TUGASAN BERNAS

Tajuk :Palang…Pai…Garis

Tajuk Berkaitan : Statistik 

Aras Berkaitan : Tingkatan 2 dan 3 

Pengetahuan Sedia Ada :

a)      Pelajar tahu tentang data dan merekod data 

Aras Kemahiran : MS-Excel 

Masa : 80 minit 

Jenis Tugasan : Penyiasatan dan Penerokaan 

Pendekatan Pembelajaran : Cooperative Learning 

Objektif :

a)   Pelajar dapat mewakilkan data dengan carta-carta tertentu berdasarkan  maklumat 

      yang diberi        

b)      Pelajar dapat  membuat huraian dan interprestasi daripada  carta yang di bina. 

Tugasan Murid :

Setiap aktiviti yang diberi akan dijalankan secara berkumpulan  dan kumpulan mahir akan menyelesaikan  aktiviti menggunakan  perisian MS-Excel untuk membuat  carta –carta tertentu

Langkah 1 :

Guru membahagikan tugasan kepada 4 bahagian :

Bahagian 1: Aktiviti 1

Bahagian 2: Aktiviti 2

Bahagian 3: Aktiviti 3

Bahagian 4: Aktiviti 4 

Langkah 2 :

Pelajar dibahagikan kepada kumpulan kecil seramai 4 orang. Setiap anggota kumpulan akan membaca bahagian masing-masing.

Contoh :           

Nama

Kumpulan A

Kumpulan B

Kumpulan C

Kumpulan D

1

A1

B1

C1

D1

2

A2

B2

C2

D2

3

A3

B3

C3

D3

4

A4

B4

C4

D4

Pelajar A1 akan membaca Bahagian 1 dan  membuat Aktiviti 1

Pelajar A2 akan membaca Bahagian 2 dan  membuat Aktiviti 2

Pelajar A3 akan membaca Bahagian 3 dan  membuat Aktiviti 3

Pelajar A4 akan membaca Bahagian 4 dan  membuat Aktiviti 4

Langkah 3:

Pelajar daripada kumpulan yang sama akan bertemu dalamkumpulan mahir untuk berbincang dan menulis laporan bagi bahagian masing-masing. Kumpulan mahir  akan menyelesaikan soalan menggunakan MS-Excel.            

                  

              

Peraturan  kepada kumpulan pelajar mahir

Peraturan 1 : Membaca soalan dan faham soalan

Peraturan 2 : Mencatat dan membuat draf jawapan

Peraturan  3: Menyusun dan menulis jawapan

Peraturan  4 : Menyemak semula jawapan

Langkah 4 :

Pelajar kembali kepada kumpulan asal masing-masing dan mengambil giliran memberi penerangan dan tunjukajar kepada ahli kumpulan  dengan menyemak laporan dan aktiviti  daripada  kumpulan mahir.

Pelajar akan membuat interprestasi terhadap jawapan  yang diperolehi.

(Daripada Aktiviti 1 hingga Aktiviti 4)

Langkah 5 :

Secara individu pelajar akan diuji dengan menggunakan  solan kuiz .Markah setiap individu akan dijumlahkan untuk mendapat markah kumpulan

Langkah 6 :

Markah kumpulan tertinggi akan diberi  ganjaran oleh guru. 

Panduan Guru 

1.                  Guru menerangkan  secara ringkas bentuk-bentuk carta seperti carta palang, carta pai dan graf garis.

2.                  Kaedah pengajaran yang digunakan  ialah pembelajaran berkumpulan (Cooperative Learning)

3.                  Pelajar dibahagikan kepada 4 bahagian . Setiap bahagian  mempunyai 4 orang pelajar.

4.                  Guru mengedarkan  Lembaran kerja Aktiviti  kepada Kumpulan A, B, C dan D

5.                  Selepas itu, pelajar diminta  berkumpul dalam kumpulan  mahir yang terdiri  daripada :

Contoh :     A1, B1, C1, D1  dan seterusnya untuk berbincang  dan memberi interprestasi terhadap hasilkerja  masing-masing.

6.         Kemudian, guru meminta pelajar kembali kepada kumpulan asal  untuk  memberi penerangan   kepada ahli kumpulan  yang lain.

7.         Guru juga  perlu  membimbing  pelajar  dengan  bertanyakan  pelajar seperti

a)      Bagaimana  pelajar mendapat  kekerapan dari  data yang diperolehi.

b)      Bagaimanakah pelajar mencari peratus  dan purata bagi nilai kekerapan tertentu

c)      Bagaimana pelajar mewakili  data  dengan  pelbagai jenis carta yang lain  dan adakah pelajar rasa  ianya sesuai atau sebaliknya. 

Soalan-soalan tersebut bertujuan mencungkil pemikiran  pelajar.

8.                   Sebagai latihan pengukuhan  guru  memberi  soalan kuiz untuk diselesaikan  oleh 

            pelajar.

 

AKTIVITI

  Arahan : Jawab soalan-soalan  berikut dengan  menggunakan MS-Excel.

            AKTIVITI 1

            Berikut  ialah taburan gred bagi kumpulan  Peperiksaan Setengah Tahun untuk tingkatan  3 Jupiter.

A

B

B

B

E

A

B

D

D

A

D

C

B

C

E

D

C

E

D

C

B

C

A

A

C

A

C

D

C

C

B

E

B

D

E

C

B

C

C

D

E

C

a)      Masukkan maklumat  di atas dalam jadual kekerapan menggunakan MS-Excel

b)      Gred apakah yang mempunyai kekerapan paling tinggi

c)      Gred apakah yang  mempunyai kekerapan paling rendah

d)      Tunjukkan maklumat di atas dengan menggunakan carta palang

e)      Pada pendapat anda , adakah cara lain untuk mewakili data ? Carta apakah yang paling sesuai ?

AKTIVITI 2

Seorang pelajar Tingkatan 2A mencatatkan markah-markah  yang diperolehi  dalam ujian bulanan  bagi matapelajaran  matematik. Pada bulan Januari, dia  memperolehi 80% tetapi pada bulan Februari dia hanya memperolehi  75% . Pelajar tersebut telah mengulangkaji dengan tekun untuk ujian seterusnya  dan pada bulan Mac , dia memperolehi 90%. Pada  bulan-bulan april, Mei dan Jun, markah yang diperolehi masing-masing ialah 92% , 95% dan 98%.

a)      Masukkan maklumat  di atas dalam jadual kekerapan menggunakan MS-Excel

b)      Bilakah pelajar itu mendapat tempat tertinggi dalam ujian  matapelajaran matematik

c)      Perbezaan markah yang diperolehi pada 2 bulan awal

d)      Peratus kenaikan markah di antara bulan Februari dan bulan Jun

e)      Tunjukan maklumat di atas dengan menggunakan graf garis

f)        Pada pendapat anda, adakah cara lain untuk mewakili data ? Cara manakah yang paling sesuai ?

  AKTIVITI 3

  Maklumat di bawah menunjukkan jenis pengangkutan yang digunakan oleh pelajar untuk ke    sekolah.

Jenis Pengangkutan

Basikal

Motorsikal

Kereta

Bas

Jalan Kaki

Kekerapan

35

47

13

38

27

a)      Masukkan nilai peratus bagi setiap jenis pengangkutan  tersebut

b)      Cari nilai purata bagi jenis pengangkutan  yang mempunyai kekerapan tertinggi

c)      Jenis pengangkutan apakah yang paling banyak digunakan

d)      Tunjukkan maklumat di atas dengan menggunakan graf garis

e)      Pada pendapat anda , adakah cara lain untuk mewakili data ? Carta apakah yang paling sesuai ?

AKTIVITI 4

Kawan setingkatan Jun, Latif  mengalami kemalangan jalanraya sewaktu berbasikal pulang ke rumah. Latif hanya  cedera ringan  tetapi basikalnya  rosak teruk  dan dia tidak mampu untuk  membaiki basikalnya. Jun telah mengedarkan sebuah tabung dan sekeping  kertas  untuk mendapatkan derma  daripada kawan-kawan tang lain dalam kelas itu. Berikut adalah angka-angka  yang ditulis  di atas kertas itu. 

0.50

0.50

0.30

0.20

1.00

1.00

0.50

0.30

0.50

0.50

0.30

0.30

0.20

0.50

1.00

0.50

0.20

0.50

0.20

0.50

0.30

0.50

0.20

0.40

0.20

1.00

1.00

0.30

0.20

0.20

a)       Masukkan maklumat  di atas dalam jadual kekerapan menggunakan MS-Excel

b)      Apakah angka  yang mempunyai kekerapan terbesar

c)      Apakah angka yang mempunyai kekerapan terkecil

d)      Nyatakan kekerapan bagi mereka yang  menderma sebanyak 0.30

e)      Tunjukkan maklumat di atas dengan  menggunakan  carta pai

f)        Pada pendapat anda , adakah cara lain untuk mewakili data ? Carta apakah yang paling sesuai ?

   

SOALAN KUIZ

 

      Pada musim durian yang lepas, Azlan sekeluarga telah pulang ke kampung. Berikut adalah kutipan durian selama 5 hari

Hari

Kutipan

1

Hasil tambah nombor perdana dari 2 hingga 10

2

Dua kali ganda lebih dari hari pertama

3

Hasil tambah kutipan hari pertama dengan GSTK 18 dan 24

4

Hasil tambah faktor kutipan hari ke 3

5

Hasil tambah 2 gandaan pertama bagi kutipan hari ke 4

  Berdasarkan maklumat di atas,

        Apakah bentuk carta yang sesuai untuk  mewakili data di atas ? Mengapa anda katakan  sesuai ?

 

[Balik Ke Menu Tugasan Bernas Matematik]