Luruskanlah wanita dengan cara yang ditunjuk Allah, kerana mereka dicipta
sebegitu rupa oleh mereka. Didiklah mereka dengan panduan dariNya. Jangan
cuba jinakkan mereka dengan harta, nanti mereka semakin liar. Jangan hiburkan
mereka dengan kecantikan, nanti mereka semakin menderita. Yang
sementara itu tidak akan menyelesaikan masalah. Kenalkan mereka kepada
Allah, zat yang kekal, di situlah suisnya.
Tuhan. Sebaliknya disitulah kasih sayang Tuhan. kerana Rahim wanita
yang lembut itulah yang mengandungkan lelaki-lelaki waja - negarawan, karyawan,
jutawan dan ' wan-wan' lain. Tidak akan lahir superman tanpa superwoman.
Wanita yang lupa hakikat kejadiannya, pasti tidak terhibur dan tidak menghiburkan.
Tanpa ilmu, iman dan akhlak, mereka bukan sahaja tidak boleh diluruskan,
bahkan mereka pula membengkokkan. Lebih ramai lelaki yang dirosakkan
oleh perempuan daripada perempuan yang dirosakkan oleh lelaki. Sebodoh-bodoh
perempuan pun boleh menundukkan sepandai-pandai lelaki.
Itulah akibatnya apabila wanita tidak kenal tuhan. Mereka tidak akan
kenal diri mereka sendiri, Apalagi mengenal lelaki. Kini bukan saja ramai
boss telah kehilangan secretary, bahkan anak pun akan kehilangan ibu, suami
kehilangan isteri dan bapa akan kehilangan puteri. Bila wanita derhaka
dunia lelaki akan huru-hara. Bila tulang rusuk patah, rosaklah jantung,
hati dan limpa. Para lelaki pula jangan hanya mengharap ketaatan tetapi
binalah kepimpinan. Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Allah, pimpinlah
diri sendiri dahulu kepadanya. Jinakkan diri dengan Allah, nescaya akan
jinaklah segala-galanya dibawah pimpinan kita.
JANGAN MENGHARAP ISTERI SEPERTI SITI FATIMAH, KALAU PERIBADI
BELUM LAGI SEPERTI SAYIDINA ALI...
Topik
2 - Erti Sambutan Valentine Day (Hari Kekasih)
NABI Muhammad s.a.w. merupakan Rasulullah yang bertanggungjawab menyebar
Islam kepada umatnya setelah melalui pelbagai keperitan dan kejerihan.
Paderi St. Valentino pula merupakan seorang paderi utama yang hidup pada
zaman pemerintahan Ratu Isabella dan merupakan antara orang terpenting
yang menjatuhkan dan menzalimi umat Islam Cordova, Sepanyol pada zaman
lampau.
Rasulullah lahir pada 12 Rabiulawal manakala tarikh kejayaan St. Valentino
dan konco-konconya menawan Cordova daripada umat Islam ialah pada 14 Februari.
Tetapi apa yang peliknya terutama di kalangan umat Islam sendiri, tarikh
14 Februari lebih senang untuk diingati berbanding 12 Rabiul Awal itu sendiri.
Setiap tahun 14 Februari diingati sebagai Hari Kekasih yang di kalangan
sesetengah umat Islam amat rugi jika dilupakan. Hari ini ia sekali disambut
lagi dengan pelbagai acara yang dianggap oleh pasangan kekasih paling istimewa.
Ada yang saling bertukar-tukar bunga ros, mengadakan acara makan malam
dengan disinari cahaya lilin, bertukar-tukar perasaan di taman-taman bunga
dan sebagainya. Ada pula yang berpendapat, Hari Mengingati Kekasih juga
adalah untuk mengingati orang lain yang dikasihi selain kekasih seperti
ibu bapa dan sebagainya.
Misalnya, di Sarawak tahun lalu, media-media tempatannya juga tidak
terkecuali. Tanpa mengira sama ada sidang pengarangnya terdiri daripada
umat Islam atau tidak, ada media yang mengucapkan Selamat Hari Valentine,
menganjurkan Pertandingan Hari Valentine malah ada juga media Melayu tempatan
yang menganggap Hari Valentine sebagai legenda pada tajuk salah satu rencananya.
Malah ada juga media elektronik yang mewujudkan satu program hiburan sempena
Hari Valentine.
Siapakah sebenarnya orang yang bernama Valentine ini sehingga diangkat
begitu agung sekali dan di kalangan umat Islam sendiri popularitinya melebihi
Rasulullah.
Pensyarah Perbandingan Agama, Akademi Islam, Universiti Malaya, Khadijah
Mohd. Hambali berkata, Valentine atau nama sebenarnya St. Valentino merupakan
seorang paderi paling berpengaruh di zaman pemerintahan Ratu Isabella dari
Sepanyol. Kedudukannya dikatakan di tempat kedua selepas Pope. Kaitannya
dengan Hari Valentine yang disambut oleh masyarakat dunia hari ini termasuk
di kalangan umat Islam sendiri mempunyai dua versi.
Versi pertama ialah dia merupakan orang terpenting Ratu Isabella yang
berperanan menumpaskan kerajaan Islam Cordova, Sepanyol. Jasanya itu dianggap
oleh Ratu Isabella sebagai amat bermakna sehingga Valentino dianggap kekasih
rakyatnya sendiri. Justeru itu 14 Februari ditetapkan sebagai cuti umum
di samping hari untuk merayakan kemenangan tersebut setiap tahun sekaligus
mengenangnya sebagai mengingati St. Valentino sebagai rakyat Cordova. Sehingga
ke hari ini, peristiwa kemenangan St. Valentino tersebut terus diingati
dan rakyat Cordova mengingatinya semula dengan melakon semula kejayaan
tentera Ratu Cordova Isabella itu.
Menurut versi kedua pula, St. Valentino sebelum kejayaan itu dikatakan
mempunyai dua orang kekasih. Kekasih pertama dikatakan beragama Islam manakala
yang kedua beragama Kristian berfahaman Protestan. Oleh kerana lain agama,
St. Valentino terpaksa melupakan kekasih pertama dan menumpukan perhatian
kepada kekasih kedua. Apabila ditanya Ratu Isabella apakah bentuk ganjaran
yang boleh dikurniakan berikutan kejayaannya mengalahkan umat Islam, St.
Valentino terus menyatakan yang dia ingin berkahwin dengan kekasih keduanya
itu. Ini terus menimbulkan kegemparan di kalangan rakyat Cordova sendiri
kerana Valentino merupakan paderi Katolik yang tidak boleh berkahwin dengan
pengamal Protestan sementelahan lagi paderi sememangnya tidak boleh berkahwin.
Ratu Isabella pula dikatakan murka dengan hasrat St. Valentino lantas memenjara
sementara paderinya itu. Begitupun, baginda tetap mahu cuba mengingati
jasa paderinya itu dengan menetapkan 14 Februari sebagai Hari Mengingati
Kekasih yang diuntukkan khas untuk St. Valentino sendiri.
Berdasarkan kedua-dua versi itu, apakah asas yang kukuh sehingga umat
Islam sendiri menganggap Hari Valentine itu begitu istimewa lebih-lebih
lagi pada bulan Syawal yang mulia ini. Atau pun, mereka hanya mengikut
budaya Barat secara membuta tuli sedangkan tidak mengetahui siapakah sebenarnya
St. Valentino itu. Jika pun ingin mengingati kekasih atau orang-orang yang
disayangi yang lain, tidak semestinya ia disambut pada setiap 14 Februari.
Sambutan boleh juga dijalankan pada setiap kali tibanya hari kelahiran
orang-orang yang disayangi melalui acara-acara yang lebih diredai seperti
berkenduri doa selamat atau sebagainya. Bukankah Rasulullah sepatutnya
lebih diingati setiap tahun kerana bagindalah manusia yang paling mencintai
umatnya.
Topik
3 - Grand Design Yahudi di beberapa Negara Islam?
Izinkan saya untuk menulis satu artikel yang sedang hangat diperkatakan
dan sedang kita sama-sama saksikan betapa Yahudi telah melancarkan GRAND
DESIGN secara tanpa disedari oleh umat Islam.
GRAND DESIGN untuk melemahkan umat Islam sememangnya telah wujud sejak
agama Islam diisytiharkan sebagai satu-satunya agama yang SAH di sisi Allah.
Lebih kurang empat belas abad yang lalu, Rasulullah menghadapi GRAND DESIGN
dari dua penjuru, iaitu dari kelompok Quraisy(musyrik) dan dari kelompok
munafikin(Yahudi). Kelompok pertama dipelopori oleh Abu Lahab manakala
kelompok kedua oleh Abdullah bin Ubay.
Rasulullah bersabda yang bermaksud, Dari Abu Hurairah, Rasulullah S.A.W.
bersabda,"Tidak akan tiba hari kiamat hingga kaum Muslimin berperang melawan
kaum Yahudi, sehinggalah bersembunyi orang Yahudi di belakang batu dan
pokok. Maka pokok dan batu itu berkata: Hai Muslim, di sini ada orang Yahudi,
bunuhlah dia, kecuali pokok GHORQOD kerana ia pokok Yahud". (Riwayat Bukhari
dan Muslim).
APA KATA TOKOH ISLAM DAN ULAMA tentang Yahudi
-
Syed Qutb di dalam tafsir FIZILALIL QURAN menghukum HARAM mengadakan apa-apa
rundingan dengan Yahudi.
-
Imam Abu Hasan Asyari berfatwa menyifatkan Yahudi sebagai musuh sepanjang
zaman.
-
Imam Abu Hanifah diriwayatkan tidak mahu berkata-kata dengan orang Yahudi.
KEJAHATAN-KEJAHATAN YAHUDI
-
William G. Carr, bekas perisik rahsia Inggeris mendedahkan dalam kenyataannya:"Bahawa
setiap huru-hara yang mewarnai sejarah di setiap negara, pastilah Yahudi
berada di belakangnya."
-
Majalah Tempo (No. 11 Th. XXI, 5 Mac 1989) melapurkan beberapa diplomat
Yahudi datang ke Jakarta setiap tahun khusus untuk mengamati kehidupan
umat Islam di negara yang jumlah umat Islam terbesar di dunia itu.
-
Majalah Warta NU (Ogos 1994), keluaran organisasi Islam terbesar di Indonesia,
melapurkan adanya MAFIA Yahudi yang bergerak secara aktif di Asia Tenggara,
terutama di Malaysia, Indonesia, Myanmar, Brunei, Thailand dan Filipina,
yang cuba menasihati pemerintah di negara-negara berkenaan supaya tidak
memberi ruang kepada-kepada gerakkan Islam yang boleh menggugat budaya
tempatan. Mereka melebelkan gerakan ini sebagai Fundamentalis ataupun istilah
mereka sekarang SESAT.
Majalah ini juga menyiarkan adanya GRAND DESIGN yang bergerak di Asia Tenggara
yang telah menasihati pemerintah di negara-negara sebelah sini supaya mengharamkan
sebuah badan Jemaah Islam yang berpengaruh (ARQAM) atas alasan membawa
ajaran sesat dan boleh mengancam keselamatan negara.
ADAKAH EKSIS GRAND DESIGN ITU?
Untuk mengetahui cuba lihat dokumen rahsia mereka ke atas umat Islam. Dokumen
rahsia Zionis telah diterbitkan pada 1902 dalam bahasa Rusia oleh Prof.
Sergyei Nilus. yang berjodol "Protokolat Zionisme".
Buku inilah yang menjadi inspirasi bagi Hitler untuk membantai Yahudi.
Bagi Yahudi, peristiwa pembantaian itu merupakan bencana paling besar yang
semakin mendorong mereka untuk mewujudkan Israel Raya.
Antara kandungan mesej Yahudi dalam buku itu ialah;
Protokolat Zionis No. 1.
"Kejahatan adalah satu-satunya cara yang paling menarik mencapai
suatu tujuan. Oleh itu kita tidak perlu ragu sedikit pun menggunakan cara-cara
ini kerana ia membantu proses terwujudnya cita-cita kita".
Protokolat Zionis No. XVII
"Kita telah berjuang dengan gigih menghancurkan kehormatan
ahli-ahli agama dari golongan umami (non Yahudi). Dengan itu kita berjaya
mengacaukan misi mereka yang akan menghalang tujuan kita, dengan mematikan
ulama=92 dari sehari ke sehari. Ahli-ahli agama kita pojokkan sehingga
kehilangan kharisma. Maka pengaruh mereka tidak lagi diperhatikan. Ajaran
mereka akan nampak kontradiksi dengan adat..."
4 STRATEGI DI BUMI UMAT ISLAM
Seorang pakar Yahudi, Dr. Heigel, menggariskan 4 strategi di bumi umat
Islam iaitu:
-
Hapuskan identiti Islam mereka
-
Jangan beri peluang kepada mereka untuk menghormati ulama,
-
Sogok mereka dengan budaya-budaya baru.
-
Beri mereka kebebasan.
Keempat -empat startegi itu nampaknya sedang berjalan pantas di bumi umat
Islam. Ambil contoh kes Arqam. Pertubuhan Islam yang cuba mempertahankan
identiti Budaya Islam, samada dari segi pakaian, ekonomi, pendidikan dan
perubatan telah dihentam badai"pengharaman". Tindakkan yang agresif ke
atas pengikut-pengikutnya telah dilakukan seolah-olah Arqam merupakan HANTU
KUBUR yang paling menakutkan di abad ini.
Untuk membunuh pertubuhan ini mestilah dengan melemahkan kedudukannya
di tempat asal kelahirannya, termasuk menghancurkan ekonominya. Oleh itu
kita tidak boleh menafikan adanya GRAND DESIGN di sebalik pengharaman Jemaah
Islam itu.
Musnahnya identiti Islam di beberapa negara Islam menyebabkan hilangnya
harga diri dan kebesaran mereka. Tidak ada lagi yang berani menyuarakan:"Ini
pakaian Islam","Ini budaya Islam","Ini ekonomi Islam". Maka di kebanyakan
negara Islam, mereka telah MELEMPARKAN BUDAYA ISLAM dan SERONOK dengan
BUDAYA BARAT.Implikasi selanjutnya adalah lemahnya semangat jihad di kalangan
umat Islam. Akhirnya lihatlah, begitu mudah umat Islam dijajah, mulut mereka
dipaku, fikiran mereka disuapi dengan doktrin-doktrin palsu. Umat Islam
sentiasa menjadi mangsa, berpindah randah dari mulut harimau ke mulut buaya.
Bukankah IA MERUPAKAN SATU GRAND DESIGN?
Umat Islam seakan-akan diharamkan memiliki kekuatan politik Islam, kerana
ia merupakan ancaman ke atas masa depan Yahudi. Di mana-mana saja ada gerakan
Islam, mereka akan berlegar-legar memuntahkan peluru beracunnya untuk menyapu
bersih hingga ke akar umbinya.
APA JADI DENGAN NEGARA KITA ?
Negara Malaysia, tanah air tercinta tidak terlepas menjadi sasaran Yahudi.
Bermula dengan lawatan Tengku Abdullah disambut ketibaannya di Tel Aviv
oleh Yitzhak Rabin pada Jun 1994. Selepas itu berlegar isu Dr. Mahathir
satu hotel dengan Yitzhak Rabin di sebuah negara Eropah. Manakala pertapakan
Yahudi di negara ini semakin kukuh kerana adanya RESTU dari pemerintah
sehingga memberi keselesaan bagi kelompok Yahudi untuk melakukan GRAND
DESIGN yang lebih besar lagi.
Apakah kejohanan antarabangsa kriket yang membenarkan Israel menyertainya
di negara kita sebagai TURNING POINT untuk membesarkan lagi grand design
itu dengan alasan kononnya" ianya dapat mempengaruhi pemikiran mereka mengenai
rejim Israel yang menekan serta menindas orand-orang Palestin?".
....SAMA-SAMALAH KITA RENUNGKAN...
SEKIAN, Moga ada menafaatnya.......Wallahu alam.......................
Disusun oleh :
Ibnu Othman
Jalan Hayton, Aberdeen
Bahan-bahan rujukan;
-
Tafsir Al Quran oleh Syed Qutb - FIZILALIL QURAN
-
Sahih Al Bukhari
-
Majalah DUNIA ISLAM, bil. 52, Okt. 1994
-
Majalah TEMPO (Mac 1989)
-
Majalah WARTA NU (Ogos 1994)
-
91Dokumen Protokolat Zionisme=92 1902
-
UTUSAN MALAYSIA (24 Mac, 1997)
Topik 4 - Menolak
As-Sunah/Al-Hadith
Alhadis/Assunah adalah sesuatu yang datang dari Rasulullah saw sama ada
perkataan, perbuatan, persetujuan atau sifatnya. Banyak firman Allah yang
menyuruh kita taatkan Allah dan Rasul-Nya. Taat pada Rasulullah bererti
wajib bagi kita menerima pengajaran Rasul dan hukum yang ditentukan dan
dilarang kita mengingkarinya. Terdapat juga banyak ayat Al-Quran yang menerangkan
bahawa Rasulullah telah diberi tugas untuk menjelaskan apa yang tidak nyata
dari perintah-perintah Allah di dalam Al-Quran, antaranya adalah Firman
Allah yang bermaksud,
|
"Hai orang-orang yang beriman! Taatlah kepada Allah
dan taatlah kepada Rasul, dan orang yang memegang kekuasan dari kalangan
kamu..." |
|
(An-Nisa: 59)
|
|
|
|
"Dan siapa yang taat kepada Rasul itu (Muhammad), maka sesungguh-nya
dia telah taat kepada ALLAH dan siapa yang berpaling maka Kami tidak mengutus
engkau (Muhammad) untuk menjadi penjaga mereka." |
|
(An-Nisa: 80)
|
|
|
|
"Apa yang diberikan oleh Rasul kepada kamu hendaklah kamu terima,
dan apa yang dilarang hendaklah kamu hentikan." |
|
(Al-Hasyr: 7)
|
|
|
|
"Sebab itu, hendaklah mereka yang melanggar perintah
Rasul itu berjaga-jaga bahawa mereka akan ditimpa fitnah atau ditimpa azab
yang sangat pedih." |
|
(An-Nur: 63)
|
|
|
|
"Dan Kami turunkan kepada engkau (Muhammad) pengajaran (Quran) supayaengkau
jelaskan/terangkan kepada manusia apa yang telah diturunkan kepada mereka" |
|
(An-Nahl: 44)
|
|
|
|
"Maka tidak! Demi Tuhan engkau, mereka tidak beriman sehingga merekamenjadikan
engkau (Muhammad) hakim pada perkara-perkara yang merekaperselisihkan.
Kemudian mereka tidak mndapati di dalam diri mereka sebarang keberatan
untuk menerima apa yang telah engkau putuskan dan mereka patuhi dengan
sepenuhnya." |
|
(An-Nisa: 65)
|
Ayat-ayat Al-Quran tadi adalah jelas menyuruh kita patuh kepada Nabi
Muhammad saw. Caranya ialah dengan menurut Sunnahnya. Walaupun apa juga
Hadis yang kurang sahih, yang ditekankan di sini ialah mengikuti Sunnah
Rasul. Sesungguhnya Rasul itu tidak bercakap atau bertindak sesuka hatinya
tanpa ilham dari Allah swt.
Ulama-ulama Islam tidak pernah berselisih dalam menerima Assunah sebagai
sumber hukum syarak selepas Al-Quran. Orang yang menolak Assunah ertinya
menolak Al-Quran itu sendiri, kerana ia tidak percaya kepada sebahagian
daripada Al-Quran. Ulama Islam telah sepakat tentang hukumnya iaitu orang
yang berbuat demikian adalah bukan dari golongan orang Islam. Mereka adalah
orang kafir.
Topik
5 - Pesanan Rasulullah SAW Terhadap Wanita
-
Dunia ini ialah perhiasan dan sebaik-baik perhiasanialah wanita (isteri)
yang solehah.(Riwayat Muslim).
-
Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian ia keluar melintasi
kaum lelaki ajnabi, agar mereka mencium bau harumnya maka ia adalah perempuan
zina,dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina. (Riwayat Ahmad,
Thabarani dan Hakim)
-
Dikahwini wanita itu kerana empat perkara: kerana hartanya, kerana keturunannya,
kerana kecantikannya dan kerana agamanya, maka carilah yang kuat beragama
nescaya kamu beruntung.
-
Wanita apabila ia sembahyang lima waktu, puasa sebulan Ramadhan, memelihara
kehormatan serta taat pada suami, maka masuklah mana-mana pintu syurga
yang ia kehendaki. (Riwayat dari Ahmad Ibnu Hibban, Thabarani, Anas bin
Malik).
-
Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaaanberhias bukan untuk suami
nya dan muhrimnya adalah seumpama gelap gelita di hari kiamat, tiada nur
baginya. (Riwayat Tarmizi)
-
Apabila lari seorang wanita dari rumah suaminya, tidak diterima sembahyangnya,
sehingga ia kembali dan menghulurkan tangan kepada suaminya (meminta maaf).
(Riwayat dari Hassan).
-
Wanita yang taat pada suami, semua burung-burung di udara, ikan di air,
malaikat di langit, matahari dan bulan semuanya beristigfar baginys selama
ia masih taat pada suaminya dan diredainya (serta menjaga sembahyang dan
puasanya.
-
Dari Muaz bin Jabal bersabda Rasululllah SAW: Mana-mana wanita yang berdiri
di atas kakinya membakar roti untuk suaminya hingga muka dan tangannya
kepanasan oleh api, maka diharamkan muka dan tangannya dari bakaran api
neraka
-
Tiap-tiap wanita yang menolong suaminya di dalam urusan agama, maka Allah
memasukkanya dalam syurga lebih dahulu dari suaminya(sepuluh ribu tahun)
kerana dia memuliakan suaminya di dunia maka mendapat pakaian dan bau-bauan
syurga untuk turun ke mahligai suaminya dan mengadapnya.
-
Ya Fatimah, jika seorang wanita meminyakkan rambut suaminya dan janggutnya
dan memotong kumisnya dan mengerat kukunya, memberi minum Allah akan dia
sungai syurga, diiringi Allah baginya sakaratul maut dan akan didapati
kubur menjadi sebuah taman dari taman-taman syurga serta mencatatkan Allah
baginya kelepasan dari neraka dan selamatlah ia melintasi titian Siratul-mustaqim.
-
Mana-mana wanita yang berkata kepada suaminya "tidak pernah aku dapat dari
engkau satu kebajikan pun". Maka Allah akan hapuskan amalannya selama 70
tahun, walaupun ia berpuasa siang hari dan beribadah pada malam hari.
-
Apabila wanita mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para
malaikat untuknya, Allah mencatatkan baginya setiap hari seribu kebajikan
dan menghapus baginya seribu kejahatan.
-
Apabila wanita mulai sakit untuk bersalin, Allah mencatatkan baginya pahala
orang yang berjihad pada jalan Allah (perang sabil).
-
Apabila wanita melahirkan anak keluarlah dosa-dosa darinya seperti keadaan
ibunya melahirkannya.
Topik 6 - Pesanan Untuk
Lelaki
'Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang ananah, yang mananah,dan
yang hananah,dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang baraqah dan yang
syadaqah'
-
wanita Ananah banyak mengeluh dan mengadu, dan tiap saat
memperalatkan sakit atau buat-buat sakit.
-
wanita Mananah suka membangkit-bangkit terhadap suami. wanita
ini menyatakan 'aku membuat itu keranamu'.
-
wanita Hananah menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya
yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami
yang lain.
-
wanita Hadaqah melemparkan pandangan dan matanya pada tiap
sesuatu, lalu menyatakan keinginannya utk memiliki barang itu dan memaksa
suaminya untuk membelinya.
-
wanita Baraqah ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari mengilatkan
dan menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan
kecuali sendirian dan diasingkannya bahagianya.
-
wanita Syadaqah banyak cakap, tidak menentu lagi bising.
---Dicatat oleh Imam Al-Ghazalli
Topik
7 - Soal Jawab Iblis (Alaihi laknat) dengan Rasulullah S.A.W.
Allah swt telah memerintahkan seorang Malaikat berjumpa Iblis supaya dia
berjumpa dengan Rasulullah saw untuk memberitahu segala rahsianya; samada
yang disukai mahupun yang dibencinya. Hikmatnya ialah untuk meninggikan
darjat Nabi Muhammad saw dan juga sebagai peringatan dan perisai kepada
umat manusia.
Maka Malaikat itu pun berjumpa Iblis dan berkata, "Hai Iblis! Bahawa
Allah Yang Maha Mulia dan Maha Besar menyuruh engkau menghadap ke hadrat
Rasullullah saw. Hendaklah engkau buka segala rahsia engkau dan apa-apa
yang disoal oleh Rasulullah hendaklah engkau jawab dengan sebenar-benarnya.
Jikalau engkau berdusta walau satu perkataan pun, nescaya akan diputuskan
segala suku-suku anggota badanmu, uratmu serta disiksa dengan azab yang
amat keras"
Demi mendengar sahaja kata Malaikat yang dahsyat itu, Iblis sangat ketakutan.
Maka segeralah dia menghadap Rasulullah saw dengan menyamar sebagai seorang
tua yang buta sebelah matanya dan berjanggut putih 10 helai; panjangnya
seperti ekor lembu. Iblis pun memberi salam, sehingga 3 kali tidak juga
dijawab oleh Rasulullah saw. Maka sembah Iblis(alaihi laknat),"Ya Rasulullah!
Mengapa tuan hamba tidak mejawab salam hamba? Bukankah salam itu sangat
mulia di sisi Allah?"
Maka jawab Nabi dengah marah "Hai Aduwullah seteru Allah! Kepada aku
engkau menunjuk baikmu? Jangan engkau cuba hendak tipu aku sebagimana engkau
tipu Nabi Adam a.s sehingga keluar dari syurga Habil mati teraniaya dibunuh
Qabil dengan sebab hasutan engkau, Nabi Ayub engkau tiup dengan asap racun
ketika dia sedang sujud sembahyang hingga dia sengsara beberapa lama, kisah
Nabi Daud dengan perempuan Urya, Nabi Sulaiman meninggalkan kerajaannya
kerana engkau menyamar sebagai isterinya dan begitu juga beberapa Anbiya
dan pendita yang telah menanggung sengsara akibat hasutan engkau. Hai Iblis!
Sebenarnya salam itu sangat mulia di sisi Allah azza wajalla, cuma salam
engkau saja aku tidak hendak menjawabnya kerana diharamkan Allah. Maka
aku kenal baik-baik engkaulah Iblis, raja segala iblis, syaitan dan jin
yang menyamar diri. Apa kehendak engkau datang berjumpa aku?"
Sembah Iblis,"Ya Nabi Allah! Janganlah tuan hamba marah. Kerana tuan
adalah Khatamul Anbiya maka tuan dapat kenal akan hamba. Kedatangan hamba
adalah disuruh Allah untuk memberitahu segala tipu daya hamba terhadap
umat tuan dari zaman Nabi Adam hingga akhir zaman. Ya Nabi Allah! Setiap
apa yang tuan tanya hamba sedia menerangkan satu persatu dengan sebenarnya,
tiadalah hamba berani sembunyikan." Maka Iblis pun bersumpah menyebut nama
Allah dan berkata "Ya Rasulullah! Sekiranya hamba berdusta barang sepatah
pun nescaya hancur leburlah badan hamba menjadi abu"
Apabila mendengar sumpah Iblis itu, Nabi pun tersenyum dan berkata dalam
hatinya, inilah satu peluang aku untuk menyiasat segala perbuatannya agar
didengar oleh sekelian sahabat yang ada di majlis ini dan menjadi perisai
kepada sekelian umatku.
Soalan Nabi (1) - "Hai Iblis! Siapakah sebesar-besar
musuh engkau dan bagaimana aku terhadap engkau?"
Jawab Iblis - "Ya Nabi Allah! Tuanlah musuh hamba
yang paling besar di antara segala musuh hamba di muka bumi ini" Maka Nabi
pun memandang muka Iblis, dan Iblis pun mengeletar kerana ketakutan. Sambung
Iblis,"Ya Khatamul Anbiya! Adapun hamba dapat merupakan diri hamba seperti
sekelian manusia, binatang dan lain-lain hingga rupa dan suara pun tidak
salah sepertinya, kecuali diri tuan sahaja yang tidak dapat hamba tiru
kerana ditegah oleh Allah. Kiranya hamba menyerupai diri tuan, maka terbakarlah
diri hamba menjadi abu. Hamba cabutkan iktikad anak Adam supaya menjadi
kafir kerana tuan berusaha memberi nasihat dan pengajaran supaya mereka
kuat untuk memeluk agama Islam; begitu jugalah hamba berusaha menarik mereka
kepada kafir, murtad atau munafik. Hamba akan tarik sekelian umat Islam
dari jalan benar kepada jalan yang salah supaya masuk ke dalam neraka dan
kekal di dalamnya bersama hamba"
Soalan Nabi ke 2 - "Hai Iblis! Betapa perbuatanmu
kepada makhluk Allah"
Jawab Iblis - "Adalah satu kemajuan bagi perempuan
yang merenggangkan kedua pehanya kepada lelaki yang bukan suaminya, setengahnya
hingga mengeluarkan benih yang salah sifatnya. Hamba goda segala manusia
supaya meninggalkan sembahyang, leka dengan makan minum, berbuat durhaka,
hamba lalaikan dengan harta benda daripada emas, perak dan permata, rumahnya,
tanahnya, ladangnya supaya hasilnya dibelanjakan kejalan haram. Demikian
juga ketika temasya yang bercampur lelaki perempuan. Di situ hamba lepaskan
sebesar-besar godaan supaya hilang maruah dan minum arak. Apabila terminum
arak itu maka hilanglah akal, fikiran dan malunya. Lalu hamba hulurkan
tali cinta dan terbukalah beberapa pintu maksiat yang besar, datang perasaan
hasad dengki hingga kepada pekerjaan zina. Apabila terjadi kasih antara
mereka, terpaksalah mereka mencari wang hingga menjadi penipu, peminjam
dan pencuri. Apabila mereka teringat akan salah mereka lalu hendak bertaubat
atau amal ibadat, hamba akan galang mereka supaya mereka menangguhkannya.
Bertambah keras hamba goda supaya menambahkan maksiat dan mengambil isteri
orang. Bila kena goda hatinya, datanglaah rasa riak, takbur, megah, sombong
dan melengahkan amalnya. Bila pada lidahnya, mereka akan gemar berdusta,
mencela dan mengumpat. Demikianlah hamba goda mereka setiap saat."
Soalan Nabi ke 3 - "Hai Iblis! Mengapa engkau
bersusah payah dan berpenat melakukan pekerjaan yang tidak mendatangkan
faedah bahkan menambahkan laknat yang besar serta siksa yang besar di neraka
yang paling bawah? Hai kutuk Allah! Siapa yang menjadikan engkau? Siapa
yang melanjutkan usia engkau? Siapa yang menerangkan mata engkau? Siapa
yang memberi pendengaran engkau? Siapa yang memberi kekuatan anggota badan
engkau?"
Jawab Iblis - "Sekelian itu adalah anugerah daripada
Tuhan Yang Maha Besar juga. Tetapi hawa nafsu dan takbur menceburkan hamba
menjadi sebesar-besar jahat. Tuan lebih tahu bahawa hamba telah beribu-ribu
tahun menjadi ketua kepada sekelian Malaikat dan pangkat hamba telah dinaikkan
dari satu langit ke satu langit yang tinggi. Kemudian hamba tinggal di
dunia ini beribadat bersama sekelian Malaikat beberapa lama. Tiba-tiba
datang firman Allah SWT hendak menjadikan seorang Khalifah di dunia ini,
maka hamba pun membantah. Lalu Allah mencipta lelaki (Nabi Adam) lalu dititahkan
sekelian Malaikat memberi hormat kepada lelaki itu, kecuali hamba yang
ingkar. Oleh itu Allah murka kepada hamba dan muka hamba yang cantik molek
dan bercahaya itu bertukar menjadi keji dan hodoh. Hamba berasa sakit hati.
Kemudian Allah menjadikan Adam raja di syurga dan dikurniakan seorang permaisuri(Siti
Hawa) yang memerintah sekelian bidadari. Hamba bertanbah dengki dan berdendam
kepada mereka. Akhirnya dapat juga hamba tipu melalui Siti Hawa yang menyuruh
Adam memakan buah Khuldi, lalu keduanya dihalau dari syurga ke dunia. Kedua
mereka berpisah beberapa tahun dan kemudian dipertemukan Allah (di Padang
Arafah), hingga mereka mendapat beberapa orang anak. Kemudian kami hasut
anak lelakinya Qabil supaya membunuh saudaranya Habil. Itu pun hamba masih
tidak puas hati dan berbagai tipu daya hamba lakukan hingga Hari Kiamat.
Sebelum tuan lahir ke dunia, hamba serta bala tentera hamba dengan mudah
dapat naik ke langit untuk mencuri segala rahsia serta tulisan yang menyuruh
manusia berbuat ibadat serta balasan pahala dan syurga mereka. Kemudian
hamba turun ke dunia, dan memberitahu manusia yang lain daripada apa yang
sebenarnya hamba dapat, dgn berbagai tipu daya hingga tersesat dengan berbagai
kitab bidaah dan karut-marut. Tetapi apabila tuan lahir sahaja ke dunia
ini, maka hamba tidak dibenarkan oleh Allah untuk naik ke langit serta
mencuri rahsia, kerana banyak Malaikat yang menjaga di setiap lapisan pintu
langit. Jika hamba berkeras juga hendak naik, maka Malaikat akan melontar
dengan anak panah daripada api yang menyala. Sudah banyak bala tentera
hamba yang terkena lontaran Malaikat itu dan semuanya terbakar menjadi
abu. Maka besarlah kesusahan hamba dan tentera hamba untuk menjalankan
tugas hasutan."
Soalan Nabi ke 4 - "Hai Iblis! Apakah yang
pertama engkau tipu akan manusia?"
Jawab Iblis - "Pertama sekali hamba palingkan iktikadnya imannya kepada
kafir sama ada dari segi perbuatan, perkataan, kelakuan atau hatinya. Jika
tidak berjaya juga, hamba akan tarik dengan cara mengurangkan pahala. Lama-kelamaan
mereka akan terjerumus mengikut kemahuan jalan hamba"
Soalan Nabi ke 5 - "Hai Iblis! Jika umatku
sembahyang kerana Allah, bagaimana hal engkau?"
Jawab Iblis - "Sebesar-besar kesusahan kepada
hamba. Gementarlah badan hamba dan lemah tulang sendi hamba. Maka hamba
kerahkan berpuluh-puluh iblis datang menggoda seorang manusia, pada setiap
anggota badannya. Setengah-setengahnya datang pada setiap anggota badannya
supaya malas sembahyang, was-was, terlupa bilangan rakaatnya, bimbang pada
pekerjaan dunia yang ditinggalkannya, sentiasa hendak cepat habis solat,
hilangkan khusyuknya - matanya sentiasa menjeling ke kiri kanan, telinganya
sentiasa mendengar orang brcakap serta bunyi-bunyi yang lain. Setengah
Iblis duduk di belakang badan orang yang sembahyang itu supaya dia tidak
kuasa sujud lama-lama, penat atau duduk tahiyat dan dalam hatinya sentiasa
hendak cepat habis sembahyang, itu semua membawa kepada kurang pahala.
Jika para Iblis itu tidak dapat menggoda manusia itu, maka hamba sendiri
akan menghukum mereka dengan seberat-berat hukuman"
Soalan Nabi ke 6 - "Jika umatku membaca
Al-Quran kerana Allah, apalah rasa engkau?"
Jawab Iblis - "Jika mereka membaca Al-Quran kerana
Allah, maka rasa terbakarlah tubuh hamba, putus-putus segala urat hamba
lalu hamba lari daripadanya."
Soalan Nabi ke 7 - "Jika umatku mengerjakan
haji kerana Allah, bagaimana rasa engkau?"
Jawab Iblis - "Binasalah diri hamba, gugurlah
daging dan tulang hamba kerana mereka telah mencukupkan rukun Islamnya"
Soalan Nabi ke 8 - "Jika umatku berpuasa
kerana Allah, bagaimana hal engkau?"
Jawab Iblis - "Ya Rasulullah! Inilah bencana yang
paling besar bahayanya kepada hamba. Apabila masuk awal bulan Ramadhan,
maka memancarlah cahaya Arasy dan Kursi, bahkan sekelian Malaikat menyambut
dengan kesukaan. Bagi orang yang berpuasa, Allah akan mengampunkan segala
dosa yang lalu dan digantikan dengan pahala yang amat besar serta tidak
dicatatkan dosanya selama dia berpuasa. Yang menhancurkan hati hamba ialah
segala isi langit dan bumi; yakni Malaikat, bulan, bintang, burung dan
ikan-ikan semuanya siang malam mendoakan keampunan orang yang berpuasa.
Satu lagi kemuliaan orang berpuasa ialah dimerdekakan pada setiap masa
dari azab neraka. Bahkan semua pintu neraka ditutup manakala semua pintu
syurga dibuka seluas-luasnya, serta dihembuskan angin dari bawah Arasy
yang bernama Angin Syirah yang amat lembut ke dalam syurga. Pada hari umat
tuan mula berpuasa, dengan perintah Allah datanglah sekelian Malaikat dengan
garangnya menangkap hamba dan tentera hamba; jin, syaitan dan ifrit lalu
dipasung kaki dan tangan dengan besi panas dan dirantai serta dimasukkan
ke bawah bumi yang amat dalam. Di sana pula beberapa azab yang lain telah
menunggu kami.Setelah habis umat tuan berpuasa barulah hamba dilepaskan
dengan amaran agar tidak mengganggu umat tuan. Umat tuan sendiri telah
merasa ketenangan berpuasa seperti mana mereka bekerja dan bersahur seorang
diri di tengah malam tanpa rasa takut berbanding bulan biasa."
Soalan Nabi ke 9 - "Hai Iblis! Bagaimana
sekelian sahabatku kepada engkau?"
Jawab Iblis - "Sekelian sahabat tuan hamba juga
adalah sebesar-besar seteru hamba. Tiada upaya hamba melawannya dan tiada
satu tipu daya yang dapat masuk kepada mereka. Kerana tuan sendiri telah
berkata yang "Sekelian sahabatku adalah seperti bintang di langit, jika
kamu mengikut mereka, maka kamu akan mendapat petunjuk." Saidina Abu Bakar
al-Siddiq sebelum bersama tuan lagi, hamba tidak dapat hampir kepadanya
inikan pula setelah berdamping dengan tuan. Beliau begitu percaya atas
kebenaran tuan hingga dia menjadi wazirul a'zam. Bahkan tuan sendiri telah
mengatakan jika ditimbang sekelian isi dunia ini dengan amal kebajikan
Abu Bakar, maka akan lebih berat amal kebajikan Abu Bakar. Tambahan pula
dia telah menjadi mertua tuan kerana tuan berkahwin dengan anaknya, Saiyidatina
Aisyah yang juga banyak menghafaz Hadis tuan. Saidina Umar Al-Khattab pula
tidaklah berani hamba pandang akan wajahnya kerana dia sangat keras menjalankan
hukum syariat Islam dengan saksama. Jika hamba pandang wajahnya, maka gementarlah
segala tulang sendi hamba kerana sangat takut. Ini kerana imannya sangat
kuat apalagi tuan telah mengatakan, "JIKALAU adanya Nabi sesudah aku maka
Umar boleh menggantikan aku" kerana dia adalah orang harapan tuan serta
pandai membezakan antara kafir dan Islam hingga digelar 'Al-Faruq'. Saidina
Usman Al-Affan lagi hamba tidak boleh hampir, kerana lidahnya sentiasa
bergerak membaca Al-Quran. Dia penghulu orang sabar, penghulu orang mati
syahid dan menjadi menantu tuan sebanyak dua kali. Kerana taatnya, banyak
Malaikat datang melawat dan memberi hormat kepadanya kerana Malaikat itu
sangat malu kepadanya hingga tuan mengatakan,"Barang siapa menulis Bismillahir
rahmanir rahim pada kitab atau kertas-kertas dengan dakwat merah, nescaya
mendapat pahala seperti pahala Usman mati syahid" Saidina Ali Abi Talib
pun itu hamba sangat takut kerana hebatnya dan gagahnya dia di medan perang,
tetapi sangat bersopan, alim orangnya. Jika iblis, syaitan dan jin memandang
beliau, maka terbakarlah kedua mata mereka kerana dia sangat kuat beribadat
serta beliau adalah budak pertama memeluk agama Islam dan tidak pernah
menunduk kan kepalanya kepada sebarang berhala. Digelar 'Ali Karamullahu
Wajhahu' - dimuliakan Allah akan wajahnya dan juga 'Harimau Allah' dan
tuan sendiri berkata "Akulah negeri segala ilmu dan Ali itu pintunya".
Tambahan pula dia menjadi menantu kepada tuan, lagilah hamba ngeri kepadanya."
Soalan Nabi ke 10 - "Bagaimana tipu daya
engkau kepada umatku?"
Jawab Iblis - "Umat tuan itu ada tiga macam. Yang
pertama seperti hujan dari langit yang menghidupkan segala tumbuhan iaitu
ulama yang memberi nasihat kepada manusia supaya mengerjakan perintah Allah
serta meninggalkan laranganNya seperti kata Jibrail a.s "Ulama itu adalah
pelita dunia dan pelita akhirat" Yang kedua umat tuan seperti tanah iaitu
orang yang sabar, syukur dan redha dengan kurniaan Allah. Berbuat amal
soleh, tawakal dan kebajikan. Yang ketiga umat tuan seperti Firaun; terlampau
tamak dengan harta dunia serta dihilangkan amal akhirat. Maka hamba pun
sukacita lalu masuk kedalam badannya, hamba putarkan hatinya ke lautan
derhaka dan hamba hela ke mana sahaja mengikut kehendak hamba. Jadi dia
sentiasa bimbang kepada dunia dan tidak hendak menuntut ilmu, tiada masa
beramal ibadat, tidak hendak mengeluarkan zakat, miskin hendak beribadat.
Lalu hamba godanya minta kaya dulu, dan apabila diizinkan Allah dia menjadi
kaya, maka dilupakan beramal, tidak berzakat seperti Qarun yang tenggelam
dengan istana mahligainya. Bila umat tuan terkena penyakit tidak sabar
dan tamak, dia sentiasa bimbang akan hartanya dan setengahnya asyik hendak
merebut dunia harta, cakap besar sesama Islam, benci dan menghina kepada
yang miskin, membelanjakan hartanya untuka jalan maksiat, tempat judi dan
perempuan lacur"
Soalan Nabi ke 11 - "Siapa yang serupa dengan
engkau?"
Jawab Iblis - "Orang yang meringankan syariat
tuan hamba dan membenci orang belajar agama Islam"
Soalan Nabi ke 12 - "Siapa yang mencahayakan
muka engkau?"
Jawab Iblis - "Orang yang berdosa, bersumpah bohong,
saksi palsu, pemungkir janji"
Soalan Nabi ke 13 - "Apakah rahsia engkau
kepada umatku?"
Jawab Iblis - Jika seorang Islam pergi buang air
besar serta tidak membaca doa pelindung syaitan, maka hamba gosok-gosokkan
najisnya sendiri ke badannya tanpa dia sedari"
Soalan Nabi ke 14 - "Jika umatku bersatu
dengan isterinya, bagaimana hal engkau?"
Jawab Iblis - "Jika umat tuan hendak bersetubuh
dengan isterinya serta membaca doa pelindung syaitan, maka larilah hamba
dari mereka. Jika tidak hamba akan bersetubuh dahulu dengan isterinya,
dan bercampurlah benih hamba dengan benih isterinya. Jika menjadi anak
maka anak itu akan gemar kepada pekerjaan maksiat, malas pada kebaikan,
durhaka. Ini semua kerana kealpaan ibu bapanya sendiri. Begitu juga jika
mereka makan tanpa Bismillah, hamba yang dahulu makan daripadanya. Walaupun
mereka makan, tiadalah rasa kenyang."
Soalan Nabi ke 15 - "Dengan jalan apa boleh
menolak tipu daya engkau?"
Jawab Iblis - "Jika dia berbuat dosa, maka dia
kembali bertaubat kepada Allah, menangis kesal akan perbuatannya. Apabila
marah segeralah mengambil air sembahyang, maka padamlah marahnya."
Soalan Nabi ke 16 - "Siapakah orang yang
paling engkau lebih suka?"
Jawab Iblis - "Lelaki dan perempuan yang tidak
mencukur atau mencabut bulu ketiak atau bulu ari-ari (bulu kemaluan) selama
40 hari. Di situ lah hamba mengecilkan diri, bersarang, bergantung, berbuai
seperti pijat pada bulu itu"
Soalan Nabi ke 17 - "Hai Iblis! Siapakah
saudara engkau?"
Jawab Iblis - "Orang yang tidur meniarap, orang
yang matanya celik di waktu subuh tetapi menyambung tidur semula. Lalu
hamba ulit dia lena hingga terbit fajar. Demikian jua pada waktu zohor,
asar, maghrib dan isyak, hamba beratkan hatinya untuk solat"
Soalan Nabi ke 18 - "Apakah jalan yang membinasakan
diri engkau?"
Jawab Iblis - "Orang yang banyak menyebut nama
Allah, bersedekah dengan tidak diketahui orang, banyak bertaubat, banyak
tadarus Al-Quran dan solat tengah malam"
Soalan Nabi ke 19 - "Hai Iblis! Apakah yang
memecahkan mata engkau?"
Jawab Iblis - "Orang yang duduk di dalam masjid
serta beriktikaf di dalamnya"
Soalan Nabi ke 20 - "Apa lagi yang memecahkan
mata engkau?"
Jawab Iblis - "Orang yang taat kepada kedua ibubapanya,
mendengar kata mereka, membantu makan-pakai mereka selama mereka hidup,
kerana tuan telah bersabda,'Syurga itu di bawah tapak kaki ibu' "
Topik 8
- Suami, Isteri dan Tanggungjawab
Indahnya hidup bersama Islam... lelaki dan wanita saling melengkapi.. tiada
persaingan... tiada double standard... nilaian Allah pada amal dan taqwa...
Wahai lelaki... isterimu adalah amanah yang akan dipersoalkan di akhirat
nanti bagaimana kamu menjaga amanah tersebut... anak-anakmu juga... adakah
dididik dan dibasahi jiwanya dengan Islam...
Firman Allah:
|
"Dan bergaullah dengan mereka dengan cara yang patut. Kemudian apabila
kamu tidak menyukai mereka (maka bersabarlah) kerana mungkin kamu tidak
menyukai sesuatu, padahal ALlah menjadikannya kebaikan yang banyak." |
|
(An-Nisaa:19)
|
Nabi saw bersabda:
|
"Sesungguhnya yang termasuk golongan mukmin yang paling sempurna
imannya ialah mereka yang baik budi pekertinya dan mereka yang lebih halus
dalam mempergauli keluarganya (isterinya, anak-anaknya dan kerabatnya)." |
Nabi saw bersabda :
|
"Takutlah kepada Allah di dalam memimpin isteri-isterimu, kerana
sesungguhnya mereka adalah amanat yang berada di sampingmu; barangsiapa
tidak memerintahkan shalat kepada isterinya dan tidak mengajarkan agama
kepadanya, maka ia telah berkhianat kepada ALlah dan Rasul-Nya." |
Diceritakan dari Nabi saw bahawa beliau bersabda:
|
"Barangsiapa sabar atas budi pekerti isterinya yang jelek, maka
ALlah memberinya pahala sama dengan pahala yang diberikan kepada Nabi Ayyub
a.s kerana sabar atas menerima percubaannya. Dan barangsiapa sabar atas
budi pekerti suaminya yang jelek, maka ALlah akan memberikannya pahala
sama dengan pahala Asiyah isteri Firaun." |
Diceritakan dari Nabi SAW bahawa beliau bersabda pada waktu haji wida'
setelah beliau memuji ALlah dan menyanjung-Nya serta menasihati para hadirin:
|
"Ingatlah (hai kaumku) terimalah pesanku utk berbuat baik kepada
para isteri. Isteri-isteri itu hanyalah dapat diumpamakan kawanmu yang
berada di sampingmu, kamu tidak bisa memiliki apa-apa dari mereka selain
berbuat baik, kecuali kalau isteri-isteri itu melakukan perbuatan keji
yang jelas (membangkang/tidak taat) maka tinggalkanlah mereka sendirian
di tempat tidur dan pukullah mereka dengan pukulan yang tidak melukai.
Kalau isteri-isteri itu taat kepadamu maka janganlah kamu mencari jalan
menyusahkan mereka. Ingatlah! Sesungguhnya kamu mempunyai kewajipan terhadap
isteri-isterimu dan sesungguhnya isteri-isterimu itu mempunyai kewajipan-kewajipan
terhadap dirimu. Kemudian kewajipan isteri-isteri terhadap dirimu ialah
mereka tidak boleh mempersilakan tempat tidurmu diinjak oleh orang yang
kamu benci, dan mereka tidak boleh mengizinkan masuk ke rumahmu kepada
org yg kamu benci. Ingatlah! kewajipanmu terhadap mereka ialah bahawa kamu
melayani mereka denan baik dalam soal pakaian dan makanan mereka." |
Nabi SAW bersabda :
|
"Hendaklah kamu memberikannya makan apabila engkau sendiri telah
menikmati makanan kamu, hendaklah kamu memberikannya pakaian setelah engkau
sendiri berpakaian, janganlah engkau menamparnya di bahagian muka,tidak
juga menyumpah seranahnya dan meninggalkannya berseorangan melainkan di
dalam kawasan rumah kamu." |
|
(Abu Daud)
|
5 tanggungjawab suami:
-
menjadi pemimpin anak isteri dalam rumahtangga.
-
mengajarkan:
-
ilmu tauhid supaya akidahnya betul dengan akidah ahli sunnah wal jamaah
-
ilmu fiqah supaya segala ibadahnya betul dengan kehendak agama
-
ilmu tasauf supaya ikhlas dalam beramal.
-
memberi makan, minum, pakai dan tempat tinggal dari wang dan usaha yang
halal.
-
tidak menzalimi isteri iaitu dengan:
-
memberi didikan agama yang sempurna
-
memberi nafkah zahir dan batin secukupnya
-
memberi nasihat serta menegur dan memberi tunjuk ajar jika melakukan maksiat
dan kesalahan.
-
bila memukul jangan sampai melampau.
Rujukan :
-
Muslimah Sejati(Darul Nukman)
-
Suami Isteri Yang Soleh (Klang Book Centre)
Topik
9 - Surat Berantai : Hukum dan Penjelasan
Ini adalah contoh Surat Berantai bertajuk : "Wasiat
untuk semua umat Islam di seluruh dunia daripada Sheikh Ahmad (Madinah)"
yang pernah menakutkan kita sikit masa dahulu.
Bismillahirahamanirahim
Pada satu malam di kala hamba membaca al-quran
di makam Rasulullah, selepas membaca hamba letih lalu tertidur. Di dalam
tidur hamba bermimpi di mana Rasulullah mendatangi hamba lalu bersabda:
"Dalam 60,000 orang di dunia di zaman ini,
tiada seorang pun yang matinya di dalam keadaan beriman. Isteri-isteri
tidak lagi mendengar kata-kata suami, ramai yang tidak berzakat dan tidak
lagi membuat kebajikan. Oleh itu Sheikh Ahmad hendaklah kamu menyedarkan
orang-orang ini supaya membuat kebajikan, kerana hari penghabisan (kiamat)
akan tiba, yang mana semua bintang-bintang akan terbit dari langit, sesudah
itu pintu (taubat) akan tertutup, tulisan di-dalam al-quran akan hilang
dan matahari turun dekat di atas kepala".
Pesanan hamba ini
Berselawatlah untuk jujungan kita Nabi Muhamaad
s.a.w, bertaubatlah dengan segera sementara pintu taubat masih terbuka.
Sembayanglah jangan ditinggalkan, keluarkan zakat, berpuasalah dan tunaikan
haji jika mampu.
Perhatian
Setelah membaca wasiat ini, maka hendaklah ditulis
atau dicetak dan disampaikan pada orang lain atau dikirimkan sebanyak 20
keping. Sekiranya ini ada dilakukan anda akan dianugerahi Allah sesuatu
niat atau hajat. Dan niat atau hajat anda akan dikabulkan oleh Allah. Kata
Sheikh Ahmad lagi, jika apa yang hamba katakan tidak benar, biarlah hamba
mati dalam kekufuran dan biarlah tidak dapat perlindungan atau syaffaat
daripada Rasulullah s.a.w ( nauzubillah ) Oleh itu hendaklah dituliskan
atau dicetak sebanyak 20 keping dan disampaikan kepada orang lain dalam
masa dua (2) minggu dan beroleh kebahagian dan kesejahteraan. Lakukanlah
ini dengan niat kerana Allah dan ingat apabila anda menerima surat ini,
janganlah dibiarkan atau diabaikan.
Untuk maklumat
Seorang saudagar dari Bombay telah menerima wasiat
dan beliau kemudiannya mencetak 20 salinan dan mengirimkannya kepada orang
lain. Ia kemudian dianugerahkan Allah dengan mendapat keuntungan yang besar
dalam perniagaannya.
Tan Sri Ghazali bekas Menteri Besar secara tidak
langsung telah dipecat jawatannya, kerana apabila beliau menerima wasiat
ini beliau telah terlupa menulis 20 salinan untuk diedarkan kepada orang
lain tetapi beliau telah mula menyedari kesilapan itu lalu beliau mencetak
wasiat ini dan terus mengirimkan kepada orang lain dan berapa hari kemudian
beliau dilantik menjadi menteri kabinet.
Perdana Menteri Zulfiqar Ali telah menerima wasiat
ini dan tidak percaya akan kebenaran dan mengangap ianya palsu lalu dibuangkannya
ke dalam bakul sampah. Seminggu kemudian beliau telah dijatuhkan hukuman
mati.
Di Terangganu seorang hamba Allah telah menerima
wasiat ini melalui kawannya dari Melaka. Malangnya beliau tidak mengindahkan
surat wasiat ini dan mengatakan ianya bohong belaka dan sengaja diadakan
untuk menakutkan orang yang membacanya Berapa minggu kemudian beliau mengidap
penyakit yang ganjil dan penyakitnya amat menyedihkan. Setelah hampir tiga
minggu beliau dirawat di hospital dan malangnya penyakitnya sukar diubati
oleh doktor yang merawatnya. Akhirnya baru beliau teringat akan surat wasiat
yang masih dalam simpanannya lalu beliau suruh sepupunya mencetak wasiat
ini dan dibahagikan kepada orang lain. Seminggu kemudian beliau berangsur
pulih sehingga sekarang.
Banyak lagi contoh orang yang menerima wasiat
ini dan tidak mempercayainya dan tidak mengirimkan kepada orang lain dimana
mereka mendapat berbagai malapetaka. Setelah mengenangkan kejadian yang
menggemberikan dan menyakitkan ini diharap anda jangan lupa menyempurnakan
20 salinan dalam masa 90 jam dari masa anda membaca wasiat ini.
Insya Allah anda akan memperolehi sesuatu yang
dihajati dan akan menerima anugerah dari Allah dan berdoalah kepada yang
Maha Esa dengan penuh keyakinaan. Pasti ianya akan menerangi hidup anda
dengan nikmat ketenangan hidup.
Sekian wassalam......
Penjelasan Surat Berantai
Ini adalah penjelasan yang saya dapat menerusi kiriman email daripada
seorang sahabat. Semoga perkara ini menjadi pengiktibaran kepada kita dalam
kehidupan seharian. Wallahu 'alam.
Soalan:
Saya telah terbaca satu surat (wasiat) dan amat terkejut dgn isi kandungannya.
Ia dikatakan sebagai satu wasiat daripada Sheikh Ahmad (pemegang anak kunci
makam Rasullullah s.a.w) kepada semua umat di seluruh dunia. Di akhir wasiat
itu beliau berkata, "Di Bombay terdapat seorang yang telah menyalin wasiat
itu sebanyak 30 salinan dan dia telah dikurniakan Allah rezeki sebanyak
25000 rupiah. Seorang lagi menyebarkan wasiat itu diberikan rezeki 6000
rupiah oleh Allah. Terdapat seorang yang mendustakan wasiat ini, maka dia
telah kematian anaknya pada hari itu juga. Dia berkata bahawa sesiapa yang
menerima wasiat ini dan tidak menyebarkannya akan ditimpa musibah yang
besar. Apakah pandangan tuan terhadap wasiat ini? Adakah ia benar atau
dusta?.
Dr. Yusof Al-Qardawi menjawab:
Ramai orang tertanya-tanya tentang wasiat ini. Sebenarnya ia bukanlah
perkara baru. Saya telah melihatnya semenjak puluhan tahun dahulu. Wasiat
ini dikaitkan dgn seorang lelaki bernama Sheikh Ahmad, pemegang kunci makan
Rasullulah s.a.w. Jika kita bertanya kepada penduduk Madinah atau Hijaz
tentang Sheikh Ahmad ini dan tugasnya, kita tidak akan dapat mengesannya
atau mendengar khabar berita mengenainya. Iannya tidak pernah dikenali
dan tidak pernah dilihat oleh penduduk Madinah. Tetapi terdapat orang yang
menyebarkan apa yang dikatakan sebagai wasiat ke negara-negara Islam.
Wasiat itu tidak mempunyai apa-apa nilai di sisi agama. Persoalan yang
dikemukakan dalam surat itu tidaklah berhajat kepada wasiat Sheikh Ahmad
atau Sheikh Omar. Sesungguhnya Al-Quran dengan jelas telah menyatakan sebahagian
daripada itu. Kita sudah ada Al-Quran dan Sunnah, kedua-duanya sudah lebih
daripada mencukupi. Allah berfirman dalam Surah Al-Maidah:
"Hari ini Aku sempurnakan bagimu agama kamu (Islam) dan
Aku sempurnakan ke atasmu nikmat-Ku serta Aku reda Islam sebagai agama
kamu"
Sesiapa yang menyangka bahawa agama Islam, setelah disempurnakan dan dilengkapkan
oleh Allah, masih lagi berhajat kepada wasiat orang yang tidak diketahui
asal-usulnya, sesungguhnya telah timbul keraguan dan syak di hatinya akan
kesempurnaan dan kesyumulan Islam itu.
Terdapat tanda-tanda pembohongan dan kejahatan pada wasiat tersebut.
Orang yang melakukannya telah mengancam serta menakut-nakutkan orang ramai,
iaitu sekiranya wasiat itu tidak disebarkan, mereka akan ditimpa musibah,
kematian anak-anak atau kehilangan harta benda. Inilah yang tidak pernah
diucapkan oleh manusia bahkan tidak ada dalam kitab Allah dan sunah Rasul-Nya.
Manusia tidak pernah menerima perintah seperti 'sesiapa yang membaca
Al-Quran hendaklah disalin 25 salinan dan menyebarkannya. Jika tidak melakukan
demikian, dia akan ditimpa musibah.' Maka bagaimana pula dengan wasiat
yang khurafat ini?. Perkara ini tentulah tidak dapat diterima oleh akal
muslim yang memahami Islam dengan kefahaman yang sebenar.
Wasiat tersebut menyatakan bahawa si fulan dari negeri tertentu yang
menyebarkan wasiat itu telah memperolehi puluhan ribu rupiah. Ini adalah
usaha untuk menyeleweng dan menyesatkan orang-orang Islam dari jalan yang
sebenar. Juga menyelewengkan umat dari sunah alam dan konsep sebab dan
musabab yang telah dijadikan Allah sebagai undang-undang alam ini.
Memperolehi rezeki ada cara-caranya. Berpegang kepada. Perkara-perkara
khurafat seumpama ini menyelewengkan pemikiran umat Islam. Kita bimbang
kalau-kalau umat Islam mempercayai khurafat ini dan menyangka bahawa sesiapa
yang menyebarkannya akan mendapat shafaat khusus daripada. Rasulullah s.a.w.
Sesungguhnya shafaat Rasulullah adalah untuk orang-orang yang tidak melakukan
dosa-dosa besar di kalangan umat-umatnya sebagaimana sabda baginda dlm
sebuah hadis:
"Orang yang paling merasa bahagia dengan syafaatku di hari kiamat
adalah orang yang mengatakan "tiada tuhan yang lain daripada Allah" dengan
penuh keikhlasan hatinya"
Kita memohon kepada Allah memberikan kefahaman yang benar tentang urusan
agama, menunjukkan jalan yang lurus serta dijauhkan daripada mempercayai
khurafat, rekaan-rekaan dan kebatilan.
Wassalam
Topik 10 - Tingkatan Cinta
(1) Cinta tertinggi - terhadap Allah swt, RasulNya, Jihad
fisabilillah dan kemenangan Islam.
Rasa cinta ini merupakan asas pada cinta-cinta yang lain.Ia
merupakan bukti keimanan kita pada Allah swt.Cinta ini boleh mendorong
seseorang hidup dalam manhaj rabbani, iaitu merealisasikan Islam di dalam
kehidupannya dan seterusnya memberi kekuatan untuk terus memperjuangkan
Din yang suci ini.
Cara-caranya -
-
Putuskan ikatan keduniaan dari hidup kita.Ambillah dunia sekadar perlu
sahaja. Jadikan ia sebagai landasan utk mencapai kebahagiaan di akhirat.
-
Makrifatullah - dengan jalan mengenal Allah dan sifat-sifatNya. Kata orang
"Tak kenal, maka tak cinta"
Tanda-tanda mendapat kasih Allah swt:
-
Allah akan menguji hamba-hambanya dengan musibah, kesusahan dsebagainya.
-
Allah akan menyusun kehidupan yang baik padanya- di mudahkan urusan dll.
-
Manusia tidak akan mudah tertipu dgn hawa nafsu.
-
Diri akan suka kepada kematian.- sentiasa bersedia dgn amal soleh.
-
Sentiasa mengamalkan zikrullah
-
Suka bermunajat di tempat-tempat sunyi.
-
Kasih sesama Mukmin, keras terhadap kuffar.
-
Sentiasa takut pada Allah.
(2) Cinta kedua - cinta sesama makhluk Allah yang bersandarkan
keimanan.
(3) Cinta yang terendah - cinta yang hanya menurut nafsu
tanpa batas.
Kesan-kesannya:
-
akan jauh dari rahmat dan kasih Allah
-
jiwa akan menderita kerana terpaksa menjaga hati pasangan
-
hatinya menjadi tawanan kekasihnya, hanya menurut kehendaknya shj
-
rosak pancaindera lahir dan batin
-
hati terhijab dari hidayah Allah
Topik 11 - Wasiat
Umamah Bt Harith
Umamah telah mewasiatkan pada puterinya yang akan berkahwin dengan seorang
raja Yaman iaitu Al Harith bin Amru. Katanya, "Wahai puteriku! Ada sepuluh
perkara yang ingin kuberikan padamu sebagai pedoman dan juga panduan untukmu
dalam kehidupan berumah tangga iaitu;
-
Jalinkan hubungan dengan suamimu dengan penuh ketaatan, perhatikan tempat-tempat
yang menjadi kesenangannya dan jangan sampai ia melihat kepada sesuatu
yang buruk atau tercium sesuatu yang busuk.
-
Sentiasalah membanggakannya kerana ini akan membuatkannya bertambah kasih
padamu.
-
Benarkanlah segala pendapat dan sikapnya nescaya ia akan bersikap lembut
terhadapmu.
-
Uruskan rumahtangganya dengan baik dan sempurna.
-
Sentiasalah memelihara diri, keluarga dan kehormatannya.
-
Simpanlah segala rahsianya dengan baik, jangan sesekali kamu membantah
suruhannya kerana ini akan melukakan hatinya.
-
Jagalah waktu makannya dan waktu ia beristirehat kerana perut yang lapar
akan membuatkan darah cepat naik begitu juga dengan tidur yang tidak cukup
akan menimbulkan keletihan.
-
Jika ia sedang bergembira janganlah kamu menunjukkan kesedihan, kamu mesti
pandai mengikut suasana hatinya.
-
Hiasilah dirimu selalu agar ia senang bila memandangmu.
-
Jadikanlah dirimu itu sebagai amah kepadanya nescaya ia akan menjadi penolong
pula pada dirimu."
First created : Saturday, 09 May 1998, 4.20 pm.
© 1996 Hazhar
Ismail