ISMAIL ZAINUDDIN - MEL - ( Vokalis 2nd )
Mel
adalah penyanyi WINGS yang kedua selepas Awie. Kemunculannya
didalam album WINGS; Orang Asing mendapat sambutan yang diluar
jangkaan kerana keunikan suara yang mempunyai kelainan dari
Awie. Anak kelahiran Teluk Intan, Perak ini akhirnya disingkir
dari WINGS setelah 7 bulan bersama kerana Mel tidak memberikan
komitmen yang cukup kepada WINGS. Apabila disingkir, beliau
terus membuat 2 album Solo dengan Syarikat rakaman Sony Muzik.
Apabila kedua-dua album solonya kurang mendapat sambutan, Mel
telah mendapat hidayah Allah supaya meninggalkan dunia seni
untuk mendalami ilmu akhirat. Kini beliau telah menjadi
penyanyi nasyid.
|