Daily Express, November 2001 Press Release 2
Kelab KRD akan laksana pelbagai aktiviti kebajikan
KOTA KINABALU: Rungus Dusun Leadership Club atau Kelab Kepimpinan Rungus Dusun (Kelab KRD) yang beribu pejabat di Kudat akan melaksanakan pelbagai aktiviti termasuk aktiviti kebajikan.
Kelab KRD yang baru didaftaarkan baru-baru ini, lebih menyerupai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti Junior Chamber, Toasmaster dan Lion Club tetapi berbeza dari segi penekanan aktiviti.
Aktiviti Kelab KRD menjurus kepada perkembangan diri, pengkajian dan latihan bahasa Rungus/Dusun serta undang-undang adat kaum berkenaan.
Ahli-ahli Kelab KRD juga aakan diberi peluang mengikuti seminar dan kursus pengurusan projek dan banyak lagi.
JawatankuasaKelab KRD telahpun mendapat persetujuan daripada datuk Markus Majihi, mantan ADUN N4 Matunggong untuk menjadi penaung. Beliau berharap AJK Kelab KRD mempunyai semangat yang tinggi untuk terus berbakti kepada masyarakat.
AJK Kelab KRD terdiri daripada Johori Botohong (Yang Dipertua), OKK Jamalun Ojimal (Naib YDP), Jackson Akat (Setiausaha) John Surumpit Dahawa (Naib Setiausaha), Matius Asang (Bendahari), Andrew majintan (AJK), Sokiping Taanyit (AJK), Majai Monggingkap (AJK), Jonius Asang (AJK) dan sadi Gianson (AJK).
maklumat lanjut, profail dan aktiviti kelab ini, layari laman web http://www.oocities.org/upkkrd atau Fast URL Redirect http://clix.to/kkrd. - OLEH MARRYAN RAZAN |