Kata-Kata Aluan

NAIB CANSELOR UPSI 

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera 

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Jawatankuasa Pengelola Karnival Sukan dan Larian Komemoratif Lembah Bernam sempena ulang tahun ke 80 tahun SITC/UPSI 2002 kerana memberi saya peluang untuk menyampaikan sepatah dua kata dalam buku program ini.

Universiti Pendidikan Sultan Idris Tanjong Malim, merupakan satu-satunya Institusi Pengajian Tinggi Awam yang terdapat di negeri Perak. Kepesatan dan kemajuan negeri Perak adalah wadah untuk perkembangan UPSI bertepatan dengan matlamat pendidikan negara untuk melahirkan warga pendidik yang berketerampilan.

 Karnival Sukan dan Larian Komemoratif Lembah Bernam yang diadakan sempena ulang tahun ke 80 tahun SITC/UPSI 2002 yang dianjurkan oleh Pusat Sukan Hal Ehwal Pelajar dengan penglibatan pelajar Program Sains Sukan secara langsung menunjukkan kemampuan untuk mengendalikan pelbagai aktiviti di peringkat kebangsaan dan juga antarabangsa.

 Akhir kata, saya berharap  aktiviti seperti ini dapat memperkenalkan UPSI  seiring dengan universiti-universiti lain di mata masyarakat Malaysia khasnya, dan antarabangsa amnya.

 Sekian.

 

                        ( PROF. DATO’ IR. DR. MOHAMMAD NOOR B. HAJI SALLEH )

                        Naib Canselor

                        Universiti Pendidikan Sultan Idris

       

KATA-KATA ALUAN

DEKAN HAL EHWAL PELAJAR 

 

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera

 

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Jawatankuasa  Pengelola Karnival Sukan dan Larian Komemoratif Lembah Bernam sempena ulang tahun ke 80 tahun SITC/UPSI kerana memberi saya peluang untuk menyampaikan sepatah dua kata  dalam buku program ini.

 

Kemahiran yang dipelajari tidak bermakna sekiranya tidak diaplikasikan. Kepada mahasiswa dan mahasiswi, tugas mengelolakan Karnival Sukan dan Larian Komemoratif ini adalah merupakan satu peluang untuk anda mendalami dan memahami aspek pengurusan pengelolaan yang lebih mencabar. Kesabaran, kecekapan dan kebijaksanaan disertai dengan kemahiran pengurusan adalah nadi penggerak untuk mencapai kecemerlangan.

 

Penglibatan mahasiswa dan mahasiswi berinteraksi dengan pihak luar merupakan satu petanda yang baik dan harus diteruskan. Sesungguhnya, penyesuaian dengan masyarakat amatlah diperlukan semasa anda menuntut di universiti dan apabila bertugas di sekolah kelak. Anggaplah segala halangan dan cabaran merupakan resepi untuk anda berjaya mengelolakan sesuatu kejohanan seperti ini dan masa akan datang.

 

Akhir kata, saya mendoakan agar kejohanan ini berjalan dengan lancar dan berterusan pada masa akan datang serta mencapai objektif yang diharapkan.

 

Sekain, terima kasih.

 

                                                                                                      

( PROF. MADYA DR. BASERI HUDDIN B. HUSSAIN )

Dekan Hal Ehwal Pelajar

Universiti Pendidikan Sultan Idris

           

 

Kata-Kata Aluan

PENYELARAS PUSAT SUKAN

 

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera

 

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Jawatankuasa Pengelola Karnival Sukan dan Larian Komemoratif Lembah Bernam sempena ulang tahun ke 80 SITC/UPSI 2002 kerana memberi saya peluang untuk menyampaikan sepatah dua kata.

 

Selain daripada kemahiran pedagogi dalam pengajaran dan pembelajaran, yang lebih penting bagi seseorang pendidik ialah tahap ilmu yang tinggi dan terkini dalam bidang pengkhususan dan pengelolaan sukan seperti ini. Ilmu yang mendalam membolehkan seseorang memberi penjelasan yang lebih mendalam serta menyampaikan ilmu itu menggunakan pelbagai pendekatan. Hasilnya akan menambahkan lagi keberkesanan pengajaran dan pembelajaran malah dapat diaplikasikan apabila berada di sekolah dan berdampingan dengan masyarakat.

 

Saya berharap agar para mahasiswa dan mahasiswi yang terlibat secara langsung dalam Karnival Sukan dan Larian Komemoratif Lembah Bernam  ini dapat menggunakan peluang yang diberikan bagi memperkayakan pengetahuan dan pengalaman serta mengaplikasikan sepenuhnya kemahiran yang telah dipelajari dalam aktiviti yang telah dirancangkan.

 

Akhir kata, saya selaku penyelaras Pusat Sukan UPSI mendoakan agar kejohanan ini berjalan dengan lancar dan mencapai objektif yang diharapkan.

 

Sekian, terima kasih.

 

 

 

 

( HISHAMUDDIN BIN AHMAD )

Penyelaras Pusat Sukan

Universiti Pendidikan Sultan Idris

 

 

KATA-KATA ALUAN

 

PENGERUSI KEJOHANAN

 

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera

 

Syukur kehadrat Allah s.w.t. kerana dengan berkat dan hidayahnya maka saya dapat menulis sepatah dua kata dalam buku program ini.

 

Sokongan yang tidak terhingga daripada Program Sains Sukan yang diketuai oleh saudara Sudirman Bin Kananu dan rakan-rakanya adalah  merupakan nadi penggerak untuk saya menerajui Karnival Sukan dan Larian Komemoratif Lembah Bernam sempena ulang tahun ke 80 tahun SITC/UPSI 2002. Saya juga rasa berbangga dengan adanya penglibatan mahasiswa dan mahasiswi daripada semua program dan kakitangan universiti dalam menjayakan Karnival Sukan dan Larian Komemoratif. Ini merupakan satu petanda baik bagi menjana kebitaraan UPSI.

 

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Jawatankuasa Induk, Jawatankuasa Pengelola dan Jawatankuasa Kerja untuk menjayakan Karnival Sukan Dan Larian Komemoratif. Segala kelemahan yang terdapat dalam pengelolaan ini akan kami atasi  agar menjadi pengajaran dan panduan apabila bertugas di sekolah dan berhadapan dengan masyarakat kelak.        

 

Sekian, terima kasih.

 

( ABDUL HALIM BIN IBRAHIM )

Pengerusi

Karnival Sukan dan Larian Komemoratif Lembah Bernam UPSI 2002

Universiti Pendidikan Sultan Idris

 

 

 

 

 

http://www.oocities.org/upsikarnivalsukan/

(c) copyright Allright Reserve 2002

karnivalsukan@hotmail.com