TUGASAN BERNAS
Tajuk : Pesanan Emak
Tajuk Berkaitan : Nombor Negatif
Aras Berkaitan : Tingkatan 1, 2, 3
Masa : 40 minit
Pengetahuan sedia ada :
a) Pelajar tahu membuat operasi bagi nombor bulat.
b) Pengembangan kemahiran pemikiran matematik
c) Menggunakan kalkulator grafik
Pendekatan Pembelajaran :
a) Pembelajaran koperatif
Jenis Tugasan :
a) Pembinaan konsep oleh pelajar
b) Pengembangan kemahiran oleh pelajar.
Panduan Guru:
Langkah 1 : Mengimbas kembali
Pelajar dan guru mengimbas kembali topik nombor negatif melalui perbincangan dan soal jawab.
Langkah 2 : Kumpulan Belajar
a) Pelajar berkumpul dalam kumpulan seramai empat orang.
b) Guru memberi arahan untuk berkerja secara berkumpulan
c) Pelajar saling bantu-membantu antara satu sama lain.
d) Guru mengedarkan lampiran 1 dan menerangkan langkah dan kaedah pembelajaran Group
Math- Tournament (GMT).
e) Setiap pelajar mempunyai peranan sendiri dalam kumpulan.
f) Pelajar dibenarkan mengunakan kalkulator.
Pelajar 1 : Membaca soalan dan menyatakan maklumat yang diberi dalam soalan
Pelajar 2 : Meneroka, menerang dan menulis maklumat yang diberikan .
Pelajar 3 : Menulis jawapan
Pelajar 4 : Menyemak semula jawapan
g) Pelajar menyiapkan lampiran satu sehingga selesai
h) Perbincangan kumpulan, pelajar berbincang dalam kumpulan dan memastikan setiap ahli kumpulan faham dan berkeupayaan untuk membuat penyelesaian dalam topik tersebut..
Langkah 3: GMT( Group Math Tournament)
a) Guru mengarahkan pelajar membentuk kumpulan baru dan menjawab lampiran 2 secara Math Tournament
b) Setiap pelajar berkumpul dalam kumpulan Tournament seperti yang telah ditetapkan.
Peraturan GMT
1.a) Setiap meja mempunyai soalan matematik yang sama.
b) Setiap soalan dalam kumpulan Tournament merangkumi aras pemikiran pelajar.
c) Semua soalan matematik diletakkan dalam sampul surat dan jawapan diberikan kepada penyemak
2.Untuk solan pertama seorang pelajar dikehendaki menjadi penyemak dan yang lain menjadi pemain.
Peraturan Penyemak
i) Tidak menjawab soalan
ii) Memilih soalan secara rawak dari sampul surat
iii) Membaca soalan dan meletakkan soalan ditengah meja.
iv) Penyemak akan menyemak jawapan dan memberi markah
v) Penyemak akan menulis markah berdasarkan
2 markah : pemain pertama yang menjawab betul
1 markah : untuk pemain seterusnya yang menjawab betul
0 markah : untuk pemain yang menjawab salah
Peraturan pemain
i) Mendengar, berfikir,mengira dan menulis jawapan dikertas skor markah GMT
3. i) Bagi soalan seterusnya pelajar akan mengambil giliran menjadi penyemak dan pemain
ii) permainan dijalankan mengikut pusingan jam sehingga soalan tamat
4. Markah bonus
Markah tempat pertama 20 Markah
Markah tempat ke 2 17 Markah
Markah tempat ke 3 14 Markah
Markah tempat ke 4 10 Markah
5. Kumpulan Tournament
a) Pelajar kembali kepada kumpulan asal dan menjumlahkan markah bonus bagi semua ahli kumpulan untuk mendapatkan markah bonus bagi setiap kumpulan.
b) Kumpulan yang mendapat tempat pertama hingga ke 3 akan diumumkan di dalam kelas atau di tampal di papan kenyataan seperti berikut :
Markah bonus tempat pertama Super
Markah bonus tempat ke 2 Great
Markah bonus tempat ke 3 Good
LAMPIRAN 1
Selesaikan
Soalan | Jawapan |
1) -2 + 5 | |
2) 3 + (-8) | |
3) 25 + (-8) | |
4) -45 + (-8) | |
5) -45 + (-12 ) | |
6) -25 + (-10) | |
7) 8 + (-4) + (+2) | |
8) 9 + (-9) + (-6) | |
9) - 4 -( +7) | |
10) -6 - (-9) | |
11) -7 + (-3) | |
12) 8 -( +3) | |
13) -6 -3 + 18 | |
14) 7 -13 +5 | |
15) -5 -3 + 10 | |
16) -10 -2 +8 | |
17) -12 + 4 - 7 | |
18) -15 +8 -9 | |
19) 5 -3 -( -4) | |
20) -4 + (-3) - ( -6) |
LAMPIRAN 2
Arahan :
1. Setiap kumpulan akan di berikan sampul surat yang mengandungi :
a) Kad Utama iaitu Jadual Kod Pesanan Emak
b) 9 kad yang mengandungi 9 pesanan emak
2. Setiap ahli kumpulan akan diberikan Lampiran Skor Markah
3. Semasa permainan berlangsung pelajar dibenarkan menggunakan kalkulator grafik
KAD UTAMA
A | B | C | D | E | F | G | H | I | J | K | L | M | N | O | P | Q | R | S | T | U | V | W | X | Y |
-11 | -10 | -9 | -8 | -7 | -6 | -5 | -4 | -3 | -2 | -1 | 0 | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 |
Sebelum balik ke kampung, emak Salmah telah meninggalkan pesanan kepadanya untuk disampaikan kepada tiga orang adiknya. Dapatkan kamu menolong Salmah meneka pesanan tersebut ?
9 KAD PESANAN EMAK
KAD 1 | Nasha , tolong bersihkan -15+23 -6+3 -6 +8 - 9+4 -12 +11 -8-3 6 -2 |
KAD 2 | Fauzi, pastikan -10 +9 10-1 1-10 -7 +4 -15+7 11-16 di beri makan |
KAD 3 | Azri , tolong belikan -5 +6 -6+3 8- 6 7+6 -25+14 8-9 di kedai Manjit Singh |
KAD 4 | Tolong, siram pokok bunga -11+10 -7- 4 2-3 -10+18 -3+4+8 10+(-3) |
KAD 5 | Nasha, jangan lupa -8 +9 -10 +3 1 + (-3) 4 + (-9) 10 +(-21) 4 +(-6) -3 -2 -10+9 -5-4-2 4 +(-6) +10 , 20+(-30) 25 +(-36) -1-1 4+3-(-2) di ampaian |
KAD 6 | Pastikan keadaan rumah -14 +5+ (-1) -8 +14 6 + (-3)+3 15 +(-8) -5 +2 -2-2 sebelum keluar bermain |
KAD 7 | Nasha, pastikan Fauzi pergi ke -7 +6 -15 +14 -5-5 -21+4+6 -5+(-2) +14, 5+3 -3+6+6 -1-2 8+(-2)+1 -4+10+8 -3-5 -5+7 tepat pada waktunya |
KAD 8 | Nasha jangan lupa 7-6 -17+10 10-8 -23+5+16 -18-(-11) 5-13+9 -26+23+7 5-(-4) 27-19 Fauzi dari tuisyen |
KAD 9 | Jangan lupa, 15-14 -3-(+4) -10+12 -8+3 18-4+(-5) -2+2 -9-2 6-4 -13+8 -19+18 -4-(+7) -8+6 -13+10 , 16-12 -5-2 2+12-10 -17+6 -5+3 -27+20-4 26-20 -5-6 6-(+4) dan membuat -7+6 -19+12 14+(-8) -13+11 -21+10 , 4-(-3) -3-4 -17+16 8+5-10 -11+11 -22+11 -15+11 |
LAMPIRAN 3
SKOR MARKAH GMT
JAWAPAN |
MARKAH |
1. | |
2. | |
3. | |
4. | |
5. | |
6. | |
7. | |
8. |
9. |
TAMAT
[Balik Ke Menu Tugasan Bernas Matematik]