:: Wings & friends  ::

         F L Y W I N G S   &  S U P E R F R I E N D S  

     
Laman Keras Buat Rockersē Tanah Air Bersama Wings

 

Anggota Wings & Opera Kehidupan

 

ROSYAM SYAFIE -  JOJET - ( Pemain Drum )

Jojet adalah salah seorang pengasas kumpulan WINGS tetapi telah meninggalkan WINGS untuk menjadi ahli kumpulan GERSANG pada tahun 1986. Beliau begitu setia dengan kumpulan GERSANG sehinggalah ia dibubarkan pada 1990. Beliau telah diundang menjadi pemain drum undangan kumpulan WINGS pada Juara Lagu'90 menggantikan Black yang telah disingkirkan. Apabila terbitnya album WINGS 'Jerangkung dalam almari' barulah Jojet secara sah menjadi ahli WINGS. Beliau kekal dalam WINGS sehinggalah album Opera dalam kenangan 1 & 2. Beliau pernah berkahwin tetapi bercerai setelah 3 tahun hidup bersama. Jojet juga boleh berlakon filem. Filem terbaru lakonannya ialah 'Bara' dan Nafas Cinta'.

 


 

Wings telah mengeluarkan wang sebanyak RM7000 untuk membatalkan kontrak JOJET dengan Rahim Othman Production iaitu pemegang kontrak Gersang. Setelah dibebaskan barulah secara sah Jojet menjadi "Drummer" Wings


Awie dan Jojet sebenarnya adalah anggota asal kumpulan Wings

 

 

Jojet ketika bersama kumpulan Gersang

 

HAK CIPTA TERPELIHARA 1998-2004

Bahan-bahan di laman web ini adalah untuk kegunaan persendirian sahaja.
Sebarang bentuk penyalinan, siaran, cetakan semula artikel dan gambar untuk kegunaan komersil adalah dilarang.