:: Wings & friends  ::

         F L Y W I N G S   &  S U P E R F R I E N D S  

     
Laman Keras Buat Rockersē Tanah Air Bersama Wings

 

Anggota Wings & Opera Kehidupan


JOE - Pemain Gitar WIngs

 

Joe atau nama samarannya J.W bertugas dalam WINGS sebagai pemain gitar serta pemain keyboard.
Petikan gitarnya unik dan mampu memukau disamping berupaya menutup bunyi gitar kedua yang kerap diperlukan dalam pertunjukan pentas melalui kerjasama antara anggota. Joe pernah menganggotai kumpulan SCANDALS bersama Bad (pemain bass untuk kumpulan HANDY BLACK dan kini EYE).
Berbakat mencipta lagu. Lagu popular pertama ciptaannya untuk rakaman album ialah lagu 'Penantian yang tak pasti' dendangan kumpulan SCANDALS dengan lirik oleh Zino, penyanyi utama.
Peneraju kepada syarikat Treasure Rekod yang menaungi DEF-GAB-C.
Selain nama samaran J.W, beliau juga mengguna nama MAWAR, SARAH NISA dan LONG WING.
Beliau sudah mendirikan rumahtangga bersama Linda Rasul dan mempunyai seorang anak. Berkebolehan menerbit album seperti beberapa album WINGS, DEF-GAB-C, TROPIKA, SLASH dan Double Line.Dilahirkan dalam keluarga seni, ini terbukti apabila abangnya Azaran adalah pemain gitar bass kumpulan SLASH dan adiknya Che Mat adalah pemain gitar bass kumpulan Double Line. Joe turut berlakon bersama WINGS dalam Pemburu Bayang, Putera, Amelia-mawar berduri dan SUPERSTAR.



Joe adalah teraju utama filem arahan Zulkifli M. Osman dalam filem PUTERA digandingkan dengan Vanida selaku Heroin dalam filem tersebut

 

Joe juga berlakon dalam satu filem box office filem arahan Jamil iaitu AMELIA MAWAR BERDURI yang juga menampilkan jo sebagai aktor digandingkan dengan Ruhil Amani Hussin selaku heroin dalam filem tersebut


Joe menamatkan zaman bujanganya pada Oktober 1996 bersama Linda Gulam Rasul.


Album - Album terbitan joe Wings yang sentiasa ada sentuhan rock . Albumē yang pernah mencipta nama suatu masa dahulu

 

Sebelum bersama Wings , Joe adalah gitaris kumpulan Scandals. Kumpulan Scandals adalah salah satu group Lagenda Rock dimana ianya diperkenalkan melalui album Juara - Juara Rock

 

HAK CIPTA TERPELIHARA 1998-2004

Bahan-bahan di laman web ini adalah untuk kegunaan persendirian sahaja.
Sebarang bentuk penyalinan, siaran, cetakan semula artikel dan gambar untuk kegunaan komersil adalah dilarang.