PERATURAN PERTANDINGAN
1. Nama Kejohanan:-
Kejohanan ini dinamakan Kejohanan Sepak Takraw Antara Regu sempena Karnival Sukan UPSI 2002
2. Acara Kejohanan:-
Antara Regu, liga dan kalah mati
3. Pengurusan:-
Kejohanan ini dianjurkan oleh Jawatan Kuasa Pengurusan Kelab Sepak Takraw UPSI
4. Undang-undang permainan:-
Undang-undang yang digunakan ialah mengikut undang-undang ASTAF/ISTAF
5. Penyertaan/Pendaftaran:-
Setiap regu akan diwakili oleh TIGA atau EMPAT orang pemain
Hanya pemain-pemain yang telah didaftarkan layak menyertai kejohanan ini
Tarikh tutup penyertaan adalah SEBELUM atau PADA 31 JULAI 2002
Yuran pendaftaran yang dikenakan sebanyak RM 10.00 bagi setiap regu
6. Sistem Pertandingan:-
Pertandingan peringkat awal akan diadakan SECARA LIGA dalam TIGA kumpulan
Johan dan Naib Johan setiap kumpulan akan bertanding seterusnya secara kalah mati
7. Bantahan/Rayuan:-
Segala bantahan/rayuan hendaklah dibuat secara bertulis 30 minit selepas pertandingan itu tamat
Setiap bantahan/rayuan disertai bayaran sebanyak RM 50.00
Wang pertaruhan akan lupus sekiranya bantahan/rayuan itu ditolak
8. Juri Rayuan:-
Juri Rayuan akan terdiri daripada pegawai-pegawai yang berkecuali bersama dengan jawatan kuasa pertandingan
9. Perkara Am:-
Semua perkara yang tidsak dinyatakan dalam perkara am akan diputuskan oleh jawatan kuasa pengelola pertandingan
Semua keputusan yang dibuat oleh jawatan kuasa pengelola adalah muktamad
10. Hadiah:-
Hadiah kejohanan adalah seperti berikut:-
Johan
Naib johan
Ketiga
Keempat
Disediakan oleh pihak pengajur dalam bentuk medal
http://www.oocities.org/upsikarnivalsukan/
(c) copyright Allright Reserve 2002
karnivalsukan@hotmail.com