Sejarah
penubuhan WINGS bermula pada sekitar tahun 1985 di Sekolah
Menengah Sri Ampang di Kuala Lumpur. Disitulah empat orang
anak muda yang masih menuntut bergabung tenaga membentuk
sebuah pancaragam sekolah. Oleh kerana terdorong dan terlampau
meminati muzik terutama irama Rock, mereka sepakat untuk
mendendangkan lagu berentak Rock'N'Roll disepanjang
persembahan yang mereka lakukan. Bermulalah kelahiran kumpulan
Wings tetapi kumpulan ini masih belum mempunyai nama.
Anggota
asal kumpulan WINGS ialah Awie, Jojet, Jo dan Syam. Perpecahan
melanda kumpulan ini apabila Jojet telah berhijrah ke kumpulan
Gersang dan Jo mengundurkan diri. Pada awal tahun 1987, Wings
mendapat tawaran untuk merakamkan album dibawah label ASP dan
nama WINGS digunakan sebagai nama kumpulan ini. Ilham
penggunaan nama WINGS sebagai nama grup dicetuskan oleh Awie
apabila orang ramai selalu menegurnya kerana lengannya yang
berotot (muscle) atau lebih tepat seperti 'sesayap' (WING).
WINGS bertungkus-lumus menyiapkan album pertama mereka dengan
bantuan 2 anggota baru iaitu Eddie dan Black yang menggantikan
tempat Jojet dan Jo selain Awie dan Syam selaku anggota asal.
Pada masa itu, pengurus kumpulan WINGS adalah Bob Lokman. (kini
pengacara TELEBRITI di TV2)
Album
pengenalan WINGS 'Belenggu Irama' telah diedarkan diakhir
tahun 1987 dan mendapat jualan yang begitu membanggakan.
Mereka berjaya kerana faktor-faktor berikut:-
Promosi
yang kuat di konsert-konsert.
Mampu
beraksi secara langsung.
Gaya,personaliti,suara,aksi
penyanyi utama iaitu Awie telah menarik perhatian pendengar
muzik.
Dekat
dengan peminat. Mereka kerap berada di pertunjukan pentas di
serata Malaysia.
Sumbangan
lagu balada dan rock N roll dari beberapa komposer yang hebat
seperti M.NASIR, J.S KEVIN, dan USOP KOPRATASA.
Malang
sungguh bagi WINGS apabila nama mereka telah disenarai
hitamkan dari muncul di TV milik Kerajaan dan lagu mereka
dilarang penyiaran dicorong radio kerana keengganan WINGS
memotong rambut mereka yang panjang (ketika itu isu rambut
panjang sangat kontroversi sehinggakan RTM mengetatkan syarat
pada setiap artis yang ingin dipromosi di TV dan radio,
berbeza dengan TV swasta seperti TV3 yang membenarkan WINGS
muncul dan bertanding di Muzik-Muzik '88.) Pada sekitar
Januari 1988, setelah lebih kurang 2 bulan WINGS mempromosikan
album, Syam telah mengambil keputusan untuk meninggalkan WINGS
dengan alasan tidak sebulu dengan pengurus WINGS, Bob Lokman.
Tham Wing Kwan adalah penggantinya tetapi tidak lama. Sesudah
itu tempat Tham diisi oleh Joe yang merupakan bekas ahli
kumpulan Scandals.
Proses
rakaman album kedua pun bermula dan selesai lalu dipasarkan
diakhir tahun 1988. Seperti album pertama WINGS, 'Hukum Karma'
juga mengecap jualan yang tinggi. 2 lagu 'slow-rock' dari
album kedua mereka telah berjaya melonjakkan lagi nama WINGS
untuk kekal popular. Lagu berentak balada itu ialah Taman
Rashidah Utama (ciptaan Bob Lokman) dan Misteri Mimpi Syakilla
(Ciptaan JS Kevin) yang berjaya memasuki pertandingan Juara
Lagu '89.
Persembahan
mereka ketika Juara Lagu '89 sungguh memikat. Awie dengan
kekuatan vokalnya yang mampu menjerit lantang dan berqasidah,
Joe dengan petikan gitarnya yang bermutu seperti dalam rakaman,
Eddie pula dengan gerak kawalan gitar bass yang licin manakala
Black dengan paluan dram yang menggegarkan sambil dia dan
Eddie mencipta kesan bunyi gitar karan 'distortion'. Kerjasama
itu bagi menolong Joe mengalunkan gitar solo dengan baik. Jika
hendak dibandingkan dengan kumpulan lain yang turut bertanding
dalam Juara Lagu '89 hanya kumpulan ILUSSI dan GERSANG sahaja
yang tidak menggunakan gitar kedua, tetapi mereka telah
diiring oleh keyboard. Untuk lagu Taman Rashidah Utama, WINGS
memaparkan persembahan yang bernada sedih dengan mengena
pakaian 'suit' serba putih dan diiringi oleh pasukan kuaiyer
berlainan pula dengan lagu Misteri Mimpi Syakilla yang bernada
ceria , WINGS mengena pula baju berwarna-warni seperti lagak
'rockers' dengan menyarung jaket dan berseluar ketat.
Kedua-dua lagu itu dipersembahkan oleh WINGS dengan mengikat
rambut supaya kelihatan kemas dan rapi. Corak persembahan
WINGS yang bersungguh-sungguh telah menawan hati juri
pertandingan. Mereka telah memenangi tempat kedua dan ketiga
dalam kategori persembahan terbaik di Juara Lagu'89. Tempat
pertama pula telah dimiliki oleh kumpulan SEARCH dengan lagu
Isabella.
Setelah
berakhirnya Juara Lagu'89, setelah 3 tahun bersama ASP, WINGS
telah mengikat kontrak dengan BMG Pacifik (kini BMG Music
Malaysia). Melalui sumber-sumber yang boleh dipercayai, WINGS
dapat tawaran tersebut kerana SEARCH telah mencadangkan
pengambilan WINGS kepada BMG Pacific. Berikutan itu Bob Lokman
telah mengundurkan diri dari menjadi pengurus mereka dan
tempatnya telah diisi oleh Ali Bakar sehingga sekarang. WINGS
kemudiannya telah menubuhkan sebuah syarikat kecil bagi
menguruskan sendiri siri konsert mereka disamping pengurusan
dibawah Ali Bakar iaitu FLY-WINGS sdn bhd. WINGS pun memasuki
studio dan menyiapkan album ketiga berjudul Teori Domino dan
diedarkan kepada umum pada bulan MAC 1990 dan diterbitkan oleh
M.Nasir dan WINGS. Album ini juga mencatatkan angka jualan
yang bagus. Lagu SEJATI ciptaan M.Nasir telah menjulang sekali
lagi nama WINGS dan terus popular sehinggakan telah memenangi
undian Bintang-Bintang Popular tajaan Berita Harian dan Utusan
Malaysia dipertengahan 1990. WINGS juga menjadi pujaan di
negara-negara jiran seperti Singapura, Indonesia dan Brunei.
Malah ada permintaan untuk mengadakan konsert disana. WINGS
mula ligat untuk memenuhi permintaan itu. Pada sekitar Oktober
1990, Wings telah diberi penghormatan menjadi pembuka tirai
untuk kumpulan Europe (popular dengan lagu FINAL
COUNTDOWN)beraksi pertama kali di Malaysia.Oleh kerana terlalu
banyak 'show', WINGS telah menyingkirkan Black kerana
menghidap asma. Disaat akhir itulah WINGS memasuki
pertandingan Juara Lagu '90 dengan lagu Sejati. Jojet telah
diambil untuk menggantikan tempat Black selepas kumpulan
GERSANG dibubarkan untuk pertandingan Juara Lagu '90. Seperti
kebiasaannya WINGS pasti membuat persembahan yang berlainan
dari peserta lain, dengan menonjolkan imej kebaratan dan
sedikit kemelayuan. Awie memakai seluar dan jaket 'Mosiac'
berwarna merah sambil rambutnya dihias dengan anting-anting
serta berkaca mata hitam. Joe pula memakai jacket merah dan
topi 'koboi' manakala Eddie dan Black masing-masing mengenakan
pakaian tuxeido hitam. Persembahan mereka telah diiring oleh
alat-alat muzik tradisional seperti paluan gong dan serunai.
Vokal Awie tidak perlu dipertikaikan lagi, tetapi kali ini
beliau menjerit sekuat hati bagi menutupkan lagu sejati;
SEJATEEEEEEEY!. Eddie pula sambil memetik gitar bass turut
menjadi penyanyi latar kepada Awie semasa harmoni dan ketika
membuat gema suara. WINGS berjaya jua untuk merebut tempat
pertama bagi kategori Persembahan Terbaik dan tempat ketiga
bagi kategori Juara Lagu pada Juara Lagu '90 itu. WINGS boleh
berbangga dengan Juara Lagu '90 tetapi mereka juga patut
berasa malu, kerana Black yang disingkirkan muncul jua dalam
majlis berkenaan apabila dia menjadi pemain dram undangan
kumpulan XPDC.
Tahun
1991 telah menyaksikan pemilihan Jojet sebagai anggota baru
WINGS serta penyiapan album keempat 'Jerangkung dalam almari'
Tetapi sambutan kepada album kali ini kurang memberangsangkan.
Hal ini berlaku oleh kerana:-
Kurang
promosi di radio atau TV berikutan isu rambut panjang yang
makin memuncak.
Mereka
juga tidak lagi bermain di ekspo, 'funfair' atau pertunjukan
pentas di daerah-daerah kecuali konsert besar di ibukota atau
bandar-bandar.
-
Imej
WINGS terjejas disebabkan beberapa peristiwa hitam. Salah
satunya ialah berita Awie ditangkap khalwat bersama
seorang gadis.
-
Album
ini tidak menyengat kerana hanya 1 lagu balada yang
menjadi lagu 'killer' iaitu 'Aku pun tahu'.
-
Persaingan
dengan album ROCK berkumpulan mahupun solo seperti CRK,
BLACKROSE, OLAN, SHIMA, HATTAN dan ELLA
-
Pengharaman
konsert artis Rock berambut panjang.
Oleh
itu sepanjang tahun 1991, WINGS tidak lagi menyerlah
seperti dahulu. Malah WINGS juga tidak memasuki Juara Lagu
'91 cuma mereka ditawar untuk berlakon dibawah arahan
Yusof Haslam didalam filem 'Pemburu Bayang'.
Walaubagaimanapun filem berkenaan hanya mempromosikan
lagu-lagu dari album Teori Domino dan bukannnya album
terbaru. WINGS kekal utuh di persada muzik tempatan,
menjelang tahun 1992.
Pada
awal tahun 1992, filem 'Pemburu Bayang' lakonan WINGS
telah ditayangkan dan mencapai kutipan tiket 'Box-office'.
Filem itu telah meningkatkan sedikit jualan album mereka.
Album kompilasi BEST OF WINGS pula telah diedarkan pada
pertengahan tahun 1992. Album ini menampilkan rakaman
versi baru beberapa buah lagu hit mereka seperti Taman
Rashidah Utama, Intan ku kesepian, Inpirasi Taming sari
dan lain-lain berserta 1 lagu baru. Seperti album 'Jerangkung
dalam almari', album ini juga gagal kerana masalah rambut
panjang. Ini telah mendorong WINGS untuk memotongkan
rambut panjang mereka itu. Di masa yang sama, kumpulan
SEARCH turut terasa dengan bahang isu rambut panjang juga
ingin mengorbankan rambut mereka demi mendapat mata
pencarian. Setelah SEARCH & WINGS berunding dengan
RTM, RTM telah bersetuju untuk membenarkan SEARCH &
WINGS muncul di TV & Radio semula. SEARCH, WINGS dan
RTM sepakat untuk mengadakan 1 upacara pemotongan rambut
secara langsung di TV. Pada tanggal 22 November 1992,
SEARCH & WINGS dipotong rambut oleh Dato' Mohammed
Rahmat selaku Menteri Penerangan. Apabila majlis itu
selesai, SEARCH & WINGS menghebahkan kepada umum
tentang penggabungan mereka dalam 1 album iaitu 'DOUBLE
TROUBLE'.
Pada
awal tahun 1993 sesudah tamat isu rambut panjang, album
itu pun dilancarkan dengan angka jualan yang menakjubkan.
SEARCH & WINGS ligat mempromosikan album itu di
konsert-konsert. Semasa inilah Awie tiba-tiba menghadapi
masalah vokal yang menjejaskan kelancaran suaranya tetapi
tidak ketara. Tidak beberapa lama kemudian iaitu di
pertengahan tahun 1993, WINGS mula sibuk di studio. Kali
ini rakaman telah dilakukan di Melbourne, Sydney,
Australia dibawah pengawasan jurutera bunyi : Steward Day
untuk rakaman album terbaru WINGS. Ada juga lagu yang
telah dirakamkan di Malaysia, cuma ia diadun dan diproses
semula disana supaya kualiti rakamannya lebih elok.
Disebabkan Awie yang masih belum pulih 100% dari sakit
tekaknya, album ini terpaksa juga dirakamkan dalam pitch
yang rendah, berbeza dengan album-album terdahulu. Setelah
siap sepenuhnya, album kesembilan ini telah dipasarkan
dengan tajuk Bazooka Penaka. WINGS meriah kembali, tawaran
pertunjukan pentas tidak putus-putus diterima. Serentak
dengan dengan promosi yang sedang dipergiat, konsert
Double Trouble jelajah negara bersama Search juga
dilancarkan. Ini menyemarakkan lagi sokongan para peminat
rock yang selama ini telah menunggu persembahan gabungan
dua gergasi rock terunggul tanahair ini. Bagi Wings,
konsert ini juga adalah bersempena pelancaran album
terbaru mereka dan merupakan peluang untuk mempersembahkan
lagu-lagu baru mereka kepada peminat.
Kejayaan
album 'Bazooka Penaka' ini telah membuka mata 2 syarikat
perfileman untuk menawar WINGS untuk berlakon iaitu Skop
Production dan Julie Dahlan Production. Tawaran itulah
sebenarnya menjadi punca perpisahan Awie dari Wings. Hal
ini demikian kerana Awie lebih tertarik apabila melihat
skrip filem 'Sembilu' keluaran Skop Production yang
menampilkan dirinya sebagai hero tunggal dan watak kecil
untuk anggota WINGS yang lain. Manakala anggota WINGS yang
lain memilih untuk berlakon filem 'Putera' yang mana ia
memberi peluang lakonan sama rata kepada setiap anggota
WINGS. Masalah ini telah membuat kumpulan WINGS bertelagah
sesama sendiri. Pada 13 November 1993, konsert Double
Trouble diadakan di Stadium Negara Kuala Lumpur.
Sebenarnya, ini merupakan konsert terakhir Awie bersama
Wings kerana pada dua hari berikutnya iaitu pada 15
November 1993 Awie telah menghantar surat perletakkan
jawatan sebagai pengarah Flywings sekaligus menarik diri
dari menjadi vokalis Wings. Perkara ini tidak dihebohkan
dengan segera. Ianya dirahsiakan oleh anggota Wings yang
lain dan pihak pengurusan syarikat rakaman BMG.
Hampir
sebulan selepas itu, barulah berita penarikan diri Awie
dari Wings disiarkan secara rasmi. Awie disahkan tidak
lagi menjadi anggota kumpulan Wings. Berita ini
mengemparkan seluruh dunia muzik tanahair. Dikala Wings
berada dipuncak kegemilangan, kehilangan Awie merupakan
satu tamparan hebat dan kumpulan rock ini ibarat telah
kepatahan sayap. Seluruh peminat mereka amat terkejut dan
begitu kecewa dengan berita ini.
Alasan
yang diberikan oleh Awie ialah sakit tekaknya yang masih
belum sembuh dan justeru itu beliau berehat dari mengelak
ianya dari menjadi lebih teruk. Wings tidak berpecah dan
beliau menyerahkan kepada 3 lagi anggota Wings iaitu Joe,
Eddie dan Jojet untuk mencari vokalis baru dan meneruskan
misi perjuangan Wings. Tambah beliau, tindakan ini adalah
keputusan yang amat berat kerana amat sukar untuk berpisah
dari kumpulan yang cukup disayanginya itu.

Ilustrasi ini memaparkan 3
Logo Wings . Pertama digunakan oleh Wings sejak Album Teori
Domino
Logo Kedua digunakan
semenjak Album Orang Asing manakala Logo Ketiga diguna
Sempena Album Naga K'ramat
Pada
awal tahun 1994, sesudah sah Awie mengundurkan diri dari
WINGS, kumpulan WINGS bertekad untuk berlakon filem 'Putera'
dan Awie yang sudah tidak terikat dengan WINGS, berlakon pula
filem 'Sembilu'. Kedua-dua filem itu menghadapi rombakan skrip,
bagi filem 'Sembilu' ialah pembuangan watak-watak yang sudah
tidak relevan, untuk filem 'Putera' pula ialah penukaran
beberapa watak dan pelakon. Didalam filem 'Putera', Joe
menggantikan tempat Awie manakala Ali Bakar iaitu pengurus
WINGS telah menggantikan tempat Joe. Filem yang diarahkan oleh
Zulkefli M. Osman ini berjaya mendapat kutipan yang bagus
apabila ditayangkan. Tetapi ia tidak dapat menandingi filem 'Sembilu'
lakonan Awie kerana lebih bernilai komersial. Sementara itu
WINGS masih lagi mencari penyanyi untuk menggantikan Awie di
sesi ujibakat yang diadakan di seluruh negara. Tetapi masih
tidak ada lagi calon yang sesuai. WINGS telah memikirkan
beberapa calon untuk menggantikan tempat Awie seperti Mus (bekas
penyanyi MAY), One (bekas penyanyi Lipan Bara) dan Azul iaitu
bakat baru yang dicungkil bakat ketika sesi ujibakat itu.
Tetapi berikutan beberapa masalah, cadangan itu tertunda. Pada
pertengahan tahun 1994, WINGS telah menyiapkan 2 album
'tribute' dengan bantuan 12 orang penyanyi jemputan bergelar
SUPERFRIENDS dalam album Opera dalam kenangan'. SUPERFRIENDS
terdiri Hattan, Mus, Amy, Ramli Sarip, Ito, A.Romzi, Azul,
Nike Ardilla, Sahara Yaakob, M.Nasir dan Andy Mclean dari
Australia. Malangnya album itu kurang mendapat sambutan
berikutan kesukaran mengumpulkan setiap penyanyi itu untuk
publisiti. Pada sekitar Oktober tahun 1994, WINGS menamatkan
khidmat Jojet sebagai pemain dram dan merujuk kembali Black.
Tahun
1995, WINGS masih lagi mencari penyanyi. Pencarian itu
terhenti setelah berjumpa Mel iaitu penyanyi kelab malam.
Suara Mel yang berbeza tetapi padat meyakinkan WINGS bahawa
Mel boleh menggantikan Awie. Mel pun dipupuk dan dibentuk
imejnya oleh WINGS selama 3 bulan. Pada sekitar Jun tahun
1995, WINGS bersiap-sedia menyiapkan album baru bersama Mel.
Album Orang Asing pun diedarkan. Album itu telah mendapat
pujian dan jolokan 'album ROCK of the year' kerana keserasian
suara Mel dengan muzik WINGS. Selain dari suara Mel, album
Orang Asing ini turut menampilkan vokal Joe menyanyi secara
solo pada 1 lagu iaitu 'Lupakanlah". Tetapi album ini
juga kurang dipromosi atas tindakan Mel yang tidak mahu
mengadakan konsert bersama WINGS kerana beliau khuatir, dia
tidak dapat membuat persembahan terbaik seperti Awie lakukan
dahulu. Mel merasakan usia dan fizikalnya tidak membenarkan
dia melompat-lompat, berguling-guling dan sebagainya. WINGS
berkecil hati lalu melepaskan Mel dari kontrak bersama BMG,
Mel beindigoar dari WINGS untuk membuat album solo. Tamatnya
penglibatan Mel dengan WINGS makin merumitkan jualan album.
Mujurlah disebabkan album itu mengandungi lagu-lagu bermutu,
album Orang Asing tetap laris. Sementara itu filem Amelia,
Mawar Berduri sedang dalam pembikinan, Joe menjadi pelakon
utama. Filem SUPERSTAR juga turut dalam pembuatan, filem ini
turut mengutarakan kumpulan WINGS dan pertama kalinya Black
muncul di layar perak. Kedua-dua filem ini menampilkan
nyanyian Mel, oleh kerana Mel telah tiada maka, terpaksalah
Joe berlakon menyanyikan lagu-lagu itu. Semasa Joe berlakon
dalam filem Amelia-Mawar Berduri, beliau telah berjumpa dan
mengenali dengan seorang krew produksi bernama Andi Rahman.
Andi Rahman telah mempersembahkan sebuah lagu baru ciptaannya
kepada Joe. Mendengarkan melodi lagu tersebut, Joe meminta
Andi Rahman menyimpankan lagu itu agar ia dapat dirakamkan
dalam album WINGS terbaru.
Januari
tahun 1996, kedua-dua filem berkenaan pun ditayangkan, ia
tidak mendapat kutipan tiket yang baik kerana filem-filem itu
kurang diberi publisiti. Mei 1996, telah menyaksikan WINGS
kembali bernafas semula setelah Awie & Mel meninggalkan
WINGS. WINGS akhirnya berjaya membawa Mus menyertai mereka
setelah dilanda masalah selama bertahun-tahun. Pada satu
sidang ahkbar WINGS telah mengumumkan bahawa Mus adalah
penyanyi baru mereka dan bakal merakam album baru bertajuk
Biru Mata Hitamku. Seperti kebiasaan, rakaman album ini
dilakukan di Australia dan siap sepenuhnya ditanahair. Maka
pada akhir Oktober 1996, album Biru mata hitamku telah
diedarkan kepada orang ramai sambil menampilkan lagu Biru mata
hitamku sabagai lagu hits utama. Biru mata hitamku telah
dicipta oleh Andi Rahman. Lagu inilah yang Joe suruh Andi
Rahman simpan dulu. Album ini telah berjaya untuk medapat
jualan 150, 000, 00 unit, suatu angka jualan yang membanggakan.
Tetapi kali ini, WINGS tidak mengadakan siri-siri konsert
seperti dahulu kerana tiada tajaan. Tawaran-tawaran hanya pada
pertunjukan pentas biasa. Oleh itu WINGS kurang melakukan
aktiviti.
Apabila
1997 menjelma, WINGS telah merakamkan 1 album mini bertajuk
Puisi Aidilfitri yang telah dijual semasa bulan ramadan 1997.
Album mengandungi 3 lagu bertema Hari Raya dan 3 lagu baru.
WINGS terus mempromosikan album Biru Mata hitamku dan album
Puisi Aidilfiri di pertunjukan-pertunjukan pentas, walaupun
tidak semeriah dahulu. Pada bulan Jun 1997, WINGS telah
bertanding dalam kategori Pop Rock pada Muzik-Muzik '97
setelah enam tahun tidak berbuat demikian. Lagu Biru Mata
hitamku itu telah bertahan dalam carta Muzik-Muzik selama 23
minggu hingga melayakkan mereka memasuki Juara Lagu '97.
Sementara itu album kompilasi Masterpiece dipasarkan. Album
ini mengandungi lagu-lagu terbaik ciptaan JS Kevin dan 1 lagu
baru nyanyian WINGS iaitu Pesona Sanubari. SEARCH & WINGS
juga merancang untuk bergabung sekali lagi dalam album Double
Trouble 2. Juara Lagu'97 membukakan tirainya pada Disember
1997, ia telah menyaksikan suatu pertandingan yang sengit
kerana dibarisi oleh calon-calon yang handal. Selain dari
WINGS yang memberi persembahan, SEARCH, Siti Nurhaliza, Awie,
Ziana Zain, Jamal Abdillah, M.Nasir dan Shima turut memberikan
persembahan yang terbaik. WINGS tidak mendapat sebarang
kemenangan di Juara Lagu ' 97 itu, disebabkan faktor ruang
pentas yang sempit sehinggakan Mus yang selalu kelihatan
lincah dipentas hanya berdiri menyanyi sambil memetik gitar
kedua. Selain itu, Mus juga kurang menghayati lagu Biru Mata
Hitanku itu. Beliau membuat persembahan yang ala konsert. Maka,
Juara Lagu '97 tidak memberikan kenangan manis untuk WINGS.
1998
bermula dengan ketibaan album Double Trouble 2. Album ini
mendampingkan kesekian kalinya gabungan SEARCH & WINGS.
Tetapi kerana faktor tiada tajaan dan faktor kegawatan ekonomi,
kedua-kedua kumpulan ini tidak mengadakan siri konsert atau
promosi. Album berkenaan makin terjejas apabila Amy
meninggalkan SEARCH. Tetapi hal ini tidak menghalang WINGS
untuk merakam album baru. Album berjudul Mencari Asal-usul ini
dipasarkan pada Jun 1998. Seperti selalu, album WINGS pastinya
laku. Lagu-lagu yang disumbangkan oleh Andi Rahman, Darwis (M.Nasir),
Mad Razali (JS. Kevin) dan WINGS sendiri telah berjaya
menambat hati para pendengar. Tajuk album 'Mencari asal-usul'
memang padan dengan WINGS, kini WINGS sudah kembali menjejaki
tapak-tapak funfair dan ekspo untuk promosi album. WINGS sedar
bahawa tanpa usaha promosi yang kuat dan hanya menantikan siri
konsert, maka pastinya meraka sebagai pemuzik seperti hilang
mata pencarian. Oleh itu, WINGS bertekad mengambil peluang di
funfair dan ekspo untuk mereka maju ke hadapan. Begitulan
kehidupan WINGS sepanjang tahun 1998, memenuhi perlawaan
mengadakan pertunjukan pentas di funfair-funfair dan
ekspo-ekspo disamping DEF-Gab-C dan Mael & Real XPDC.
Pada
pertengahan tahun 1999 pula, album baru atau lebih tepat,
album kompilasi WINGS yang ketiga- bertajuk 'Best of WINGS 2'
dipasarkan. Ia menampilkan 2 lagu baru iaitu NASIB KITA dan
RASTALI. Nasib Kita iaitu sebuah lagu balada berciri rock,
disampaikan oleh Mael (bekas penyanyi XPDC dan sekarang
vokalis Real-X) bersama Mus. Lagu Rastali pula adalah lagu
heavy metal kesinambungan Blues Ular Sawa dan Sakit Bantal
Empuk iaitu 2 lagu hits terdahulu. Tetapi bagi kali ini pula,
Wings tidak membuat promosi menyeluruh, cuma sekali-sekali di
tapak ekspo dan konsert-konsert kecil. Malah lagu Nasib Kita
turut dibuat klip video tetapi tanpa rakaman visual baru
(visual pemuzik Wings diambil secara 'candid' dari video klip
terdahulu.) Hanya Mus sahaja beraksi dengan visual baru.
Manakala bagi part Mael menyanyi - digambarkan sebagai aliran
sungai!!
.Pada
awal May 2000, album baru Wings bertajuk Mr.Barbarik
dipasarkan dengan sambutan hangat dari peminat mereka. Apa
yang menarik tentang album ini ialah kesemua lagunya berciri
heavy metal. Ini berikutan 'demam metal' ketika itu. Malah
lagu 'slow' mereka, juga 'garang' - Suara Mus kedengaran
seperti meneran. Lagu slow berhantu mereka ialah Inspirasi
Syakilla, yang mana ia adalah kesinambungan Misteri Mimpi
Syakilla. Kedua-dua lagu ini ciptaan JS Kevin. Seperti
kebiasaan, Wings mula sibuk kembali dengan pertunjukan pentas.
Tidak lama selepas itu, Joe dan Mus iaitu 2 ahli Wings telah
diberi tugas untuk menjayakan rakaman duet antara Mus, Awie
dan Ziana Zain dalam album kompilasi Mega ROCK Hebat. Joe
merupakan penerbit bagi lagu HIDUP (SELAGI HIDUP) yang
terkandung dalam album kompilasi tersebut. Pada saat inilah
Awie dan Joe berbaik semula hubungan antara mereka. Awie juga
bersetuju untuk bersatu semula dengan Wings selepas ini.
Setelah
3 bulan album Mr.Barbarik berada dipasaran, ketika Wings
sedang rancak mempromosikannya, secara tiba-tiba - timbul
cerita bahawa Mus iaitu vokalis Wings akan menarik diri
daripada menganggotai kumpulan itu. Walaubagaimanapun Wings
cuba menafikannya dengan membuat sidang ahkbar tergempar untuk
menafikan desas-desus itu. Joe, Eddie, Black dan Mus
masing-masing menyangkal dakwaan mereka telah berpecah. Tetapi
akhirnya, berita penarikan diri Mus itu menjadi realiti
apabila 2 minggu kemudian Mus telah mengumumkan bahawa beliau
bukan lagi ahli Wings. Alasan pengunduran dirinya daripada
Wings ialah beliau ingin menjadi penyanyi solo kerana ia lebih
menguntungkan, jika dibandingkan menjadi penyanyi berkumpulan
- jika menjayakan 1 show, bayaran terpaksa dibahagi 4 orang.
Pengumuman Mus itu disahkan oleh ahli Wings yang lain, mereka
turut menyertai sidang akhbar tergempar itu. Agenda sebenar
Wings ialah membuat peralihan atau 'building-up' kepada projek
penyertaan semula 'Awie' bersama Wings yang mana album itu
dijadualkan dibuat pada tahun 2001.
Pada
2 September 2000, sewaktu M Nasir bersanding dengan isteri
barunya, Marlia Musa di Sungai Buloh, secara tidak sengaja 'Awie'
& 'Wings' telah bergabung semula dalam 1 pentas kenduri
kahwin. Ia terjadi berikutan permintaan emcee majlis berkenaan
iaitu Bob Lokman (bekas pengurus asal Wings) supaya mereka
membuat persembahan untuk majlis 'sifu' mereka. Ketika itu
Joe, Eddie dan Black bersama isteri masing-masing baru hendak
beindigoar dari majlis itu, sedangkan Awie baru tiba. Atas
desakan Bob Lokman itu mereka bergabung semula di satu pentas
'orang kahwin'. 'Awie' & 'Wings' telah menghiburkan
kedua-dua pengantin dan orang ramai dengan 2 lagu iaitu
Bernafas dalam lumpur dan sebuah lagu 60 an. Para hadirin di
majlis itu, terpukau menyaksikan persembahan mereka. Setelah
hampir 7 tahun tidak bersama kini mereka bergabung kembali.
Semangat setiakawan mereka masih utuh walaupun disuatu masa
mereka pernah bergaduh.
Bertitik
tolak daripada persembahan dimajlis itu, 'Awie' & 'Wings'
sering membuat pertunjukan pentas di tempat terbuka sepanjang
tahun 2001. Disamping mengumpul lagu-lagu yang bakal dimuatkan
dalam album 'REUNION' itu.
Januari
2002, 'Awie'& Wings mula aktif di studio rakaman untuk
menyiapkan album baru mereka. Lagu-lagu daripada komposer J.S.
Kevin (Masterpiece) paling ketara menjadi pilihan mereka. 'Syncrosound'
adalah studio rakaman pilihan mereka. Selain merakam 11 lagu
baru bagi album tersebut, 2 lagu medley iaitu lagu lama dari
album terdahulu telah digabung menjadi 2 lagu turut dirakam.
Lagu pertama adalah himpunan lagu-lagu balada dan lagu kedua
ialah himpunan lagu-lagu berentak rock'n'roll.
8
April 2002, album berjudul Naga K'ramat mula dipasarkan dengan
menampilkan lagu Ranggi Metropolitan sebagai lagu Hit utama.
|