:: Wings & friends  ::

         F L Y W I N G S   &  S U P E R F R I E N D S  

     
Laman Keras Buat Rockersē Tanah Air Bersama Wings

 

Anggota Wings & Opera Kehidupan

 

 ANGGOTA SUPERFRIENDS


SUPERFRIENDS terdiri dari gabungan 12 orang penyanyi iaitu Hattan, Mus, Amy, M. Nasir, Azul, Ramli Sarip, A.Romzi, J.Yantzen, Nike Ardilla, Sahara Yaakob, Ito, dan Andy Mclean. Kombinasi mereka adalah atas tujuan untuk membantu WINGS yang telah kehilangan Awie selaku penyanyi merakamkan album 'Opera dalam kenangan'. Apa yang menarik didalam album itu ialah suara duet Joe, Eddie dan Jojet untuk lagu Perhentian secara akuistika. SUPERFRIENDS telah merakamkan 2 album yang telah dipasarkan serentak pada akhir tahun 1994

 

     

 

 

 HATTAN


HATTAN merupakan bekas penyanyi kumpulan FIVE ROCKERS UNION atau FRU yang bertindak menjadi penyanyi Solo. Berkebolehan mencipta lagu dan lirik. Dia baru melahir album solo ke sepuluh 'Untukmu Palestin'. Bagi album ini, Hattan mendendangkan lagu Dia, Midnight Blues dan Alam Barzakh

MUS

MUS adalah bekas penyanyi kumpulan MAY dan STRANGERS. Kemudian beliau telah bergerak solo. Setelah itu beliau telah menjadi penyanyi WINGS iaitu sehingga album Mr. Barbarik. Kini beliau bergabung semula dengan grup asalnya, M.A.Y.. Untuk album ini, Mus menyanyikan lagu Satelit Puaka, Bernafas dalam lumpur dan alam barzakh

AMY SEARCH

AMY lebih sinonim bersama kumpulan SEARCH. Amy atau Suhaimi mempunyai vokal dan persembahan yang mantap. Dia dan SEARCH sering bersaing dengan WINGS. Akhirnya Amy meninggalkan jua kumpulan SEARCH pada tahun 1998 lalu merakamkan album solo. Amy menyanyikan lagu Serati tak bisa jadi undan, Kiblat Lazer dan alam barzakh.

M. NASIR

M.NASIR ialah bekas penyanyi kumpulan KEMBARA. Sesudah itu bergerak Solo. Beliau terkenal sebagai komposer dan penerbit kepada banyak artis termasuklah beberapa album WINGS. Beliau menyampaikan lagu Rantai dan Xpo imaginasi.

 

AZUL

AZUL adalah penyayi yang telah dicungkil bakatnya oleh WINGS semasa satu ujibakat mencari pengganti Awie. Kini telah menjadi penyanyi kumpulan DREAMS. Dalam album ini beliau telah merakam suara sebanyak 3 lagu iaitu Rock N Roll Band, Sejati dan Alam Barzakh

RAMLI SARIP

RAMLI SARIP pernah menjadi penyanyi kumpulan SWEET CHARITY di awal '80'an. Dia bergerak solo selepas itu. Diberi jolokan 'Papa Rock' kerana beliaulah yang mula-mula menaikkan muzik rock di rantau asia. Ramli telah menyanyikan lagu Taman Rashidah Utama, alam barzakh dan Orang kita.

A. ROMZI

A.ROMZI adalah penyanyi veteran zaman pop yeh-yeh. Lagu hits nya ialah Dendang Remaja. Kini beliau beralih arah kepada muzik berunsur dakwah. A. Romzi mendendangkan lagu Hanya tuhan dan alam barzakh

 

YANT ZEN

J.YANTZEN merupakan bekas penyanyi RUSTY BLADE dan MAY. Dia juga pernah menjadi penyanyi Solo. Kini menjadi penerbit album dan mencipta lagu. Berita terbary mengenai Yantzen ialah dia telah reunite bersama grup asalnya, Rusty Blade.Beliau menyanyikan lagu Bazooka Penaka.

 

NIKE ARDILLA

NIKE ARDILLA adalah penyanyi solo wanita dari negara Indonesia. Lagunya banyak yang memikat hati peminat Malaysia, antaranya ialah 'Aku Takkan bersuara', 'Duri terlindung', 'Mama, aku ingin pulang' dan beberapa lagi.Sering mengena pakaian seksi dan mengghairahkan. Meninggal dunia di suatu kemalangan jalanraya pada tahun 1995. Nike menyanyikan lagu Pengembara Terasing.

 

 

SAHARA YAAKOB

SAHARA YAAKOB adalah seorang penyanyi solo di awal 80' an. Artis penuh kontroversi kerana telah beberapa kali kahwin-cerai. Dia kini menjadi penyanyi kelab malam. Sahara menyampaikan lagu Peronda Jeket Biru, Selendang Merdeka dan Tangisan Marhain.

 

ITO

ITO merupakan penyanyi kumpulan BLUES GANG. Lagu Apo nak dikato dan Perempuan telah melonjakkanm namanya dan BLUES GANG. Kini masih menjadi penyanyi BLUES GANG. Dalam album ini, Ito menyampaikan lagu Biarkan Berlalu

ANDY MCLEAN

ANDY MCLEAN adalah penyanyi dari negara Kangaroo iaitu Australia. Disana Andy merupakan vokalis kumpulan MUSHROOM. Beliau tidak boleh berbahasa melayu, lagu yang didendangnya ialah On my side (lagu baru) dan alam barzakh.(versi duet SUPERFRIENDS).

 

HAK CIPTA TERPELIHARA 1998-2004

Bahan-bahan di laman web ini adalah untuk kegunaan persendirian sahaja.
Sebarang bentuk penyalinan, siaran, cetakan semula artikel dan gambar untuk kegunaan komersil adalah dilarang.