LARIAN KOMEMORATIF UPSI 2002, 10 OGOS 2002

 

 

 

 

 

 

 

 

                                                    Acara pelepasan  peserta Mengikut                                                  Kategori  Masing-masing

 

SYARAT / MAKLUMAT UNTUK PESERTA

 

 

PENGANJUR UTAMA

 

Pusat Sukan Universiti Pendidikan Sultan Idris Tanjong Malim, Perak.

 

Pengelolaan

Pelajar-pelajar SJ3232 (Kepegawaian/Kepengadilan Sukan & Olahraga)

 

PENYERTAAN

 

Penyertaan dibuka kepada warga UPSI dan masyarakat Daerah Batang Padang sahaja.

                       

 

KUMPULAN

KETEGORI

KUMPULAN AMATUR

KM

A

LELAKI SENIOR

18 tahun ke atas

10

B

LELAKI JUNIOR

Bawah 18 tahun

5

C

LELAKI VETERAN

40 tahun ke atas

3

D

LELAKI SENIOR VETERAN

50 tahun ke atas

3

E

WANITA SENIOR

18 tahun ke atas

5

F

WANITA JUNIOR

Bawah 18 tahun

5

G

WANITA  VETERAN

35 tahun ke atas

3

 

**  Had kelayakan umur untuk setiap kategori di kira pada 10 Ogos, 2002

 

PELEPASAN PESERTA

 

Masa     :                6.45 pagi

Tempat :                 Padang Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak.

 

LALUAN

Kawasan persekitaran UPSI.

 

YURAN PENYERTAAN

KUMPULAN

KATEGORI

YURAN PENYERTAAN

A

   Lelaki Senior

RM 5.00

B

   Lelaki Junior

RM 5.00        ( Pelajar  RM 1.00)

C

   Lelaki Veteran

RM 5.00

D

   Lelaki Senior Veteran

RM 5.00

E

   Wanita Senior

RM 5.00

F

   Wanita Junior

RM 5.00        ( Pelajar  RM 1.00)

G

   Wanita Veteran

RM 5.00

 

Yuran penyertaan dan borang pertandingan hendaklah di bayar / di serahkan kepada Urusetia  Larian Komemoratif di Gimnasium Universiti Pendidikan Sultan Idris.

 

 

Bil

Kategori.

Kumpulan

jarak

1.

Lelaki Senior

18 tahun ke atas

10

2.

Lelaki Junior

Bawah 18 tahun

5

3.

Lelaki Veteran

40 tahun keatas

3

4.

Lelaki Senior Veteran

50 tahun keatas

3

5.

Wanita Senior

18 tahun ke atas

5

6.

Wanita Junior

Bawah 18 tahun

5

7.

Wanita Veteran

35 tahun keatas

3

 

 

NOMBOR PENYERTAAN

Peserta dikehendaki mengambil nombor penyertaan di Urusetia,  Gimnasium UPSI bermula pada 8 hingga 9 Ogos,2002 bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang.

 

PUSAT PENDAFTARAN

Semua peserta dikehendaki mendaftarkan diri pada 10hb Ogos 2002 jam 6.00 pagi di Padang Universiti Pendidikan Sultan Idris,  Tanjong Malim. Perak Darul Ridzuan.                                 

 

TARIKH TUTUP

Tarikh tutup penyertaan ialah pada 31 hb Julai ( Rabu ), 2002 sebelum jam 4.00 petang.

 

 

 

KESELAMATAN

Peserta-peserta dikehendaki berlari di sebelah kiri jalan kecuali diarahkan oleh pegawai / polis yang bertugas. Kenderaan persendirian tidak dibenarkan mengiringi peserta semasa larian berjalan.

 

 

HADIAH MENARIK UNTUK DIMENANGI

 

1. Setiap peserta akan di beri baju T.shirt percuma untuk dipakai semasa larian.

2.  Sijil penyertaan akan di beri kepada semua peserta yang menamatkan larian.

3.  Hadiah wang tunai akan diberi kepada peserta yang mendapat tempat pertama hingga ketiga beserta pingat dan hamper.

4.  Pemenang tempat ke empat hingga ke sepuluh akan menerima pingat dan hamper.

 

MAKLUMAT / PERINGATAN KEPADA PESERTA LARIAN KOMEMORATIF UPSI

 

1.  Sila ikut anak panah  di sepanjang laluan dan sentiasa menggunakan sebelah kiri jalan. Kegagalan mematuhi peraturan ini, akan menyebabkan anda kehilangan kelayakan   menyertai pertandingan ini.

2.  Anggota polis dan pegawai bertugas akan membantu peserta di sepanjang laluan dan peserta hendaklah mematuhi arahan mereka.

3.  Peserta yang gagal menempuhi mana-mana chek-point di sepanjang laluan akan  digugurkan kelayakan pertandingan.

4.  Tanda jarak larian akan di tempatkan di kilometer 2, 3, 5 dan 10 .

5.  Peserta mesti mendaptkan riben di chek-point yang ditetapkan sebagai bukti telah melalui jarak larian yang di tetapkan.

 

KEMUDAHAN PERUBATAN

Anggota palang merah akan berada di setiap stesen dan lain-lain tempat yang ditetapkan di sepanjang laluan.

 

DI GARISAN PENAMAT

1.  Apabila anda sampai di kawasan penamat, sila berlari melalui salah satu daripada 7 lorong yang disediakan mengikut kategori anda.

2.  Anda akan diberi kad penamat yang memaparkan kedudukan anda. Pulangkan kad  tersebut bersama riben yang anda perolehi  kepada pencatat. Kegagalan berbuat demikian, boleh menyebabkan anda gagal mendapat tempat.

3.  Minuman akan di sediakan.

 

PENYAMPAIAN HADIAH

1.  Pengumuman keputusan akan di buat sebaik sahaja keputusan rasmi di perolehi.

2.  Sebarang bantahan hendaklah di buat dalam masa setengah jam setelah pengumuman  di buat.

3.  Pemenang 10 hadiah utama dalam setiap kategori perlu melaporkan diri di tempat pemenang apabila dikehendaki berbuat demikian.

 

 

http://www.oocities.org/upsikarnivalsukan/

(c) copyright Allright Reserve 2002

karnivalsukan@hotmail.com