R. Karthigesu

     

Maklumat dari http://www.lib.usm.my/press/SSU/karthi.html, Mac 1995.serta daripada penulis sendiri.

      

Profesor R. Karthigesu mula berkhidmat dengan Universiti Sains Malaysia (USM) sejak tahun 1975. Anak kelahiran Kedah ini mendapat ijazah pertamanya daripada Universiti Malaya (B.A. Kelas Pertama, 1968) dalam bidang Pengajian India, lalu melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana dalam bidang kewartawanan penyiaran di Columbia University (M.S.J., 1977) dan seterusnya ijazah kedoktoran dalam komunikasi massa di University of Leicester (Ph.D., 1991).

Karthigesu memulakan kerjayanya dalam bidang penyiaran dengan Radio Televisyen Malaysia pada tahun 1961 dan telah memegang berbagai-bagai jawatan seperti juruhebah, penerbit radio, pengulas, penterjemah berita, pembaca berita, penyampai televisyen, penolong pengawal rancangan, dan penolong pengawal seranta. Kariernya sebagai penyiar merentasi 16 tahun.

Beliau kemudiannya ke Universiti Sains Malaysia (USM) sebagai pensyarah di Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan. Antara jawatan yang pernah disandang ialah Pemangku Timbalan Dekan bagi Rancangan Komunikasi dan Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan di samping Pengerusi Bahagian Filem dan Televisyen. Beliau juga pernah menjadi Penggawa Desasiswa Fajar.

Antara bidang yang diajar ialah penerbitan televisyen, asas-asas penerbitan audio, kewartawanan, penulisan rencana dan kewartawanan bidang-bidang khas. Sebagai seorang pakar dalam bidang penyiaran dan seorang penyelidik yang aktif beliau telah menghasilkan sebuah buku akademik, enam buah buku am, lebih daripada 25 buah artikel jurnal, lebih daripada 50 kertas seminar di samping artikel akhbar dan beberapa penerbitan video.

Beliau juga adalah seorang penulis fiksyen dan pengkritik sastera yang terkenal dalam alam kesusasteraan Bahasa Tamil di Malaysia. Sehingga Mac 1995, beliau menerbitkan sebuah antologi cerpen, dua buah novel, lebih daripada 50 buah cerpen dan artikel dalam majalah terkemuka. Cerpennya pernah diterjemahkan ke Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dan diterbitkan di dalam antologi cerpen di Malaysia dan India.

Semasa di Radio Malaysia, beliau juga menulis dan menerbitkan banyak drama radio. Beliau pernah menerima beberapa hadiah sastera termasuk pingat emas bagi perkhidmatan cemerlang kepada kesusasteraan Bahasa Tamil di Malaysia daripada Persatuan Penulis Tamil Se-Malaysia.

Sebagai penulis terkemuka di Malaysia beliau juga diundang oleh Kerajaan Singapura untuk menyertai Singapore Writers' Week (satu acara antarabangsa) pada tahun 1991.

Karthigesu terus terlibat dalam kerja-kerja perundingan kepada badan-badan luar, antaranya Asian Mass Communication Research and Information Centre (Singapura), Arthur D. Little Far East Inc. (Singapura), International Organisation of Consumer Unions, Bandar Sri Menanti Corporation, dan International College, Pulau Pinang.

Anugerah akademik yang pernah diterimanya ialah Asia Foundation Fellowship dan Association of Commonwealth Universities Scholarship. Beliau juga dianugerahkan bintang K.M.N. oleh D.Y.M.M. Yang DiPertuan Agong pada hari keputeraan baginda pada tahun 1994.

Berdasarkan sumbangan dan perkhidmatan yang cemerlang untuk Universiti dan Negara, Universiti Sains Malaysia telah melantik beliau sebagai Profesor dalam bidang penyiaran pada 8 Januari 1994.

      

Pada 7 November 2002, Prof Karthigesu mengirim maklumat berikut melalui e-mel:-

  

My 1999 novel, "Anthima Kaalam" (Last Days) won the Tan Sri Manicka Book Prize for the best Tamil book of the year. Since then (2000) I came out with another novel "Kaathalinaal Alla" (Not Because of Love) based entirely on the USM campus.

In 2001 my third anthology odf short stories, "Innoru Thatavi" (Once More) was published.

In August 2002, my submission for the "Kalki" magazine's 6oth anniversary short story competition, won the first prize, and the prize was awarded at a function in Chennai on 5th August 2002 where Poet Vairamuthu was present. The story entitled "Usi Ilai Maram" (Christmas Tree) was published in Kalki on the same day.

I continue to publish both in Malaysia and in Tamil Nadu.
     

E-mail address: kgesu@pd.jaring.my