KOPERATIF LEARNING
Pembelajaran
Koperatif ialah pembelajaran yang menggunakan arahan-arahan kepada kumpulan
kecil di mana pelajar-pelajar bekerjasama untuk meningkatkan kemampuan belajar
sesama sendiri.( Johnson,johnsom & Smith, 1991).
Oleh kerana Pembelajaran Koperatif melibatkan pelajar
memproses informasi dan idea secara interaktif,maka ia melengkapi pendekatan
pengajaran yang direka bentuk untuk mengembangkan kemahiran berfikir secara
kritis dan kreatif.( Hajira Bee,1999)
Pendekatan Konseptual ( Belajar Bersama ) merupakan
sebahagian daripada Pembelajaran Koperatif di mana pelajar bekerja di dalam
kumpulan kecil untuk melengkapkan sekeping kertas kerja atau tugas di mana
kumpulan akan menerima pujian dan pengetahuan. Pendekatan Koneptual juga memberi
penekanan kepada latihan pelajar untuk menjadi ahli-ahli kumpulan yang baik dan
penilaian berterusan ' fungsi ahli-ahli kumpulan' ( group functioning by group
members ).
Dengan menggunakan kaedah pengajaran ini, pelajar dari
pelbagai aneka kebolehan dan tahap pencapaian bekerjasama sebagai satu kumpulan
untuk menyelesaikan masalah, menyempurnakan sesuatu tugasan atau mencapai
sesuatu sasaran kumpulan (Slavin, 1983 b). Parker (1995) pula menyatakan,
perkongsian pendapat bila beliau menegaskan bahawa pelajar yang mendapat
pencapaian rendah dan tinggi mendapat manfaat daripada pembelajaran ini.
Manakala pelajar yang mendapat pencapaian rendah bermanfaat daripada
pertolongan rakan-rakan dan juga peluang untuk mendengar serta mengalami
berbagai-bagai cara untuk menyelesaikan sesuatu masalah.
Pendekatan Konseptual ini lebih daripada sekadar kerja
berkumpulan.Pembelajaran ini merupakan cara di mana kerja kumpulan
disusun,dirancang dan dikendalikan dengan teliti (Jacob,1997,Johnson &
Johnson,1994,Ng & Lee,1996 ).Pengajaran ini dilakukan terhadap pelajar supaya dapat
memperlihatkan hasil yang berkesan dan menggalakkan pelajar bekerjasama dalam
sebuah kumpulan untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Di samping itu dapat
meningkatkan kemahiran berfikir di kalangan pelajar.
Elemen
- Elemen Dalam Pendekatan Konseptual
Pendekatan
Konseptual ini terdiri daripada lima elemen yang sangat penting bagi
merealisasikan kaedah pengajaran dan pembelajaran. Lima elemen penting ini
dikenali sebagai saling bergantung antara satu sama lain bagi mencapai
keberkesanan kaedah pengajaran dan pembelajaran.
Elemen
– elemen dalam Pendekatan Konseptual adalah seperti berikut :-
a) Saling
bergantung secara positif ( Positif Interdependence )
¨
Ahli-ahli
dalam kumpulan saling bantu membantu secara positif.
¨
Ahli-ahli
dalam kumpulan mempunyai matlamat yang sama.
¨
Ahli-ahli
dalam kumpulan diberi tugas yang sama penting dan saling bergantungan antara
satu sama lain untuk mencapai tugas yang berkesan.
¨
Ahli-ahli
juga saling bergantungan untuk memperolehi pujian,hadiah dan ganjaran.
¨
Ahli-ahli
berkongsi lembaran kerja/lembaran pakar dalam satu kumpulan untuk menggalakkan
sifat bekerjasama.
b) Kebertanggungjawaban
Individu ( Individual Accountability )
·
Setiap
ahli kumpulan bertanggungjawab untuk menyumbangkan idea,aktiviti atau tugasan
untuk menentukan kejayaan kumpulan masing-masing.
·
Ahli
dalam kumpulan diberikan penggiliran peranan,contohnya setiap orang dalam
kumpulan diberi peluang untuk menyumbangkan idea.
·
Ahli
kumpulan mesti sedaya untuk
mencuba sendiri dahulu sebelum
mengadakan perbincangan kumpulan.
·
Ahli
kumpulan saling bergantungan supaya dapat mencapai prestasi yang terbaik supaya
dapat memotivasikan kumpulan tersebut.
·
Semasa
pembentangan atau menjawab soalan, pelajar akan dipilih secara rawak untuk
menerangkan hasil perbincangan kumpulan.
·
Guru
juga boleh menguji kefahaman pelajar dengan mengadakan ujian individu dalam
kumpulan tersebut.Dengan itu semua ahli dalam kumpulan tersebut. Dengan itu
semua ahli dalam kumpulan mesti mendapatkan markah terbaik untuk meningkatkan
skor kumpulan.
C)
Pemprosesan Kumpulan Dan Perkumpulan Heterogen (Group processing) &
( Heterogeneous
Grouping )
q
Semasa
interaksi kumpulan, pelajar boleh berbincang dan menganalisa aktiviti yang telah
dijalankan.
q
Guru
juga boleh menerangkan kebaikan berkongsi kumpulan,contohnya pelajar yang
membantu rakan menyelesaikan masalah hendaklah diberi pujian.
q
Pelajar
dalam kumpulan boleh membuat refleksi tentang hasil kerja secara berkumpulan .
Segala kelemahan yang timbul akan dapat diatasi bersama.
d) Kemahiran
Sosial (Co-operative Social
Skills)
Ø
Ahli
dalam kumpulan mestilah mempunyai kemahiran bekerjasama membuat keputusan,
pembentukan kepercayaan, berkomunikasi antara rakan mereka dan kemahiran
menguasai konflik.
Ø
Kemahiran
ini boleh dipupuk melalui aktiviti kumpulan seperti
simulasi,permainan,perbincangan dan lain-lain.
Ø
Kemahiran
ini juga perlu dinyatakan dalam objektif atau aktiviti pengajaran dan
pembelajaran, contohnya pelajar bekerjasama untuk menggalakkan rakan yang lain
untuk turut serta dalam aktiviti kumpulan.
e) Interaksi
Bersemuka ( Face-to-face interaction )
ü
Perlu
membentuk kumpulan heterogen yang berbeza dari segi kebolehan,jantina,latar
belakang keluarga dan lain-lain.
ü
Saiz
kumpulan yang kecil biasanya dua hingga empat orang dan berkedudukan
bertentangan mata dan berdekatan.
ü
Pelajar
perlu berinteraksi untuk berkongsi idea,sumber dan jawapan pembelajaran menjadi
lebih aktif.
ü
Setaip
ahli mesti menggunakan nama masing-masing bagi memupuk interaksi bersemuka dan
keakraban pun terjalin.
Di
dalam kelas sebenarnya elemen-elemen dalam pendekatan ini adalah saling
bertindihan antara satu sama lain. Kaedah ini menggunakan kepelbagaian strategi
pembelajaran koperatif, model, struktur dan aktiviti. Untuk mencapai kejayaan
dalam pendekatan ini, kita perlu menyediakan senarai semak yang mempunyai
kelima-lima elemen di atas. Jika
salah satu elemen tersebut tidak digunakan maka pendekatan ini kurang mencapai
matlamat.