakmu untuk menuntut bahagian-bahagian duniawi.  Ini menurun angin ketentuan takdir dan ilmunya untukmu.  Kemudian,  meniup pagar tembok 'khalwat'mu.  Lalu kau menujunya dan Allah s.w.t. melihat urusanmu kepada makhluk.

Engkau terpengaruh hak-hakmu,  tanpa bersikap ceroboh,  buruk dan teruk.  Allah Azza Wajalla mengembalikanmu, kepada bahagian-bahagianmu,  agar undang-undang ilmu-Nya mengenai dirimu tidak batal.  Engkau terpenuhi semua bahagianmu.  Sedangkan Qalbumu masih tetap bersam Allah Azza Wajalla.  Dengarlah!  ketahuilah!  hai orang-orang bodoh terhadap Allah Azza Wajalla dan kekasih-kekasih-Nya.

Hai orang-orang yang selalu mencerca Allah Azza Wajalla dan Wali-wali-Nya!!!  Yang Maha Benar adalah Allah swt.   Yang batil adalah kamu,  hai makhluk.  Kebenaran terletak pada kalbu,  Sanubari dan batin.  Sedang kebatilan terletak pada nafsu,  kesenangan,  tabi'at adat istiadat,  dunia dan segala sesuatu selain Allah Azza Wajalla.

Qalbu ini tidak akan beruntung,  selagi belum sampai ketingkatan Qurban dengan Allah Azza Wajalla Yang Maha Qadim,  Azali dan Abadi selamanya.  Janganlah suka mendesak hai munafik!!!.  Apakah yang kau miliki itu lebih baik daripada yang dimiliki selainmu???  Engkau adalah hamba rotimu,  hamba lauk paukmu,  manisanmu,  kudamu,  dan kekuasaanmu Qalbu yang jujur pergi menghindar dari makluk menuju kepada Allah Azza Wajalla.  Ia melihat kepada sesuatu di tengah jalan.  Tetapi,  tidak terliur sedikit pun.  Ia terus berjalan di tengah lembut.  Sampai ke tempat tujuan.

Allah s.w.t.  berfirman;

".........seperti keldai yang membawa kitab-kitab tebal".  (Al-Jumaah:5)

Asfar adalah kitab-kitab tebal yang berisikan ilmu.  Dapatkah keldai memanfaatkan kitab-kitab ilmiah?  Kitab-kitab itu hanya merupakan beban berat yang memayahkannya.  Barangsiapa bertambah ilmu pengetahuannya,  hendaklah bertambah pula ketaatannya.  Hai orang yang mengaku berilmu!!!

Kepentinganmu terletak pada gamis dan serban,  makan,  minum,  nikah,  rumah,  kedai dan bersenang-senang bersama makhluk.  Singkirlah dirimu dari himmah seperti itu.  Kalau memang kau memiliki bahagian daripadanya,  tentu akan datang tepat pada waktunya.  Hatimu terlepas dari keluh kesah menanti kedatangannya.  Hatimu selalu tertuju kepada Allah Taala.  Apa yang menjadi milikmu tiada hubungannya dengan keluh kesahmu.  Jadi...kepayahannmu adalah sia-sia.

Saudara!!!  Khalwatmu belum benar!!!  Masih najis,  belum suci.  Apa yang kau amalkan?  Tauhid dan ikhlasmu  belum ada di dalam hatimu.

Kamu bagaikan kayu balak yang melintang di tengah jalan.  Tidak dapat dimanfaatkan sama sekali.

  Keatas

Menjadi isteri idaman
 

             "Dunia ini adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita yang sholehah" (H.R. Muslim)
Untuk para isteri yang berhasrat menjadi penyejuk hati dan mata suaminya. Semoga Allah memelihara, membimbing dan melindungimu dalam naungan kasih sayang dan Rahmat-Nya untuk cintanya kepada?Allah SWT dan suami & anak2. Amin.

Isteri memegang peranan yang sangat penting dalam istana keluarganya. Maka ia dituntut untuk memahami peranan tersebut lalu mengaplikasikannya dalam kehidupan berkeluarga. Berikut ada beberapa petunjukt untuk mereka yang berhasrat menjadi isteri yang mendambakan keluarga bahagia. Semoga mendapat manfaat bagi kita semua. InsyaAllah.

1. Takwa kepada Allah dan menjauhi maksiat. Bila engkau ingin kesengsaraan bersarang di rumahmu dan bertunas, maka bermaksiatlah kepada Allah. Sesungguhnya kemaksiatan menghancurkan negeri dan menggoncang kerajaan. Oleh kerana itu jangan engkau goncangkan rumahmu dengan berbuat maksiat kepada Allah. Wahai hamba Allah, jagalah Allah maka Dia akan menjagamu beserta keluarga dan rumahmu.

Sesungguhnya ketaatan akan mengumpulkan hati dan mempersatukannya, sedangkan kemaksiatan akan mengoyak hati dan mencerai-beraikan keutuhannya. Kerana itulah, salah seorang wanita sholehah jika bersikap keras hati#60991;an berpaling dari suaminya, ia berkata:"Aku mohon ampun kepada Allah....itu terjadi kerana perbuatan tanganku (kesalahanku)...."

Maka hati-hatilah wahai saudariku muslimah dari berbuat maksiat, khususnya: Meninggalkan sholat atau mengakhirkannya atau menunaikannya dengan cara yang tidak benar. Duduk di majlis ghibah dan namimah, berbuat ria' dan sum'ah, menburuk-burukkan dan memperkecil-kecilkan orang lain.

Allah berfirman, "Wahai orang-orang yang beriman janganlah suatu kaum mengolok- olokkan kaum yang lain (kerana) boleh jadi mereka (yang diolok-olokkan) lebih baik dari mereka (yang mengolok-olokkan) dan janganlah wanita-wanita (mengolok- olokkan) wanita lain?(kerana) boleh jadi wanita-wanita (yang diperolok-olokkan) lebih baik dari wanita yang  mengolok-olokkan" QS. Al Hujurat: 11

Keluar menuju pasar tanpa kepentingan yang sangat mendesak dan tanpa didampingi mahram. Rasulullah bersabda: "Negeri yang paling dicintai Allah adalah masjid- masjidnya dan negeri yang paling dibenci Allah adalah pasar-pasarnya" HR.Muslim

Membiarkan suami dalam kemaksiatannya. Tabarruj (pamir kecantikan) dan sufur (membuka wajah). Membiarkan supir (pemandu)#60991;an pembantu masuk ke dalam rumah tanpa kepentingan yang mendesak.


2. Berupaya mengenal dan memahami suami.
Hendaknya engkau berupaya memahami suamimu. Apa apa yang ia sukai, berusahalah memenuhinya dan apa-apa yang ia benci, berupayalah untuk menjauhinya dengan catatan selama tidak dalam perkara maksiat kepada Allah kerana tidak ada ketaatan kepada makhluk dalam bermaksiat kepada Al-Khalik (Allah 'Azza Wajalla).


3. Ketaatan yang nyata kepada suami dan bergaul dengan baik.
Sesungguhnya hak suami atas isterinya itu besar. Rasulullah bersabda: "Seandainya aku boleh memerintahkanku seseorang sujud kepada orang lain nescaya aku perintahkan isteri untuk sujud kepada suaminya" HR. Imam Ahmad dan Tirmidzi, dishahihkan oleh Al-Albany

Hak suami yang pertama adalah ditaati dalam perkara yang bukan maksiat kepada Allah dan baik dalam bergaul dengannya serta tidak menderhakainya. Rasulullah bersabda: " Dua golongan yang sholatnya tidak akan melepasi kepalanya, iaitu budak yang lari dari tuannya hingga ia kembali dan isteri yang derhaka kepada suaminya hingga ia kembali" HR. Thabrani dan Hakim, dishahihkan oleh Al-Albany

Ketahuilah, engkau termasuk penduduk syurga dengan izin Allah, jika engkau bertakwa kepada Allah dan taat kepada suamimu. Dengan ketaatanmu pada suami dan baiknya pergaulanmu terhadapnya, engkau akan menjdai sebaik-baik wanita (dengan izin Allah).


4. Bersikap qanaah (merasa cukup)
Kami menginginkan wanita muslimah redha dengan apa yang diberikan untuknya baik itu sedikit ataupun banyak. Maka janganlah ia menuntut di luar kesanggupan suaminya atau meminta sesuatu yang tidak perlu. Renungkanlah wahai saudariku muslimah, adabnya wanita salaf radhiallahu 'anhunna...

Salah seorang dari mereka bila suaminya hendak keluar rumah ia mewasiatkan satu wasiat kepadanya. Apakah itu? Ia berkata pada suaminya:"Hati-hatilah engkau wahai suamiku dari penghasilan yang haram, kerana kami boleh bersabar dari rasa lapar namun kami tidak boleh bersabar dari api neraka..."


5. Baik dalam mengatur urusan rumah tangga, seperti mendidik anak-anak dan tidak menyerahkannya pada pembantu, menjaga kebersihan rumah dan menatanya dengan baik dan menyiapkan makan pada waktunya.Termasuk pengaturan yang baik adalah isteri membelanjakan harta suaminya pada tempatnya (dengan baik), maka ia tidak berlebih-lebihan dalam perhiasan dan alat-alat kecantikan.


6. Baik dalam bergaul dengan keluarga suami dan kerabat-kerabatnya,
khususnya dengan ibu suami sebagai orang yang paling dekat dengannya. Wajib bagimu untuk menampakkan kecintaan kepadanya, bersikap lembut, menunjukkan rasa hormat, bersabar atas kekeliruannya dan engkau melaksanakan semua perintahnya selama tidak bermaksiat kepada Allah semampumu.


7. Menyertai suami dalam perasaannya dan turut merasakan dukacita dan kesedihannya. Jika engkau ingin hidup dalam hati suamimu, maka sertailah ia dalam dukacita dan kesedihannya. Renungkanlah wahai saudariku kedudukan Ummul Mukminin, Khadijah radhiallahu 'anha, dalam hati Rasulullah walaupun ia telah meninggal dunia.. Kecintaan beliau kepada Khadijah tetap bersemi sepanjang hidup beliau, kenangan bersama Khadijah tidak terkikis oleh panjangnya masa. Bahkan terus mengenangnya dan bertutur tentang keteguhannya dalam ujian, kesulitan dan musibah yang dihadapi.

Seorangpun tidak akan lupa perkataannya yang mashur#61006;Sehingga menjadikan Rasulullah merasakan ketenangan setelah tergoncang dan merasa bahagia setelah bersedih hati ketika turun wahyu pada kali pertama: " Demi Allah, Allah tidak akan menghinakanmu selamanya. Kerana sungguh engkau menyambung silaturahmi, menanggung orang lemah, membantu mereka yang tiada daya upaya dan engkau menolong setiap upaya menegakkan kebenaran". HR. Mutafaq alaihi, Bukhary dan Muslim


8. Bersyukur (berterima kasih) kepada suami atas kebaikannya dan tidak melupakan keutamaannya. Wahai isteri yang mulia! Rasa terima kasih pada suami dapat kau tunjukkan dengan senyuman manis di wajahmu yang menimbulkan kesan di hatinya, sehingga terasa ringan baginya kesulitan yang dibebani dalam pekerjaannya. Atau engkau ungkapkan dengan kata-kata cinta yang memikat yang dapat menyegarkan kembali cintamu di hatinya. Atau memaafkan kesalahan dan kekurangannya dalam menunaikan hak-hakmu dengan membandingkan lautan keutamaan dan kebaikannya kepadamu.


9. Menyimpan rahsia suami dan menutupi kekurangannya (aibnya). Isteri adalah tempat rahsia suami dan orang yang paling dekat dengannya serta paling tahu kekhususannya. Bila menyebarkan rahsia merupakan sifat yang tercela untuk dilakukan oleh siapapun, maka dari sisi isteri lebih besar dan lebih hina lagi. Saudariku, simpanlah#61005;Rahsia-rahsia suamimu, tutuplah aibnya dan jangan engkau nampakkan kecuali kerana masalah yang syariat seperti mengadukan perbuatan zalim kepada Hakim atau Mufti atau orang yang engkau harapkan nasihatnya.


10. Kecerdasan dan kecerdikan serta berhati-hati dari kesalahan. Termasuk kesalahan adalah: Seorang isteri menceritakan dan menggambarkan kecantikan sebahagian wanita yang dikenalnya kepada suaminya. Padahal Rasulullah telah melarang perkara itu dalam sabdanya :"Janganlah seorang wanita bergaul dengan wanita lain lalu mensifatkan wanita itu kepada suaminya sehingga seakan-akan suaminya melihatnya" HR. Bukhary dalam An-Nikah


"Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka. Sebab itu maka wanita yang sholeha, ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada, oleh kerana Allah telah memelihara (mereka)...." Q.S. An Nissa 4.34


----------------------------------------------------------------------
"Cahaya di atas cahaya (berlapis-lapis), Allah membimbing kepada cahaya-Nya siapa yang Dia kehendaki, dan Allah memperbuat perumpamaan perumpamaan bagi manusia, dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu" Q.S. An Nuur 24:35

"Wahai Rasulullah, katakanlah kepadaku satu ungkapan tentang Islam, yang saya tidak memintanya kepada sesiapapun kecuali kepadamu."

Rasulullah saw bersabda, "Katakanlah, 'Aku beriman kepada Allah,' kemudian Istiqamahlah." H.R. Muslim

"L'amour n'est pas parce que mais malgre"
Cinta itu bukan "kerana", tetapi "walaupun"
I love U no matter what..... not I love U because......

Keatas

Teladan.HLP

Keatas

PENDAPAT ULAMA TENTANG IMAM AL-MAHDI

 

Dari Dzar dari Abdullah dari Nabi SAW yang bersabda : "Sekiranya dunia hanya tinggal sehari sahaja (sebelum qiamat) nescaya Allah memanjangkan hari itu sehingga bangkit padanya seorang lelaki dari keturunanku atau dari kaum keluargaku, yang namanya spt namaku, nama bapanya spt nama bapaku, ia akan memenuhi bumi dengan keadilan dan saksama sebagaimana bumi dipenuhi kezaliman dan kekejaman. Hadith riwayat Abu Daud dan Turmizi.

Dari Abu Said Al-Khudri ra berkata : "Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda ; "Akan lahir dari umatku seorang lelaki yang menyeru dengan sunahku, Allah menurunkan hujan dari langit untuknya, bumi mengeluarkan kasil dan darinya buni dipenuhi dengan kedurjaan dan kekejaman. Ia memerintah umat ini selama tujuh tahun dan akan berada di baitul Maqdis. Hadith riwayat At-Tabarani.  

      Di antara tanda-tanda besar Qiamat ialah munculnya Imam Mahdi yang akan memerintah dunia ini dengan keadilan ketika dunia dicengkam oleh kejahatan kerana turunnya Dajjal. Walau bagaimanapun terdapat setengah-tengah pihak yang mempertikaikan kemunculan Imam Mahdi. Mereka berpendapat ia adalah perkara dongeng yang sengaja dicipta oleh orang-orang Yahudi dan Syiah.

       Sesungguhnya kemunculan Imam Mahdi di akhir zaman telah diyakini dan diimani oleh golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah berdasarkan ramai tokoh-tokoh utamanya meriwayatkan hadith tentang Al-Mahdi. Di antara mereka ialah Abu Daud, At-Turmizi, Ibnu Majah, Imam Ahmad, At-Tabarani, An-Nasaie, Ibnu Hibban, Muslim dan Al-Bukhari (rujuk hadith di atas).

      Di samping itu, hadith-hadith mengenai kemunculan Al-Mahdi turut diriwayatkan oleh para sahabat utama Rasulullah SAW spt Ibnu Mas’ud, Ummu Salamah, Saidina Ali krw, Tsuban, Abu Hurairah, Ibnu Abbas, Saidina Uthman Affan, Qurah bin Qias, Huzaifah Al-Yaman, Ammar bin Yassir, Anas bin Malik, Abdul Rahman bin Auf dsb. 

 Berikut adalah beberapa pendapat ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah mengenai persoalan mengenai kemunculan Imam Al-Mahdi di akhir zaman secara ringkas.

 1.   AI-Imam Abu Hanifah menjelaskan di dalam kitabnya Feqhul Akbar bahawa segala tanda-tanda hari qiamat adalah semuanya benar menurut hadits-hadits Rasulullah SAW dan salah satu di antara tanda-tandanya ialah kemunculan Imam Mahdi.

 2.   Al-Hafiz Ibnu Katsir di dalam Tafsir Ibnu Katsir menjelaskan, “Menurut pendapat yang jelas bahawa di antara Imam yang memimpin manusia itu ialah Al-Mahdi yang telah diberitahu oleh hadits-hadits yang diriwayatkan dan Rasulullah SAW yang menyebut perkara itu. Bukannya yang ditunggu­-tunggu oleh golongan Rafidhah, di mana menurut dakwaan mereka Mahdi itu telah dilahirkan kemudian akan muncul pula dan satu gua di Samira’ di dalam negeri Iraq. Pendapat ini tidak ada kebenarannya.”

 3.   Ibnu Hajar AI-Asqalani menyebut di dalam Fathul Bari (syarah sahih Al-Bukhari), “Telah berkata Abul Hussein Al-Aburie di dalam kitabnya Manaqib As-Syafie,” Telah menjadi khabar mutawatir bahawa Al-Mahdi itu lahir dari kalangan umat ini.”

4.    Tersebut di dalam Sahih Muslim Masykul juzu’ kelapan m.s 185 hadits Rasulullah SAW,

 Di akhir umatku kelak ada seorang khalifah yang membahagi-bahagikan harta tanpa mengira-ngira.”

 Imam At-Tunmizi dan Abu Daud menyebut yang dimaksudkan seorang khalifah itu ialah Al-Mahdi. Dan mereka telah sepakat berkata bahawa hadits-hadits ini adalah hassan dan sahih.

 5.   Dalam kitab Tuhfah AI-A’laie Fi UImu Tauhid m.s 42,

“Dan bahawasanya turun Nabi Isa ketika Dajal mengepung Mahdi serta pengikut-pengikutnya dalam kota Baitul Maqdis. Maka turun Nabi Isa AS daripada langit atas menara sebelah timur masjid Syam dan pergi ke Baitul Maqdis maka ia membunuh Dajal dengan lembing dan Dajal hancur dengan semata-mata melihat Nabi Isa seperti hancur garam di dalarn air.

6.         Ibnu Hajjar Al-Haitami menyebut di dalam kitabnya Fathul Mubin Li Syarah Al-“Arbaiin : “Bahawa Nabi Isa AS tuurn diakhir zaman memusnahkan salib dan membunuh babi sebgaimana tersebut dalam hadith sahih dan ia membunuh Dajjal, ia turun ketika solat Subuh dan berjemaah di belakang Al-Mahdi”.

 7. Tersebut di dalam kitab Mastika Hadits Rasulullah SAW yang diterbitkan oleh Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia dalam bab Beriman Kepada  Hari Akhirat,

“Sayugia diingat, bahawa hadits-hadits berkenaan dengan zahinnya Mahdi, keluar Dajal, dan turunnya Nabi Isa AS adalah hadits-hadits yang sampai kepada martabat hadits mutawatir, demikianlah ditegaskan oleh ulama hadits.”

8.       Syeikh Daud bin Syeikh Abdullah Al-Pattani menyebut di dalam kitabnya Darus Tsamin m.s 69.

“(Dan ketiganya) daripada tanda qiamat yang akan datang daripada beberapa tanda yang besar seperti keluar Mahdi...”

 9.   Ibnu Taimiyah di dalam kitabnya Al-Minhajul Sunnah An-Nabawiyah juzu’ 4 m.s 211 menyebut,

“Sesungguhnya hadits-hadits yang menyebut zahirnya Imam Mahdi adalah terdiri drp hadits-hadits sahih yang telah diriwayatkan oleh A1-Imam Abu Daud, Turmizi, Imam Ahmad dan lain-lain.”

 Kemudian Ibni Taimiyah menyebut pula bahawa Al-Mahdi itu daripada keturunan Sayidina Hassan bin Ali dan bukannya daripada Sayidina Hussin bin Ali sebagairnana yang disebutkan oleh Sayidina Ali r.a (riwayat Abu Daud).

 10. Dalam kitab Al-Manarul Munif Fi Sahihi Wad Dha’if karangan Ibni Qaiyim Al-Jauziyah,

“Orang-orang Islam telah bersalah faham pada perkara Al-Mahdi di atas 4 qaul, dan kebanyakan hadits-hadits itu menunjukkan bahawa Al-Mahdi itu seorang lelaki dari ahli bait Rasulullah SAW dan keturunan Sayidina Hassan bin Ali yang keluar pada akhir zaman kelak. Bahawa dunia ini sedang penuh dengan kezaliman dan kejahatan, maka Al-Mahdi itu memenuhkan bumi dengan keadilan dan kebajikan.”

 Keatas

PERKARA YANG MENYEBABKAN ROSAKNYA IMAN DAN ISLAM

Perkara perkara yang menyebabkan rosak nya iman dan islam itu terbahagi pada tiga bahagian Yang pertama ;Itakad kerpercayaan yang bertentangan dengan dasar dasar Islam , iaitu;

1.       Itakad bahawa alam ini kadim , tidak ada pencipatanya , atau alam ini kekal selama nya .

2.       Itakad bahawa pencipata alam ini baharu , atau menyurapai mana mana jenis makhluk atau bersifat dengan sifat sifat baharu , atau pun mempunyai anak isteri , atau berbilang bilang , atau menerima mati .

3.       Itakad menafikan kebenaran apa yang di sampaikan olih Rasullah S.A.W., atau beritakad bahawa nabi Muhammad S.A.W . yang sebenar nya ialah disebutnya Muhammad yang bathin ,atau itakad bahawa kerasulan nabi Muhammad S.A.W. hanya untuk orang orang Arab sahaja , atau itakad bahawa hukum hukum Islam yang dibawa olih Nabi Muhammad S.A.W. , ialah hukum hukum lapuk yang tidak sesuai dengan keadaan zaman , atau itakad mengekari mana mana rasul tuhan , atau itakad bahawa ada lagi nabi dan rasul yang lain lain yang diutuskan olih Allah membawa syariat sesudah Nabi Muhammad S.A.W.

4.       Itakad bahawa tidak ada dosa dan pahala , tidak ada syurga dan neraka , tidak ada bangkit hidup sesudah mati , tidak ada hari Qiamat dan segala perkara yang berlaku pada nya .

5.       Itakad bahawa Ruh orang orang mati berpindah pindah dari satu tubuh kesatu tubuh yang lain nya .

6.       Itakad agama kapir lebih baik dari agama Islam .

7.       Perasaan ragu ragu terhadap mana mana satu dari perkara perkara yang tersebut diatas .

8.       Berbalik balik hati di antara hendak menjadi kapir atau tidak , atau bercita cita hendak menjadi kapir pada masa yang akan datang .

 

Bahagian yang kedua;Perkataan , iaitu tiap tiap perkataan yang mencaci , menghina , merendah rendah , mengejek ejek dan mempermainkan nama Allah , sifat sifat nya , maliakat maliakat nya , Rasul rasul nya , kitab kitab nya , ayat ayat nya dan hukum hukum nya serta hukum hukum yang di terangkan olih Rasul nya .Dan juga perkataan yang menolak , menafi dan mengekari segala perkara yang sekata alim ulama ulama mensabitkan atau menafikan serta di ketahui olih orang ramai bahawa perkara itu dari agama .

Misal nya seperti kata nya mengenai mana mana hukum Islam ;

1.       " Hukum apa ini ? "

2.       " Hukum ini sudah lapuk "

3.       " Zaman sekarang tak patut di haramkan riba kerana menghalang kemajuan."

4.       " Dalam zaman yang serba maju ini kaum wanita tak perlu dibungkus bungkus. "

5.       " Berzina kalau suka sama suka apalah haram nya ? "

6.       " Minum arak kalau dengan tujuaan hendak menyihatkan badan untuk beribadah apa salah nya ? ''.

7.       " Berjudi kalau masing masing sudah rela menerima untung rugi nya apa salah nya ? ".

8.       " Kalau hendak sangat menurut hukum hukum Islam sampai Qiamat kita tak maju. "

9.       Berkata; " perbuatan yang demekian tidak beradab '' - Apabila diceritakan bahawa Nabi Muhammad S.A.W selapas makan menjilat sisa makanan di jari nya.

10.   Berkata ; " Aku tak mahu memotong kuku sekali pun sunat"- Apabila di beritahu bahawa memotong kuku adalah sunat .

11.   Berkata ; " Si Anu dah mulai menyalak "- semasa ia mendengar azan nya .

12.   Membaca ayat ayat suci , hadis hadis Nabi dan nama nama tuhan dengan cara mempersenda dan mempermaikan nya .

13.   Kata kata mengkapirkan se seorang Islam , pada hal orang itu tidak di yakini ada pada nya sesuatu sebab yang menjadikan nya kapir , sebagaimana yang di terangkan olih hadis Ibnu Umar yang di riwatkan olih muslim . RUJUKAN MUSTIKA HADITH M.S 416 JILID 1

 

 Keatas

Hanya ingin mengingatkan

 Suara kubur

  Kubur setiap hari menyeru manusia sebanyak lima kali:

 

1. Aku rumah yang terpencil, maka kamu akan senang dengan selalu  membaca Al-Quran.

2. Aku rumah yang gelap, maka terangilah aku dengan selalu solat malam.

3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu, bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.

 4. Aku rumah ular berbisa, maka bawalah amalan Basmallah sebagai  penawar.

5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir, maka banyaklah bacaan

    "Laa ilahaillallah, Muhammadar Rasulullah", supaya kamu dapat jawaban kepadanya.

 

 

Lima Jenis Racun dan Lima Penawarnya;

 

1. Dunia itu racun,  zuhud itu obatnya.

2. Harta itu racun,  zakat itu obatnya.

3. Perkataan yang sia-sia itu racun,  zikir itu obatnya.

4. Seluruh umur itu racun,  taat itu obatnya.

5. Seluruh tahun itu racun,  Ramadhan itu obatnya.

 

(Kirimkan Untuk Rakan-rakan Muslim Anda Yang Lain Sebagai Tanda Sahabatnya Sedang Mengingatinya.)

 

Nabi Muhammad S.A.W bersabda:

 " Ada 4 di pandang sebagai ibu ", yaitu :

 

 1. Ibu dari segala OBAT adalah SEDIKIT MAKAN.

 2. Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERBICARA.

 3. Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BUAT DOSA.

 4. Ibu dari segala CITA CITA adalah SABAR

 

 Berpesan-pesanlah kepada kebenaran dan Kesabaran.

 Beberapa kata renungan dari Qur'an :

 

 

 Orang yang tidak melakukan sholat :

 

 Subuh      : Dijauhkan cahaya muka yang bersinar

 Dzuhur     : Tidak diberikan berkah dalam rezekinya

 Ashar      : Dijauhkan dari kesehatan/kekuatan

 Maghrib    : Tidak diberi santunan oleh anak-anaknya.

 Isha'      : Dijauhkan kedamaian dalam tidurnya

 

 

Forward e-mail ini ke sejumlah orang yang anda kenal dan InsyaAllah Ridha Allah akan dianugerahkan kepada setiap orang yang anda kirim.

 

 

   

Wassalamu'alaikum Wr.W

 

Keatas