Kkrd Annual Gathering

30 Disember 2004

 

Kkrd Annual Gathering telah diadakan di Rungus Longhouse homestay, Bukit Borud Tinangol, Matunggong, Kudat, Sabah. Ahli-ahli daripada daerah Kudat, Matunggong dan Kota Marudu hadir untuk memeriahkan lagi majlis tersebut.

Sempena Annual gathering tersebut, Presiden Kkrd , En. Johori Botohong telah mengumumkan sasaran utama pertubuhan ini pada tahun 2004 ialah untuk melakukan penerbitan bahan bertulis berbahasa Rungus seperti journal,  buku dan pamphlet.  Penerbitan melalui tapak web juga menjadi agenda utama.

 Penerbitan buku rujukan undang-undang adat Rungus kini dalam proses pengeditan dan akan sedia untuk diterbitkan pada penghujung tahun 2004. Journal of Rungus Ethnic juga dijangka akan dapat diterbitkan pada tahun 2004.

Majlis ini turut dihadiri oleh Datuk George Abah Menggimpal (mantan ahli parlimen P. 147 Bandau), En. Mojunggi Monunsui (Ketua Pemuda EXCO PBRS negeri Sabah) dan En. Patrik Majinun (Penolong Pegawai Daerah, Daerah Kecil Matunggong).  Majlis berlangsung dengan penuh meriah dan azam untuk membela nasib bangsa Rungus.

Jawatankuasa Kkrd

Up ]

Copyright © 2003 Rungus Dusun Leadership Club (Rdl Club) - Kkrd
Last modified: August 01, 2004