PENGAYAAN TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK
Mohd Nain Bin Muhamad
Penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran matematik adalah serentak
dengan perubahan-perubahan yang berlaku dalam dunia globalisasi yang lebih
dikenali sebagai Dunia Tanpa Sempadan. Kehadiran teknologi dalam pengurusan sistem pendidikan khususnya telah membuka
peluang baru untuk memajukan bidang pendidikan, seterusnya dapat menyediakan
pelajar-pelajar untuk menghadapi cabaran-cabaran abab ke-21 atau dengan kata
lain cabaran era teknologi
Dunia kini berada dalam era digital di mana sumber pengetahuan merupakan
nadi dan tulang belakang kepada kejayaan sesebuah bangsa. Medium utama ke arah
memperbanyakkan sumber pengetahuan tersebut ialah teknologi maklumat dan
komunikasi(ICT) .
Menurut Hansen V.P dan Zweng M.J (1984), dalam usaha menjadikan
proses mengajar matematik lebih efektif, dua konsep penting yang perlu
ditekankan ialah menitik beratkan tentang konsep kelas matematik sebagai proses
yang menyeronokkan dan konsep pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan
pelajar.
Sehubungan dengan itu pengunaan teknologi-teknologi yang relevan
di dalam proses pengajaran dan pembelajaran matematik dapat membantu mempertingkatkan kefahaman pelajar dari segi
pencapaian akademik (Burton L. dan Jaworski B., 1995). Contohnya teknologi
komputer dapat mempengaruhi kehidupan pelajar terutamanya dalam matematik kerana
ia dapat memperkembangkan minda pelajar untuk menjadi lebih kritis,kreatif serta
lebih inovatif.
Matematik
merupakan mata pelajaran yang mempunyai banyak faedah kebergunaannya.Matematik
digunakan dalam perdagangan,perindustrian pendidikan tinggi dan turut
diaplikasikan dalam kehidupan dunia sebenar.Pendidikan Matematik di
sekolah-sekolah di Malaysia bertujuan menyumbang idea-idea kepada pelajar untuk
membentuk pemikiran yang logik, analitis, sistematik, kreatif dan kritis serta
kemahiran penyelesaian masalah seterusnya berkebolehan menggunakan formula
dalam kehidupan seharian.Ini bertujuan agar pelajar dapat memainkan peranan
sebagai seorang yang bertanggungjawab dan menghargai kepentingan matematik.
Fenomena ini mungkin hanya kekal sebagai teori pengajaran dan pembelajaran jika
arus dalam pendidikan matematik di negara kita berada dalam keadaan statik.
Kita
perlu menerima hakikat bahawa proses pengajaran dan pembelajaran kita khususnya
dalam matematik masih banyak memberi penumpuan kepada proses mempelajari koleksi
hukum dan penelitian aplikasi ,prosedur, yang tidak menarik minat pelajar yang
jauh daripada matlamat dan objektif sebenar yang hendak dicapai dalam pendidikan
matematik. Kandungan dan aktiviti yang digubal secara amat tersusun dan kurang
memberi peluang kepada pelajar mengembangkan fikiran kritis,imaginatif dan
kreatif mereka. Maka pelaksanaan Sekolah Bestari dapat membuka tempat dan ruang
seluas-luasnya kepada penggunaan teknologi untuk mengatasi masalah
ketidakserasian dalam proses pengajaran dan pembelajaran matematik ini.Untuk
menjadikan pendidikan matematik lebih bernas maka pengintergrasian tekonologi
dalam pengajaran dan pembelajran matematik perlu dilakukan.
Pendidikan
Matematik Berbantukan Komputer.
Pengajaran
dan pembelajaran berbantukan komputer merupakan atur cara komputer yang
mengaplikasikan teknik-teknik kebijaksanaan untuk membantu seseorang pelajar
mengelolakan aktiviti pengajaran dengan berpandukan kepada program atau perisian.
Selain
daripada itu, teknologi komputer juga boleh dimenafaatkan untuk peningkatan
proses pengajaran dan pembelajaran matematik kerana keupayaannya bertindak
sebagai alat kognitif dalam membantu memanipulasikan serta membuat refleksi dan
pengabstrakan ke atas sesuatu konsep [ Dublnsky & Tall 1991]. Menurut mereka
idea-idea sains dan matematik menjadi lebih mudah difahami oleh lebih ramai
individu apabila ianya dipersembahkan secara lebih konkrit. Dalam keadaan ini,
teknologi komputer berupaya menjadikan idea-idea yang abstrak kepada konkrit
dalam minda melalui visualisasi yang digunakan oleh simulasi paparan grafik,
animanasi dan sebagainya. Pendekatan pembelajaran seperti ini mampu memberi
peluang kepada lebih ramai pelajar mengeksploitasi pelbagai kecerdasan serta
perbezaan individu mengikut keupayaan masing-masing .
Pembelajaran berbantu
komputer yang membolehkan pelajar menyimpan dan mengekalkan sesuatu
maklumat dalam jangka masa yang lama dan dapat pula mengaplikasikan
maklumat tersebut ke dalam bidang-bidang yang lain. Maklumat yang disimpan
membantu pelajar dalam proses mengulangkaji semula sesuatu isi pelajaran
berulang kali dan berterusan.Bagi guru-guru pula,pengajaran berbantu komputer
mampu menghasilkan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran yang lebih inovatif
di samping dapat mengubah amalan pembelajaran secara tradisional yang lebih
banyak berpusatkan kepada pelajar
Penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran matematik dapat
memperkembangkan dan memperkayakan lagi topik yang diajar. Lebih seabad yang
lalu NCTM (National Council of Teacher’s of Mathematic’s, 1980),
mencadangkan supaya pengajaran metematik mengambil peluang luas yang ditawarkan
oleh komputer. Crockroft (1982), menyatakan bahawa penggunaan komputer dalam
pengajaran matematik bukan sahaja boleh memperbaiki kualiti pengajaran matematik
malah penggunaan komputer juga boleh mengubah kepentingan sesuatu topik dalam
sukatan pelajaran matematik. Keadaan yang sama juga mungkin wujud dalam
pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran lain di sekolah. Aktiviti
penyelesaian masalah adalah bahagian terpenting dalam pendidikan matematik.
Pencapaian yang tinggi dalam matematik tidak akan bermakna jika seseorang
pelajar tidak mampu melakukan proses penyelesaian masalah. Laporan Crockroft
(1982), menegaskan bahawa masalah matematik harus diterjemahkan ke dalam sebutan
bahasa matematik sebelum ia diselesaikan. Langkah terjemahan seumpama ini
memerlukan kefahaman yang lengkap terhadap struktur konsep yang terkandung dalam
masalah tersebut. Keadaan ini telah menyebabkan kesukaran dan kesulitan
pembelajaran di kalangan setengah-setengah pelajarWalau bagaimana pun masalah,
kesukaran dan kesulitan ini boleh di atasi melalui penggunaan teknologi
komputer.
Dari segi kemahiran
pula, ia perlu dijalankan secra berperingkat-peringkat mengikut tahap pelajar
itu sendiri dan bukan berbentuk paksaan memahami dan melakukan sesuatu di luar
kebolehannya. Kemahiran dan keketrampilan ini juga perlu memasukkan
unsur-unsur kerja sama, pemikiran analitikal dan kritikal serta penyelesaian
masalah komunikasi yang berkesan. Walaupun unsur kepintaran dalam teknologi
komputer ini didapati telah mula mengambil alih tugas manusia, namun masih
terlalu banyak proses yang tidak dapat 100% diaplikasikan. Malah teknik
kuantitatif dan statistik moden sekali pun hanya menjadi pemangkin kepada
membuat keputusan dan bukan menguasai proses membuat keputusan.
Dalam pada itu
berdasarkan kepada beberapa kajian yang telah dijalankan, didapati pelajar yang
menggunakan komputer pembelajaran matematik didapati mempunyai sikap yang lebih
p[ositif terhadap dirinya sebagai ahli matematik dan berkeupayaan menyelesaikan
masalah yang lebih kompleks. Perisian komputer yang digunakan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran akan dapat membantu pelajar memahami konsep dan
prinsip matematik dengan mudah. Kumpulan pelajar yang belajar berbantukan
komputer mempunyai kemampuan mengekalkan maklumat dalam jangka masa yang lebih
lama dan dapat menggunakannya dalam bidang-bidang lain.
Kelembapan dan
kebuntuan perkembangan pengajaran berbantukan komputer dalam pendidikan
matematik khususnya, pada pertengahan tahun-tahun 70an dan 80an adalah
disebabkan oleh kos perkakasan komputer yang terlalu tinggi, bilangan perisian
yang terhad, kemahiran dan pengetahuan tentang komputer rendah dan tidak kurang
juga kebimbangan serta kurang keyakinan di kalangan pendidik. Walau bagaimana
pun, keadaan telah berubah di mana harga komputer telah banyak menurun dan mampu
dibeli oleh ramai orang serta berbagai kursus telah dan sedang dianjurkan oleh
pihak kerajaan untuk memberi kesedaran, keyakinan, pengetahuan serta kemahiran
dalam penggunaan komputer. Dalam pendidikan matematik, komputer boleh berperanan
untuk melasanakan aktiviti-aktiviti berikut :
1.
Penghasilan bahan kurikulum
2.
Latih tubi
3.
Tutorial
4.
Pemulihan dan pengayaan
5.
Simulasi
6.
Pengiraan
7.
Alat Bantu Mengajar
(A)
Penggunaan Spreadsheet
(MS-ExceL)
Terdapat banyak kajian tentang penggunaan spreadsheet dalam pengajaran
komputer. Kajian-kajian yang telah dijalankan menyatakan berbagai cara
penggunaan spreadsheet dalam matematik. Ada juga kajian yang menyatakan
penggunaan spreadsheet dapat mengurangkan kesilapan konsep matematik. Malah kini,
penggunaan spreadsheet boleh didapati daripada laman web yang memaparkan
penggunaan spreadsheet. Umpamanya, “Algebraic Problem-Solving Using
Spreadsheet (Spreadsheet Problem Collection - Laman Web:http://forum.swarthmore.edu/workshops/su…ticipants/sinclair/problem/
probfile.html). Di sinilah kita mendapati bahawa penggunaan spreadsheet
boleh membantu pengajaran matematik. Mungkin guru-guru di Malaysia juga boleh
menggunakan spreadsheet dalam pengajaran dan pembelajaran matematik sementara
menunggu pakej pengajaran berbantukan komputer yang sesuai.
(B)
Penggunaan Multimedia
Multimedia adalah teknologi maklumat terkini yang membenarkan integrasi
dan manipulasi video, audio, teks, grafik dan animasi. Multimedia berasaskan
komputer boleh menjadikan proses pendidikan suatu pengalaman yang menyeronokkan
dan menarik di samping membantu pelajar memahami sesuatu konsep dengan cepat dan
mudah. Kaedah ini membenarkan pelajar menggunakan sokongan audio-visual,
biasanya persembahan grafik dan animasi teks bagi menyuarakan pendapatnya
mengikut apa yang dikajinya. Penggunaan multimedia mempunyai peranan penting
dalam pendidikan matematik. Antaranya ialah :
1.
Memberi peluang kepada pelajar
untuk belajar sendiri berdasarkan kemampuan masing-masing
2.
Memudahkan dan mempercepatkan
kefahaman dan pengetahuan kepada pelajar
3.
Menjadikan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran matematik menarik dan menyeronokkan.
4.
Membekalkan lebih banyak maklumat
dan pengetahuan kepada pelajar.
5.
Membantu pelajar mengulangi
sesuatu isi pelajaran berulang kali.
(C)
Penggunaan Internet (WWW dalam Pendidikan MatematiK)
Internet atau “International Network of Network” ialah sebuah
rangkaian komputer di peringkat antarabangsa. Dalam rangkaian Internet terdapat
berbagai jenis sumber yang berjuta-juta bilangannya. Sumber itu termasuklah
kertas persidangan, artikel majalah, perisian komputer, gambar, video dan
sebagainya. Seseorang guru matematik boleh mendapat rancangan pengajaran dari
guru lain atau pun dari komputer yang menyimpannya. Sumber dari pengajaran lain
seperti peta, gambar dari angkasa lepas dan sebagainya boleh juga diperolehi
daripada Internet.
Penggunaan
komputer yang disambung ke internet pula dikenal pasti dapat membantu proses
pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan seluruh ahli masyarakat.Melalui
internet,pelajar-pelajar dan guru-guru dapat memperoleh pelbagai maklumat
berkaitan matematik seperti arithmetik, statistik, kalkulus, algebra, sejarah
matematik dan sebagainya.Melalui internet,pengguna e-mail memupuk semangat
belajar secara kumpulan dan pelajar berusaha untuk meneroka alam yang baru
ditemui [christie 1996]. Penemuan bari ini membawa perubahan kepada pelajar di
mana pelajar akan menjadi lebih mahir membuat kajian dan berfikiran kritikal
[Nolen & Martin 1994].Selain daripada itu, banyak bahan yang boleh
dimanafaatkan oleh guru-guru berhubung dengan pendidikan matematik melalui
internet ini seperti teori pembelajaran dan aplikasi yang sering dibincang oleh
para pendidik iaitu konstrutivisme. Beberapa strategi dan teknik pembelajaran
yang berkait rapat dengan teori tersebut ialah pembelajaran koperatif dan inkuri
penemuan.
Di
samping itu, terdapat beratus soalan yang meliputi pelbagai topik dalam
matematik seperti soalan penyelesaian masalah boleh dimanafaatkan oleh guru-guru
dan para pelajar untuk diselesaikan sama ada dalam kelas atau di luar
kelas.Lantaran menyedari potensi dan keupayaan internet sebagai wadah komunikasi
dan interaksi elektronik yang berkesan, maka Kementerian Pendidikan telah
mengambil langkah untuk memperkenalkan internet kepada para pendidik dan
pelajar.Dengan kerja sama serta bantuan kepakaran daripada MIMOS Kementerian
Pendidikan telah melancarkan projek Jaring Pendidikan.Projek tersebut
termasuklah menyediakan kemudahan dan perkhidmatan rangkaian kepada pelajar dan
golongan pendidik di sekolah serta maktab-maktab perguruan. Selain itu ,
kementerian memberi latihan dan bimbingan tenaga pengajar dengan kemahiran
menggunakan segala kemudahan teknologi yang disediakan dan seterusnya
merancang,melaksanakan serta memantau pelbagai aktiviti pendidikan berasaskan
penggunaan rangkaian meluas ke arah mengembangkan minda danpengetahuan di
samping menggalakkan pelaksanaan pelbagai aktiviti kreatif dan inovatif
berasaskan ICT.
Di dalam Internet terdapat banyak kumpulan diskusi elektronik. Kumpulan
ini mungkin terdiri daripada beberapa orang sehinggalah ke beberapa ribu orang
berbincang tentang perkara yang sama termasuklah tentang matematik. Selain
daripada diskusi elektronik, WWW (World Wide Web) juga menyediakan berbagai
sumber pengajaran dan pembelajaran, khususnya dalam bidang matematik. Berikut
adalah beberapa sumber pengajaran dan pembelajaran daripada WWW yang boleh
membantu guru matematik mengajar matematik :
1.
The Math Forum
2.
Ask Dr. Math
3.
Tulang Napier
4.
The Tower of Hanoi
5.
Pembuktian Teorem Pithagoras
6.
Manipula Math With Java
Menyedari potensi
dan keupayaan sebagai wadah komunikasi dan interaksi elektronik yang berkesan,
maka Kementerian Pendidikan telah mengambil langkah untuk memperkenalkan
Internet kepada para pelajar dan pendidik. Dengan kerja sama serta bantuan
kepakaran daripada pelbagai organisasi, Kementerian Pendidikan telah melancarkan
beberapa projek yang berlandaskan jaringan pendidikan. Dalam perlaksanaan
kepelbagaian projek ini antara lain Kementerian Pendidikan berhasrat :
1.
Menyediakan kemudahan dan
perkhidmatan rangkaian kepada
para
pelajar dan golongan pendidik di sekolah dan maktab-maktab perguruan bagi
melatih dan membimbing guru-guru dengan kemahiran menggunakan kemudahan yang
sedia ada (Internet)
2. Merancang, melaksana dan menyediakan pelbagai aktiviti
pendidikan
berasaskan penggunaan rangkaian meluas ke arah mengembangkan minda dan
pengetahuan di samping menggalakkan perlaksanaan pelbagai aktiviti kreatif dan
inovatif berasaskan teknologi maklumat.
Segala kemudahan yang sedia ada perlu dimanfaatkan sepenuhnya. Bidang
teknologi maklumat yang menjadi sebahagian daripada kandungan kursus akan
memberi peluang kepada guru pelatih untuk menambahkan pengetahuan dan
meningkatkan kemahiran dalam penggunaan komputer., khususnya untuk aktiviti
pengajaran dan pembelajaran. Tambahan pula pada hari ini, terdapat kepelbagaian
program yang dicipta dan dipasarkan, yang meliputi hampir semua peringkat
(D)
Penggunaan Geometer’s Sketchpad
Pada
tahun 1987 Nicholas Jackin begitu serius membuat programman geometri ini
sehingga terbinalah Geometer’s Sketchpad untuk Machintoch. Guru-guru serta
pengguna amnya mencuba versi awal ini. Pada tahun 1990 Nicholas berjaya
menghasilkan versi ‘beta’ . Pembiyaan dari Yayasan Sains Kebangsaan
untuk meneruskan penyelidikan . Versi kedua program ini program ini dilancaarkan
pada April 1992. Manakala vrsi pertama Sketchpad untuk Window pula dilancarkan
pada April 1995. Penggunaanya berluasa sehingga ke hari ini.
Kewujudan program menonjolkan keupayannya untuk menggambarkan rajah geometri seperti Euclidean Geometri. Geometer’s Sketchpad banyak membantu pelajar menerokai dan mencipta bentuk-bentuk geometri sehingga ke peringkat membuat konjektur mengenai rajah tersebut. Pembelajaran geometri tidak lagi berakhir kepada noktah tapi sentiasa mencapah ke aras yang lebih tinggi. Ia memudahkan pelajar menemui ciri-ciri spesifik dan menjana pelajar membuat ‘open ended questions’.
Michael Serra, dalam bukunya, Discovery
Geometry: An Inductive Approach (1999) menerangkan bahawa melalui pendekatan
terhadap GSP membolehkan pelajar membina rajah geometri sendiri dan berbincang
bersama rakan mengenai konjektur yang terhasil, melalui pengamatankepada pola
–pola. Pelajar selanjutnya akan memberi alas an kewujudan konjektur berkenaan.
Pierre Van Hiede dan Dina Van Hiede – Geldoft menyatakan melalui
GSP secara tidak langsung mengarahkan pelajar membuat visualisasi,
analisis,‘rigor’ , deduks informal dan deduksi formal.
Seterusnya
membolehkan pelajar menemukan 3 peringkat pembinan rumus matematik yang terdiri
dari perinkat permulaan, diikuti dengan peringkat visualisasi, kemudian
peringkat analisis dan seterusnya membuat konjektur sebelum membuktikan
kebenaranya. Pelajar dapat menerokai secara dinamik serta membuat perubahan
kepada rajah geometri dengan lebih analitik.Melaluinya pelajar menjalani
demonstrasi interaktif, membuat kolaborasi dan meyuarakan hasil dapatannya.
Dalam ertikata yang lain, penggunaan GSP ini secara tidak disedari mencetusan
‘cooperative learning’ .
Pembelajaran
Berbantukan Kalkulatur Grafik.
Kalkulatur
Grafik merupakan alat teknologi
yang mudah dan boleh diperkenalkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran sama
ada diperingkat menengah atau rendah. Kalkulator-kalkulator
grafik yang boleh diperluaskan penggunaannya adalah seperti Calculator-Based
Laboratory (CBL-2) dan TI-83 Plus. Berbeza dengan
negara-negara barat, kalkulatur telah diperkenalkan kepada kanak-kanak
sejak berumur lima tahun lagi, pada hal kita masih menilai sama ada ianya sesuai
atau tidak diperkenalkan kepada kanak-kanak kita. Mengapa kita boleh biarkan
murid menggunakan kalkulator grafik dalam pembelajaran matematik?
Antara
sebab-sebabnya seperti berikut:
ü
Tidak mahu ketinggalan dalam penggunaan teknologi
ü
Dapat meneroka dan membina konsep serta lebih ingat
ü
Dapat belajar sendiri
ü
Merdeka minda
ü
Menyingkatkan masa pengiraan
ü
Kalkulator sebagai agen visualisasi
ü
Mudah menggraf
Keterangan/ulasan
selanjutnya:
1.
Kalkulator mampu mewujudkan suasana pembelajaran
yang menyeronokkan dan memberi keyakinan diri pada kanak-kanak kerana penggunaan
kalkulator merupakan cara pembelajaran yang berbeza dengan apa yang biasa mereka
lakukan di mana mereka boleh
membuat apa sahaja dengan kalkulator, membantu belajar nombor,boleh menambah
dengan banyak dan membantu kerja melibatkan nombor.
2.
Mewujudkan kurikulum yang lebih terbuka di mana
pembelajaran tidak terlibat kepada kemahiran dengan pembelajaran di dalam kelas
semata-mata malah ia memberi peluang untuk kanak-kanak mengembangkan idea dengan
lebih bernas. Kalkulator membolehkan kanak-kanak mengira nombor sehingga angka
yang lebih besar daripada angka juta dan billion yang jauh dari pengalaman asal
mereka di mana dengan ini memudahkan mereka berhadapan dengan masyarakat
sekeliling .Kalkulator juga mewujudkan cara yang pelbagai untuk mendapat
maklumat dan ini menambahkan lagi pengalaman kanak-kanak. Malah kalkulator juga
mampu mempekenalkan nombor negatif dan nombor perpuluhan kepada kanak-kanak.
3.
Menambahkan kandungan kurikulum yang mana
kalkulator menawar cara pembelajaran yang berbeza.Kalkulator juga boleh
memperkenalkan simbol,menerangkan konsep dengan mencari pelbagai strategi untuk
menyelesaikan masalah. Kalkulator juga mampu meneguhkan sesuatu konsep yang
telah diajar kepada kanak-kanak seperti menggunakan "number sense"
atau berkerja dengan cara yang berbeza
4.
Penggunaan kalkulator juga mampu menggalakkan
kreativiti dan aktiviti penerokaan ke atas nombor di kalangan kanak-kanak . Ini
mengalakkan idea-idea yang kreatif untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Setengah
kanak-kanak tidak mampu untuk mencapai pengetahuan mereka kepada angka yang
lebih besar apatah lagi untuk mengira dan menyelesaikannya walaupun masalah
tersebut mereka telah belajar namun dengan menggunakan kalkulator halangan
mental seperti ini mampu di atasi.
5.
kalkulator juga mampu mencetuskan satu pengajaran
yang berbentuk permainan dan penyiasatan malah mampu mencungkil kebolehan dan
pengetahuan murid dalam menerima sesuatu siri pembelajaran matematik sebagai
persediaan mental unutk memahami matematik dalam bentuk yang lebih abstrak.
Kesimpulan
Penggunaan
teknologi ini tidak bermakna ia telah mengambil alih tugas dan peranan seseorang
guru sehingga penafsiran perguruan sebagai tidak relevan lagi. Tidak pula ia
sekadar sebagai alat untuk membantu guru matematik untuk mengajar yang biasa
dilakukan setakat ini.Teknologi akan diintegrasikan dalam pengajaran dan
pembelajaran apabila ia digunakan untuk melibatkan pelajar belajar secara
bernas bukan hanya semata-mata pelajar dan guru menggunakan teknologi.
Aktiviti
pembelajaran hendaklah dirancang dengan teliti oleh guru supaya teknologi
seperti internet khususnya dapat digunakan dengan lebih berkesan dengan
pendekatan pengajaran pembelajaran yang berlainan daripada apa yang diamalkan
secara tradisional hari ini. Pengintegrasian teknologi akan lebih berkesan
apabila pembelajaran lebih berpusatkan kepada pelajar seperti persekitaran
pembelajaran yang aktif, konstruktif, kolaboratif, bermatlamat, berwacana,
berkonteks dan refelektif.
Jesteru
guru dan pentadbir sekolah haruslah memahami halangan-halangan yang mungkin
dihadapi dalam pengintegrasian teknologi ini. Mereka haruslah bersedia untuk
menangani perubahan yang bakal timbul daripada pengintegrasian ini seperti
halangan masa, latihan guru, sumber dan sokongan.
Oleh
itu guru perlu menyesuaikan diri kepada alat teknologi pengajaran yang baru
seperti komputer dan internet ini. Guru juga perlu mengubah keadah mengajar yang
diamalkan sebelum ini untuk disesuaikan dengan teknologi yang digunakan. Maka
guru-guru perlu mengambil kira perkara-perkara ini dalam usaha mengintegrasikan
teknologi ini agar lebih berkesan seperti tidak terlalu berfokus kepada
teknologi dan kurang kepada matematik, tidak menggunakan teknologi secara
eksklusif, tidak menggunakan teknologi untuk melakukan lebih daripada yang
diminta dalam matematik, tidak terlalu bergantung kepada sejenis teknologi
sahaja dan teknologi tidak digunakan untuk stresming.
Jelasnya,
teknologi ini tidak akan merubah peranan guru sebaliknya guru akan sentiasa
berusaha untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka khususnya dalam
bidang IT ini. Ketrampilan dan keperibadian mereka yang mulia akan tetap menjadi
tunjang dan ikatan utama. Teknologi ini sebenarnya mampu mengurangkan beban
tugas guru dan murid. Para guru haruslah bijak memilih aplikasi yang sesuai
digunakan. Oleh itu perancangan aktiviti yang kemas dan teratur amatlah penting
supaya murid-murid dapat menggunakan teknologi ini secara optimum dan maksimum.
Semua aplikasi tersebut boleh digunakan selagi sumber maklumat atau sebagai
bahan bantu yang diaplikasikan terus dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
1)
Rujukan:
2)
Yusuf Hashim [1999]. Media Pengajaran Untuk
Pendidikan Dan Latihan. Fajar Bakti Sdn. Bhd.
3)
Douglas H. Clements [1998]. Computers In Elementary
Mathematics Education. Prentice Itall Inc. A
4)
Dinsan of Simon & Sehuster Englewood Cliffs New
Jersey 07632
5)
Leone Burton and Barbara Jawarski [1995]. British
Libary Cataloguing in Publication Data.
6)
Nota-nota
Kuliah En. Narjoharuddeen Mohd. Nor
7)
Kementerian Pendidikan Malaysia
(1997) Sekolah Bestari Di Malaysia : Suatu Lonjakan Saujana, Kuala Lumpur
8)
Sulaiman Hashim (1996),
“Jaringan Pendidikan”, Proceedings of the National Symposium on Educational
Computing, USM : MCCE
9)
Wan Mohd Zahid Wan Mohd Nordin
(1997), sekolah Bestari Di Malaysia, Hala Tuju Ke Masa Depan, Kuala Lumpur :
Kementerian Pendidikan Malaysia
10)
Ibrahim Saad (1990) Perubahan
Pendidikan Di Malaysia : Satu Cabaran, DBP, Kuala Lumpur
11)
Janet, L.M (1988), Intergrating
spreadsheets into the mathematics classroom. Mathematics Teacher, 81(8), 615 –
652, Kementerian Pendidikan Malaysia.
12)
NCTM (1989), Curiculum and
Evaluations Standards For School Mathematics, New York.
13)
Sue Brown & Bette Bush (1992),
Multimedia math.The Computer Teacher, 20(3), 57 –58
14)
Roger M. Garrett, (1984),
Education and Development,New York
15)
Paul Fisher, (1990), Education
2000: Educational Change With Consent, Issues in Education, London
16)
Mok Soon Sang (1990), Pedagogi 4,
Kuala Lumpur.
17) Michael T. Battista (1998), Shape Makers Developing Geometric Reasoning With Geometer’s Sketchpad, Key Kurikulum Press