KEJOHANAN TENIS TERTUTUP KARNIVAL SUKAN UPSI

SEMPENA 80 TAHUN SITC/UPSI  

 

SENARAI NAMA AHLI JAWATANKUASA

 Pengerusi             :  Azman b. Abd. Manap

N. Pengerusi        :  Alias b. Ishak

Setiausaha           : Shamsiah bt Mohd Hosi

Ajk                       : Mat Razan b. Hamat

                               Momfarid b. Ngadiman

                               Jamil b. Hassan

                               Adnan b. Ibrahim

                               Mohd Yaki b Saat

                               Husna bt Abdullah

                               Khairil Anuar b. Md. Isa

 

 

 

PERATURAN PERTANDINGAN

 

1.0              NAMA KEJOHANAN

 

Kejohanan ini dinamakan Kejohanan Tenis Terbuka Karnival Sukan UPSI

 

2.0              PENGELOLA

 

Kejohanan ini dikelolakan oleh Kelab Tenis UPSI dibawah kerjasama Pusat Sukan UPSI.

 

3.0              TARIKH DAN TEMPAT

 

3hb hingga 4hb Ogos 2002      

Di gelanggang tenis UPSI, Tanjung Malim, Perak D.R.

 

4.0              TARIKH TUTUP PENYERTAAN

 

31 Julai 2002

 

5.0              Kejohanan ini akan dijalankan mengikut Undang-undang Persekutuan Tenis Antarbangsa ( ITF ) dan peraturan-peraturan lain yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Pengelola hendaklah diikuti.

 

6.0              JENIS PERTANDINGAN

 

Pertandingan Perseorangan dan Bergu, Lelaki dan Perempuan

 

7.0              PENDAFTARAN PEMAIN

 

7.1              Hanya Warga UPSI ( Pelajar dan Kakitangan sahaja dibenarkan menyertai)

 

8.0              YURAN PENYERTAAN

 

Perseorangan dikenakan bayaran yuran penyertaan sebanyak @RM5.00

Bergu dikenakan bayaran yuran penyertaan sebanyak @RM10.00

 

 

 

 

9.0              SISTEM PERTANDINGAN

 

9.1              Pusingan awal sehingga Peringkat Suku akhir keputusan perlawanan akan ditentukan dengan permainan ‘ 9 games’ ( Pro sets ) –‘ no deuce, receiver choice’.

9.2              Di peringkat separuh akhir dan akhir, keputusan perlawanan akan ditentukan dengan permainan ‘best of 3 sets’ ‘no deuce, receiver choice’.

Sistem Tie-Brake akan dijalankan apabila kiraan mata pada kedudukan 6 sama didalam sesuatu sets.

 

10.0          PAKAIAN

 

Semua pemain hendaklah berpakaian yang sesuai untuk sukan tenis.

 

11.0          MASA BERMAIN / KEMENANGAN PERCUMA

 

11.1          Semua pemain mestilah bersedia 15 minit lebh awal dari masa jadual perlawanan yang telah ditetapkan.

11.2          Masa 10 minit akan diberikan kepada pemain yang lewat dan selepas tamat tempoh masa yang diberikan, pemain tersebut akan dikira kalah dan kemenangan percuma akan diberikan kepada pasukan lawan yang berada di gelanggang.

 

12.0          BANTAHAN

 

12.1          Sebarang bantahan hendaklah dibuat melalui Jawatankuasa Pengelola dalam tempoh masa 15 minit tamat tempoh perlawanan yang berkenaan.

12.2          Semua bantahan hendaklah disertai dengan bayaran wang cagaran RM 50.00. Wang cagaran akan dikembalikan kepada pemain yang berjaya dalam keputusan dan wang cagaran tidak akan dikembalikan sekiranya keputusan sebaliknya.

 

13.0          HADIAH

 

13.1          Hadiah-hadiah disediakan oleh Jawatankuasa Pengelola Karnival Sukan 2002 dan ianya seperti berikut :-

a.       Johan

b.      N. Johan

c.       Separuh Akir

 

 

 

 

14.0          PERKARA AM

 

14.1          Pihak Jawatankuasa Pertandingan tidak akan bertanggungjawab ke atas segala kerosakan / kehilangan / kemalangan / kecederaan yang berlaku kepada peserta-peserta sepanjang pertandingan  dijalankan. Walaupun bagaimanapun Jawatankuasa pengelola akan mengambil langkah-langkah keselamatan yang diperlukan.

14.2          Jawatankuasa Pengelola berhak memutuskan sebarang perkara yang tidak sebutkan / tercatat dalam peraturan pertandingan ini dan keputusan Jawatankuasa Pengelola adalah muktamad.

14.3          Taklimat akan diberi sebelum pertandingan dijalankan pada 3hb Julai 2002.

 

 

 

SEBARANG PERTANYAAN SILA HUBUNGI :

 

URUSETIA

KEJOHANAN TENIS TERTUTUP KARNIVAL SUKAN UPSI

PUSAT SUKAN UPSI (GIMNASIUM)

NO.TEL 05 4506455

 

AZMAN B. ABD.MANAP   013 6303646

ALIAS B. ISHAK  013  4204424

 

 

http://www.oocities.org/upsikarnivalsukan/

(c) copyright Allright Reserve 2002

karnivalsukan@hotmail.com