Diari Penubuhan Hingga AGM Pertama RDL Club


27 Mei  2000 

Mesyuarat Penubuhan RDL Club bertempat di Klinik Kesihatan Sikuati

30 Jun  2000

Borang permohonan dan  dokumen-dokumen lain dihantar ke Pejabat Pendaftaran Pertubuhan Sabah dan Labuan Kota Kinabalu. Mendapat persetujuan secara bertulis daripada Yang Berbahagia Datuk Markus Majihi untuk menjadi penaung RDL Club.

22 Sept 2000

Dokumen-dokumen telah selesai diproses di K. Kinabalu dan dihantar ke Pejabat Pendaftaran Pertubuhan Malaysia di K. Lumpur.

12 Sept 2001

Pendaftar Pertubuhan Malaysia, En. Mohiyaddin bin Che' Jan telah menandatangani sijil pendaftaran RDL Club.

20 Okt  2001

Majlis Taklimat dan Penyampaian Sijil Pendaftaran Kelab Pertubuhan oleh Pendaftar Pertubuhan Malaysia Yang Berbahagia Encik Mohiyaddin bin Che' Jan di Kimanis Ballroom Hotel Hyatt Regency, Kota Kinabalu. Yang Dipertua (En. Johori Botohong), Setiausaha (En. Jackson Akat) dan Bendahari (En. Matius Asang) telah mewakili RDL Club di majlis tersebut.  Sebanyak 63 pertubuhan termasuk RDL Club telah menerima sijil pendaftaran pertubuhan masing-masing di dalam majlis tersebut.

21 Okt 2001 

Borang RDL Club mula diedarkan kepada AJK RDL Club untuk disemak dan diluluskan.

23 Okt 2001

Cop RDL Club siap.

05 Okt 2001

Pemegang jawatan utama RDL Club telah bersetuju dengan format borang keahlian.

09 Nov 2001

Mesyuarat pertama Jawatankuasa RDL Club.  Seorang pegawai perhuDisbungan RDL Club dilantik dan 8 jawatankuasa kecil telah ditubuhkan. Jawatankuasa yang telah ditubuhkan ialah unit penerbitan, unit bahasa, unit hal ehwal undang-undang adat dan budaya, unit latihan daan pembangunan, unit perkhidmatan sosial dan kebajikan, unit disiplin, unit ekonomi dan perniagaan serta unit kesenian dan rekreasi. 

24 Nov 2001

Yang Dipertua menyertai Forum Mekanisma Rancangan Malaysia Ke 8: Cabaran dan implikasi terhadap masyarakat Kadazandusun-Murut di Sabah, Malaysia anjuran Institute Kemajuan Ekonomi Anak Negeri (Institute for Indigenous Economic Progress (Sabah) INDEP.  Forum diadakan di Beverly Hotel Kota Kinabalu. ...tiga perkara diutarakan oleh YDP iaitu  i. Pemantapan bahasa Inggeris di kalangan graduan tempatan  ii. Kemudahan penggangkutan di luar bandar yang kurang memuaskan kerana bas berpermit tidak masuk kampung   iii.  Masalah penduduk bumiputera di kawasan Kanibongan yang tidak dapat memiliki tanah bergeran kerana kawasan tersebut telah digazet kawasan SAFODA.

14 Dis 2001

Taklimat Pegawai-pegawai pertubuhan, pengerusi dan setiausaha bagi lapan jawatankuasa kecil di bawah jawatankuasa induk.  Mesyuarat jawatankuasa ad-hoc pelancaran RDLC dilaksanakan selepas taklimat tersebut.

11 Jan 2002 Mesyuarat AJK RDLC kali  kedua.

Up ]