WACANA

 

·        Wacana dalam kelas, iaitu cara-cara untuk:

Ø      Mewakili

Ø      Berfikir

Ø      Bercakap

Ø      Bersetuju

Ø      Tidak bersetuju

 

·        Adalah teras kepada apa yang dipelajari oleh pelajar tentang matematik sebagai satu domain inkuiri manusia dengan ciri-ciri mengetahui yang tertentu.

·        Wacana adalah cara idea-idea saling ditukar ganti dan apa yang dibawa oleh idea tersebut, di mana persoalan-persoalan yang timbul adalah:

Ø      Siapa bercakap?

Ø      Tentang apa?

Ø      Dengan cara mana?

Ø      Apa yang ditulis dan direkod dan mengapa?

Ø      Soalan apakah yang penting?

Ø      Bagaimana idea-idea berubah?

Ø      Idea-idea dan cara pemikiran siapakah yang dihargai?

Ø      Siapakah yang menentukan bila perbincangan berakhir?

·        Wacana dibentuk berdasarkan kepada tugasan yang diberikan kepada pelajar serta sifat persekitaran pembelajaran.

·        Wacana juga mempengaruhi tugasan yang diberikan kepada pelajar serta sifat persekitaran pembelajaran.

·        Ada tiga jenis perkara  penting yang perlu dipertimbangkan dalam wacana bilik darjah iaitu:

Ø      Peranan guru dalam wacana

Ø      Peranan pelajar dalam wacana

Ø      Alat yang boleh mempertingkatkan wacana

 

Peranan Guru dalam Wacana

Guru matematik harus merencana wacana dengan:

·        Mengajukan soalan dan tugasan yang melibatkan dan mencabar pemikiran setiap pelajar

·        Mendengar idea-idea pelajar

·        Meminta pelajar untuk menjelaskan dan menjustifikasi idea-idea mereka secara lisan dan bertulis

·        Memutuskan apa yang perlu diperiksa lebih mendalam untuk idea-idea yang telah ditimbulkan oleh pelajar dalam perbincangan mereka

·        Memutuskan bila untuk memberikan maklumat,bila untuk menjelaskan sesuatu isu, bila untuk memodelkan, bila untuk memimpin, dan bila untuk membiarkan pelajar terus berusaha dengan sesuatu kesukaran

·        Memantau penglibatan pelajar dalam perbincangan dan memutuskan bila dan bagaimana untuk menggalakkan setiap pelajar untuk mengambil bahagian dalam perbincangan ini

 

Peranan Pelajar dalam Wacana

Seorang guru matematik harus merencanakan wacana dalam kelas yang mana pelajar-pelajarnya akan:

 

·        Mendengar, merespon, dan menyoal guru dan antara satu sama lain

·        Menggunakan pelbagai alat untuk menaakul, membuat perkaitan, menyelesaikan masalah dan berkomunikasi

·        Memulkakan masalah dan penyoalan

·        Membuat konjektur dan mempersembahkan penyelesaian

·        Meneroka contoh-contoh dan contoh-contoh lawan (counter-examples) untuk menyiasat sesuatu konjektur

·        Mencuba meyakinkan diri sendiri dan sesama sendiri tentang kesahan sesuatu perwakilan, penyelesaian  , konjektur dan jawapan.

·        Bergantung kepada bukti matematik dan hujah matematik untuk menentukan kesahan.

   

Peranan Alat-alat yang Mempertingkatkan Wacana

Guru matematik harus menerima sdan menggalakkan penggunaan alat-alat berikut umtuk mempertingkatkan wacana:

·        Komputer, kalkulator dan teknologi lain

·        Bahan konkrit yang digunakan untuk memodel

·        Gambar, rajah, jadual dan graf

·        Istilah dan symbol yang konvensional dan yang dicipta sendiri

·        Metafora, analogi dan cerita

·        Bahan sejarah

·        Hipotesis bertulis, penerangan dan hujah

·        Persembahan lisan dan drama

Persekitaran Pembelajaran.

            Persekitaran dan elemen utama dalam memastikan tercapainya matlamat pendidikan matematik alaf baru. Mewujudkan persekitaran yang menyokong dan menggalakkan penaakulan matematik dan meningkatkan kecenderungan pelajar terhadap matematik harus menjadi pertimbangan utama guru matematik.

            Sifat persekitaran pembelajaran ini dipengaruhi oleh tugasan yang diberikan dan bentuk wacana bilik darjah. Guru matematik harus mewujudkan persekitaran pembelajaran yang menggalakkan perkembangan kuasa matematik setiap pelajar dengan :-

·        Menyediakan dan menstruktur masa yang sesuai untuk meneroka matematik dan berusaha memahami idea dan masalah yang signifikan.

·        Menggunakan ruang fizikal dan bahan dengan cara yang memudahkan pembelajaran matematik oleh pelajar.

·        Menyediakan konteks yang menggalakkan perkembangan kemahiran dan ketrampilan matematik.

·        Menghormati dan menghargai idea-idea pelajar, cara-cara berfikir dan kecenderungan matematikal mereka.

·        Mengharap dan menggalakkan pelajar untuk bekerja secara bersendirian atau kolaboratif untuk mambina makna matematik.

·        Mengharap dan menggalakkan pelajar untuk mengambil risiko matematikal dengan mempertingkatkan aras pertanyaannya dan memformulasi konjektur.

·        Mengharap dan menggalakkan pelajar untuk menunjukkan ketrampilan matematik dengan mengesahkan dan menyokong idea melalui hujah matematik.

Contoh-contoh Soalan Bernas Yang Boleh Merangsangkan Wacana Dalam 

Pengajaran Dan Pembelajaran

Menggalakkan pelajar bekerja bersama-sama untuk memberi makna kepada matematik yang dipelajari 

Membimbing pelajar untuk menentukan kebenaran sesuatu pernyataan secara matematik

Membimbing pelajar membuat konjektur dan menyelesai masalah

Membimbing pelajar membuat penaakulan matematik

Membimbing pelajar membuat perkaitan antara idea matematik dan aplikasinya

 BACK TO "DISCOURSE"

[Balik Ke Menu Tajuk Sinopsis]