TEKNIK
BERKESAN UNTUK BERJAYA DALAM PERNIAGAAN JUALAN LANGSUNG
(MULTI-LEVEL MARKETING)
Disusun oleh
MASLAN OMAR
Universiti Sains Malaysia
2. Pendahuluan
3. Bab
1 : 2 Pilihan
4. Bab
2 : Cipta Semula Diri
Anda
- Menjual
Barangan MLM
- Membuat
Tajaan
- Membuat
Servis
- Anda
Tidak Ada Masa Lapang?
- Ramai
Pengedar Dalam Syarikat MLM Ini
- Mampukah
Saya Memimpin Downline Saya?
- Maintain
Bulanan Sangat Tinggi
- Benarkah
Masuk Jualan Langsung Hanya Memperkaya Upline?
5. Bab
3 : Mustahilkah
Menjadi Jutawan Dalam MLM?
6. Bab
4 : Kualiti Yang
Perlu Ada Pada Anda
7. Bab
5 : Mulakan Langkah
MeN....
- Menetapkan
matlamat diri dalam perniagaan MLM
- Memperkenalkan
dan Menjual Tiada perniagaan tanpa jualan.
- Menaja
- Memberikan
Servis
- Membantu/Memimpin
- Mengadakan
Mesyuarat
- Meniru/Mencontoh
Upline
8. Bab
6 : Tips Untuk
Berjaya - Teknik Menjual
- Teknik
Menaja
- Teknik
Mengurus dan Memimpin
9. Bab
7 : Rahsia Kejayaan
Usahawan MLM
10. Bab
8 : Penutup
- Cerita
1
- Cerita
2
- Cerita
3
- Cerita
4
- Cerita
5
- Cerita
6
Sekapur Sirih Seulas Pinang
Untuk
mendapat paparan yang lebih baik adalah dinasihatkan supaya Saudara/i Print
semua artikel ini.
Saudara/Saudari
Para Usahawan MLM,
MLM
(Multi-Level Marketing) atau Pemasaran Pelbagai Aras atau lebih dikenali sebagai
Perniagaan Jualan Langsung merupakan suatu industri yang bernilai
berbilion-bilion Ringgit walaupun industri ini sebenarnya masih baru di
Malaysia. Banyak usahawan jualan langsung yang telah menjadi kaya-raya dalam
industri ini. Sesetengahnya menjadi jutawan setelah berkecimpung dengan
perniagaan ini untuk beberapa tahun. Sesetengahnya pula hidup senang setelah
menukar kerja sepenuh masa mereka dengan perniagaan jualan langsung.
Namun
demikian, terdapat banyak pula yang menyertai perniagaan jualan langsung ini
yang GAGAL biarpun telah mencubanya sedaya upaya. Mengapa ada yang gagal dalam
perniagaan ini sedangkan ada yang berjaya pula? Ada yang mengatakan bahawa
mereka GAGAL kerana mereka tidak ada nasib, tidak ada pengalaman dalam
perniagaan ini, malu berjumpa dengan pelanggan, dan seribu satu macam alasan/sebab.
Sebenarnya,
punca kegagalan dalam perniagaan Jualan Langsung BUKANLAH berpunca daripada
nasib atau tidak ada pengalaman berniaga, tetapi disebabkan oleh KETIADAAN
TEKNIK, iaitu teknik menaja, teknik menjual, teknik memberikan khidmat kepada
downline, teknik membuat home party, dan beberapa teknik lain. Rata-rata mereka
yang berjaya dalam perniagaan ini bukanlah mereka yang memiliki pengalaman
berniaga yang menakjubkan. Mereka yang berjaya memiliki teknik yang tidak
diketahui oleh orang lain.
Tanyalah
kepada Puan Saadah Badrus dan suaminya, Encik Anis Kassan (JUTAWAN REVELL),
Mejar Mohan dan isterinya, Elizabeth (COSWAY), Encik Zulkiflie Md Sohor (HAI-O
MARKETING), Tuan Haji Mohd Roslan Ghazali (SHAKLEE), Encik Rahim Mat Hassan (SMC
INTERNATIONAL (SUNSKY)), Tuan Shikh Ibrahim Shikh A. Hanam (ZHULIAN), Encik
Hamid Darus (ELKEN), Encik Ismail Montak (M-PLAN), Encik Safingi Sarikin (LION
BEST),( INTAN JUTAWAN CNI) Roslan Basir, ( INTAN JUTAWAN CNI) Wak Ramlan, (
INTAN JUTAWAN CNI)Murad Basir dan Tuan Haji Mohd Ridzwan Ahmad (CONY BIO). Itu
adalah senarai pendek usahawan MLM yang telah berjaya. Mereka seperti anda juga.
Tiada pengalaman berniaga, tetapi mereka memiliki teknik untuk berjaya. Bukan
sedikit halangan dan cabaran yang terpaksa ditempuhi mereka. Halangan dan
cabaran itu sentiasa berlegar di sekeliling mereka. Tetapi mereka berjaya juga.
Tanpa
teknik, tiada sesiapa pun yang akan berjaya dalam Industri Jualan Langsung.
Teknik boleh dicipta tetapi sama ada berjaya atau tidak, belum tentu lagi.
Jangan gadaikan perniagaan anda dengan teknik yang anda cipta sendiri selagi
belum teruji berjaya. Bacalah Panduan Lengkap Bagaimana Menjadi Usahawan MLM
Yang Berjaya. Rencana panduan ini merupakan hasil kajian menyeluruh penulis
tentang kegagalan dan kejayaan usahawan jualan langsung dalam MLM ini. Teknik
dan kaedah yang dicatat di dalam rencana ini telah terbukti berjaya dan menjadi
amalan Juara-Juara Jualan Langsung. Bacalah dengan tenang dan setelah anda
menghayati kandungan rencana ini jangan lupa mengunjungi laman penaja kami
yang terpapar pada banner atau link-link tertentu.Rencana panduan ini ditulis
dalam Bahasa Malaysia yang mudah difahami oleh sesiapa juga yang berkecimpung
dalam industri jualan langsung ini. Jadikan panduan di dalam rencana ini sebagai
pemangkin kejayaan anda dalam perniagaan ini.
Pendahuluan
Buku
panduan ini amat bernilai kepada mereka yang ingin berjaya dalam perniagaan
jualan langsung berbanding dengan harganya yang agak murah. Rencana ini
saya tulis khusus untuk sesiapa yang ingin menjadikan MLM sebagai perniagaan
yang menjanjikan masa hadapan yang lebih baik. Bacalah buku ini berkali-kali dan
jadikan panduan di dalamnya sebagai amalan anda setiap masa.
MULTI-LEVEL
MARKETING, JUALAN LANGSUNG, DIRECT SELLING, atau apa-apa sahaja nama yang
diberikan kepadanya merupakan suatu perniagaan yang paling mudah dilakukan
tetapi telah disukarkan oleh mereka yang sengaja mencipta teknik dan kaedah
untuk berjaya dalam sekelip mata. Ramai orang yang menjadikan perniagaan ini
sebagai mata pencarian sepenuh masa atau sambilan kerana beberapa sebab:
* Modal
asas yang paling minimum/kecil Memiliki "pasaraya" sendiri Memiliki
"pekerja" sendiri.
* Berupaya
menentukan berapakah pendapatan (bonus) yang diingini setiap bulan.
* Boleh
dilakukan secara sambilan atau sepenuh masa.
* Berpeluang
bertemu dengan pelanggan dan pengedar baru.
* Berpeluang
menjadi leader dan orang yang dihormati oleh pengedar-pengedar lain.
* Peluang
untuk menjadi senang dan kaya-raya.
Jika
anda ingin serius dalam perniagaan ini, anda jangan sekali-kali menoleh ke
belakang lagi. Anda mesti meneruskannya. Jangan dengar komen-komen negatif yang
sentiasa mahu melihat anda tidak melakukan perniagaan ini dan seterusnya menjadi
gagal.
Kata-kata
nakal seperti "Mana boleh kaya jual sabun", "Masuk jualan
langsung, kasi kaya upline saja", "Jualan Langsung di Barat boleh
kayalah, di Malaysia pirah", dan bermacam-macam lagi sering kita dengar.
Kata-kata ini bukan sahaja daripada orang lain, bahkan daripada ahli keluarga
sendiri termasuk isteri. Terdapat kes yang isteri menyediakan tikar, bantal, dan
selimut di luar pintu kerana suaminya balik lewat daripada membuat tajaan. Ada
kes yang isteri seorang pengedar yang membuat panggilan memaki hamun upline
kerana membawa suaminya keluar membuat jualan dan tajaan. Semua ini merupakan
asam garam dalam jualan langsung. Semuanya dilakukan oleh mereka yang mengenali
MLM hanya daripada kulit atau luarannya sahaja. Mereka tidak mengenali isinya.
Hanya setelah anda berjaya, barulah mereka buka mata.
Anda
juga mesti sedar bahawa perniagaan jualan langsung ini bukannya magic - hari ini
menjadi pengedar, esok anda boleh kaya. Perniagaan ini memerlukan masa, tenaga,
komitmen, dan wawasan. Mereka yang menjadi JUARA MLM telah pun terlibat dalam
perniagaan ini bertahun-tahun lamanya. Setelah mereka menemukan "resipi
kejayaan", barulah mereka berjaya. Tidak ada jalan pintas untuk berjaya.
Anda tidak boleh "dam" atau membeli barangan edaran anda dalam
kuantiti yang banyak semata-mata untuk meraih bonus bulanan yang tinggi. Ini
membunuh diri namanya.
Anda
juga tidak sepatutnya menaja prospek sebarangan kerana menaja prospek tanpa
mengetahui kesungguhan mereka sama seperti anda memiliki anak yang ramai tetapi
semuanya tidak mahu bekerja. Anda sendiri yang akan rugi - membuang masa untuk
memujuk dan menunjuk ajar mereka tetapi mereka enggan melakukannya - hanya
mengumpul starter kit dan menyimpannya di dalam stor. Fahamilah kandungan
rencana ini, praktikkan, dan sentiasa konsisten dalam kerja anda. Anda akan
berjaya, Insya Allah. Setiap Kejayaan Bermula Dengan Satu Kegagalan !
Bab
1 : 2 Pilihan
Gagal
atau Berjaya Dalam MLM ialah dua ayat pendek yang anda sendiri perlu memilihnya,
iaitu adakah saya akan gagal atau adakah saya akan berjaya? Jika anda meyakini
bahawa anda akan gagal sebelum berusaha bermakna anda memang telah pun gagal
sebelum mencuba. Kepercayaan awal ini akan kemudiannya mempengaruhi tindakan
anda seterusnya. Jika anda percaya bahawa anda akan berjaya, anda sudah pun
membina asas untuk kejayaan dalam perniagaan ini. Jika pun anda gagal setelah
mempercayai bahawa anda akan berjaya, anda akan berjaya juga akhirnya.
Kegagalan
merupakan batu loncatan untuk berjaya. Mengapa dikatakan begitu? Setelah anda
gagal, anda akan lebih berhati-hati, menukar strategi,dan menjadikan punca
kegagalan itu sebagai pengajaran yang perlu dielakkan. Setelah anda bangkit
semula daripada kegagalan itu, anda akan lebih bersedia untuk tidak gagal lagi.
Nampaknya, berjaya atau gagal, anda sendirilah yang menentukannya, bukan orang
lain, meskipun orang lain adalah antara punca kegagalan anda. Semuanya bermula
daripada kepercayaan anda. Janganlah anda membina tembok batu yang akhirnya
menjadikan anda terpenjara di dalamnya. Janganlah perasaan negatif seperti
"tidak boleh" menjadi penyebab anda gagal.
Mengapa
tidak anda sepatutnya lebih mempercayai bahawa anda boleh berjaya daripada akan
gagal dalam perniagaan ini? Kepercayaan bahawa hanya orang Barat sahaja yang
boleh berjaya dalam perniagaan ini adalah sudah lapuk. Sama dengan kepercayaan
tradisi, apabila malam ada hantu.
Orang
Malaysia - anda sendiri - sebenarnya boleh berjaya dalam perniagaan MLM ini.
Dahulu, hanya orang Barat dan Jepun sahaja boleh membuat kereta. Kini, selain
dua bangsa itu, orang Malaysia juga boleh membuat kereta bahkan lebih hebat
daripada kereta buatan bangsa lain. Inilah kepercayaan yang sepatutnya menjadi
pegangan anda - Saya Boleh Berjaya!
Hari
ini, syarikat MLM yang bertapak di Amerika yang telah bertahun-tahun berada di
Malaysia sudah mendapat saingan daripada syarikat MLM yang diasaskan di Malaysia
dan oleh orang Malaysia sendiri. Inilah bukti bahawa orang Malaysia - ANDA -
boleh berjaya melakukannya. "Percaya Boleh Berjaya" merupakan
rukun pertama kejayaan. Oleh itu, langkah pertama yang perlu anda lakukan
setelah anda mendaftarkan diri sebagai pengedar ialah menanam kepercayaan boleh
berjaya ini. Ini merupakan senjata paling ampuh yang dapat memecahkan apa-apa
sahaja tembok diri biarpun yang dibina daripada besi keluli. Anda mesti percaya
bahawa anda seperti orang lain boleh berjaya dalam perniagaan MLM ini.
9
bahagian daripada 10 bahagian rezeki adalah dalam bidang perniagaan. Jenis
perniagaan yang paling mudah dilakukan ialah perniagaan jualan langsung. Kaum
Cina di Malaysia menjadi senang kerana mereka percaya bahawa mereka boleh
berjaya dalam perniagaan. Anggapan "Lihat dulu baru percaya"
sepatutnya dihapuskan dan digantikan oleh "Percaya dan buat dulu, akan ada
hasilnya". Jangan bazirkan masa, wang, dan tenaga anda hanya semata-mata
anda percaya bahawa anda tidak akan ke mana dalam perniagaan ini. Sepatutnya
anda tidak menurunkan tandatangan dalam borang keahlian syarikat MLM jika anda
sudah pun menyimpan kepercayaan "Tidak Boleh Berjaya". Mulakan langkah
pertama ini dengan "Saya Akan Berjaya!" Bertindaklah Sekarang Sebelum
Hayat Melayang!
Bab
2 : Cipta Semula Diri Anda
Ramai
orang yang menyertai jualan langsung tidak "mencipta semula diri mereka".
Apakah maksudnya?
Manusia
mempunyai pelbagai ragam dan salah satu ragam itu ialah ego di dalam diri.
Mereka percaya bahawa hanya mereka sahaja yang baik atau betul. Mereka tidak
mahu menerima teguran atau tunjuk ajar. Dalam MLM, anda mesti membuang ego anda.
Anda mesti bersedia menerimateguran dan tunjuk ajar biar pun yang memberikan
teguran atau tunjuk ajar itu adalah orang yang lebih muda daripada anda.
Inilah yang dikatakan "cipta semula (recreate)".
Jangan
tutup hati dan telinga anda daripada menerima sesuatu yang baik demi memajukan
perniagaan anda. Anggapan bahawa anda lebih pandai atau sudah pandai perlu anda
kikis. Anda mesti bersedia diberi tunjuk ajar dan bersedia untuk belajar. Ilmu
perniagaan ini tidak terbatas. Anda mungkin tidak mengetahui semua perkara
mengenai MLM tetapi orang yang memberi anda tunjuk ajar itu mempunyai
pengetahuan tentang perkara yang tidak anda ketahui. Anda mesti bersedia untuk
terus belajar. Ilmu perniagaan jualan langsung yang anda pelajari hari ini tidak
akan relevan lagi pada 4-5 tahun akan datang. Jadi, anda mesti memperuntukkan
masa pada setiap hari untuk belajar ilmu perniagaan MLM yang baru sama ada
melalui pergaulan dengan orang lain, seminar, rally, konvensyen, atau membacanya
daripada buku-buku dan majalah yang berkaitan.
Anda
juga jangan kedekut mengajar orang lain, khususnya pengedar baru yang menjadi
downline anda. Anda mesti mencurahkan segala pengetahuan yang ada pada anda
untuk mereka. Jika mereka berjaya menyerap segala pengetahuan anda dan
mempraktikkannya, anda akan lebih segera berjaya. Downline anda bukan ditaja
untuk ditinggalkan tetapi sangat dahaga akan tunjuk ajar anda. Ajarlah mereka
agar mereka berjaya juga. Mereka berjaya, anda berjaya juga.
Anda
jangan sekali-kali percaya bahawa hanya syarikat MLM tertentu sahaja yang akan
menjanjikan kejayaan mutlak. Semua syarikat MLM adalah sama. Walaupun pelan
pemasarannya berbeza tetapi matlamatnya adalah sama. Kejayaan bukan terletak
pada apa nama syarikat MLM itu tetapi kejayaan terletak pada apa yang anda
lakukan. Satu perkara yang mesti anda ingat sentiasa dan mesti anda hebahkan
kepada downline anda ialah Perniagaan MLM menjanjikan kekayaan tetapi bukan
menjadi asas untuk cepat kaya.
Menjadi
kaya dan menjadi cepat kaya adalah berbeza. Menjadi kaya adalah benar tetapi
menjadi cepat kaya adalah hampir mustahil. Tidak ada sesiapa pun yang telah
menjadi cepat kaya dalam industri ini. Yang ada hanyalah yang menjadi kaya
setelah bertahun-tahun menjadi pengedar.
Sebagai
perbandingan dan contoh, Puan Saadah Badrus yang menjadi pengedar REVELL dan
kini dianggap sebagai salah seorang jutawan dalam industri ini di Malaysia hanya
menjadi kaya setelah 4 tahun bersama syarikat ini setelah gagal mencapai impian
beliau bersama 13 buah syarikat MLM lain sebelumnya.
Jangan
percaya juga jika ada orang yang berkata: Jika ingin berjaya, tajalah prospek
sebanyak mungkin. Anggapan ini adalah songsang. Tidak ada gunanya, anda menaja
sehingga beratus-ratus orang ahli baru, tetapi mereka tidak aktif atau anda
sendiri tidak mempunyai masa yang banyak untuk menunjuk ajar mereka.
Yang
penting dan yang menjanjikan kejayaan dalam perniagaan ini ialah organisasi yang
kuat dan aktif biar pun dianggotai hanya oleh puluhan orang sahaja. Mungkin anda
masih ingat akan kata-kata hikmat Soekarno : Berikan aku tujuh orang pemuda,
nescaya gunung akan aku ratakan. Ini bererti kuantiti ahli bukan prasyarat untuk
berjaya. Kejayaan dalam perniagaan ini bergantung sepenuhnya pada kualiti yang
ada pada ahli. Seperti Soekarno, beliau meminta 7 orang pemuda, bukannya 700
orang tua!
Jika
selama ini anda tergolong di kalangan orang yang tidak suka bergaul dengan orang
lain, maka anda haruslah mengubah sikap ini. Dalam MLM,anda mesti bergaul dengan
orang lain. Dengan bergaul, anda boleh membuat jualan, membuat penajaan, dan
yang terpenting, anda akan memperoleh pengetahuan baru untuk memajukan
perniagaan anda.
Masalah
adalah asam garam dalam MLM. Semua pengedar MLM ada masalah. Tetapi, anda MESTI
menganggap masalah itu sebagai cabaran. Seperti masalah yang mesti diatasi,
cabaran juga mesti anda harungi. Setelah cabaran itu dapat anda atasi, maka di
hadapan akan terbentang jalan lurus menuju kejayaan. Orang yang takut menghadapi
cabaran tidak akan berjaya. Jangan berumah di tepi pantai jika anda takut akan
ombak yang melanda. Jangan berniaga, jika anda takut rugi atau gagal.
Sebenarnya,
perniagaan MLM ini perniagaan tanpa risiko. Jika anda rugi pun, anda hanya rugi
sedikit. Jadi, apa yang mesti anda takutkan? Anda bukan berniaga bermodalkan
ribuan ringgit. Anda hanya bermodalkan tidak pun sampai RM100 semasa anda
menerima starter kit anda. Ramai pengedar yang saya temui sering berkata bahawa
mereka takut menjual dan menaja. Saya sendiri tidak faham akan apa yang ditakuti
oleh mereka.Mereka takut kalau-kalau bakal pelanggan mereka enggan membeli
barangan mereka sedangkan mereka belum pun memperkenalkan barangan itu. Jika
sudah pasti, bakal pelanggan menolak barangan itu, itu hanyalah dia seorang
sedangkan di negara ini, terdapat jutaan penduduk. Seperti kata basahan, belum
cuba belum tahu.
Jika
anda takut, anda mesti menghapuskan perasaan takut itu dengan menemui paling
kurang 10 orang pelanggan setiap hari. Saya jamin bahawasetelah anda menemui
seorang pelanggan yang mahu membeli barangan anda, perasaan takut itu akan
bertukar menjadi seronok. Kadang-kadang,ada orang yang takut menghampiri rumah
kosong kerana sudah ada perasaan takut sebelum memasuki rumah itu. Orang begini
perlu masuk sekali saja ke dalam rumah kosong itu, nescaya akan hilanglah
perasaan takutnya terhadap rumah itu. Anda hanya perlu menemui seorang pelanggan
atau seorang prospek baru sahaja untuk menghapuskan perasaan takut yang tidak
berasas itu.Terdapat beberapa andaian awal yang negatif yang sentiasa bermain-main
dalam fikiran pengedar baru, iaitu:
* Menjual
barangan MLM adalah sukar
* Belum
tentu prospek ingin menjadi ahli
* Leceh
membuat susulan selepas jualan pertama (servis pelanggan)
* Tidak
ada masa lapang untuk berniaga
* Sudah
ramai pengedar dalam syarikat MLM ini
* Mampukah
saya memimpin downline saya?
* Jualan
Minima Bulanan (maintain) amat tinggi
* Masuk
jualan langsung untuk memperkaya upline
Menjual Barangan MLM
Adalah
silap jika anda beranggapan bahawa menjual barangan edaran anda, anda mesti
pergi dari sebuah rumah ke sebuah rumah sambil mengetuk pintu rumah pelanggan.
Anda tidak perlu berbuat demikian. Anda perlu membuat jualan kepada diri anda
dahulu. Anda mesti mencuba barangan itu untuk menikmati keberkesanannya. Jika
anda tidak menggunakannya (menjual kepada diri anda), bagaimana anda hendak
menerangkan kebaikan produk anda kepada pelanggan anda? Setelah anda telah
mengetahui kebaikan produk itu sendiri, perkenalkanlah (to intoduce) (BUKAN
MENJUAL!) atau berkongsilah (to sharing) kepada orang yang paling rapat dengan
anda seperti adik-beradik anda dan kawan rapat anda.
Percayalah,
jika bilangan mereka 10 orang, anda akan secara automatik akan mendapat 10 orang
pelanggan baru kelak kerana sudah menjadi resam manusia, seorang manusia akan
mempunyai kenalan yang lain. Dengan ini, pelanggan anda akan bercambah tanpa
anda sedari sedangkan anda hanya memperkenalkan barangan anda hanya kepada orang
yang paling rapat dengan anda.
Anda
janganlah cuba menjadi supersalesman dengan pergi dari pintu ke pintu kerana
saya percaya sebagai manusia, kita tidak ada kudrat seperti itu.
Membuat Tajaan
Jangan
memulakan penajaan terhadap orang yang belum anda kenali melainkan prospek itu
ialah orang yang dikenali betul oleh downline anda. Anda harus meneliti
kesungguhan prospek itu sebelum anda menawarkan starter kit kepada mereka.
Prospek yang berbakat dan berkualiti dapat anda kenali melalui masa anda membuat
pembentangan tentang peluang perniagaan ini. Lazimnya, mereka yang berbakat dan
berkualiti ialah yang sentiasa menumpukan perhatian pada pembentangan/demonstrasi
yang anda lakukan dan sentiasa pula mengemukakan soalan-soalan yang baik.
Satu
jalan mudah untuk membuat penajaan adalah kepada orang yang rapat dengan anda
yang telah pun merasai kebaikan produk yang anda perkenalkan itu. Katakan secara
lembut (slow-talk) kepada mereka bahawa jika mereka menjadi pengedar produk itu,
mereka akan mendapat sekurang-kurangnya 2 faedah, iaitu mereka dapat membeli
produk itu mengikut harga pengedar (biasanya terdapat diskaun 25% bagi setiap
produk) yang lebih menjimatkan dan mereka akan mendapat perniagaan sendiri untuk
meraih pendapatan sampingan setiap bulan.
Jika
syarikat MLM memperuntukkan pengumpulan kopun, mereka akan mendapat peluang
untuk memiliki barangan lain yang tidak terdapat dalam senarai produk syarikat
secara percuma apabila jumlah kopun yang dikumpul oleh mereka mencukupi untuk
melayakkan mereka menerima hadiah.
Seperti
menjual (memperkenalkan) di atas tadi, mereka juga akan membuat penajaan kepada
orang yang dikenali oleh mereka setelah mereka menjadi pengedar. Saya percaya,
daripada 10 orang yang menjadi pelanggan anda akan ada 4-5 orang yang
benar-benar berminat untuk menjadi pengedar.
Membuat Servis
Ramai
pengedar beranggapan bahawa servis tidak perlu bahkan suatu perbuatan leceh.
Pada anggapan mereka, pelanggan tidak memerlukan servis. Servis amat perlu dalam
MLM kerana servis umpama iklan produk biasa yang biasa ke udara di televisyen
atau disiarkan di akhbar. Anda tidak boleh membuat iklan produk dalam televisyen
atau akhbar kerana salah dari segi Akta Jualan Langsung.Jadi, servislah
pengganti iklan. Dengan servis, anda telah menunjukkan kesungguhan anda terhadap
perniagaan ini dan komitmen anda untuk membantu pelanggan anda. Jika anda tidak
membuat servis, anda tidak akan mengetahui masalah yang dihadapi oleh pelanggan
anda setelah menggunakan produk itu. Jika produk itu mendatangkan masalah kepada
pelanggan anda dan anda tidak membuat servis, anda akan dituduh tidak
bertanggungjawab menjual/memperkenalkan produk yang tidak berkualiti. Jika pula
produk itu memberikan kebaikan kepada pelanggan anda dan anda tidak membuat
servis, anda telah kehilangan peluang keemasan untuk memperkenalkan barangan
lain dalam senarai produk syarikat MLM anda.
Jika
anda memberikan servis (susulan selepas membuat jualan), pelanggan anda akan
berasa dihargai dan akan mencari anda untuk membeli produk yang sama pada masa
hadapan setelah produk itu habis digunakan. Jadi, servis bukan perbuatan yang
leceh tetapi suatu kaedah untuk menyemai perasaan saling mempercayai antara anda
dengan pelanggan anda.
Gunakan
servis untuk menjual lebih banyak barangan baru dalam senarai barangan yang ada
dalam syarikat MLM anda.
Anda Tidak Ada Masa Lapang?
Semua
orang mempunyai masa yang sama - 24 jam, 4 minggu sebulan, 12 bulan setahun,
atau 365 hari setahun. Pengedar yang telah berjaya juga mempunyai masa yang
sama. Pengedar yang mengatakan bahawa mereka tidak ada masa lapang sebenarnya
membuat andaian salah. Jika anda bekerja dengan kerajaan, anda ada masa lapang
pada hujung minggu. Jika anda bekerja mengikut shif, akan ada masa lapang
sebelum tiba masa bekerja.
Peliknya,
pengedar yang berkata bahawa mereka tidak ada masa lapang, masih ada masa
menonton televisyen atau berjalan-jalan di bandar pada hujung minggu. Sebenarnya,
mereka hanya memberikan alasan tidak logik. Anda mesti keluar daripada zon
keselesaan sekarang ini agar anda dapat masuk ke dalam zon keselesaan itu sampai
bila-bila. Maksudnya, anda mesti mengorbankan masa rehat/masa lapang anda untuk
beberapa tempoh dengan membuat perniagaan MLM ini sungguh-sungguh kerana apabila
anda sudah berjaya kelak, anda akan masuk semula ke dalam zon keselesaan ini.
Sebagai
pengedar sambilan, anda hanya perlu memperuntukkan lebih kurang 1-2 jam yang
berkualiti untuk perniagaan ini, bukannya 12 jam! Yang paling baik mencipta masa
lapang adalah dengan membuat jadual khusus perniagaan MLM ini. Binalah jadual
secara sistematik. Jika anda memperuntukkan masa antara 1 hingga 2 jam sehari
untuk perniagaan ini, maka jangan bazirkan masa itu dengan aktiviti yang tidak
berfaedah.Bekerjalah dengan bijak, bukan bekerja dengan kuat.
Ramai Pengedar Dalam Syarikat MLM Ini
Ramai
pengedar merungut. Macam mana hendak menjual dan menaja kerana sudah ramai
pengedar dalam syarikat MLM ini? Memang benar terlalu banyak pengedar dalam
sesebuah syarikat MLM tetapi bukan semua pengedar berdaftar yang benar-benar
serius melakukan perniagaan ini.
Hanya
5% sahaja yang bergiat aktif sementara selebihnya telah "tidur". Jika
anda pengedar yang masih aktif, ini peluang anda untuk mendapatkan jualan dan
tajaan yang sepatutnya menjadi jualan dan tajaan pengedar yang "tidur"
itu.
Penduduk
negara ini bertambah setiap hari dengan kelahiran bayi. Ini bermakna pada setiap
hari, anda mempunyai pelanggan yang belum anda dekati. Ini bermakna pada setiap
hari, beribu-ribu orang penduduk Malaysia yang merayakan hari jadinya yang ke-18
yang lazimnya had umur layak menjadi pengedar. Inilah bakal prospek anda. Jika
anda masih aktif, saya percaya, anda akan dapat membuat jualan produk baru
syarikat MLM anda kerana kebanyakan syarikat MLM di negara ini telah
mengeluarkan barangan baru untuk memenuhi keperluan pelanggan.
Pelanggan
pengedar yang "tidur" kini menanti kedatangan anda. Jadi, anda tidak
harus melepaskan peluang itu. Ada pengedar yang nombor kehliannya (ID Number)
sekitar 6XXXXX telah pun mencapai hirarki tertinggi mengatasi pengedar lama yang
nombor Idnya sekitar 4 hingga 5 angka. Saya berani memberikan jaminan bahawa
jika anda tidak mendapat seorang pun pelanggan setelah anda berusaha
memperkenalkan produk anda kepada mereka, saya sendiri akan membeli produk anda.
Adalah
amat mustahil tidak ada seorang pun yang mahu membeli produk anda setelah anda
berusaha memperkenalkannya. Jangan jadikan suatu alasan "Sudah banyak orang
buat" sehingga anda tidak mahu menjalankan perniagaan ini.
Mampukah Saya Memimpin Downline Saya?
Perkataan
"memimpin" perlu anda tukar kepada "membantu". Ada boleh
membantu orang lain seperti anda membantu isteri di dapur, membantu anak-anak
menyelesaikan masalah kerja sekolah, membantu orang tua melintas jalan, dan
sebagainya. Ingatlah, sebelum anda mampu membantu (memimpin), anda telah pun
terlebih dahulu dibantu (dipimpin) oleh upline anda. Tiru bagaimana upline anda
membantu anda dahulu. Itulah cara mudah untuk membantu downline anda.
Dalam
MLM ini, tiru-meniru kaedah adalah tidak salah. Dengan pengetahuan yang anda
pelajari daripada upline anda, anda gunakanlah untuk membantu downline anda.
Seringlah menghubungi mereka dengan bertanyakan soalan : "Apa yang boleh
saya bantu?", "Di mana kita hendak pergi hari ini/esok?", "Ada
apa-apa masalahkah semasa membuat jualan/tajaan?", dan pelbagai pertanyaan
yang menjurus kepada usaha untuk menghulurkan bantuan. Jika anda masih
kekurangan ilmu memimpin/membantu, hadirilah seminar, mesyuarat mingguan/bulanan,
rally, konvensyen yang dianjurkan oleh syarikat, atau baca buku-buku kepimpinan
dalam perniagaan. Dengan penambahan ilmu itu, anda pasti akan menjadi pemimpin
MLM yang berwibawa.
Maintain Bulanan Sangat Tinggi
Terdapat
syarikat MLM yang menetapkan jualan minimum bulanan yang agak tinggi untuk
melayakkan pengedar menerima bonus. Seperti yang dinyatakan di atas, maintain
bulanan itu bukanlah suatu masalah jika anda berusaha untuk menjual produk anda
kepada pelanggan anda. 250 Point Value untuk anda layak menerima bonus bukanlah
besar jika anda membuat jualan. Jika anda malas atau enggan membuat jualan,
dengan syarikat MLM yang menawarkan maintain bulanan terendah pun, anda masih
tidak akan layak untuk menerima bonus.
Saya
sendiri telah menyaksikan beberapa orang pengedar dalam sebuah syarikat MLM
tempatan yang maintainnya hanya RM30 (sekarang RM50) bukan berasaskan point
value (PV), masih gagal memperoleh bonus kerana mereka tidak melakukan jualan
hatta untuk membeli barangan bagi kegunaan peribadi mereka.
Jadi,
sama ada maintain bulanan syarikat itu tinggi atau rendah, ini bukanlah
penghalang kepada anda untuk terus menjalankan perniagaan ini. Mengapa pengedar
dalam sebuah syarikat MLM beribu pejabat di Amerika yang maintainnya sekitar
250PV (bersamaan lebih kurang RM400-500)masih dapat memperoleh bonus mereka pada
setiap bulan? Jawapannya ialah mereka tetap melakukan jualan biar pun terdapat
saingan.
Benarkah Masuk Jualan Langsung Hanya Memperkaya Upline?
Perniagaan
MLM adalah perniagaan peribadi. Anda berniaga bukan untuk upline anda. Jika anda
bekerja dengan bersungguh-sungguh, anda yang akan merasai hasilnya, bukannya
upline anda. Mana-mana upline yang menganggap bahawa setelah mereka menaja ramai
pengedar baru lalu mereka duduk goyang kaki, maka mereka akan tersingkir.
Terdapat syarikat jualan langsung di Malaysia yang pelan pemasarannya
membenarkan downline "memotong" upline yang tidak berusaha
sungguh-sungguh.
Jika
upline anda menerima bonus yang lumayan dan mereka masih berusaha
sungguh-sungguh, maka itu adalah adil kerana mereka mendapat hasil daripada
kesungguhan mereka. Saya telah menyaksikan beberapa orang usahawan MLM yang
menerima bonus dalam lingkungan RM3,000 hingga RM5,000 sebulan telah kehilangan
nikmat itu setelah mereka sambil lewa melakukan perniagaan ini. Sebaliknya,
downline mereka pula yang menerima bonus dalam jumlah sebegitu. Inilah
keistimewaan MLM.
Anda
bukan bekerja untuk memperkaya upline anda. MLM yang asli bukan Skim Cepat Kaya
atau Skim Piramid/Binary Scheme yang bertopengkan MLM. Dalam MLM Skim Binari
atau Piramid, upline boleh duduk goyang kaki sedangkan downlinenya
bertungkus-lumus bekerja. Hanya Piramid Di Mesir Kukuh Berdiri
Piramid Di Malaysia Semuanya Roboh!
Bab
3 : Mustahilkah Menjadi Jutawan Dalam MLM?
Dalam
sesi seminar, konvensyen, rally, dan mesyuarat mingguan atau bulanan, penceramah
syarikat sering berkata bahawa usahawan boleh menjadi kaya dalam perniagaan ini
- menjadi jutawan! Ramai pengedar yang saanngsi dengan kata-kata penceramah ini.
Benarkah boleh menjadi jutawan dalam perniagaan ini? Kedengarannya agak mustahil.
Ya, kata-kata ini memang agak mustahil tetapi ini tidak bererti ia tidak boleh
menjadi kenyataan. Dalam agama pun, dikatakan bahawa 9 bahagian daripada 10
bahagian rezeki terdapat dalam bidang perniagaan. Ini bermakna bahawa 90%
kekayaan dapat digali dalam perniagaan. Jika anda pengedar yang mahu bergelar
usahawan jutawan, anda perlu percaya bahawa anda boleh menjadi jutawan
dalam perniagaan ini tetapi bukanlah dalam sekelip mata.
Menjadi
jutawan dalam jualan langsung samalah dengan membina bangunan. Asas/tapak perlu
dibina sebelum anda membangunkan dinding konkrit.Setelah tingkat demi tingkat
dapat dibina, barulah anda boleh memasang/membina mercunya. Membina sebuah
bangunan tidak dapat dilakukan dalam sehari dua, tetapi berbulan-bulan. Jika
bangunan itu bangunan mercu tanda, masa yang lama amat diperlukan.
Boleh
atau tidak menjadi jutawan MLM adalah soal kedua. Persoalan asasnya ialah mahu
buat atau tidak mahu buat. Anda sabar atau tidak dalam perniagaan ini. Bukanlah
menjadi rahsia bahawa: Jika mahu menjadi kaya, berniagalah!"
Peniaga-peniaga yang menjadi kaya-raya seperti Pengerusi Microsoft, Bill Gates
"mencipta keperluan orang ramai", bukannya "memenuhi keperluan
orang ramai". Orang ramai/pelanggan tidak menyangka produk keluarannya akan
dikeluarkan tetapi beliau mengeluarkannya kerana sedar bahawa produk itu kelak
akan menjadi keperluan orang ramai pada masa akan datang.
Dalam
MLM, senarai produk telah tersedia. Kegunaannya juga telah diketahui. Misalnya,
sabun cuci digunakan untuk mencuci. Anda menjual sabun cuci. Ini bererti anda
hanya memenuhi keperluan pelanggan yang mahu menggunakan sabun cuci untuk
membasuh pakaian. Untuk lebihberjaya dan berlainan daripada pengedar yang lain,
anda perlu "mencipta keperluan pelanggan" melalui sabun cuci.
Misalnya,
terdapat sabun cuci yang dirumus sedemikian rupa sehingga menjadi serba guna
(multi-purpose). Selain dapat dijadikan sabun cuci, dapat pula dijadikan baja
tanaman atau membersihkan barangan kemas daripada kekotoran daki. Pendek kata,
anda mesti kreatif. Anda mesti menjadikan sesuatu produk yang anda edarkan bukan
sahaja dapat digunakan untuk kegunaan biasa tetapi juga dapat digunakan untuk
kegunaan yang lain.
Jika
anda berjaya, anda akan mendapati bahawa produk tersebut menjadi best-sellers.
TETAPI, jangan mereka-reka faedah/kegunaan lain yang belum anda uji sepenuhnya
kerana jika tidak benar, anda sendiri yang akan rugi.
Anda
boleh menjadi jutawan dengan memastikan produk syarikat anda dapat dijual secara
banyak. Katakan, sekotak sabun cuci dijual pada harga pengedar RM13.00. Jika
anda dapat menjual sebanyak 100,000 kotak sebulan, maka jualan anda berjumlah
RM1,300,000. Untung runcit yang bakal anda terima ialah RM325,000 bagi setiap
jualan. Jumlah isi rumah di negara ini bukan setakat 100,000 buah tetapi
berjuta-juta. Jika hanya 10% daripada 22,000,000 orang di Malaysia membeli sabun
cuci anda, maka jualan anda ialah (RM13.00 X 2, 200, 000) = RM28,600,000. Tetapi,
anda tidak mungkin dapat menjual sebanyak 2, 200, 000 kotak sabun sebulan. Anda
mesti mendapatkan bantuan. Cara terbaik adalah dengan menaja prospek yang
berbakat dan berkualiti, bukan sahaja di dalam daerah anda tetapi juga di luar
daerah dan negeri anda.
Dengan
bantuan downline anda, barulah anda akan dapat melakukan jualan berjuta-juta
kotak sabun sebulan ke seluruh negara agar anda memperoleh bonus bulanan ratusan
ribu ringgit sebulan. Anda perlu juga membuat jualan ulangan bagi produk yang
sama dan membuat jualan susulan bagi produk yang lain. Inilah rahsia jutawan MLM.
Untuk
mendapatkan belian ulangan daripada pelanggan anda, anda wajib membuat servis
dan harus bijak menghidu peluang untuk memperkenalkan produk lain/baru kepada
pelanggan anda itu. Jika sebelum ini, pelanggan A hanya membeli sabun cuci anda,
kini anda berpeluang menambah senarai produk dalam menu belian pelanggan anda
itu. Perkara yang sama perlu anda hebahkan dan ajarkan kepada downline anda
supaya mereka juga mencontoh cara anda berniaga. Jika semua downline anda
mempraktikkan khidmat servis anda itu, anda akan mendapati jualan bulanan
kumpulan anda akan "boom" pada bulan itu dan bulan-bulan berikutnya.
Ringkasnya, untuk menjadi usahawan berjaya dalam MLM sehingga mencapai taraf
jutawan, anda perlu menjadi seperti ayah yang mempunyai sikap dan sifat yang
baik dan mengajarkan serta menyerapkan sikap dan sifat itu kepada anak-anak anda.
Jangan menjadi seperti ketam yang menyuruh anaknya berjalan lurus sedangkan ia
sendiri masih berjalan bengkang-bengkok. Jika anda mahu downline anda melakukan
3 perkara tersebut, anda mesti melakukannya juga.
Jangan
cakap tidak serupa bikin kerana kelak tembelang anda akan pecah juga. Jika ini
terjadi, anda akan kehilangan kredibiliti. Downline tidak akan mempercayai anda
dan tindakan anda sendiri.
Selain
itu, anda mesti telah benar-benar memahami semua produk dalam senarai produk
syarikat MLM anda - harganya, faedahnya, masalah-masalah yang pernah dihadapi
oleh pelanggan anda dan cara mengatasinya, cara menggunakan produk supaya lebih
berkesan. Tujuannya adalah supaya anda tidak tergagap-gagap semasa cuba
menerangkan kelebihan produk anda dan semasa anda disoal tentang produk itu.
Banyak kes yang menunjukkan pengedar tidak dapat menjawab soalan pelanggan
berkaitan dengan produk itu kerana kekurangan maklumat. Terdapat kes pengedar
tersilap memberikan maklumat tentang sesuatu produk. Jadi, anda mesti "mencintai"
produk anda. Sekiranya anda telah benar-benar "mencintainya", mudahlah
anda menyelami "isi hatinya". Mudah jugalah anda memperkenalkan produk
itu kepada pelanggan anda tanpa sebarang kesilapan.
Anda
perlu arif tentang pelan pemasaran syarikat. Dengan kefahaman yang menyeluruh,
anda akan dapat membina wawasan untuk diri anda -berapa lama jangka masa yang
anda perlukan untuk mencapai sesuatu hirarki, berapa banyak bonus bulanan yang
ingin anda hajati, berapa banyak prospek yang perlu anda taja. Ramai yang
berkecimpung dalam jualan langsung tidak memahami pelan pemasaran secara
menyeluruh. Bagaimana mereka hendak membuat tajaan sedangkan untuk mengira bonus
bulanan yang bakal diperoleh pun mereka tidak mampu? Inikan pula untuk
menerangkan pelan pemasaran itu kepada prospek mereka. Pelan pemasaran ini
umpama seorang gadis yang ingin anda perkenalkan kepada ibu bapa (pelanggan)
anda. Jika anda tidak mengenali gadis (pelan pemasaran) itu secara menyeluruh -
namanya, alamat kediamannya, ibu bapanya, dan sebagainya, jangan salahkan ibu
bapa (pelanggan) anda jika mereka enggan menerimanya sebagai menantu (menjadi
downline) anda. Ringkasnya, dengan pelan pemasaran, anda akan dapat menetapkan
matlamat perniagaan anda.
Anda
Belajar, Anda Sedar
Anda Faham, Tiada Waham
Anda Buat, Anda Kuat
Bab
4 : Kualiti Yang Perlu Ada Pada Anda
Dalam
perniagaan yang prospek keuntungannya adalah besar seperti perniagaan jualan
langsung, seseorang pengedar mesti memiliki beberapa kualiti sebagai seorang
usahawan. Perniagaan MLM ialah perniagaan yang melibatkan orang ramai yang
mempunyai pelbagai ragam, tingkat sosial, kerenah, dan ego yang tersendiri. Jika
anda ingin berjaya, anda perlu menyukai orang ramai. Semua orang ingin dirinya
dihargai. Dengan memandang orang ramai yang mungkin bakal pelanggan atau tajaan
anda sebagai orang tidak penting (nobody), anda telah pun kehilangan. Ini
bererti anda tidak perlu meneruskan perniagaan MLM ini kerana tidak ada hasilnya.
Anda
wajib sekali menyetujui kata-kata orang ramai meskipun mereka hanyalah pekerja
pemungut sampah. Customers always right! Jika pun anda perlu mempertikaikan
pendapat atau kata-kata mereka, biarlah dengan jalan yang paling lembut, bukan
dengan cara destruktif - mematikan terus pendapat itu. Anda boleh memilih
kata-kata berdiplomasi seperti : "Betul kata Encik Zul, tetapi …",
"Saya bersetuju dengan Encik Zul, tetapi …".Ini bermakna anda perlu
mengeyakan pendapat bakal pelanggan atau tajaan anda sebelum anda membetulkan
fakta yang salah.
Dengan
ini, bakal pelanggan/tajaan anda akan berasa bahawa ia benar dalam perkara itu
dan merasakan dirinya dihargai. Ingatlah semua orang ingin menjadi manusia.
Tidak ada orang yang ingin melihat kemanusiaannya ditidakkan oleh orang lain.
Orang ramai akan membeli produk anda atau bersetuju menjadi downline anda dengan
melihat siapa anda.
Dalam
MLM, ungkapan "Jangan menilai kandungan buku daripada kulitnya" adalah
tidak benar. Orang ramai akan menilai kandungan buku daripada kulitnya.
Bagaimana pelanggan hendak membeli produk minyak wangi anda sedangkan anda
datang kepadanya dalam keadaan berbau peluh? Bagaimana pelanggan hendak membeli
sabun cuci anda sedangkan semasa berhadapan dengan mereka baju anda comot/kotor?
Anda hendak menjual shampu anti-kelemumur sedangkan pada bahu baju anda
bertaburan sisa kelemumur. Mahukah pelanggan mempercayai produk edaran anda?
Dalam
MLM, anda perlu "menjual" diri anda terlebih dahulu. Penampilan anda
adalah "jualan pertama" anda sebelum anda menjual produk anda.Katakan
anda pergi bertemu dengan bakal pelanggan anda dengan berbaju T, berseluar
jeans, dan berselipar. Ada 2 gambaran yang akan terlintas pada fikiran mereka -
"Mungkin dia ini penagih yang terdesak menjual barang untuk membeli dadah"
atau "Bagaimana dia hendak menjual barang (katakan: sabun cuci) sedangkan
dia sendiri tidak terurus" Jika ini penampilan pertama anda, anda TIDAK
akan dapat menjual apa-apa!
Lihatlah
karakter seorang penjual profesional. Ada antara mereka, berbaju kemeja lengan
panjang (kadang-kadang memakai kot), bertali leher,berseluar slack, memakai
stokin, berkasut, berambut pendek yang diminyak dan disikat rapi. Penampilan
sebegini akan memberikan sentuhan pertama pada produk yang ingin anda tawarkan
kepada pelanggan anda. Anda kena menyesuaikan cara anda berpakaian. Jika anda
menawarkan produk atau peluang perniagaan ini kepada golongan profesional, anda
berpakaianlah seperti yang dinyatakan itu. Jika anda ingin menemui golongan
kelas rendah, tanggalkanlah tali leher anda. Jika tidak, mereka akan berasa
rendah diri. Mereka akan beranggapan bahawa bidang ini hanya untuk orang kelas
menengah sahaja.
Penampilan
kedua yang perlu ada pada diri anda ialah wajah yang segar sentiasa. Jika anda
misalnya, menjual produk vitamin atau makanan tambahan, tetapi wajah anda lesu,
pelanggan tidak akan mempercayai anda. Demikian juga jika anda ingin membuat
penajaan. Bagaimana prospek anda hendak percaya bahawa perniagaan ini adalah
perniagaan sampingan yang dilakukan 1-2 jam sehari sedangkan anda dilihat oleh
mereka sebagai orang yang penat bekerja seperti baru selesai bekerja dari pukul
8 pagi hingga 4.30 petang. Semuanya kerana wajah anda yang lesu tidak bermaya.
Jadi, pastikan anda cukup tidur sebelum anda menemui pelanggan/prospek anda.
Berkunjung
ke rumah pelanggan/prospek yang baru anda kenali memerlukan anda memperkenalkan
diri setelah anda membuat temu janji dengan mereka. Sekarang ini, terlalu banyak
"penyamun tarbus". Anda wajib mengembalikan ingatan pelanggan/prospek
anda bahawa anda pernah membuat temu janji atau pernah berjumpa dengannnya
sebelum ini. Jangan terus memperkenalkan produk anda. Praktikkan langkah pertama
: Kenali mereka, tanyakan latar belakang, puji sekitaran rumah mereka, dan
jadikan perkenalan yang mungkin berlangsung beberapa minit itu seperti anda
telah kenal lama terhadap mereka. Tanya pendapat mereka sama ada mereka pernah
mendengar nama syarikat MLM anda atau produk keluaran syarikat MLM anda. Jika
mereka sudah mengenalinya, anda mulalah bertanyakan sama ada mereka pernah
menggunakan salah satu produk syarikat MLM itu. Jika belum, ini peluang anda.
Jika mereka pernah menggunakannya, perkenalkan produk lain.
Jika
mereka mengatakan bahawa mereka menunggu pengedar lain daripada syarikat yang
sama untuk memperkenalkan produk yang anda tawarkan itu, katakan bahawa anda
hanya membantu pengedar itu memperkenalkan produk syarikat. Terpulanglah kepada
mereka sama ada untuk membeli produk itu daripada pengedar tersebut atau
daripada anda. Jika mereka bersetuju, inilah peluang anda untuk menunjukkan
bahawa anda lebih baik daripada pengedar yang lain. Jangan sekali-kali berhujah
bahawa pengedar yang lain itu tidak bertanggungjawab.
Katakanlah
bahawa daripada sesiapa pun pelanggan itu hendak membeli produk itu tidak
penting. Yang penting produk syarikat itu haruslah produk syarikat MLM anda.
Inilah kaedah diplomasi yang akan memberikan keyakinan pelanggan bahawa anda
berfikiran terbuka dan mulalah mereka tertarik pada anda. Tidak mustahil jika
anda memberikan servis kepada mereka, mereka akan menjadi pelanggan tetap dan
mungkin akan menjadi tajaan anda. Semasa anda, memperkenalkan produk anda atau
menawarkan peluang perniagaan ini kepada prospek anda, ingatilah 5 HURUF -
S.E.B.A.B.
Setiap
kali, anda memperkenalkan produk, terangkan kelebihan produk dengan perkataan
SEBAB. Begitu juga jika ingin mereka menjadi downline anda, terangkan dengan
SEBAB mengapa mereka MESTI mendaftarkan diri dan menjalankan perniagaan ini.
Banyak pengedar yang menawarkan produk dengan berkata : "Belilah satu.
Barang ini bagus." Tanpa menerangkan SEBAB barang itu bagus. Tekan suara
anda semasa menyebut perkataan SEBAB itu bagi menunjukkan bahawa anda serius dan
seolah-olah sebagai suatu janji/jaminan yang pelanggan anda tidak akan rugi
membelinya.
Begitu
juga jika anda mahu menaja mereka. Berikan SEBAB mengapa mereka perlu berada
dalam organisasi anda. Setelah anda selesai menerangkan perihal produk anda atau
menerangkan kelebihan perniagaan MLM ini, sekali lagi anda perlu bermain dengan
perkataan SEBAB ini sebagai penutup penyampaian anda. Misalnya: "Adakah
apa-apa SEBAB puan tidak bersetuju dengan kelebihan produk ini?", "Adakah
apa-apa SEBAB mengapa Encik tidak perlu memiliki salah satu daripada produk
syarikat saya?", "Adakah apa-apa SEBAB puan rasa perniagaan ini tidak
menguntungkan?", atau "Adakah apa-apa SEBAB mengapa Encik tidak dapat
mendaftar sebagai ahli syarikat saya?" Jika penerangan anda sebelumnya
telah lengkap dan jelas, maka TIDAK ADA APA-APA SEBAB yang menggagalkan anda
daripada menjual walau satu pun produk kepadanya ataupun gagal menguja semangat
mereka untuk menjadi downline anda.
Namun
demikian, terdapat pelanggan/prospek yang menolak produk/peluang perniagaan yang
anda tawarkan. Jika ini terjadi, anda jangan kecewa.Kajilah sebab penolakan
mereka. Ada yang akan memberikan alasan belum ada duit, produk itu tidak sesuai
dengan cita rasa mereka, alasan "Tunggu Dulu", berdiam diri dengan
harapan anda cepat-cepat beredar, alasan produk anda tidak bermutu, dan
sebagainya.
Hujah-hujah/langkah
yang boleh anda gunakan untuk mengatasi penolakan pelanggan/prospek anda:
* "Perniagaan
ini modalnya hanya RM35 (nyatakan yuran menjadi ahli) sahaja berbanding dengan
hasil yang akan Encik peroleh. Jika Encik mendaftar sekarang, Encik boleh
mendapat duit bila-bila masa sahaja. Mungkin hari ini. Mungkin juga esok. Wang
RM35 itu akan Encik dapatkan balik apabila Encik menjual beberapa jenis produk.
Saya jamin, kalau Encik dapat memperkenalkan beberapa produk ini kepada
pelanggan, wang RM35 yang Encik laburkan untuk perniagaan ini akan Encik dapat
balik. Encik dapat balik wang Encik dan perniagaan ini sekaligus. Bolehkan? RM35
ini kalau dibelanjakan di kedai, dalam beberapa minit sahaja, akan bertukar
tangan kepada peniaga. Tetapi kalau Encik laburkan dalam perniagaan ini, Encik
akan bakal mendapat lebih daripada RM35, bukannya sebulan tetapi selama-lamanya.
RM35 bukanlah jumlah yang besar.Kalau Encik terlibat dalam perniagaan yang saya
perkenalkan ini, RM35 tidak mustahil akan menjadi RM350, RM3,500, RM35,000,
RM350,000, atau jumlah wang yang tidak terhad."
* "Sabun
cuci ini memang terkenal di Malaysia. Sudah banyak orang memuji keberkesanannya.
Sebab itulah sabun cuci ini menjadi TOP SALES syarikat kami. Miskin kaya
menggunakannya. "
* "Minyak
wangi ini walaupun dibotolkan di Malaysia tetapi bahan-bahan untuk membuatnya
diimport khusus dari Perancis setanding dengan minyak wangi berjenama mahal.
Encik belum pernah mencubanya. Kalau Encik sudah mencubanya beberapa kali, Encik
akan menyukainya. Dulu, nenek moyang kita berjalan kaki. Sekarang, kita pula
memakai kereta. Maknanya, kita perlu mencuba memandu kereta dan jangan terus
berjalan kaki. Lama-kelamaan kita akan seronok memandu kereta. Begitu juga
dengan produk ini. Cita rasa manusia sentiasa berubah-ubah. Mungkin produk ini
tidak menjadi cita rasa Encik kerana Encik belum mencubanya. Cubalah beberapa
kali. Saya yakin Encik akan serasi menggunakannya."
* "Jangan
"Tunggu Dulu". Buat dulu, baru tunggu hasilnya. Kena buat sekarang
sebelum orang lain rebut peluang. Ada banyak orang yang sedang menunggu pengedar
seperti saya menaja mereka. Ada apa-apa SEBAB Encik perlu tunggu dulu?"
* "Kalau
Puan beli sekarang, Puan boleh menggunakannya sekarang juga."
* "Kalau
Encik beli sekarang, saya akan selalu memberikan khidmat selepas jualan kepada
Encik."
* "Ada
apa-apa penerangan saya yang kurang jelas? (Ini bagi 'mendesak' pelanggan/prospek
bersuara jika mereka membisu setelah anda selesai memberikan penerangan) Boleh
saya tahu, mana keterangan saya yang masih meragukan Puan?"
* "Bolehkah
Encik beritahu saya, mana produk/bahagian yang masih tidak jelas kepada Encik?"
* Ada
pelanggan/prospek akan memberikan alasan produk kita mahal. Jawablah: "Memang
harganya mahal, tapi kalau dibandingkan dengan barang yang sama di pasaraya,
Encik akan mendapat lebih kepuasan/kelebihan daripada produk kami."
* Jika
alasan bahawa modal asas perniagaan ini adalah agak besar (katakanlah RM55.00
untuk menjadi ahli), katakan : "Kalau dibandingkan dengan berniaga di gerai
yang modal asasnya paling kurang RM200, saya kira modal perniagaan ini jauh
lebih murah. Encik hanya ambil barang dari stokis bila ada pesanan. Hantar
kepada pelanggan, Encik dapat balik modal dan untung runcit."
* Ada
prospek yang berkata : "Dulu saya pernah masuk Syarikat X, tapi habuk pun
tarak". Jawablah dengan tenang: "Puan, bukan semua syarikat MLM adalah
sama. Ada syarikat yang menjanjikan bulan dan matahari yang sukar dicapai.
Tetapi, syarikat MLM kami tidak berjanji jika tidak mampu berbuat demikian.
Buktinya, banyak usahawan kami yang telah berjaya asalkan Puan berusaha."
Atau "Tak semestinya selepas kita jatuh dari motorsikal, kita jalan kaki
dan biarkan motorsikal itu di situ. Kegagalan hari lalu merupakan batu asas
kejayaan masa depan."
* Jika
prospek tidak berminat menjual : "Baiklah, Encik tidak payah menjual. Encik
jadi ahli, Encik beli dari stokis, Encik akan dapat diskaun/harga pengedar."
* Jika
prospek berkata : "Saya nak tengok awak berjaya dulu .." Jawablah
dengan tenang : "Jangan tunggu saya berjaya dulu kerana kalau saya berjaya,
saya sudah kaya. Apa kata kalau kita berjaya sama-sama, dan kaya
sama-sama."
* Jika
ada yang berkata: "Jual sabun mana boleh kaya "Katakan: "Memang
jual sabun tidak boleh kaya, tetapi syarikat kami bukan hanya menyediakan sabun,
ada banyak produk lain. Lagi pun, syarikat kami menyediakan pelan pemasaran yang
menjanjikan wang dan kekayaan. Orang Pakistan jual kain pun boleh kaya, bukan
jual tunai, tetapi hutang. Pernahkah Encik baca berita akhbar, seorang
warganegara Pakistan yang ditangkap pihak berkuasa di Sabah merayu supaya
dibebaskan kerana beliau masih belum mengutip RM90,000 hutang daripada
pelanggannya?"
* Ada
yang berkata : "Saya tak yakin masuk jualan langsung boleh berjaya".
Jawab : "Banyak syarikat telekomunikasi yang jika berfikiran begitu, kita
tidak akan dapat memakai telefon bimbit. Mereka buat walaupun mereka belum tahu
orang Malaysia mampu beli atau tidak. Hasilnya, dimana-mana pun kita lihat orang
bawa telefon bimbit. Begitu juga dengan jual barang secara langsung. Encik kata
tak boleh berjaya, tetapi semakin ramai yang berjaya, semakin banyak yang jadi
jutawan atau semi-jutawan."
* Mereka
berkata : "Bagaimana saya nak buat, saya tidak pandai bercakap?"
Jawablah : "Pernahkah Encik mengajak rakan anda makan di mana-mana restoran?"
Jika dijawab "Ya", katakan: "Berniaga jualan langsung ini sama
juga dengan ajak orang lain makan di restoran. Ajak untuk menikmati kelazatan
wang. Lagi pun, Encik bukan buat perniagaan ini seorang diri, bercakap seorang
diri. Saya boleh bantu. Kalau Encik sudah mampu membuatnya sendiri, barulah
Encik buat sendiri."
Perlu
disedari bahawa terdapat bakal pelanggan/prospek yang telah membina tembok
"Tidak Mahu". Jika anda bertemu dengan mereka ini, and jangan membuang
masa. Bermohonlah dengan cara baik untuk pergi. Ucapkan terima kasih kerana
mereka sudi melapangkan masa mendengar penerangan anda. Beredarlah dengan tekad
bahawa anda akan menemui mereka sekali lagi dengan strategi yang lain pula.
Kajilah sebab-sebab mereka begitu kuat mengatakan tidak mahu. Ingat, dalam
banyak kes, bakal pelanggan yang kerap mengatakan "Tidak Mahu" itu
merupakan aset bernilai kepada anda. Mereka "Tidak Mahu" kerana banyak
sebab - mungkin mereka mahu menguji kesabaran dan ketahanan anda, mereka telah
pun mendapatkan gambaran salah tentang imej jualan langsung, mereka belum
mengenali anda sepenuhnya, dan lain-lain. Anda perlu mencuba sekali lagi pada
masa akan datang dengan strategi yang lain pula. Jika anda berhasil merobohkan
tembok "Tidak Mahu" itu dan menukarkannya menjadi "Mahu",
maka mereka merupakan bakal tajaan yang akan komited dengan perniagaan ini. Jadi,
jangan berputus asa dengan penolakan sebegini.
Enggan
Bererti Makan Sepinggan
Mahu Bererti Makan Selalu
Bab
5 : Mulakan Langkah MeN...
Ada
usahawan yang berjaya memberikan jawapan secara berseloroh apabila saya tanya
tentang apakah maksud MLM? Mereka mengatakan bahawa MLM ialah singkatan (akronim)
"MULAKAN LANGKAH MEN-". Ada juga yang berkata, MLM ialah MEETING LARUT
MALAM. Seloroh yang kedua akan memberikan imej tidak sihat pada industri jualan
langsung seolah-olah memberikan gambaran bahawa apabila menjalankan perniagaan
ini, kita perlu bekerja keras sampai larut malam.
Secara
jujur, saya menyukai akronim ciptaan yang pertama itu kerana bunyinya lebih
logik. Saya merumuskannya sebagai:
M
pertama = Menetapkan
matlamat diri dalam perniagaan MLM ini
M
kedua = Memperkenalkan
produk kepada orang terdekat/dikenali
M
ketiga = Menaja
pelanggan yang berpuas hati dengan produk itu
M
keempat = Memberikan
servis kepada pelanggan/downline
M
kelima = Membantu/Memimpin
downline
M
keenam = Membuat
mesyuarat kumpulan
M
ketujuh = Meniru
teknik, kaedah, dan strategi upline
Menetapkan matlamat diri dalam perniagaan MLM
Berniaga
dalam MLM ini merupakan berniaga secara jangka panjang. Oleh itu, anda mesti
mempunyai matlamat yang jelas, fleksibel, bertempoh,dan mudah dicapai. Tanyakan
kepada diri anda, berapa lama anda mesti memperuntukkan masa untuk mencapai
hirarki/pangkat tertentu. Jangka masa itu biar logik. Jangan terlalu singkat
kerana jika tidak dapat dicapai, anda akan berasa kecewa. Jangan pula terlalu
lama kerana anda akan menjadi tidak serius untuk melakukannya. Jangan membuat
matlamat yang terlalu sukar dicapai.
Misalnya,
anda mahu mencapai pangkat Triple Diamond dalam tempoh 5 tahun. Ukurlah
kemampuan anda dengan matlamat yang anda set itu.Usahawan yang berjaya telah
menghabiskan masa lebih daripada 5 tahun untuk menikmati hirarki yang tertinggi
dalam syarikat MLMnya. Matlamat itu mestilah jelas dan dapat dicapai.
Jika
anda menginginkan pendapatan melebihi RM15,000 sebulan, anda mesti menentukan
dengan jelas berapa banyak jualan bulanan yang perlu anda buat dan berapa
ramai tajaan yang perlu anda miliki.
Misalnya,
untuk mendapatkan bonus RM5,000 sebulan, anda perlu menjual paling kurang 5
produk yang harga keseluruhannya berjumlah RM150.00 setiap hari, menaja seorang
prospek setiap hari dan prospek melakukan sebagaimana anda melakukannya.
Hitungan anda itu mungkin dalam bentuk begini:
Jualan
Peribadi = RM150.00 X 30 hari = RM4,500 X 25% Untung Runcit Anda = RM1,125.00
sebulan
Tajaan
Anda = RM150.00 X 30 org = RM4,500 X 30 hari = RM135,000 sebulan
Jualan
Kumpulan Anda = RM135,000 + RM4,500 = RM139,500
Katakan
Bonus Anda 20%, Bonus Downline Anda 10% kerana anda merupakan ketua kumpulan
mereka, kiraan bonus yang anda terima ialah: Override Anda terhadap downline
anda ialah 10%. Ini bermakna daripada RM4,500 yang dibuat oleh downline anda,
anda menerima: 1 downline = RM4,500 X10% = RM450 30 downline = RM450 X 30 orang
= RM13,500 Bonus peribadi anda sendiri = RM4,500 X 20% = RM900 Jumlah
keseluruhan
Pendapatan
Anda = RM900 + RM13,500 + RM1,125 = RM15,525.00 sebulan. Ini belum termasuk
bonus-bonus insentif yang saya percaya semua syarikat MLM menawarkan ganjaran
seperti ini.
Seperti
yang saya katakan tadi, ukurlah kemampuan anda dengan matlamat yang ingin anda
capai. Menetapkan matlamat termasuk juga kegiatan merancang perniagaan setiap
hari. Dalam hal ini, anda perlu mempunyai jadual kerja yang jelas dan mesti
dilakukan.
Misalnya:
Berapa jam masa yang anda ambil untuk menjalankan perniagaan ini setiap hari?
Berapa orang prospek yang MESTI anda taja setiap hari? Berapa banyak produk yang
perlu anda perkenalkan dan jual setiap hari? Aturkan jadual itu mengikut masa
kelapangan anda dan MESTI anda lakukan sedaya upaya. Masa yang anda peruntukkan
itu adalah masa yang produktif yang mesti anda isikan dengan bermanfaat.
Usah
sia-siakan/abaikan prospek yang telah berjaya anda taja kerana masa yang anda
peruntukkan itu begitu bernilai untuk anda membiarkan tajaan anda seperti perahu
tidak berkemudi. Pastikan bahawa had/kouta jualan anda untuk setiap hari dapat
anda capai.
Memperkenalkan dan Menjual Tiada perniagaan tanpa jualan.
Tiada
jualan tanpa terlebih dahulu diperkenalkan. Memperkenalkan produk bukanlah
sukar. Anggapkan sahaja bahawa anda mahu berkongsi kelebihan produk dengan
pelanggan anda. Anda jangan memaksa pelanggan membelinya. Biarkan mereka membeli
dengan hati terbuka kerana mereka yang membeli produk anda secara rela akan
menjadi pelanggan tetap (regular customer) anda. Jual produk kepada diri anda
dahulu sebelum dikongsikan dengan orang terdekat dengan anda.
Menaja
Selalulah
anda menyemaikan dalam fikiran anda bahawa menaja bermakna anda memberikan
peluang perniagaan kepada pelanggan/prospek anda. Jangan berfikiran bahawa anda
mahu menaja mereka kerana anda ingin segera memperoleh pendapatan besar. Anda
menaja mereka kerana anda mahu mereka berjaya dalam perniagaan ini. Jika mereka
berjaya, anda juga akan berjaya. Untuk mereka berjaya, anda kena membantu mereka
berjaya dengan memberikan tunjuk ajar. Ingatlah bahawa anda menaja mereka kerana
anda mahu membebaskan mereka daripada masalah kewangan.
Menaja
bukanlah aktiviti yang susah. Menaja sama seperti perbuatan seorang jejaka yang
berminat dengan seorang dara lalu berusaha memikatnya. Jika berjaya, alangkah
seronoknya. Jangan fikirkan bahawa menaja prospek ini sesuatu yang menakutkan.
Menaja prospek ini adalah kegiatan yang sangat menyeronokkan. Seronok kerana
anda akan dan telah menambah koleksi sahabat anda. Seronok kerana prospek/tajaan
anda itu adalah harta/aset anda. Seronok kerana seperti wakil rakyat, anda telah
mendapatkan seorang pengundi baru yang mengundi anda.
Memberikan Servis
Memberikan
servis kepada pelanggan bermakna anda prihatin terhadap mereka, anda ingin
memastikan pelanggan anda berpuas hati, dan anda ingin pelanggan anda membuat
belian ulangan ataupun membuat belian produk lain. Memberikan servis kepada
downline anda bererti anda ingin mengetahui apakah masalah yang dihadapi oleh
mereka dalam perniagaan ini, siapakah bakal prospek yang bakal ditaja oleh
mereka, sejauh manakah mereka telah memahami skop jualan langsung syarikat MLM
anda, dan yang lebih penting untuk merapatkan hubungan antara anda sebagai
pemimpin dengan mereka sebagai usahawan baru.
Membantu/Memimpin
Anda
mungkin pernah mendengar kalimat ini : Semua orang adalah pemimpin. Anda adalah
pemimpin diri anda sendiri. Jika anda berkumpulan, anda menjadi kumpulan anda.
Dalam agama Islam, Rasulullah bersabda: Apabila terdapat dua orang dalam
perjalanan, maka wajiblah mereka melantik seorang sebagai ketua. Mahu atau
tidak, anda mesti memimpin. Pimpin downline anda dengan mencontoh stail
kepimpinan tokoh-tokoh jualan langsung yang telah berjaya atau mengikut gaya
kepimpinan upline anda. Bukan semua orang dilahirkan sebagai pemimpin tetapi
ilmu kepemimpinan boleh dipelajari. Usah fikirkan bahawa anda tidak ada bakat
memimpin, maka anda tidak dapat memimpin. Anda perlu belajar memimpin. Pernahkah
anda memimpin orang tua melintasi jalan raya, atau menasihati seseorang supaya
jangan bertindak melulu, atau menasihati anak-anak anda supaya belajar
rajin-rajin agar berjaya, atau menasihati rakan anda supaya berhati-hati semasa
memandu?
Jika
ya, bermakna anda sebenarnya boleh memimpin orang lain. Memimpin downline dalam
MLM sama dengan memimpin orang lain dalam tindakan sehari-harian. Bak kata
usahawan MLM yang pernah saya temui : Memimpin adalah semudah ABC.
Mengadakan Mesyuarat
Mesyuarat
khususnya dalam kumpulan anda harus anda lakukan seminggu sekali. Mesyuarat
penting sebagai sesi mengumpul maklum balas antara anda dengan downline anda dan
seterusnya mengatur strategi bagi memperluas pasaran perniagaan anda. Mesyuarat
tidak harus disempitkan maksudnya dengan melihat mesyuarat hanya boleh diadakan
di dalam bilik/pejabat khas. Anda berkumpul dengan seorang dua downline anda
sambil menikmati kopi atau nasi di restoran sambil membincangkan masalah dan
strategi perniagaan anda, itu juga dinamakan sebagai mesyuarat - mesyuarat tidak
formal.
Sama
ada mesyuarat itu formal atau informal, bercatat atau tidak bercatat, tidak ada
bezanya asalkan disusuli dengan tindakan penyudah yang tepat. Mesyuarat formal
di kalangan ahli kumpulan sebaik-baiknya membincangkan kaedah dan strategi
menjana pasaran. Perlu anda sedari bahawa maklumat strategi kumpulan anda adalah
senjata ampuh yang eksklusif yang tidak perlu anda hebahkan kepada orang lain
kecuali kepada ahli kumpulan anda.
Ingatlah
bahawa perniagaan adalah suatu peperangan. Untuk berjaya dalam peperangan, anda
mesti memiliki senjata ampuh dan strategi berkesan yang tidak harus jatuh ke
tangan pihak lain. Mesyuarat yang bagus bukanlah mesyuarat yang berisikan
ceramah motivasi bam-bam-bum-bum. Motivasi sebegini tidak akan mendatangkan
kesan besar kepada downline anda.
Motivasi
yang baik adalah menunjukkan cara berkesan untuk berjaya dalam perniagaan ini.
Jika pun anda ingin memberikan ceramah yang berapi-api, biarlah isi ceramah
relevan dengan tajuk/topik yang menjadi agenda mesyuarat - agenda perniagaan
jualan langsung. Jangan meleret-leret sehingga akan memuakkan downline
anda. Jangan anda sangka, pendengar tergelak kerana mereka suka akan ceramah
anda.Mereka ketawa kerana anda mungkin mencuit hati mereka tetapi kandungan
ceramah tidak sampai kepada sasaran. Jangan menyangka pendengar serius dan
ternganga mendengar ceramah bam-bum-bam-bum anda kerana belum tentu setiap
ceramah anda telah dapat difahami oleh pendengar/downline anda. Sebaik-baiknya
sampaikan ceramah anda secara perlahan, jelas, satu persatu supaya semua
maklumat yang ingin anda sampaikan dapat sampai pada sasarannya.
Meniru/Mencontoh Upline
Perniagaan
MLM ini menghalalkan perbuatan tiru-meniru (mencontoh) sikap dan sifat pemimpin.
Permulaan yang baik kepada usahawan adalah meniru upline. Contohilah bagaimana
upline anda telah berjaya menjadi pemimpin dan memperoleh pendapatan yang agak
baik.
Anda
berhak meniru sikap dan sifat sesiapa juga yang telah berjaya dalam perniagaan
ini. Anda boleh meniru jadual bekerja orang lain yang telah berjaya. Anda juga
boleh meniru bagaimana usahawan cemerlang berjaya menaja begitu banyak downline
yang berkualiti. Anda boleh meniru apa-apa sahaja yang memberikan manfaat kepada
anda mengikut jalan yang baik.
Lakukanlah
MLM (Mulakan Langkah MeN..) dengan 7M ini secara berperingkat-peringkat dan
jangan terburu-buru. Lakukan secara konsistens.
Meniru
Dalam Ujian, Anda Kandas
Meniru Dalam MLM, Anda Mualim
Bab
6 : Tips Untuk Berjaya - Teknik Menjual
Senaraikan
nama-nama orang yang anda kenali berserta nombor telefon, dan alamat kediaman
mereka. Hubungilah mereka dengan alasan untuk menziarahi mereka. Semasa berada
di dalam rumah pelanggan anda, berbasa-basilah terlebih dahulu. Jangan terus
kepada matlamat anda untuk menjual barangan. Perkenalkanlah produk anda setelah
anda yakin bahawa pelanggan anda telah cukup selesa dengan kedatangan anda dan
bersedia untuk mendengar penerangan anda.
Jualan
yang baik dan menguntungkan adalah dengan menjemput mereka ke rumah anda. Anda
mungkin boleh mengadakan jamuan/kenduri doa selamat. Setelah selesai acara
jamuan dan setelah berbasa-basi, maka mulakanlah tujuan sebenar anda mengundang
mereka. Dalam home party seperti ini, orang yang paling kedekut mengeluarkan
wang untuk membeli barang pun akan mengeluarkan wang kerana berasa malu di
hadapan khalayak ramai. Sentiasa bersedia dengan pen dan buku pesanan
jualan setelah selesai memberikan penerangan produk.
Tanyakan
soalan ini: "Berapa banyak Encik Saidon hendak?" sambil bersedia untuk
mencatatkan pesanan mereka.
(b) Mampukah
awak mendapatkan paling kurang 5 orang rakan/saudara-mara anda yang benar-benar
berminat berniaga?
(c) Adakah
awak rela mengorbankan RM200.00 sebagai modal asas perniagaan ini termasuk
membayar yuran keahlian?
(d) Sanggupkah
awak mengorbankan masa selesa awak selama 2-3 jam sehari untuk perniagaan ini?
(e) Sanggupkah
awak menerima tunjuk ajar biarpun daripada rakan kongsi kami yang paling muda?
Hai,
kalau begini buta ITlah anak-anak kita. Orang asing yang baru datang ke negara
kita semalam telah kaya-raya. Mereka datang bukan saja bekerja buruh kontrak.
Ada antara mereka berniaga. Orang India dan Pakistan jual kain. Kelmarin, mereka
jalan kaki. Esok mereka tunggang motorsikal. Lusa, mereka pakai kereta. Tapi
kita? Kita hanya mampu berangan-angan untuk kaya. Ambil nombor dengan harapan
mengena. Orang asing ligat berniaga. Mereka kaya. Kita masih bergelut dengan
masalah kewangan. Nampaknya, kita akan merempatlah di bumi sendiri.
Pada
setiap bulan, anda harus mengumpulkan semua downline anda dalam mesyuarat
bulanan. Agenda mesyuarat harus berkisar pada strategi menawan pasaran. Anda
juga boleh menjemput penceramah jemputan daripada upline anda yang telah berjaya
untuk menaikkan semangat downline anda. Apabila anda telah mempunyai kumpulan
yang besar, kekerapan menjual anda perlu anda turunkan dan gantikannya dengan
kekerapan memimpin dan mengurus. Mengurus kumpulan sama dengan mengurus
anak-anak. Mereka tidak boleh dimarahi, dipaksa melakukan, dihina, dan
sebagainya. Mereka harus dibelai. Pujian perlu dibuat apabila mereka berjaya
melakukan jualan atau penajaan. Anda mesti mendengar pendapat mereka biarpun
mungkin anda tidak bersetuju.
Esok,
Melakar Rancangan
Lusa,
Mulakan Perjalanan
Kelak,
Sampai Ke Tujuan
a. Bergaul
dengan segenap lapisan masyarakat. Dari celah-celah lumpur itu mungkin ada
permata berharga.
b. Bekerjasama
sesama ahli kumpulan. Lakukan perniagaan ini bersama dengan pasangan anda. Kerja
berdua akan lebih mendatangkan hasil mutlak. Berilah tunjuk ajar anda dengan
ikhlas. Jangan tanya diri anda berapakah hasil yang akan saya dapati dengan
menolongnya. Tanyalah, berapakah hasil yang akan downline saya peroleh kalau
saya membantunya. Downline anda berjaya, anda juga akan berjaya.
c. Sediakan
strategi anda yang berbentuk sistem yang akan menjadi panduan dan amalan
kumpulan anda.
d. Buat
perancangan anda dan mestilah anda komited dengan perancangan anda itu.
e. Jangan
abaikan downline anda. Setiap permohonan bantuan daripada mereka walaupun
generasi di bawah perlu anda penuhi.
f. Anggap
perniagaan ini sebagai peperangan. Anda tidak boleh tewas/gagal. Jika
tewas/gagal, berakhirlah riwayat hidup anda. Dengan ini anda akan bermati-matian
mempertahankan perniagaan ini.
g. Luangkan
sedikit masa anda untuk memikirkan idea kreatif yang dapat menjayakan perniagaan
anda.
h. Sentiasalah
anda merendah diri walaupun anda telah berjaya. Sikap ini akan menyebabkan
sesiapa pun tidak berasa rendah diri apabila bergaul dengan anda.
i. Sentiasalah
anda memberikan keyakinan kepada downline anda bahawa mereka pasti, lambat atau
cepat, mengecapi kejayaan.
j. Sentiasa
berkata kepada diri sendiri : Aku berniaga kerana mengejar kepuasan, bukannya
wang. Jika anda puas, wang akan datang bergolek.
k. Mesti
sanggup menentang arus. Orang tak buat cara ini, anda buat. Jika orang lain
tidak buat, anda buat, anda akan berjaya.
l. Mesti
sanggup belajar dan diajar oleh sesiapa sahaja meskipun daripada downline
sendiri. Walaupun anda sudah berjaya, anggapkan sahaja anda belum berjaya.
Dengan ini, anda akan sentiasa berusaha.
m. Sentiasa
turun ke bawah. Jangan hanya melihat dari atas walaupun anda telah berjaya.
n. Beri
motivasi kepada diri sendiri. Berikan hadiah kepada diri anda apabila anda
berjaya melakukan sesuatu. Hadiah itu mungkin berupa tidur seketika untuk
merehatkan otak anda.
o. Sekali
anda melakukan perniagaan ini, anda mesti melakukannya setiap hari. Jangan
dibiarkan ada hari anda tidak melakukannya kerana dikhuatiri semangat anda akan
luntur.
p. Jangan
berprasangka buruk kepada orang lain. Yang zahir tidak semestinya mencerminkan
yang batin.
q. Cakap
mesti serupa bikin. Jangan menyuruh downline melakukan sesuatu tetapi anda
buatlah dahulu sebelum downline anda mencontohinya.
r. Sentiasa
setia pada syarikat. Sifat kanggaroo tidak ada dalam resipi kejayaan usahawan
MLM.
s. Sentiasa
riang kerana keriangan akan meredakan ketegangan.
t. Anggapkan
bahawa melakukan perniagaan sebagai ibadah.
u. Jangan
anggap perniagaan jualan langsung ini sebagai cuba-cuba atau main-main sahaja.
Anggapkan perniagaan ini sebagai penentu hidup dan mati anda.
v. Berikan
kail kepada yang memerlukannya, jangan berikan ikan. Biasanya, apabila anda
sudah berjaya, banyaklah orang yang mendekati anda semata-mata kerana wang.
Jangan berikan wang kepada mereka, berilah starter-kit.
w. Jangan
berasa rendah diri walaupun anda berhadapan dengan taikun perniagaan. Jika pun
mereka tidak berhasrat menjadi downline anda, mereka mungkin menjadi
pelanggan tetap anda yang berpotensi.
x. Sentiasa
mencari ilmu/pengetahuan baru terutamanya yang berkaitan dengan perniagaan
jualan langsung sama ada daripada pergaulan, bahan bacaan, atau daripada
teknologi maklumat.
Di
Florida, diceritakan bahawa telah tiba musim berombak. Aktiviti papan luncur
menjadi pesta di pesisir pantai. Di gigi pantai, seorang pemuda duduk sambil
berfikir. "Kalau gunakan 2 papan luncur tentu lebih seronok daripada
menggunakan sebuah papan luncur". Setelah habis berfikir, pemuda itu pun
mengambil dua papan luncur lalu pergi ke gigi pantai. Pada mulanya, dia memang
seronok kerana kedua-dua belah kakinya berpijak pada papan luncur tetapi
sebaik-baik sahaja ombak besar melandanya, dia terhumban dan kepalanya cedera
terkena batu yang kebetulan ada di situ kerana gagal mengimbangkan badan dan
kakinya pada kedua-dua papan luncur itu.
Moralnya:
Jangan terlalu tamak. Berniagalah dengan sebuah syarikat MLM sahaja. Jangan
menyertai lebih daripada sebuah syarikat MLM kerana akhirnya anda tidak akan
berupaya mengurus perniagaan anda.
Cerita 6
Dua
orang pegawai pemasaran telah diarahkan oleh majikan mereka untuk membuat
tinjauan sama ada kasut boleh dijual kepada penduduk di sebuah negara di benua
Afrika. Kedua-dua pegawai itu berlepas ke negara itu. Seminggu kemudian, pegawai
pertama balik dan membuat laporan kepada majikannya. "Bos, saya fikir, kita
tidak boleh jual kasut di sana. Semua orang di situ tidak memakai kasut bahkan
tidak pun mengenali kasut."
Beberapa minit kemudian, pegawai kedua pula balik dan membuat laporan.
"Bos, masa depan syarikat kasut kita di sana sungguh cerah." Sang
majikan terkejut. "Bagaimana? Kata pegawai pertama tadi, orang di sana tak
kenal kasut. Macam mana kita nak jual kasut?" Pegawai kedua berkata,
"Senang saja, bos. Memang orang di sana tak kenal kasut dan tidak
memerlukan kasut tetapi kita mesti mewujudkan keadaan yang akan menyebabkan
mereka memerlukan kasut dan akhirnya kenal akan kasut." Majikan ingin tahu,
"Bagaimana?" "Kita upah orang taburkan paku dan paku tekan di
jalanan di tempat mereka lalu-lalang dan kita buka kedai kasut di tengah jalan
itu."
Moral
ceritanya ialah pertama, anda mesti kreatif. Anda harus mencipta keadaan yang
pelanggan akan memerlukan produk yang anda pasarkan.Anda tidak harus bergantung
pada kegunaan tradisi produk itu. Kedua, anda jangan membuat penilaian
berdasarkan pemerhatian kasar. Jangan berpendapat bahawa kerana begitu banyak
orang berjual produk yang sama di suatu tempat, maka tidak ada peluang untuk
anda mencari keuntungan.
Anda Percaya, Anda Buat, Anda Berjaya!